Wednesday 29 April 2009

Sirih Pulang ke Gagang

Sekarang ni tgh surf internet pakai wireless kat LCCT. Masa ni kami tgh tggu flight nak blk ke Kelantan..

Sunday 26 April 2009

Pulang ke Tanahair

Hari ni kami sekeluarga akan pulang ke Malaysia. Flight kami dijadualkan berlepas jam 10:30 pg [Dubai time] dan kami dijangka tiba di KLIA jam 9:30 mlm [Msia time]

Terima kasih tidak trhingga diucapkan kepada Along krn menjadi hos kami sementara kami berada di sini..

Aktiviti baytulkifli akan terhenti buat seketika..

Doakan perjalanan kami selamat & tiada sebarang masalah..


Babai Dubai..

Saturday 25 April 2009

Palm Jumeirah & Atlantis Hotel

Kami juga dah berkunjung ke Palm Jumeirah yg letaknye di Jumeirah, Dubai. Perjalanan ke sini takdelah jauh mana. Seronok sgt dapat menyaksikan keunikan pulau rekaan manusia ini. Palm Jumeirah ni merupakan yg plg kecik di kalangan Palm Jebel Ali & Palm Deira.

Menariknya, Palm Jumeirah dibina ikut bentuk pokok palma [date palm] yg mana pokok tu ada 17 daun. Sebenarnya tang daun tu dh jadi rumah2..rumah org kayaaa..ramai celebrity popular..pemain bola sepak terkenal [termasuk zidane] miliki rumah di sini.. Kami xleh masuk pun kawasan yg membentuk daun pokok palma ni..memang dilarang masuk sbb kwsn rumah org & dikawal sepenuhnya oleh encik watchman.

Kami hanya pegi sampai ke hujung pokok palma tu je..syok kan kalo dpt tgk dr atas mcm gmbr kt bawah ni. Ini lalu kat bawah je..mana nak nampak bentuk pokok palma tu. Huu..tak terbayang rasanya jika Palm Jumeirah dilanda tsunami. Bayangkan lagi..anda sebenarnya dok dlm laut apa..kalo xde konkrit yg mengikat semua bende tu..huuu..tatuuut.

Gambar ehsan:

Google

Rumah2 yg membentuk 17 daun pokok palma.


Kelihatan dr jauh..Dubai Marina, sekali tgk, teringat pd citer CSI Miami..kikiki.


Inilah Atlantis Hotel tuu..giler besar..




Gambar di hujung pulau buatan manusia..



Bb yg paling supporting..cayaang bb jijah..walaupun panas, tetap maintain. Abg & kakak dah lama masuk keta, tak tahan panas.







Sesunghnya kenangan ini memang tidak dapat dilupakan..

Burj Dubai..DIFC..Creek

Hr tu kami pusing2 dlm bandar Dubai. Ayah bawa kami tgk bangunan2 pencakar langit yg baru hampir 20 thn usianya. Bayangkan sebelum ini hanya ada padang pasir saja.


The Dubai Mall - shopping mall terbesar di dunia, hanya bersebelahan dgn Burj Dubai yg masih under construction.

Burj Dubai

Dubai International Financial Centre [DIFC]
-tempat keje ayah-

Mlmnye kami keluar lg ke Creek pula..nak tahu apa itu Dubai Creek, kawan sy ni boleh tlg citerkan.

Muka sy dah keletihan & mengantuk tp disebabkan abg beriya2 benar mahu membawa kami semua ke situ, maka sy turutkan juga. Apapun, not bad..1st time sy lihat org hisap sisha..tp lupa nak snap gambarnye. Dubai ni waktu mlm tak ubah mcm suasana di KL..hiruk pikuk lg..shopping mall pun tutup kul 10/12 am. Bukan mcm di Durham..pkl 6 ptg dah senyap bandarnye..kedai & shopping centre semua dah tutup.

Souk Naif aka Naif Market

Satu malam tu kami gi jln2 cari barang di Naif Road.
Kat sini macam Arked MARA di KL. Tak ubah juga seperti Jln Masjid India. Lagi2lah sbb ramai India lalu lalang kat situ. Huh, leh thn crowded nye.

Jom tengok apa kami buat kat sini mlm2 begini...







Yaaa..sudah dibayaar..

Dah bergaya pun..
Kemain lg anak dara sorang nih.

Yg ni moody sket..
Tak mau posing.

Sebenarnya, mlm td pun kami ke sana juga sbb nak belikan sesuatu utk yg mengirim. Oh! Ye..Kalo nak cari abaya, bolehlah ke sini, ada macam2 pilihan abaya yg bisa membuatkan kocek suami anda kempis..kih3. Abaya tu rupenya mcm jubah yg Iffah gayakan kat atas td.

Mandi Laham

Petang tu abg dah bgtau awal2 lagi, xyah masak mkn mlm sbb nnti nak keluar makan kat

Restoren Zaina

yg letaknye xberapa jauh dr rumah. Naik keta kejap je dah sampai..Nak tahu kami makan apa?? Jap lg tgk kat bawah.

Thanx to Along psl snap gmbr ni utk kami. Bkn senang kami nak amik gmbr ber 5 yg mcm ni, semua pndg kamera dan senyum [except bb la yg kompius..]. Best restoren ni, ada tempat makan bersila..ada bantal..tp berat giler bantal tu..ntah apa isi dalamnya..tulang kambing apa. Berhawa dingin..tu plg utama skrg ni..[ngade2 pula..].

Along & my family..sekarang dia dah selamat kat Malaysia bersama keluarga tercinta. Kami sedang bermaharajalela di rumah tu..hahaahaaaa. Dun worry friend, we'll take a good care of your belongings.

Kami ke sini sbb nak mkn ni;

MANDI LAHAM

Jika baca tajuk entry mesti kompius..nak gi mandi ke? He3..mandi tu, sy tak tahula apa maksud dia..lupa nak tanya tuan kedai. Laham tu tahulaaa..daging maksudnye. Yg penting, mandi laham tu nasi sedulang dan kat atasnye ada roasted mutton. Mkn dgn sup, blended tomato & ulam..

Sy share mkn dgn abg..banyaaaak tu. Haahaa..Along mkn sorang2 je. Sikit lg nak abis tu. Dahsyat space dia eh..Jgn terkejut, diorg berdua pernah habiskan masing2 sedulang mandi laham. Kenyang sampai esok.. [besar betul selera emirati ni].

Izzah teringin sgt nak mkn apa yg kami mkn. Lihat tu, digigitnye plastik alas makan. Sian betul.

Burrrp..alhamdulillah.

Sy di hadapan Zaina Restaurant. Nak blk ni, senyum sbb dah kenyang! Tenkiu abg belanja!

Friday 24 April 2009

Balik dr Fujairah

Sabtu [18 April 2009]

Hr kedua di Fujairah.
Pagi2 lg selesai sarapan kami keluar dr beach motel utk melihat2 pantai..anak2 dah siap sedia konon2nya nak mandi manda. Sekali tgk, tak sesuai langsung nak mandi atau main di gigi air [air ada gg kaa?]. Pasir pantainye xberapa putih bersih ditambah pula dgn cuaca terik walaupun masih pagi.

Kami hanya bergambar saja di situ. Sempat juga tgk nelayan2 menarik jala ikan dgn hasil tangkapan yg boleh tahan..tp, nelayannye bkn emiratis..takkanla emiratis nak keje ni kot..sheikh walling aka indian people yg menjala ni haa. Kami sebentar sj di sini, sbb muka dah terasa bahang & tebal 5 inci..sun burn beb. I ni dah la tak pakai apa2 facial cleanser..even compact powder pun xpakai. Sempoi punye worang. Inikan pula nak pakai sun blog.







Lihat tu, mereka dah tunggu tepi keta, tak tahan dengan cuaca panaas terik. Kasut pun dah kotor2 kena pasir pantai yg tak berapa putih tu. Hoh, memang kene service betul la keta Along pas nih.

Akhirnya, kami amik keputusan utk balik semula ke beach motel dan bawak budak2 tu swimming di sana.


Kata abg, kolam ni sepanjang 50 meter. Cam olympic sized jgk ye. Kolam untuk kanak2 xde, cuma part hujung kolam je yg agak cetek, dipisahkan dgn pelampung kecil utk asingkan drpd kolam dalam.


Sy & bb saja yg berehat2 di tepi kolam. Kepanasan kami dok bawah payung tu. Muka bb pun merah2..sian dia berpeluh2. Sebelum ni di UK mana ada peluh2..he3. Nasib baik dia baik saja..


Puas berenang, kami pun kembali semula ke bilik utk bersiap2 nak check out pula. Hr pun dah hampir tengahari time tu. Plan kami nak lunch di Dubai je.

Ameen keboringan..tgh tunggu ayah settle down the bill di lobby. Huu..dah lama tak rasa sepanas ini. Bersedialah wahai kami semua..di Malaysia laaaagi panas..Sebelum matahari tegak atas kepala kami dah pun bertolak pulang..Adios Fujairah.

Bb dlm kereta. Sepatutnya bb di sini pun kena letak dlm car seat tp, kami xde bende tu..jd, main belasah aje, riba bb. Sian bb kan..alhamdulillah perjalanan kami selamat.

On the way balik tu, sempat lg kami singgah di Fujairah Museum yg masih dlm pembinaan & penstrukturan [pemulihan] semula. Ingatkan dah boleh masuk, punyelah beriya kami nak ke sana. Last2 kami snap bbrp keping gambar saja bukti kami pernah jejakkan kaki ke sini & tak tahu lagi bila pula akan dtg kembali.



Sian bb..masa ni panas sgt tau. Tambah pula bb tgh nyenyak tdo lps BF. Nak tinggalkan dlm kereta, tak boleh plk..jd, terpaksalah dukung je dia dgn topinye. Nasib baik dia tido je..dan sambung tido semula selepas itu..zzzzzz




Haa..yg ni gambar yg paling sy suka. Bukan senang woo..nak amik gmbr kat padang pasir. Huu..nak cair rasa muka ni. Dah la sy kenakan tudung hitam [penyerap haba plg baik]. Siap dukung bb lagi tu. Beriye benor mak budak nih nak bergambar. Pedulikan apa kata org, yg penting sy dpt abadikan pengalaman yg amat bermakna ini dlm hidup sy. Alhamdulillah..thanx to abg yg very supportive & understanding..that's Y ILU.. [sbb abg yg insisted srh amik gmbr kat sini]

Tak tahu pulak sy apa nama bangunan ni. Cantik dan sy suka design nya yg penuh dgn ciri ketamadunan Islam.

Yes..akhirnya kami dah sampai ke Dubai setelah hampir 2 jam perjalanan. Oleh krn perut dah berkeroncong..jd kami pun nak cari2 la kedai makan kan..tup2 makan buah langsat pulak..haii, byk jugakla mkn langsat tu..nsb baik tak kembung perut..pastu, mkn jem pulak, roti xde..waduh2.

Last2 kami tersampai di sini..

Metro Falcon Restaurant & Cafetaria

Sebenarnya, cafe ni tmpt abg mkn setiap hari semasa berada di sini. Harganya berpatutan..ada pulak teh tarik & roti canai..wah3..ramai Malaysian dtg mkn kat sini time lunch hour.


Kesian Izzah, dia asyik terliur je apa yg kitorg makan. Tengok tu muka dia, tgh geram sbb tak dapat minum teh tarik..kih3. Masa nak mkn nasi pun, dia meronta2 tak mau duduk sbb nak mkn juga walaupun sy dah BF dia kenyang2 dlm keta. Sy terpaksa bergilir makan dgn abg sbb nak jaga bb..beginilah adat org dah ada anak 3..tu belum masuk 4..5..lagik. Kuuuus semangat.

Kat cafe ni kami pekena;

Teh Tarik [kat cni dipanggil syai karak]
Mutton Beryani
Grilled Chicken
Swirl Fries
Roti Canai
Mutton Curry
Mango Juice

Burrrp..alhamdulillah..kenyang. Rezeki kami hr ini.
Kami tapaw mutton beryani & teh tarik utk tuan rumah sekali sbb dia kat umah makan megi jer..isk3, kesian, udah ler demam. Then, kami pulang ke alWarqaa 1. Wokeh, jom layan apa yg kami makan tadi..



Ayam ni sedaaaap sgt. Dah tinggal seketul br sy teringat nak snap gmbr dia. Ada byk td ni..lupe sbb lapor.




Inilah dia buah hati sy..geram betul. Rasa cam nak gigit2 je dia ni. Dia tgh tepuk2 meja sbb tension tak dapat makan..he3. Sesampai je rmh, sy kasi bb makan bubur nasi.