Thursday 31 December 2009

Farewell 2009









Sekejapnya masa berlalu...tahun 2009 dah nak bye bye. Baru2 ini saja kita menyambut Tahun Baru Hijrah 1431, kali ini tak sampai sebulan pun dah nak masuk Tahun Baru Masihi pula, 2010. Betapa pantasnya masa. Kami pun dah nak masuk tahun ke-3 di sini. Ayah pula bertungkus lumus menyiapkan chapters nya. Anak2 pun kian membesar..seiring dengan usia ayah ibu yang makin bertambah :) .

Semalam kami sekeluarga menyaksikan sekali lagi detik2 cemas dan ngeri saat Phuket, Koh Phi Phi [Phi Phi Island], Sri Lanka dan Banda Aceh di landa bencana alam tsunami. Semua ini kami tonton dalam rancangan tv Channel 4+1 iaitu "Tsunami Caught on Camera". Kali ini, kami melihat melalui kamera amatur pelancong2 yg ketika itu ada pada masa kejadian tsunami, 26 Disember 2004. Pheww...dahsyat sungguh..ini baru imej & rakaman video yang 'real'..walaupun amatur, inilah bukti yang paling benar. Pengalaman demi pengalaman dikongsi dan diimbas semula sambil menitis air mata kerana mereka sangkakan mereka pun turut sama terkorban. Hmm..terasa seperti baru saja kita dikejutkan dengan peristiwa itu, tapi hakikatnya dah 5 tahun berlalu. Cepat betul masa meninggalkan.

Harga Gula Naik..

Hari ini juga Malaysia mengumumkan kenaikan harga gula sebanyak RM0.20 sekaligus menjadikan harga sekampit gula seberat 1 kg kepada RM1.65. Huh, patutlah gula tiada di pasaran sejak 2 menjak ni...[detik hati keluarga & rakan2 di Malaysia]. Katanya, ini berikutan kenaikan harga gula dunia. Lepas ni harga kuih pun meningkat naik jugalah ni..silap2 sebiji kuih dijual dengan harga RM1. Nampaknya, kena buat sendirilah kuih kalau nak makan. Hik2.

Kat UK, harga gula lebih kurang RM5 untuk sekilogram. Tapi takpelah, kat sini gaji diorang mahal..groceries murah. Kat negara sendiri, gaji punyalah secoet je naik, tapi, harga barang runcit..whoaaa...asyik naik je melambung.

Cold Winter

Tahun ni winter paling snowy..2 kali kami dapat snow yang lebat. Sekali dalam bulan Februari, dan kali kedua dalam bulan Disember. Hari ini pun salji masih menjengah walau seketika. Tak lekat pun di dataran..disebabkan datangnya bersama2 titis hujan. Pun begitu, kesan salji yang turun seminggu yang lalu masih lagi bersisa..hinggakan saya hampir tergelincir dibuatnya dek kebekuan & kelicinan [icy] kaki lima depan rumah tu. Sejuknya pula toksah cakapla..memang sejuuuk teramat, hidung pun asyik tersumbat je..pastu terbatuk2 terutama bila masuk ke dapur. Kiranya dapur tu umpama peti sejuk. Luar rumah pulak tak ubah macam peti sejuk beku [yg macam rumah nenek, tempat nenek letak aiskrim, lauk & ais]. Rasanya kalau letak lauk2 mentah kat luar rumah pun ok apa..in case freeze penuh :P

Waktu saya tulis entry ni pun snow tengah turun...kaki lima, jalan, dan bumbung rumah memutih lagi. Esok sudah semestinya ramaila yang turun main snow. Malam ni ada bunga api tak. Sepatutnya ada, tapi kami belum pernah menyertainya. Sekadar lihat dari tingkap rumah saja..Di tanahair..? Dah terbayang macamana diorang ni celebrate new year..hmm..

Oklah..Farewell 1430H..Farewell 2009...semoga 1431H dan 2010 membawa satu pembaharuan & peningkatan dalam pelbagai aspek kehidupan kita..

Tuesday 29 December 2009

Sepetang di York

Suatu masa dulu kami pernah jejak kaki ke sini, semasa dalam perjalanan menuju ke Leicester. Tak sangka, besar juga tempat ni. Siap ada play park berbumbung untuk kanak2 bermain. Cuma satu je, takleh juga nak biarkan kanak2 bermain sendirian, kena awasi juga. Silap2 ada yang kena culik, tak pun sesat2. Ameen & Iffah pun sempat juga main2 kat situ sekejap sekadar nak hilangkan penat setelah sejam lebih dalam kereta.

Dah habis diorang main, kami ajak masuk dalam pulak. Giliran ayah ibu pula nak main..hehehe. Bukan buat apapun, nak cuci mata je. Kami pun singgah saja di sini, bukannya bertujuan nak shopping pun kan. Survey2 dulu..apa2..nanti datanglah kemudian. :)


Masa pegi Oslo hari tu tak berkesempatan nak ke Viking Museum..teringin nak lihat dengan mata sendiri rupa bentuk perahu yang bermuncung tajam ni. Rupa2nya di England pun ada sesat sebijik perahu ni. Jadi, dapatlah saya bergambar bersama.

Kedai coklat....hmm nyum2..tapi belum pernah lagi merasa coklat ni jenama ni. Satu hari kena rasa ni. Kat Malaysia ada tak brand ni ye..LINDT..




Yang lain2 tu, cuci mata je..malah kami tak masuk pun, cuma lihat dan intai saja dari luar kedai.

Iffah dengan IgglePiggle.

Masa ni kami berhenti makan2 sikit..fish fingers dan fries je..sambil tunggu si kanak2 ni main2 kat play area berdekatan cafe di situ.


Izzah pun nak minum jugak. Tengoklah macamana dia sedut minuman [yang telah diganti dengan air kosong] dalam gelas kertas tu. Muncung tak ingat..

Kami meronda je dalam ni..beli makanan je pastu berlaluuu...hmm, besar juga York shopping outlet ni eh. Yang bestnya tempat ni takdelah sesejuk Dalton Park. Mungkin nanti kami datang sini lagi...tapi tu laa...jauuuuhnya nak sampai sini..terbang duit minyak big boss..

: : Marble Cheese Brownies : :

Masuk ni dah 2 kali buat brownies ni. 1st time masa balik tanahair bulan 5 hari tu. Buat dengan adik. Alhamdulillah, hasilnya tip top. Kali ni buat saya tak ikut sangat rules nya..kesannya saya dapati brownies saya agak kering. Mungkin telur xcukup saiz [tak boleh nak cukupkan kuantitinya sbb telur takde dlm bakul..kikiki]. Juga tak guna susu cair..guna susu segar je..2 jenis susu ni berbeza teksturnya. Untuk konteks brownies jenis ni mungkin xsesuai kot guna susu segar..[memandaila pula guessing]. Dan, yang paling ketara perbezaannya dengan yg saya mula2 buat dulu ialah, brownies yg saya buat 2nd time ni rasanya agak kurang manis [terasa sikit pahit koko tu..]..mungkin sebab masa di Malaysia, saya pakai gula pasir kasar, blend halus. Kat sini gulanya walaupun bertekstur halus, namun rasanya tak berapa manis.

Apapun, saya berterimaa kasih kepada tuan punya resipi ni..i.e. mr Mat Gebu. Resipi brownies yang sedap. Kat sini saya nak kongsi dengan kawan2 & keluarga saya pula.

Ini imej waktu malam yang agak kekuningan, hanya diterangi lampu kalimantang kat dapur saya yang sejuk nun.

Ini pula imej di siang hari..diterangi cahaya matahari musim sejuk..


MARBLE CHEESE BROWNIES

BAHAN BROWNIES

250 g mentega
1 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu cair
1 1/2 cawan gula halus
3 biji telur gred B
1 1/2 cawan tepung gandum*
1 camca teh baking powder*
1 camca teh soda bicarbonate*(*digaul rata dan diayak)
1 camca teh esen vanilla

BAHAN CHEESE

250 g cream cheese
1 cawan gula halus (encik mat guna 3/4 cawan)
1 biji telur gred B

1. Lenser tin berukuran (10 x 10 x 2) inci dengan mentega, alas dengan kertas minyak, biar kertas minyak terlebih dari tin. Lenser juga kertas minyak dengan mentega. Panaskan oven pada suhu 175C.

UNTUK BROWNIES :-

1. Cairkan mentega (gunakan kaedah double-boiler) hingga cair, masukka serbuk koko dan kacau hingga rata.

2. Kacau gula halus + telur dengan whisk hingga sebati. Masukkan ke dalam bancuhan koko + butter dan gaul rata.

3. Masukkan susu cair, kacau rata. Tambah tepung sedikit demi sedikit sambil diadun hingga sekata. Tuang esen vanilla, gaul rata dan asingkan adunan ini lebih kurang 1 1/2 camca besar untuk dibuat corak atas cheese. Tuang selebihnya dalam loyang tadi, bakar 25 - 30 minit atau hingga brownies masak.

UNTUK CHEESE TOPPING :-

1. Putar cream cheese dan gula hingga sebati, masukkan telur dan putar lagi hingga berkrim.

2. Tuang atas brownies tadi dan ratakan.

3. Isikan adunan brownies yang diasingkan tadi dalam piping beg, dan buat beberapa garisan lurus, kemudian lorekkan untuk mendapat hasil seperti dalam gambar. Sambung membakar selama 15 - 20 minit lagi atau hingga masak, biarkan betul2 sejuk, baru dipotong untuk dihidangkan...



Muahahaaa...sungguh gopoh memotong brownies ni.Sungguh comot..ini gambar brownies yang saya potong gopoh-gapah sebab nak bawa bekal untuk outing. Nak cepat punya pasal dan campur malas nak snap picture lagi..maka inilah saja gambar brownies selepas dipotong dan sebelum dimakan.

Selamat Mencuba!!

Sunday 27 December 2009

Boxing Day 2009

Boxing Day 2009 @ 26 Disember..kebiasaannya orang kat sini akan keluar window shopping @ shopping setiap tahun..hari lain pun keluar juga bershopping, cuma pada 'hari bertinju' ni sale sana sini dengan diskaun sehebat 75 % untuk barangan berjenama. Padahal yang sebenarnya hari 'boxing' ialah hari membuka hadiah2 yg diperolehi masa krismas. Tapi, sekarang dah lain fahamannya...dah jadi hari membeli belah. Tak pastilah pula macamana boleh menyimpang dari asal ni.

Tahun ni boxing jatuh hari Sabtu, tahun lepas Jumaat..ramai juga insan2 yg 'rukhsah' tak solat Jumaat hari tu. Nasib baik tahun ni kena hari lain. Kami ronda2 juga ke kawasan Dalton Park shopping outlet. Sale boleh tahan juga. Outlet paling glamour..sudah tentulah NEXT Clearance..entah kenapa setiap tahun asyik penuh dengan manusia. Kami masuk juga ke situ tapi tak beli apa2 sebab queue panjang bebenor..hubby tak kuasa nak beratur semata2 nak bayar barang secoet je. Saya pun pada asalnya berkeinginan juga nak tengok pakaian2..tapi, 'mood' dikacau oleh seorang wanita Inggeris tua yg tak sedar diri. Maka, saya terus bawa anak2 saya keluar dari situ, meninggalkan hubby yg sedang memilih pakaian. Last2 hubby pun turut blah tanpa sebarang tangkapan.

Nak keluar time ni memang kena cukup lengkap berbungkusla sebab snow masih memutih. Shopping outlet ni pulak open air..memang sejukla sangat2. Nak panas, masukla dalam kedai.









Barang2 yang kami sambar tiada dalam gambar. Kami tak memborong sakan pun..hehe. Beli kasut je setiap orang.

Saturday 26 December 2009

3rd Winter in Durham

Sudah seminggu bumi North East of England diselimuti salji memutih. Krismas tahun ni memang seperti yang digambarkan dalam filem2 dan cerita2 orang putih..white christmas. Cantik sangat pemandangan sana sini yang putih bersih..malah bukit bukau turut nampak seperti imej dalam lukisan.

Nampaknya kali ini dah masuk 3 kali kami merasai dan menikmati kesejukan winter di bumi asing. Suhu yang kadang2 mencecah minus 6 sudah biasa bagi kami. Namun begitu, kami mesti peka dengan perubahan cuaca ni..terutama sekali bila masuk bab kesihatan kulit. Kulit akan jadi hilang kelembapan bila masuk musim sejuk ni. Jadi, lepas mandi nak kena sapu losyen khas atau vaseline petrol jelly. Pastu kena minum air kosong banyak2. Mandi pun kena kurang sikit kot..sebab bila mandi mesti nak guna air panas, campur pulak dengan shower cream..pasal tu kulit jadi kering. Bukan apa, bila dah kering, kulit jadi gatal2 la.

Huh, banyak pula ceramah ye. Saja nak kongsi pengalaman dengan orang Malaysia...ehehe.
Takyah cakap banyak lagi, jom lihat sedikit gambar kami menyambut ketibaan snow yang mula turun pada 1 Muharram 1431 H..dan masih lagi kekal sehingga sekarang.

Inilah bentuk hujan batu yang melonggok depan pintu dapur rumah. Sehari sebelum snow turun, hujan batu ni la yang datang dulu. Saya tak pernah2 lihat imej ni di tanahair sendiri. Datang sini baru dapat tengok. Sungguh menakjubkan..subhanallah.

Masa ni snow baru kali pertama turun di Bowburn, jadi masih nipis dan tak syok mana nak main. Nak buat snowman pun tak lepas.

Snowman kenit..

Ini kat Riverwear di bandar Durham. Ayah yang bawa kami ke sini nak lihat snow banyak ke tak. Oleh kerana hari tu Jumaat, kami tunggula ayah solat Jumaat dulu..sementara tu kami makan2 bekalan dalam kereta. Usai sahaja ayah bersolat, kami pun teruskan misi untuk menodai kawasan salji memutih di situ.

Masa kami sampai ni memang tiada siapa pun di situ. Hanya kami 5 beranak je yang girang gembira bermain2 snow..dan bergambar. Kali ni kami bawa tripod bersama. Kali pertama merakamkan gambar ber5 tanpa bantuan orang lain. Sukses!


Sedang kami syok nak posing tiba2 ada sorang mamat ni dengan sekor anjingnya berlalu..dan anjingnye pula senonong je meluru ke arah kami sambil menghidu2. Ish, tak gemar betul saya. Dalam hati saya, nak je sergah anjing tu..ngacau je. Bukan senang saya nak suruh anak2 saya tu berkumpul nak posing tau. Ini kena kacau pula. Tengok ajelah muka diorang ber3 tu..semua tengok doggy..Ameen & Iffah sudah tentulah cemas, takut doggy gigit. Kesannya, saya & hubby je yang pandang kamera..kui3. Percubaan pertama memang gagal.


Kami ber5. Alhamdulillah, Ameen Iffah agak memberi kerjasama itupun setelah dipujuk beberapa kali.







Izzah suka bila saya letak dia kat atas salji tu. Seronok kot dapat join abang dan kakak pegang2 dan main snow. Pastu mulalah kesejukan.

Masa ni Iffah masih belum kena chickenpox lagi. Tapi, asyik nak berdukung je dengan ayah. Jeles ngan baby.




Haa..tengokla kami buat apa..sanggup panjat pagar semata-mata nak masuk dalam padang tu.




Dalam sejuk2 menggigil pun masih lagi nak main snow tu. Risau saya takut diorang ni tergelincir masuk dalam sungai tu. Kes nayalah kalau mereka terjatuh dalam sungai tu. Nayalah si ayah terpaksa terjun, tak pasal2 kena tunjukkan skill berenang untuk selamatkan anak.

Dah habis main..dah sejuk2 semua, barulah kami beredar untuk pulang ke rumah. Walaupun snow dah beberapa kali turun di Durham, namun ini saja foto2 yang kami rakamkan bersama. Ameen Iffah pun masing2 buat tak tahu je bila kita bagitahu snow tengah turun lebat. Bila suruh main kat backyard masing2 geleng kepala taknak sebab sejuk.