Saturday 31 October 2009

Trick-or-Treat

Tadi ada 4 remaja English ketuk pintu rumah seusai kami [geng wanita] berusrah. Hmm..jiran depan rumah kami je ni. Kat UK hari ni [31 Oktober] mereka sedang sibuk merayakan Halloween. Setiap tahun diorang celebrate ni..Apa Halloween tuu..boleh tengok sini jika nak tahu lebih lanjut. Tapi, sebelum malam ni pun dah ada yg ketuk2 pintu rumah dgn berkata "trick or treat"?

Trick-or-treating ni memang dah sinonim dgn Halloween. Kanak2 akan ketuk pintu rumah dan sebut 'trick or treat' kat tuan rumah, dgn harapan tuan rumah akan kasi gula2 @ duit. Jika si tuan rumah ni tak kasi apa2..mereka akan kasi 'trick' kat tuan rumah..eheheh. Dulu2, org cerita, ada yg baling telur, tomato...huh, jahat jugak eh? Tp, sekarang dah xde kot yg buat camtu..sbb tahun lepas kami xde stok gula2 nak kasi..dan kanak2 tu blah aje..mereka tak buat apa2 trick pun kat kami..syukuuur. Kat belah Scotland diorg akan nyanyi @ bercerita spooky tale..pastu baru minta gula2..hmm..ye ke.

Tadi, nak dijadikan cerita, sy tak sempat nak amik gula2 kat dlm bilik atas..kesian diorang dah tunggu lama, maka kami sepakat utk kasi muffin je. Nasib baik mereka ambil. Heheh. Pastu, kami tangkap gambar mrk yg bertopeng macam2 tu..walaupun pada mulanya mereka enggan... ;P. Thanx to Fakhzan tolong snap kan foto tu. And so sorry to those teenagers for not treating u with some sweets.




* Sekarang ni pun, kat mana2 ada jual labu.. "pumpkin". Yg menariknya, labu kat UK sangat cantik berbanding labu di Malaysia. Warna labu kat sini oren sangat..sungguh cantik. Kat Malaysia warna labu xberapa menarik kan? Biasanya diorang akan ukir labu tu utk dijadikan "Jack-o-Lantern" iaitu sejenis deco utk Halloween.

* Mengikut kepercayaan mereka, pd malam 31 Okt tu, roh & hantu2 aktif..huhuu..

* Kesian si Iffah yg menangis menggigil2 takut..huh, takut saja dia nih.

Happy Birthday!

SELAMAT HARI LAHIR


buat

Teh

&

Akmal Rushad

yg mana mereka berdua ni berkongsi tarikh yg sama iaitu;

29 Oktober 2009

Semoga kedua2nya sentiasa berada di bawah rahmat & kasih sayang Allah SWT. Panjang usia & dimurahkan rezeki.

Daripada kami sekeluarga;

Baytulkiflli, Durham, England.

Saturday 24 October 2009

di Hari Istimewa si Kecil

Sempena birthday Izzah 17 hb lalu, ibu buatkan kek yg bentuk nombor 1 buat baby. Kek tu kek mentega biasa je. Atas permintaan Ameen & Iffah, sy letak 3 warna, so dah convert jadi kek marble pula. Tiba2 idea datang nak modify kek ni jd nombor 1. Pastu letakla icing coklat & tabur white choc kat tepi sbg pasir [kata Ameen & Iffah].

Selamat Hari Lahir baby!

Eja nama Izzah, double Z..tp disebabkan kek ni comel sgt xcukup pula ruang nak tepek choc dice tu. Takpelah asalkan boleh baca nama dia.

Kek sebelum letak candle..kang nanti dia terpegang habislah sayaaa..ini pun dia geerrraaaam sgt tgk kek tu..

Ameen tertanya2 kenapa dia punye turn birthday xkunjung tibe..kih3..apaa dia ingat birthday tu 3 kali setahun ke.. ;P

Iffah pun nak bergambar ngan kek ni jgk. Dia pun request kek no. 4 sempena birthday nya akan datang. Mmm..tgkla ibu rajin ke taak..ye?

Ayah & the kids.


Izzah dengan mulut yg comot makan kek. Tapi ibu bagi sikit je sebab kek tu manis. Tak sesuai lagi utk baby makan.


Tuesday 20 October 2009

Jabbed

Hari ni kami [except Ameen] ke Bowburn Medical Centre sejurus selepas ayah balik dr menghantar Ameen ke sekolah. Ada temujanji dengan GP [doktor] Dr. Paula Graham untuk Izzah. Kesian Izzah kena cucuk hari ni, sempena umur dah cukup setahun..heheh.


Dalam pusat kesihatan Bowburn..Izzah diaam je sambil mata asyik dok perhatikan orang2 yg ada di sekelilingnya. Sambil2 tu, sy bg dia main sarung kamera..risau takut dia boring pula. Kami sampai awal juga pg tadi tu..jadi lamala sikit tunggu giliran. Bila dah lama ni, si kecil la yg senang boring kan..


Kat sini, pihak yg menjaga kebajikan kesihatan penduduk @ National Health Service [NHS] akan hantar slip kuning ni kpd ibubapa kanak2 utk temujanji imunisasi.

Dan, ini pula ialah rekod peribadi kesihatan anak kita. Izzah dilahirkan di sini. Sejak mula2 keluar dulu memang dah dapat buku rekod merah ni. Tiap kali ada urusan berkaitan timbang berat bayi @ suntikan imunisasi, kita kena bawakla buku ni. Awal2 dulu saya lupa bawa..malunye kat nurse & GP tu. Tapi, diorg faham sebab kita xbiasa dengan keadaan tu. Sib baik. Pastu xdenye lupe2 daah..heheh.


Izzah tengah pelik kenapalah sorang..2 org..baby yg hampir seusia dengannya masuk dlm bilik..keluar bilik je merauung..hahah..sib baik dia xikut meraung sekali..

Dengan kakak Iffah.

Sian anak ibu ni..tp ibu dah bgtau dia..hr ni dia kena jab ngan doktor..

Tujuan sy bawa kamera hr ni supaya dptla rekod masa baby kena suntik tu..alih2 terlupa pula pasal sy yg pegang baby masa dia nak cucuk tu. Gambar di atas ni masa nak balik rmh dah..lepas kena suntik. Nangis kejap je baby..baik sangat..kena inject kat peha 1 injection je.

Kena rushing sbb ayah ada kelas kat school, sampai ibu terlupa nak pakaikan baby jaket..huhuu..baju pula short sleeve..sian baby..yg mak bapaknye pakai jaket tebal..[jaket dia ada, tp dok dlm beg psl dlm klinik tu panas, so sy bukakla jaketnya].

Ni nak balik dah ni. Baby nampak happy je..agaknya xsakit mana kot..bukan mcm yg hari tu..sampai dua2 belah peha kena jab..nangis xingat..pastu badan pun panas je. Hari ni alhamdulillah Izzah nampak ok cuma bila tidur tu dia jadi lenaaa sangat..agaknya penat sakit kut..heheh..pandai2 je.

Monday 19 October 2009

Iffah & Izzah

Gambar ni sungguh kelakar. Saja letak kat sini utk tatapan keluarga di Malaysia. Ni time Ameen dah pegi sekolah. Main berduala kononnya ni. Izzah dah pandai main dan suka main dengan kakak cuma kadang tu kakak suka buli dia.

Lokasi kejadian:
depan pintu dapur, ibu nak buka pintu nak ke dapur pun susah daaa..

Sunday 18 October 2009

: : Brownies IU : :


Dah lama sy nak cuba buat brownies drpd resipi IU ni. Bila sy tgk dlm blog dia..fuh, terliur sgt. Alhamdulillah, menjadi pulak percubaan pertama sy ni. Semua yg merasanya cakap sedaaaap. Dah beebrapa kali membuat brownies..yg ni yg paling power rasa coklatnya..mmg kesukaan sy laa..ekeke.

Terima kasih kpd Lady IU yg telah membantu memberi ilham & perangsang utk buat brownies ni..huh, sedap betul! Choccy!!


BROWNIES IU

· · 250g (sebuku) butter
· 400g coklat masakan
· 6 biji telur

· 2 cawan gula perang
·
2 penutup esen vanilla

· 1 sudu besar coklat emulco

· 3/4 cawan tepung gandum
· 1/2 cawan serbuk coklat
· 1/2 cawan kacang walnut @ pecan @ almond @ macadamia. Ikut suka. Kalau tak letak kacang pun tak apa.


1. Panaskan oven 180 darjah.


2. Double boil butter dan coklat masakan. Pastikan air yang menggelegak tak masuk dalam adunan butter dan coklat masakan. Setelah cair, ketepikan. Biarkan sejuk.

3. Dalam bekas lain, masukkan telur, gula perang, esen vanilla dan coklat emulco. Gunakan spatula untuk sebatikan bahan-bahan ini.

4. Tuang adunan butter dan coklat masakan yang dicairkan tadi ke dalam adunan di atas. Gaulkan sebati. Jangan kacau terlalu lama. Setakat sebatikan saja.


5. Ayak tepung gandum dan serbuk coklat. Masukkan dalam adunan di atas bersama kacang (jika ada). Gaul sebati dan masukkan ke dalam loyang yang sudah digriskan dengan marjerin atau butter.

6. Bakar selama 45 minit menggunakan api atas bawah atau sehingga masak. Gunakan lidi untuk periksa bahagian tengah brownies.

Saturday 17 October 2009

Malam ni..

Malam ni sy tinggal dengan anak2 je..abang xde, ke Sheffield krn menghadiri majlis rumah terbuka ust Hasri. Maaflah Laily..sy xdapat join makan2 tu..Ameen & Izzah xberapa sihat jadi malaslah nak jalan2 jauh2 ni. Lagipun abang ada urusan esok pagi, kena bagi talk tentang Islamic finance [ kot..xpasti tajuk sebenarnye apa.. ] di Nottingham University. Jadi, malam ni xtahula abg overnite kat rumah sapa..agaknye kat rumah ustz Hasri kot. Tak pun rumah Marwan.

Malam ni, anak2 awal2 lagi dah masuk sarang..he3. Mulanya tu diorang tengok video..sempatla layan Cinderella II & the Prince of Egypt. Lepas bagi Izzah makan nasi, [ yg lg 2 org tu dah makan awal lagi nasi..], Ameen dah ajak naik atas. Muka pun dah monyok semacam..hmm sakit perut lagila ni kut.

Malam ni, Ameen sakit perut lagi. Sy syak...'kecacingan' kot..sebaaab pernah suatu hari tu sy lihat Ameen ni suka sgt kulum jari2nye padahal sebelum ni tak pernah dibuat mcm tu. Tp itu cuma telahan sy. Nampaknya kena gi wat appointment ngan GP ni. Kot la bende lain pulak. Harap2nye xde papelah.

Malam ni, sy layan diri sorang2 la..dah solat Isya', sidai kain..ajar Ameen buat numeracy homework [ on length ], bacakan bedtime story "the Cat in the Hat", bagi Ameen makan ubat, sapu balm kat perut, gosok perut, tidurkan baby..dan last sekali tinggallah sy sorang2 yg tibe2 je rasa renduu kat si dia..kih3. Hmm..bagus juga berjauhan sekali sekala nih.. [ abg, sila jgn tinggalkan I lama2 lagi mcm 3 bulan dulu ye.. ].

Malam ni, kami tidur tanpa ayahlaaa..sy la tuu yg bakal kena bangun tidurkan Iffah tatkala dia mengigau2..sleep talking tuh..pheeeww..[ dia pernah nyanyi Incy Wincy Spider dlm tidur sambil tersengih2 ;P ]. Dan, nampaknye sy jugalah yg kena bangun legakan sakit perut Ameen jika dia merengek2 malam ni..hmm. Yg sudah pastinya, sy jugalah yg akan bangun BF kan Izzah & lenakan tidurnya setiap malam walaupun abang ada di sisi..

Malam ni nak layan dramaaa laaa...hip hip hooray!!


** Nite nite ayah kat rumah org tu..behave yourself. Sleep tight!



With my kids @ Chester-le-Street carboot fair.

Happy 1st Birthday Baby!

Hari ni genaplah usia Izzah 1 tahun. Alhamdulillah, sy bersyukur kerana masih diberi peluang oleh-Nya melihat anak2 membesar di depan mata. Mudah2an sy masih lagi diberi peluang untuk bersama2 mereka sehinggalah mereka dewasa..amiin.

Hari ni sy & abg sibuk sedikit. Pagi, kami menerima tetamu dr Glasgow, abg Ipin & kak Asma Hakimah serta Jufitri & Safwan [yg berdua ni dekat2 sini je..he3]. Selesai bersarapan pagi mereka terus ke Sheffield utk menghadiri rumah terbuka MISG UK-Eire. Ikutkan kami pun nak ke sana juga tp Izzah & Ameen tak berapa sihat, jadi kami terpaksa batalkan niat tu [kami je xpegi, ayah pegi..]. Tengahari pula kami jengah ke open house terakhir [barangkali..] di rumah kak Amy & bro Asyraf. Alhamdulillah.

*****************************

Habislah cerita sibuk kami tu. Hari ni ibu & ayah minta maaf kat baby pasal tak dapat nak celebrate birthday bb on the exact day/date. Sebenarnya kami dah pun buat birthday party merangkap open house seminggu yg lalu. Cadangnya memang nak buat hari ni, kononnya nak share ceremony dgn jiran sebab anak dia pun sama birthday dgn Izzah. Oleh krn semua ada urusan hr ni, kami terpaksalah awalkan majlis tu. Alang2 seluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan..eheheh..kami sekalikan dgn majlis rumah terbuka trio antara sy, kak Adeline & kak Maryam, bertempat di rumah kak Lyn.

Ibu pula lupa nak snap gambar bb dengan kek birthday nya [xsempat nak buat kek birthday sbb masak menu open house, ayah beli kat kedai je..next time ye bb]. Yg ada foto pun cuma masa di rumah auntie Lyn je. Itupun ciput je gmbr..siap blur2 lagi..maklumlah dah jadi co-hostess nih xdan lah nak berfoto2.





HAPPY 1ST BIRTHDAY BABY!!

Doa ibu moga Izzah membesar dengan sihat dan bijak..moga menjadi anak yg baik serta taat kpd ayahibu dan patuh kpd perintah Allah SWT. Ibu harap anak2 ibu ni semuanya akan sentiasa membahagiakan ayahibu..

Cayang bb jijah...mmppphh...

Friday 16 October 2009

: : Buttery Orange Cake : :

Dah lama sy tak merasa kek oren yg moist macam ni. Kek ni dah lama sy buat, xsilap saya dalam bulan puasa sebelum jiran sy tu bersalin..eheheh. Sempatla sy bagi dia merasa. Tup2..esoknya bersalin.

Resipi ni sy amik kat MyResipi. Kek oren ni cukup mengingatkan sy kepada mak saya sbb dia sukaa sangatla makan kek oren, tapi si anaknye xreti2 buat kek yg suit dengan taste nye. Ma, okeh..dah jumpe dah cara nak buat camne. Nanti balik kampung Nani buatkan. Takpun suruh Ana je buat dgn Yo..kih3.

Kek ni manis sikit..so bg sapa2 yg xsuka manis..sila kurangkan gula kepada..200 gm. Hari tu sy buat je betul2 ikut resipi tercatat, memang rasa manis..hahaa..okeh, sila cek resipi di bawah. Gambarnye mcm kat bwh ni jugak..



: : BUTTERY ORANGE CAKE : :

Bahan2:
· 250gm butter (dilembutkan)
· 2 sudu besar parutan kulit oren
· 330gm gula castor
· 4 biji telur
· 225gm tepung naik sendiri
· 75gm tepung
· 180ml orange juice

Cara-cara

1. Pukul butter, gula dan kulit oren sehingga kembang.

2. Masukkan telur dan pukul lagi.

3. Masukkan tepung diselang-selikan dengan orange juice. Pukul rata.

4. Isi dalam loyang yg telah dialas kertas dan di gris. Bakar 1jam 10min.



Thursday 15 October 2009

Tidur Awal

Malam ni, anak2 dah masuk duvet awal2 lagi..belum jam 8 mlm semua tiga2 tu dah lenaa. Iffah memang senang tidur..tambah2 lagi bila dah masuk sekolah ni..lagilah bertambah senang. Izzah pula, kalu dah kenyang, memang tidurlah dia. Cuma, sekarang ni tidurnya xberapa lena sebab hidungnya yg kadang2 tersumbat & xselesa dek selesema. Kesian sayaa..eheheh.

Ameen..? Hmm..anak bujang saya ni bukan senang nak lelap awal2 walaupun badan dan otaknya dah seharian kepenatan di sekolah. Tapi, malam ni kami berdua rasa hairan sikit dengan perubahannya..yg tidur awal berbanding biasa hingga xsempat nak baca Iqra' & Jolly Phonics. Risau pun sama sebab ayah kata dr malam tadi dia mengadu sakit perut. Hmm..pagi tadi takde pula dia bgtau apa2 kat saya. Tapi, petang tadi sebaik saja pulang dr sekolah dia mengadu sakit perut lagi dan tak mahu makan apa2.

Saya check lunch bag dia..hanya yogurt yg dimakan..benjo tak bersentuh..pisang pun sama. Malah jus epal yg paling digemari pun rasanya xluak. Macam2 pula sy fikir..ke yogurt masam..tp yogurt tu lambat lg due date nya. Terpaksa sy flash back apa yg dia makan sebelum ni. Huhuuu..sy pun xpasti apa yg sebabkan kesakitan kat perutnya tu..last2 sy bagi paracetamol utk kurangkan sakit.

Lepas je makan ubat, sy suruh dia rehat & tidur..dan sy turut lumur balm kat perut, betis & tapak kakinya. Mudah2an pulihla sikit keadaannya hingga pagi esok. Tak sampai 10 minit dia dah lelap..bila tgk dia diam & xaktif seperti biasa..timbul pula rasa kasihan pd dia..maklumlah Ameen ni boleh tahan nakalnya..suka usik adik2..suka main2 dgn toys nya..tp hari ni semua tu dia xbuat..dia diaam je..jadi, kami memang senang sangatla nak cam dia xsihat tu.

Sy berdoa moga2 sakitnya lekas pulih..dan tak melarat. Takde pula tanda2 diarrhoea..hmm..tunggu je besok.[ bayangkan jika sepanjang masa di sekolah tadi dia sakit perut..ya Allah..kesiannya anakku.. ]

Shafakallahu ya ibni!!

Sleep tight my babies..


Brownies Cheese Cake vs Virgo Gift

Cerita ni cerita lama tau. Masa tu sy tengah malas nak update blog..sementelah pula bulan puasa..sibukla juga kan. Untuk kesekian kalinya..hari ulangtahun sy tahun ini masih lagi disambut dalam bulan mulia..Ramadhan..samalah semasa sy dilahirkan berpuluh2 tahun lalu..pun juga dalam bulan Ramadhan iaitu, 30 Ramadhan..nak jugak keluar sebelum raya pose..nak fitrah tu.

Alkisahnya sy masa mula2 dilahirkan dulu..mempunyai birthmark yg cukup hebat i.e. di kawasan muka. Keesokannya raya, ma kata ramai sgt org2 yg dtg menziarah ma & baby [saya la tu..] krn alang2 ziarah raya..dan juga diorang ni nak tgk tanda lahir sy yg hebat tu. Bluish mark tulaa yg buatkan sy dah glemer sedari kecil lagi.. [skrg dah kurang glemer..ekeke]. Alhamdulillah..tanda lahir tu dialih kedudukannya sewaktu sy masih bayi, jadi bila dah besar tua bangka ni..takde da pun birthmark tu. Hmm..alhamdulillah, bayangkan jika sy masih bertanda lahir tu..ntah2 abang pandang x saya ni eh..? {Acah je abg, dia xsuka sy timbulkan isu ni..kiikiikii}.

Sudah2la tu cerita lama..

Sekarang ni sy nak share resipi Brownies & Cheese Cake yg sy buat masa birthday hari tu..rasanya yummilicious..pun begitu, sy & anak2 je yg makan sbb abg ni xsuka kek2 & kuih2 manis. Lidah org kampung.. ;P Tapi kan, kek sy ni xcukup bahan..maka jadilah mcm tu. Sy pun tak tahu rupa asal kek ni camna. Nak tahu, kena cuba buat sekali lagi. Apapun, rasanya tak merugikan. Oh! Yee..maaflah sy dh lupa amik dr mana resipi ni..bukan MyResipi ye..drpd blog seseorang.

· BROWNIES & CHEESE CAKE
·
· **Bahan Brownies**
· 300gm dark chocolate
· 2/3 cawan gula
· 150gn butter
· 1 1/2 cawan tepung gandum
· 1 1/4 cawan whiping cream
· 1 1/4 cawan sour cream (saya guna plain yogurt)
· 2 biji telur
·
· **Bahan Cheese**
· 250gm cream cheese
· 1/3 cawan gula
· 1 biji telur

Cara-cara

1. Cairkan butter, chocolate & gula atas api sederhana.

2. Pukul telur..tak payah sampai kembang. kemudian masukkan kedalam adunan chocolate, kacau rata.

3. Masukkan pula tepung, whiping cream & sour cream. kacau sebati. Ketepikan sementara.

4. Sediakan pula adunan cheese. Satukan semua bahan, pukul sehingga jadi macam krim.

5. Masukkan adunan ke dalam loyang yang dah digris. Seelok eloknyer guna springform. Selang selikan antara brownie & cheese. (sebelah sebelahkan - bukan dari bawah ke atas).

6. Bila dah habis masukkan adunan ke dalam loyang, ambil chopstick@sudu@lidi, buat beberapa pusingan pada adunan. Jangan pusing lebih2 sangat!!

7. Bakar dengan kepanasan oven 180 degree celcius, selama 30 minit. Bila dah masak dia mmg lembik sikit..sejukkan sekejap. Kalau dah cool, nak masukkan dalam fridge pun boleh, baru senang nak potong.





Cubalah!!
Bessssttt!!!


Dan, ini dapat drpd ayah.
Jauuuh dtg ni..dr negara matahari terbit. Mulanya sy ingatkan coklat, tengok2 huuu...tak sangka pulak dapat ni..alhamdulillah.

Terima kasih abang atas ingatan.

Izzah..Sekarang ni..

Dah lama xcerita & upload gambar Izzah kan..ini atas desakan drpd kakak sy maka sy rajinkan diri upload sedikit gmbr Izzah n kakak utk tatapan keluarga di kampung.

Inilah saya sekarang ni..gambar ni xdela terbaru sangat ni..diambil beberapa minggu lalu. Yg terkini akan menyusul kemudian, sy belum transfer lagi dlm laptop. Sekarang ni Izzah dah terer kasi pose utk kita snap gmbr dia..tp inilah pose yg plg dia suka buat..

Tengah layan CBeebies ni dgn kakak. Masa ni kakak belum pegi sekolah lagi. Tengahari baru ayah gi hantar..maklumlah 3 jam je, nursery. Dulu Izzah xdela heran mana apa yg ditayang kat tv tp sekarang ni tiap kali bunyi muzik apa2 kat tv mesti dia goyang2kan badan dia sambil tepuk2 tangan. Hmm...

Setiap kali makan, Izzah akan dipakaikan bib utk elak pakaian dia kotor. Tapi, sekarang ni Izzah dah macam tak mau pakai pulak dah..sudahnye, kat area kolar baju tu ada kesan lebam pisang..Izzah sukaa makan pisang, tiap kali nampak pisang dia akan sebut.."nana..nana".

Suka minum air masak macam kakak, cuma sekarang ni dah tak mau sangat pakai botol dia, nak guna gelas macam kami. Untuk elakkan Izzah daripada tersedak, ibu bagi sippy cup kat dia. Senang sikit dia nak minum air. Tiba2 teringat sippy cup Iffah yg saya beli masa dia baby dulu, bentuk hippo..sayangnye si Iffah tak suka cup tu, mungkin sbb dia xsuka hippo tu kot..ibu je yg suka, hoh, ibula kot yg kena guna..ekekeke.

Sekarang macam2 Izzah nak makan. Hmm, dia sukaa sangat makan cekodok. Tapi, sekarang ni kena pantau sikit nak kasi makanan berminyak sbb dia tgh batuk. Siaan baby.


Hahaha..kakak tengah hirup kuah sup...sluuurrrp. Dia ni semua kuah dia panggil 'sup'. Hinggakan aiskrim yg cair tu pun dia panggil sup juga. Sekarang ni, Izzah pun suka aiskrim..nnti dia akan jerit kuat2 kalu kakak tak bagi dia rasa..huhuhuuu..

Tinggal sehari lagi sebelum birthday Izzah yg sebenar. Ahad lepas kami dah celebrate in advanced pasal nak sekalikan dgn open house. Dah besar dah anak ibu sekarang ni..

Tuesday 13 October 2009

My Soft Mutter

Ayah dah kembali ke SGIA semula setelah sekian lama holiday. Maka sy pun kenala ambil alih tugas hantar & jemput Ameen & Iffah sekolah. Sekarang ni cuaca suram, sejuk..siang pun dah semakin pendek. Izzah pun tengah selesema..kat sini selesema susah nak baik. Sian dia asyik berkerak je hidung. Tapi, dah makin ok cuma sekarang batuk2 sikit.

Tak lama lagi kena tukar GMT pula. Cepatnya masa berlalu.. [sigh] Apa kemajuan yg saya dah capai ye..





Sunday 11 October 2009

Happy Birthday Abah

SELAMAT HARI ULANGTAHUN YG KE-65

buat

ATUK

HAJI HARUN BIN HAJI SAID


Kami di sini sentiasa mendoakan agar atuk dikurniakan kesihatan yang baik. Semoga atuk panjang usia & murah rezeki..manalah tahu boleh datang ke tempat kami..


Sayang Atuk,

Ameen,
Iffah,
Izzah,
Nani & Zul

Durham, England.

Friday 9 October 2009

Happy Birthday Cikcu

SELAMAT HARI LAHIR

buat adik saya yang bongsu;

HALIANA HARUN

Semoga dengan berganjaknya setahun usia akan menambahkan kematangan diri dalam menangani kehidupan..didoakan agar sentiasa berada dalam rahmat Ilahi.


Daripada kami;

Kak Nani & Abg Zul,
Ameen,
Iffah,
Izzah.

Wednesday 7 October 2009

Eidulfitri di Perantauan

Hai lama pulak tak update cerita dlm baytulkifli ni ye..hinggakan cerita raya pun xde dlm ni. Baiklah, sy akan express sikit kali ni [harap2nye lah].

Eidulfitri tahun ni nampaknya meriah spt tahun lalu..maklumlah ada tetamu kan, mestilah terasa persiapan menyambut raya tu. Hari terakhir berpuasa sy dan anak2 tak ikut trip tetamu ke Scotland..takut hilang tenaga nak masak malam tu. Memang dah jangka raya esoknye kan. Malamnya tu lepas solat Isya' je sy dah mula memasak makanan utk pagi raya. Ida byk tolong kat dapur..main course sy yg buat..tang dessert sy pass kat Ida..cuma bg arahan step-by-step je. Berjaya Ida buat 1st tiramisu. Heheh..

Pagi raya tu, kami pun menjamu selerala..ada nasi impit.kuah kacang..serunding kelapa..pulut..rendang pedas daging dan kuih2 raya yg secooet tu. Alhamdulillah semua cakap sedap..[ye ke nih..huk3]. Tahun ni kami tak sempat nak rakam ucapan raya buat keluarga di kampung sbb sibuuk sgt.

Lepas makan pagi, kami semua ke Howlands Farm Building untuk sama2 menunaikan solat sunat Eidulfitri dgn jemaah Islam yg lain. Lewat juga sampai kat sana..masa tu dah dekat nak solat pun. Lepas dengar khutbah raya kami bersosial & bergambar2 seketika. Kami tak tunggu utk acara dlm dewan sbb nak bawa tetamu ke suatu tempat & tetamu kami menerima jemputan makan time tu. Nasib baikla ustz Helmi sudi ambilkan hadiah Ameen & Iffah. Kesian Izzah & Adrin xde hadiah..Adrin punye sepatutnya dapat sbb dah bayar..mungkin tak perasan bila nama tu announced kot.

Kami ke rumah bro Syahmi utk makan2..waaah..hebat tul kak Shuk, masak macam2 tu. Kenyang perut kami sementara nak tunggu acara petang tu. Lepas mkn, kami bwk tetamu ke bandar tp hampa impian nak posing depan Durham castle & cathedral pasal area situ kena blocked ngan ITV yg tgh wat program menghayati pemergian sapa tu..pemain bolasepak..Robinson ke apa namanya.

Kami pun balikla rumah. Tetamu tukar pakaian sbb abg nak bwk diorg gi carboot di Seaham. Raya jatuh hari Ahad kan. Lama juga mrk ke sana sampai letih2 kaki..kikiki. Kena tkr baju raya plk utk gathering ptg tu. Lewat lg kami sampai..org dah siap pun bertakbir raya.

Macam2 makanan terhidang atas meja..semuanya menyelerakan sampai sy pun rambang mata dibuatnya. Kali ni kami beracara di Keenan House tidak seperti thn lalu i.e. di Bowburn Community Centre. Banyak games yg diadakan utk mengeratkan silaturrahim yg sedia ada. Tapi, sy tak dpt join..sbb kurang minat games mcm tu yg ala2 musical chair. Tp, takpelah, saya tumpang seronok lihat kawan2 main.

Sampai malam jugalah baru habis program tu. Last sekali acara pemilihan penghulu baru menggantikan penghulu sblm ni. So, yg baru dilantik, bro Pak The & Pn Hanira..TAHNIAH buat u all ye. Semoga berjaya menjadi pemimpin rakyat Melayu Bowburn. Kami semua balik rumah selepas solat maghrib..aduss..penat banget.