Wednesday, 7 October 2009

Eidulfitri di Perantauan

Hai lama pulak tak update cerita dlm baytulkifli ni ye..hinggakan cerita raya pun xde dlm ni. Baiklah, sy akan express sikit kali ni [harap2nye lah].

Eidulfitri tahun ni nampaknya meriah spt tahun lalu..maklumlah ada tetamu kan, mestilah terasa persiapan menyambut raya tu. Hari terakhir berpuasa sy dan anak2 tak ikut trip tetamu ke Scotland..takut hilang tenaga nak masak malam tu. Memang dah jangka raya esoknye kan. Malamnya tu lepas solat Isya' je sy dah mula memasak makanan utk pagi raya. Ida byk tolong kat dapur..main course sy yg buat..tang dessert sy pass kat Ida..cuma bg arahan step-by-step je. Berjaya Ida buat 1st tiramisu. Heheh..

Pagi raya tu, kami pun menjamu selerala..ada nasi impit.kuah kacang..serunding kelapa..pulut..rendang pedas daging dan kuih2 raya yg secooet tu. Alhamdulillah semua cakap sedap..[ye ke nih..huk3]. Tahun ni kami tak sempat nak rakam ucapan raya buat keluarga di kampung sbb sibuuk sgt.

Lepas makan pagi, kami semua ke Howlands Farm Building untuk sama2 menunaikan solat sunat Eidulfitri dgn jemaah Islam yg lain. Lewat juga sampai kat sana..masa tu dah dekat nak solat pun. Lepas dengar khutbah raya kami bersosial & bergambar2 seketika. Kami tak tunggu utk acara dlm dewan sbb nak bawa tetamu ke suatu tempat & tetamu kami menerima jemputan makan time tu. Nasib baikla ustz Helmi sudi ambilkan hadiah Ameen & Iffah. Kesian Izzah & Adrin xde hadiah..Adrin punye sepatutnya dapat sbb dah bayar..mungkin tak perasan bila nama tu announced kot.

Kami ke rumah bro Syahmi utk makan2..waaah..hebat tul kak Shuk, masak macam2 tu. Kenyang perut kami sementara nak tunggu acara petang tu. Lepas mkn, kami bwk tetamu ke bandar tp hampa impian nak posing depan Durham castle & cathedral pasal area situ kena blocked ngan ITV yg tgh wat program menghayati pemergian sapa tu..pemain bolasepak..Robinson ke apa namanya.

Kami pun balikla rumah. Tetamu tukar pakaian sbb abg nak bwk diorg gi carboot di Seaham. Raya jatuh hari Ahad kan. Lama juga mrk ke sana sampai letih2 kaki..kikiki. Kena tkr baju raya plk utk gathering ptg tu. Lewat lg kami sampai..org dah siap pun bertakbir raya.

Macam2 makanan terhidang atas meja..semuanya menyelerakan sampai sy pun rambang mata dibuatnya. Kali ni kami beracara di Keenan House tidak seperti thn lalu i.e. di Bowburn Community Centre. Banyak games yg diadakan utk mengeratkan silaturrahim yg sedia ada. Tapi, sy tak dpt join..sbb kurang minat games mcm tu yg ala2 musical chair. Tp, takpelah, saya tumpang seronok lihat kawan2 main.

Sampai malam jugalah baru habis program tu. Last sekali acara pemilihan penghulu baru menggantikan penghulu sblm ni. So, yg baru dilantik, bro Pak The & Pn Hanira..TAHNIAH buat u all ye. Semoga berjaya menjadi pemimpin rakyat Melayu Bowburn. Kami semua balik rumah selepas solat maghrib..aduss..penat banget.



4 comments:

fa10 said...

dah balik dr oslo?.... raya sakan oooiiii...

hnyhar said...

fa10,
dah balik daaa..mlm rabu lepas..penat sangat..pheeww..

iu rf said...

salam kak.. iam back..! harapnya pasni mood memblog sy kembali la hendaknya..ngeh3

hepi besday to ayah akak..!

take care

hnyhar said...

salam iu,
hmm, akak pun sama..hrp dpt update cerita utk org msia ni..thanx 4 the wish.