Showing posts with label Jurnal. Show all posts
Showing posts with label Jurnal. Show all posts

Saturday, 6 August 2011

Resume Blogging

kali pertama menulis blog menggunakan telefon..kekok juga dibuatnya..apaa nak buat kami belum mendaftar internet connection lagi. Sedar tak sedar dah sebulan 6 hari kami berada di tanahair. Memang terlintas untuk meng'update' cerita dan kenangan penting dalam Baytulkifli ni, namun masa sangat tidak mengizinkan.

Sememangnya terlalu banyak yang ingin diluahkan, dicatatkan dan dimemorikan di sini. Malah masih ada cerita lama yang berbaki belum selesai diabadikan dalam Baytulkifli. Saya sangat bercita2 untuk menfaatkan semula masa2 emas saya berbicara di sini dengan harapan perasaan malas tidak kemari.

Antara sebab utama saya lewat resume blogging ialah kata laluan masuk ke Baytulkifli disekat oleh pihak admin atas alasan khuatir jika ada unsur2 hijack pada Baytulkifli memandangkan saya berpindah negara. Pihak admin meminta recovery email daripada saya..masalahnya saya memang lupa apa password untuk recovery email tersebut. Nama pun recovery, memang sah2 jarang apply passwordnya.

Wednesday, 1 June 2011

Dah Masuk Jun

Jun tahun ini buat kami, adalah bulan yang sangat penting, istimewa dan penuh debaran. Setiap hari sangat bermakna. Moga semuanya berjalan lancar sepertimana yang telah dirancang.

Saturday, 30 April 2011

Hari ni

Hari ni cuaca sangatlah cerah, tak semendung semalam. Dah la semalam ada Royal Wedding Duke dan Duchess of Cambridge :) . Dulu, orang tua2 kata, jika di hari persandingan tiba2 hujan turun, tandanya mempelai tu mesti suka makan budu. Hihi..tiada justifikasi di sini. Mungkin ia suatu kebetulan saja. Mahu pengsan si Kate dan William jika terhidu aroma budu..

Macam biasa aktiviti hari ni pada pagi2nya, bersukan. Dah lama tak pukul shuttle, gara2 Linden Centre penuh di tempah, dan kami juga sibuk berprogram pada minggu lalu. Terlintas juga, bila balik nanti, dapatkah lagi saya bersukan begini. Harap2nya dapatlah kembali beriadhah seperti dulu, biasanya setiap Sabtu atau Ahad, kami sekeluarga akan ke Kompleks Sukan tempat kerja ayah untuk main tenis. Tak pun, ke Nilai Springs and Golf Club..bukan main golf, tapi berenang. Yang tak bestnya, banyak pula nyamuk yang menggigit. Kami ni dah lama xderma darah kat nyamuk..

Friday, 29 April 2011

Sibuk

Sepanjang cuti sekolah ni, kami memang sibuk. Sejak dari awal cuti lagi. Mula2 holiday, lepas tu program, kemudian, menerima tetamu, tak lama lepas tu, kenduri..akhir sekali, menghantar rakan2 yang pulang ke tanahair. Pendek kata, ada beberapa hari saja kami bersenang-lenang di rumah. Itu pun bukannya duduk meriba tangan, lincah saja uruskan itu ini. Dalam masa yang sama, blog ni pun tak ter'update' dengan catatan, mana tidaknya, mood blogging lenyap terus bersama kesibukan saya sepanjang 2 minggu ni. Harap2 saya dapat teruskan usaha untuk mencatat pengalaman dan kenangan keluarga. Bukan itu saja, terbantut sekejap aktiviti bungkus2 saya. Nampaknya lepas ni kena sambung semula..2 bulan tidak terlalu lama.

Kebetulan pula, hari ni cuti di seluruh UK bersempena dengan perkahwinan diraja Prince William & wanita pilihannya, Kate. Saya juga tak sempat mengikuti siaran langsung upacara perkahwinan mereka. Tak mengapa, saya boleh saja menontonnya dalam berita BBC malam nanti.

Ada banyak cerita yang ingin dicatat di sini, cuma saya masih dalam mode mengumpul kerajinan semula.


** sedang membaca Siri Pendidikan Masyarakat berjudul "Qazaf" dan juga novel karya Paulo Coelho "Eleven Minutes".

Tuesday, 29 March 2011

Sepantas Masa

Cepatnya masa berlalu. Dah mendekati penghujung bulan pun. Sekarang ni kami sedang menikmati musim bunga. Juga musim yang terakhir buat kami kerana mungkin kami akan pulang ke tanahair semasa di penghujungnya. Oh, sedih pula rasa bila mengenangkan akan kembali sibuk dengan tugasan lalu yang ditinggalkan sementara. Mesti kami akan asyik merindui suasana dan kehidupan di sini. Tak sangka dulu masa mula2 datang, asyik membilang hari mahu pulang..tetapi sekarang jadi sayu pula. Walaubagaimana pun, tempat tumpah darah juga yang mesti dikenang. Banyak komitmen menanti di negara sendiri. Walau seronok dan bahagia menumpang di negara orang, namun hakikat realiti dalam hidup masih tidak sama.

Kawan2 bersilih ganti pulang ke Malaysia. Tidak kurang juga yang telah berjaya meraih kejayaan selama perjuangan 3-4 tahun. Ini hanya pengiktirafan dunia..menuntut ilmu sesungguhnya memang tiada penghujung, malah ia sentiasa berterusan sehingga hujung nyawa. Semoga ilmu yang ditimba sentiasa memberi manfaat kepada penuntutnya supaya ia turut diiktiraf dan diberkati oleh Pemiliknya yang sebenar. InsyaAllah..

Setinggi2 TAHNIAH diucapkan buat kawan2 yang telah berjaya pulang dengan PhD masing2;

Dr. Mohd. Afandi Saleh & Puan Ayu Mazlan,
Dr. Mohd Fauzi Husin & Dr. Nur Adlina Jamonek,
Dr. Muhammad Syahmi Karim & Dr. Shukriah Sheriff,
Dr. Mohd. Rahimie Karim & Puan Marlina Amat,
Dr. Tengku Adeline Adura Tengku Hamzah & En. Rohizi,
Dr. Maszlee Malik & Puan Hamidah Mat,
Dr. Teh Meng Guan & Puan Pei Phen,
Dr. Nor Aisah Katmon & Haji Halil.

Tahun ini rasanya paling bersejarah di mana majoriti akan menerima ijazah mereka pada konvokesyen musim panas nanti. Alhamdulillah...perjuangan anda telah selesai di sini..

Monday, 31 January 2011

Visa Extension

Hari ni kami dah dapat visa drpd UK Border Agency. Alhamdulillah..lama pulak dia kasi berkampung kat sini. Tapi, jika semua urusan dah selesai [ a.k.a. biasiswa pun selesai ], kami akan balik ke kampung halaman jua walaupun tempoh visa tersangatlah lambat lagi nak habis. Kami berdua bukannya bekerja macam kawan2 yang lain..manalah mampu nak hidup tanpa biasiswa kat sini weh. Alamatnya kering kontanglah simpanan kami..
[ err..ada simpanan ke? ]

Visa yg kami dapat utk extension ni berbentuk kad, macam smart card/IC. Mesti bawa bersama passport jika nak ke mana2 samada dalam UK atau EU. Rasanya kami tak keluar ke mana2 negara EU dah kot. Sy pun dah takde mood nak naik belon lagi.

Bab visa dah selesai, sekarang kena kumpul kotakla pulak. Pesan kawan2 yg dah pulang ke tanahair, jika lebih kurang setengah tahun lagi nak balik, bawak2la bungkus @ packing barang2nya. Sebab, bila dah tiba saat2 akhir tu, kita akan berada dlm kesibukan yg sangat maksima. Nanti silap2 pening kepala..itu belum campur demam ke apa. Buatlah sikit2. Hmm...kami baru bungkus buku2 sebab itu je koleksi kami yg paling banyak. Pinggan mangkuk? Adaa..cuma tak berapa banyak. Tu yang tak sabar2 nak tunggu Spring & Summer ni..sempat speed shopping di carboot...
[ alamak..carboot je..? :P ].


Saturday, 8 January 2011

Mode : BZ

Dah lama tak update blog ni. Sejak kebelakangan ni, mood untuk bercerita kurang ada, ditambah pula dengan kesibukan menguruskan persekolahan anak2. Sudah 3 hari Ameen & Iffah ke sekolah. Rutin saya pun automatik berubahlah. Pagi2 kena siapkan makan mereka..petang dan malam pula kena tengok pelajaran mereka.

Sekarang ni lagila sibuk, bukan saja nak kena tengok kerja sekolah mereka, malah nak kena ajar subjek2 sekolah rendah di Malaysia pulak. Maklumlah, Ameen tahun ni patut dah Darjah 1, Iffah pula tadika. Buku panduan pun tak lengkap, macamanalah tu. Dalam hati sangat berharap agar anak sendiri tidak ketinggalan. Saya hanya berusaha, selebihnya saya bertawakkal dan serahkan kepada Allah Taala saja. Apa yang saya azamkan, moga Ameen dan Iffah boleh membaca BM, BI, Quran dan Jawi dengan baik sebelum pulang nanti.

Generasi Ameen pula akan melalui KSSR yang mana sedikit sebanyak punya perubahan dalam sistem pendidikannya. Apapun, saya sangat bersyukur kerana matapelajaran Sains dan Matematik akan diajar dalam BM dan bukannya BI sepertimana sebelum ini. Takdelah kekok untuk saya mengajar mereka di rumah kelak. Bukannya saya biasa dengan terminologi2 sains dalam BI. Lagipun, bangsa yang paling terer ilmu hisab pun belajar dalam bahasa ibunda mereka, dan bukannya BI.

Perbendaharaan kata anak2 ni pun tak kurang pentingnya. Masih banyak yang perlu diberitahu. Tidak ada cara yang lebih bagus melainkan dengan kaedah membaca saja. Moga diberi kekuatan untuk terus istiqamah sebab kadang2 ibu sendiri pun tak disiplin, tuang tugas je.. :P Moga ada ganjaran buat saya kelak.


Sunday, 2 January 2011

2011

Sedar tak sedar dah 2 hari melangkah ke tahun baru masihi. Jika kami berada di tanahair sekarang, sudah tentu perasaan sedang berdebar2 untuk menghantar AZ ke Darjah 1. Nampaknya AZ masuk tengah tahun la nanti. Dan, saya pula mesti bekerja keras untuk pastikan AZ tidak rasa ketinggalan nanti [beratnya tugas tu, harus pencen keja lain].

Di Malaysia, esok bermulalah sesi pengajian yang baru untuk tahun 2011. Di sini kami masih lagi dalam cuti Krismas dan Tahun Baru. 5 Januari baru sekolah kembali beroperasi semula setelah lebih 2 minggu ditutup. AZ masih di Year 2, IZ pula di Reception. Masih sama.. sebab, di sini sesi pengajian baru bermula pada bulan September dan tamat dalam bulan Julai.

Tiba2 terasa rindu pula dengan suasana P & P di sekolah. Perasaan pelik ni datang tatkala melihat beberapa keping foto rakan2 seperjuanganku di SMAPL semasa menghadiri mesyuarat guru kali pertama untuk sesi baru. Sementara masaku masih ada untuk keluarga, seharusnya saya manfaatkan semaksimanya, kerana bila pulang nanti sudah pasti saya dijanjikan dengan pelbagai tugasan rutin seorang pendidik. Masa untuk yang tersayang kembali di'curi'.

Apapun, SELAMAT BERTUGAS buat rakan2 seperjawatan di SMAP Labu. Semoga kalian bahagia dalam menggalas tanggungjawab dan amanah yang diberikan.


~ 2011 ~
Tahun yang sangat penting buat kami.

Thursday, 16 December 2010

Once Upon A December

16 Disember.

Alhamdulillah, hari ini genaplah 3 tahun kami menghuni bumi Durham. Tak sangka pula terasa sekejap masa berlalu. Memori awal di bumi asing memang masih segar di ingatan. Kali pertama jejakkan kaki di sini, suhunya -2 C..terketar2 dibuatnya. Minggu2 pertama di sini pula..asyik membuatkan diri 'homesick' saja. Ditambah pula dengan siang yang pendek..aktiviti kami begitu terbatas..menjadikan kami seolah2 mahu berangkat ke tanahair semula.

Syukurlah...semua imbauan lampau sejujurnya sudah jadi kenangan paling manis dan bermakna dalam lipatan sejarah hidup kami. Banyak cerita sukaduka yang dilalui akhirnya menjadikan kami makin matang menghadapi liku hidup ini. Perjuangan kami masih belum sampai ke penghujungnya. Hidup perlu diteruskan. Doa kami, semoga segala percaturan ini berada dalam lingkungan perancangan Allah dan keberkatannya.

..Once Upon A December..

Monday, 29 November 2010

Farmasi, Risau & Kontena

Snow masih lagi turun hari ni, cuma on off saja. Naik risau juga di buatnya bila melihat snow makin menebal ni. Stok makanan mentah masih ada, tetapi terfikir juga bagaimana halnya jika keadaan begini berlarutan sehingga 2,3 minggu lagi. Ramalan cuaca memanglah kata 10 hari. Kuasa Allah siapa yang tahu.

Hari ni, saya meredah salji yang tebal bersama Izzah semata2 untuk ke Bowburn Pharmacy. Demam Ameen belum kebah malah Izzah sendiri pun tak stabil lagi. Kebetulan pula time ayahnya takde, paracetamol pun dah habis. Tak dapat tidak kena keluar rumah jugalah. Terima kasih byk2 buat Iffah Nabiha kerana tolong bagitahu masa operasi farmasi tu. Jika tak tahu, susah juga. Maka, dengan perlahan2 saya berjalan sambil mendukung Izzah yang enggan turun berjalan sendiri kerana kesejukan [hari tu dia bukan main suka snow..tp bila dah xsihat ni, xmau jalan atas snow dah].

Bukan senang nak mengatur langkah atas jalan yg diselaputi snow yg menebal..silap2 boleh jatuh terlentang bila dah jadi icy tu. Alhamdulillah..kami selamat tiba di rumah akhirnya. [saya selalu diuji begini jika hubby tiada di rumah :) ]

*****************

Risau pula tentang hubby yang masih di London. Bagaimana nak balik ke Durham jika keadaan masih bersalji tebal begini. Nasib baik juga travel dengan keretapi, kalau memandu lagilah risau. Lagipun, hubby bersama sekumpulan Malaysian yang lain. Saya harap tiadalah delayed train malam ini. Saya doakan moga hubby dan rakan2 yang lain selamat sampai di Durham tengah malam nanti.


****************

Tengahari tadi, sejurus selepas balik dari farmasi, jiran sebelah rumah saya mengetuk pintu. Beliau meminta hubby alihkan kereta sebab lori kontena nak parking depan rumahnya. Oooh...dah nak balik Libya rupanya. Tapi, minta maaflah sebab hubby tiada di rumah. Kasihan juga bila mengenangkan beliau nak mengangkut barang2 ke kontena di musim2 sejuk begini. Akhirnya lori kontena datang juga, tapi dah waktu malam. Bayangkan mereka memunggah barang2 dalam keadaan kesejukan malam, salji menebal dan tiba2 pula ada angin kuat bertiup..pheew mesti sejuk kan. Nasib baik lori kontena beliau kecil saja saiznya, buatnya macam lori kontena org2 Malaysia yang rata2nya 20-40 kaki tu..haa..macamana nak angkut dan susun segala kotak2 cepat2 dalam keadaan sejuk dingin ni.


Thursday, 23 September 2010

Numeracy Workshop & Ayah Balik

Hari ni saya menyertai Numeracy Workshop untuk pelajar KS1 [year 2] yang dianjurkan oleh Bowburn Infant & Nursery School. Alhamdulillah, walaupun hampir sama dengan apa yang diharapkan, namun saya berterima kasih sangat2 kepada pihak guru atas inisiatif mereka untuk membantu ibubapa dalam kids learning support di rumah. Sangat bagus kepada kami yang tidak berbahasa Inggeris ni. Bukan setakat sukatan P&P berbeza dari Malaysia, malah cara P&P itu berlangsung juga tidak sama. Cara mengira tak sama style nya dengan apa yang diajar oleh guru di Malaysia.

Banyak informasi berbentuk leaflet dan newsletter diberi secara percuma sebagai panduan untuk mengajar anak2 di rumah. Saya pun belum habis menelaah lagi nota2 itu. Kami juga diberi demo tentang website pendidikan kanak2 mengikut Key Stages masing2 menerusi BBC. Sebenarnya saya pernah juga lihat lamanweb tu, cuma masa tu Ameen belum masuk year 1. Tak sangka pula online games berbentuk akademik tu sangat menarik dan saya kira Ameen dan Iffah mesti suka. Sambil main, sambil buat ulangkaji. Ibubapa juga ada material support la nak ajar anak2 di rumah.

Hari ini saya bertemankan Izzah ke workshop tersebut memandangkan ayah masih belum pulang. Nasib baik Izzah tidur atas dukung..dapatlah ibu bagi sepenuh perhatian dan bertanya apa2 yg patut tentang pembelajaran Ameen kepada guru kelasnya, Mrs Foster. Oleh kerana workshop bermula jam 3:00 petang, Iffah terus stay dalam kelasnya sementara saya ber'workshop'. Manakala Ameen pula ada French Club sampai jam 3:40, jadi dia memang dok dalam kelas.

Balik rumah, saya beritahu Ameen & Iffah tentang lamanweb baru tu. Huh, bukan main seronok mereka meng'explore'. Walaupun Iffah masih belum menjejaki KS1, namun ada latihan2 literacy seperti rhyming words yang dia boleh selesaikan. Nampaknya Iffah dah faham konsep rhyming dengan baik. Untuk Ameen pula memang sangat sesuaila jika ibu nak suruh buat revision. Harap2 dengan adanya learning support untuk ibubapa begini, anak2 makin berjaya dalam pelajaran.


^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Malam ni ayah dijangka sampai di Durham, menurutnya jika tiada apa2 aral, lingkungan jam 1 pagi sampailah kat rumah. Kami doakan perjalanan ayah selamat saja. Jika mengantuk, boleh berhenti sekejap, cari COSTA, tak pun LittleChef ke.

Budak2 3 orang ni pun tak sabar2 nak tunggu kepulangan ayahnya. Tapi, semua kena paksa tidur ngan ibu sebab esok kena bangun awal, nak pergi sekolah.

Sunday, 15 August 2010

My Cookery Book

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Saya ingin memperkenalkan satu blog baru [ekceli lama dah], iaitu blog koleksi resipi dari dapur saya. Sila klik di sini untuk meninjau2 apa yang ada di sana. Walaupun masih tak banyak rekodnya, namun apa yang ada boleh dikongsi bersama.

My Cookery Book merupakan blog yang akan menghimpunkan resipi2 yang pernah dimasak oleh hnyhar sendiri. Terdapat juga beberapa resipi yang dicatat tetapi masih belum dicuba [yang tiada gambar], direkod semata2 untuk tujuan simpanan hnyhar.

Selamat berkunjung ke My Cookery Book. Semoga apa yang tercatat di sana memberi manfaat kepada anda yang mengunjunginya.

Monday, 22 March 2010

Musim Bunga 2010


Semalam 21 Mac ialah tarikh menandakan masuknya musim bunga secara rasmi..walaupun di tempat lain sudah kelihatan bunga2 daffodils. Pokok2 juga hampir mengeluarkan pucuk2 daun hijau. Cuaca pun sudah tidak sesejuk beberapa bulan yang lalu. 7 Celsius kira dah sungguh menyamankan. Cuaca di sini tak boleh nak jangka sangat..kadang tu pagi2 bersinar2 cahaya matahari..tapi setengah jam lepas tu langit yg tadi membiru tiba2 mendung, tapi hujan tak turun pun. Walaupun suhu dah capai 7 C, kami masih kena sarungkan jeket sederhana tebal..kerana angin bertiup kuat. Siapa yang tahan kesejukan angin tu. Seingat saya masa musim panas yang lalu pun, boleh bilang berapa hari je kami tak pakai jeket. Selebihnya memang kena pakai juga [light coat].

Apapun, yang pastinya heater dalam rumah pun tak perlu 'on' dua kali sehari lagi. Macam kami, kami cuma hidupkan sejam setengah je sehari, itupun semata2 nak keringkan pakaian. Saya kurang gemar sidai di luar jika cuaca lembap, nanti pakaian berbau hanyir. Mungkin sebab cuaca lembap tu. Jika betul2 panas baru saya jemur pakaian di ampaian.

Belum ada lagi foto2 bunga daffodils untuk tatapan keluarga dan rakan2 di Malaysia. Tunggu bila pepohon dah menghijau baru kami tayang kat sini.


** terasa cepat benar masa berlalu...

Sunday, 31 January 2010

Balik Kampung

Alhamdulillah, setelah hampir seminggu lamanya berada di luar daerah, akhirnya malam semalam kami selamat tiba di Bowburn. Terasa rinduu sangat dengan rumah sendiri, biarpun masih berada di rantau orang. Sampai2 je semua menggigil2 kesejukan dek salji yang memutih di kawasan sekitar Bowburn. Walaupun secoet je nipisnya..namun tahap kesejukannya mencecah minus 3 darjah malam tadi. Masuk je dalam rumah terus saya 'on' kan central heating. Pheww..legaa.

Badan masih terasa letih..teringin sekali untuk berkongsi pengalaman dan cerita ceriti sepanjang bermusafir ke Andalus. Namun, apakan daya..mood untuk menulis masih di tahap 30 %. Tunggu bila dah cecah 90 %, saya akan update. Cerita kembara yang lalu pun masih belum direkodkan. Mesti menyahut cabaran seseorang supaya merekodkan setiap pengembaraan ilmiyyah kami di sini sebagai satu catatan rasmi. InsyaAllah, siapa tahu, masa tu saya punya banyak ilham dan idea untuk berkarya. Apapun, setiap detik yang dilalui dalam kehidupan tetap saya hargai dengan memanjatkan kesyukuran kepada-Nya kerana masih berpeluang untuk mengecapi semua itu..assyukru lillah..

Nantikan catatan kembara kami..

Saturday, 23 January 2010

Baytulkifli Berehat

Baytulkifli akan berehat seketika...sehingga tuan rumah kembali...

Ilalliqa'......

Friday, 22 January 2010

Halal Trial KFC

Kini kami sudah boleh menikmati KFC halal di UK. Tapi, di Durham takde..
  • Beckton - E6 4LG
  • Bethnal Green - E2 0AH
  • Burton on Trent, Burton on Trent (Drive Thru) - DE14 1YD
  • Chertsey Road, High Street Woking - GU21 5AJ
  • Colne Drive Thru - BB8 9HH
  • Derby, Derby, (Drive Thru) - DE24 8EY
  • Edmonton - N18 2XA
  • Elk Mill, Manchester (Drive Thru) - OL2 5HX
  • Forest Gate - E7 8BA
  • Halifax, Halifax (Drive Thru) - HX3 6AD
  • Halifax, Halifax (Restaurant) - HX1 1HA
  • Hounslow West - TW4 7DJ
  • Lea Bridge Road - E10 7DN
  • London Road, Peterborough (Drive Thru) - PE2 8AR
  • Oxford (Express) - OX4 1JJ
  • Peacocks, Foodcourt (Woking) - GU21 6GB
  • Pollockshaws Road, Glasgow (Drive Thru) - G41 1PS
  • Rochdale Kingsway, Manchester (Drive Thru) - OL16 5AF
  • Tottenham Hale - N17 9FR
  • Upton Park - E13 9AR
  • Wembley - HA9 6AH

Thursday, 7 January 2010

Sejuk..Tak Sekolah

Hari ni sejuk teramat..mencecah -10 C..padahal snow dah xturun..dok dalam rumah pun kena pakai baju tebal..heater memang kena selalu 'on'..jika tidak, ada yg menggigil. Memasak di dapur pun terasa beku jari2 kaki ni. Bayangkanlah betapa sejuknya di sini hinggakan cermin tingkap rumah pun beku..langsir rumah melekat kat cermin tingkap.

Kereta pun dah jadi tak ubah macam peti ais..sebarang cecair yg ada dalam kereta dah bertukar menjadi ais. Jom lihat gambar di bawah ni.

Imej air yg menitik dr bumbung reban ayam [chicken coop] omputih.

Air dalam batang saluran air dari corong atap. Beku sebelum jatuh ke bawah..

Air kat bumbung dapur kat luar rumah..macam stalaktit.

Inilah rupa tingkap rumah yg beku pagi tadi..sejurus selepas 'on' central heating barulah cair..
Dahsyat kan..kami pun tak pasti bila keadaan cuaca ini akan berakhir. Ini baru betul2 dinamakan musim sejuk..sepanjang musim ada 'white blanket'.

Hari ni juga masuk hari kedua Ameen & Iffah tidak ke sekolah. Tak sakit, tapi tak pergi sebab sekolah diTUTUP gara2 salji yang turun lebat di bumi Great Britain sejak awal Muharram lalu. Pagi2 lagi PTA dah bagi sms maklumkan yang sekolah ditutup semalam, hari ini dan esok. Isnin depan baru kembali beroperasi, itupun masih 'subject to change'.


Tuesday, 5 January 2010

Back to School in 2010

Di hadapan kelasnya "Starfish". Nama2 kelas kat sekolah ni semua ikut nama hidupan laut..dulu Ameen kelas Shrimps.

Tempat sangkut jaket Ameen, tapi name tag tertulis Alameen..biasa guna nama Ameen Zulkifli..ntah kenapa jadi Alameen pulak..ehehe

Kena pakai cukup lengkap supaya tak sejuk kat luar nanti.

Gambar Iffah tengah buat aktiviti dalam kelas.

Kat tempat gantung jaketnya..hanya ada gambar sebagai pengenalan diri..iyelah, diorang ni masih belum pandai membaca..


Hari ini sesi persekolahan bermula semula setelah lama bercuti untuk Krismas dan Tahun Baru. Ameen dan Iffah ternyata sangat teruja untuk kembali ke sekolah, tiada rungutan berbunyi waktu saya kejutkan mereka dari tidur, walaupun masa itu keadaan masih gelap dan sejuk.

Bersarapan hanya dengan memakan semangkuk coco rocks [bijirin sarapan pagi] dan segelas susu segar sudah cukup untuk alas perut kanak2 dua orang ni. Biasanya makan 2 mangkuk, tapi hari ni mereka cakap banyak pula, sebab itulah semangkuk je sempat makan. Usai je sarapan [mereka berdua yg sarapan dulu, kami kemudian]..ayah pun hantar ke sekolah. Ameen je yg masuk pagi, Iffah sesi petang..tapi dia dah awal2 siap ngan uniformnya..dan turut sama menghantar Ameen ke sekolah. Janganla buat2 taknak kejutkan dia..alamatnya dia merengek2 [weeping] sampai ke tengahari..naik pening kepala ni mendengarnya.

Hari ni juga kami ada temujanji dengan engineer British Gas seawal 8:30 pagi. Sebenarnya pukul 9:00, tapi dia sampai awal..nyarislah dia call dulu sebab kami hampir2 terlupa akan 'date' hari ini. Sejam jugalah dia bersihkan dan service gas [fireplace] tu untuk check dan pastikan tiada apa2 kerosakan pada boiler..saya tak lihat pula apa yg dia buat, apa yg menakjubkan saya, engineer ni pompuan..lawa pula tu..hihi..terer betul dia buat kerja2 tu. Alhamdulillah, semua dalam keadaan ok dan tak perlu buat apa2 perubahan. Kami sebagai penyewa kena bagi salinan gas service report kpd tuan rumah nanti. Gas di rumah kami ni pakai meter..elektrik yg pakai pre-paid. Hmm..elektrik kat sini jimat berbanding gas. Gas sangat mahal..lebih2 lagi time musim sejuk camni..bil gas biasanya sedikit melambung disebabkan penggunaan heater dan hot water yg kerap. Iyelah, sejuk sekarang ni...tak tahan nak guna air sejuk..menggigilla.


Thursday, 31 December 2009

Farewell 2009









Sekejapnya masa berlalu...tahun 2009 dah nak bye bye. Baru2 ini saja kita menyambut Tahun Baru Hijrah 1431, kali ini tak sampai sebulan pun dah nak masuk Tahun Baru Masihi pula, 2010. Betapa pantasnya masa. Kami pun dah nak masuk tahun ke-3 di sini. Ayah pula bertungkus lumus menyiapkan chapters nya. Anak2 pun kian membesar..seiring dengan usia ayah ibu yang makin bertambah :) .

Semalam kami sekeluarga menyaksikan sekali lagi detik2 cemas dan ngeri saat Phuket, Koh Phi Phi [Phi Phi Island], Sri Lanka dan Banda Aceh di landa bencana alam tsunami. Semua ini kami tonton dalam rancangan tv Channel 4+1 iaitu "Tsunami Caught on Camera". Kali ini, kami melihat melalui kamera amatur pelancong2 yg ketika itu ada pada masa kejadian tsunami, 26 Disember 2004. Pheww...dahsyat sungguh..ini baru imej & rakaman video yang 'real'..walaupun amatur, inilah bukti yang paling benar. Pengalaman demi pengalaman dikongsi dan diimbas semula sambil menitis air mata kerana mereka sangkakan mereka pun turut sama terkorban. Hmm..terasa seperti baru saja kita dikejutkan dengan peristiwa itu, tapi hakikatnya dah 5 tahun berlalu. Cepat betul masa meninggalkan.

Harga Gula Naik..

Hari ini juga Malaysia mengumumkan kenaikan harga gula sebanyak RM0.20 sekaligus menjadikan harga sekampit gula seberat 1 kg kepada RM1.65. Huh, patutlah gula tiada di pasaran sejak 2 menjak ni...[detik hati keluarga & rakan2 di Malaysia]. Katanya, ini berikutan kenaikan harga gula dunia. Lepas ni harga kuih pun meningkat naik jugalah ni..silap2 sebiji kuih dijual dengan harga RM1. Nampaknya, kena buat sendirilah kuih kalau nak makan. Hik2.

Kat UK, harga gula lebih kurang RM5 untuk sekilogram. Tapi takpelah, kat sini gaji diorang mahal..groceries murah. Kat negara sendiri, gaji punyalah secoet je naik, tapi, harga barang runcit..whoaaa...asyik naik je melambung.

Cold Winter

Tahun ni winter paling snowy..2 kali kami dapat snow yang lebat. Sekali dalam bulan Februari, dan kali kedua dalam bulan Disember. Hari ini pun salji masih menjengah walau seketika. Tak lekat pun di dataran..disebabkan datangnya bersama2 titis hujan. Pun begitu, kesan salji yang turun seminggu yang lalu masih lagi bersisa..hinggakan saya hampir tergelincir dibuatnya dek kebekuan & kelicinan [icy] kaki lima depan rumah tu. Sejuknya pula toksah cakapla..memang sejuuuk teramat, hidung pun asyik tersumbat je..pastu terbatuk2 terutama bila masuk ke dapur. Kiranya dapur tu umpama peti sejuk. Luar rumah pulak tak ubah macam peti sejuk beku [yg macam rumah nenek, tempat nenek letak aiskrim, lauk & ais]. Rasanya kalau letak lauk2 mentah kat luar rumah pun ok apa..in case freeze penuh :P

Waktu saya tulis entry ni pun snow tengah turun...kaki lima, jalan, dan bumbung rumah memutih lagi. Esok sudah semestinya ramaila yang turun main snow. Malam ni ada bunga api tak. Sepatutnya ada, tapi kami belum pernah menyertainya. Sekadar lihat dari tingkap rumah saja..Di tanahair..? Dah terbayang macamana diorang ni celebrate new year..hmm..

Oklah..Farewell 1430H..Farewell 2009...semoga 1431H dan 2010 membawa satu pembaharuan & peningkatan dalam pelbagai aspek kehidupan kita..

Thursday, 3 December 2009

SMB Meeting & Kalut

Hari ni cikgu2 SMB bermesyuarat. Alhamdulillah, banyak juga yang kami bincangkan. Tempat meeting kali ni buat kat rumah Kak Azizah. Hehe..best2..selepas meeting kami semuaa dijamu dengan laksam. Pheeww..sedap! Dua kali jugalah saya tambah.

Disebabkan sy meeting berlanjutan pula sampai jam 2.45 ptg..maka terkocoh2 jugalah nak keluar jemput si Ameen & Iffah. Melihatkan 'kekocohan' saya itu, maka dgn gentleman nye hubby kak Azizah, Amir offer nak jemput budak 2 org tu di sekolah. Ish, berat juga hati sy ni. Mana taknya, Iffah tu susah sikit. Buatnya dia buat2 tak kenal uncle Amir ni tak ke naye kawan tu susah payah nak gi ambil..Ameen ok je.

Nak dijadikan cerita, sy dapat panggilan telefon dr ustz Helmi..memaklumkan kpd sy dia dah ambil Ameen pasal Ameen sorang2 je..takde sapa jemput dia..so, dia kesian, jadi dia terus bawa Ameen balik rumahnya..pheeww..nasib baik ada yg kesian..hihihi. Tapi, uuppss, sy hampir terlupa..Amir yg sepatutnya ambil Ameen dan bukannya ustz Hilmi. Apa lagi..sy terusla bgtau semula..perkara sebenar yg sepatutnya berlaku kpd ustz Hilmi.

Habis je yg tu..dapat pula call drpd Kak Ayu [yg ambil Adam dr nursery]..katanya Mrs. Bell pula nak bercakap dengan saya..ni apahal pulak ni..aduss..dah habis soksek dgn Mrs. Bell..rupa2nya dia nak make sure sy ni happy ke x jika Adam's mummy bawa balik Iffah sekali..oooo..kak Ayu bgtau, si Mrs. Bell [nursery teacher] ni, berkali2 minta maaf dan tak benarkan Iffah balik dgn org lain selain sy & hubby..itu pasal dia minta nak cakap sendiri dgn saya..hohoho..panjang pula ceritanya hari ini..gara2 sy tak dapat ambil mereka.

Hmm..moral of the story nya...

1. Jika saya tak dapat jemput anak2 dr sekolah, maka saya kena call pihak sekolah bgtau yg saya wakilkan kpd kawan utk ambil anak sbb sy xdpt dtg sendiri..especially di nursery..mereka amat strict dlm hal2 ni.

2. Saya mesti jemput anak2 tepat pada masanya supaya mereka tak rasa sedih & tertunggu2..kalau boleh kena sampai awal di tempat kejadian..takdela semput.

3. Kena patuhi masa..bajet masa dengan baik..supaya sy tidak menyusahkan orang lain..sepertimana saya telah menyusahkan mereka yg telah menolong saya hari ini..

TERIMA KASIH banyak2 kepada;

1. Kak AYU, sbb ambil Iffah & susah payah call utk Mrs. Bell.

2. Ustz HILMI, sbb ambil Ameen walaupun sy tak minta dia berbuat demikian..sebenarnya sebelum ni masa kami tinggal di Wylam Street, hubby & ustz Hilmi selalu bergilir2 jemput anak2 disebabkan tugasan masing2..lagipun anaknya Alya classmate Ameen.

3. AMIR, sbb ambil Ameen di rumah ustz Hilmi dan bawa pulang ke rumahnya...pasal sy masih di sana..haha.

Hanya Allah SWT sahaja yg dpt membalas jasa baik anda semua. Sy sungguh terharu.

Maka, sampailah belaka di rumah Kak Azizah tu dgn selamatnya tadi..kih3. Lepas tu kami semua menjamu seleralah anak beranak masing2..terima kasih tuan rumah! Lain kali kami nak buat meeting kat sana lagi...hehehhe.