Tuesday, 29 March 2011

Sepantas Masa

Cepatnya masa berlalu. Dah mendekati penghujung bulan pun. Sekarang ni kami sedang menikmati musim bunga. Juga musim yang terakhir buat kami kerana mungkin kami akan pulang ke tanahair semasa di penghujungnya. Oh, sedih pula rasa bila mengenangkan akan kembali sibuk dengan tugasan lalu yang ditinggalkan sementara. Mesti kami akan asyik merindui suasana dan kehidupan di sini. Tak sangka dulu masa mula2 datang, asyik membilang hari mahu pulang..tetapi sekarang jadi sayu pula. Walaubagaimana pun, tempat tumpah darah juga yang mesti dikenang. Banyak komitmen menanti di negara sendiri. Walau seronok dan bahagia menumpang di negara orang, namun hakikat realiti dalam hidup masih tidak sama.

Kawan2 bersilih ganti pulang ke Malaysia. Tidak kurang juga yang telah berjaya meraih kejayaan selama perjuangan 3-4 tahun. Ini hanya pengiktirafan dunia..menuntut ilmu sesungguhnya memang tiada penghujung, malah ia sentiasa berterusan sehingga hujung nyawa. Semoga ilmu yang ditimba sentiasa memberi manfaat kepada penuntutnya supaya ia turut diiktiraf dan diberkati oleh Pemiliknya yang sebenar. InsyaAllah..

Setinggi2 TAHNIAH diucapkan buat kawan2 yang telah berjaya pulang dengan PhD masing2;

Dr. Mohd. Afandi Saleh & Puan Ayu Mazlan,
Dr. Mohd Fauzi Husin & Dr. Nur Adlina Jamonek,
Dr. Muhammad Syahmi Karim & Dr. Shukriah Sheriff,
Dr. Mohd. Rahimie Karim & Puan Marlina Amat,
Dr. Tengku Adeline Adura Tengku Hamzah & En. Rohizi,
Dr. Maszlee Malik & Puan Hamidah Mat,
Dr. Teh Meng Guan & Puan Pei Phen,
Dr. Nor Aisah Katmon & Haji Halil.

Tahun ini rasanya paling bersejarah di mana majoriti akan menerima ijazah mereka pada konvokesyen musim panas nanti. Alhamdulillah...perjuangan anda telah selesai di sini..

6 comments:

imimhaliza said...

betul la kak, makin dekat nak balik makin sayu pulak...sy nnti mesti miss UK sgt2...
akak balik bila?

hnyhar said...

mimi,
mesti rindu punya. satu pengalaman dan kenangan manis sukar dilupakan, akan dikenang sepanjang hayat.

kami insyaAllah jikaa tiada aral melintang, hjg jun nanti balikla. mimi bila pula..?

UnGu VioLet said...

akak.. balik nnt, contact la mar yer.. kita jumpa di m'sia pulak.. :)

hnyhar said...

mar,
ok, insyaAllah...akak pun dah lama xpegi johor..mana tahu nnti boleh ziarah rmh mar :) mkn nasik minyak... heeee

Iffah Nabiha Ahmad Jailani said...

Masyaallah.. Auntie Aisyah dah balik Malaysia dah ke? Bila? Takda sape pun bagitau saya :(

Insyaallah, Auntie dan suami pun akan berjaya, usaha dan tawakkallah menguatkan, doa kami sekeluarga mengiringi... :')

hnyhar said...

iffah nabiha,
maaf..aunty yg tersilap tulis..masa entry tu dibuat, aunty aishah baru je lulus viva..belum balik lg tapi hampir2 nak balik daaah...walaupun iffah sekeluarga jauh di mata, berita ttg sahabat2 di sini pasti sampai jua di bandar darlington..pasti.