Sunday, 27 March 2011

BST, Sila Tambah +1.00

Hari ni merupakan Ahad terakhir di dalam bulan Mac tahun 2011. Seperti kebiasaan, rakyat British sekali lagi akan menukar jam mereka dengan menambah 1 jam, GMT +1.00 pada tepat jam 12:00, 27 Mac 2011. Maknanya kami seolah2 kekurangan 1 jam = 23 jam :) .

Sebelum ni dah ada entry baytulkifli tentang British Summer Time (BST). BST bermula setiap Ahad terakhir dalam bulan Mac manakala BST akan tamat tempohnya pada Ahad terakhir dalam bulan Oktober setiap tahun. Jadi dalam setahun tu ada 2 kali je kena tukar2 jam ni. BST bermula dengan menambah 1 jam (GMT +1.00), dan berakhir dengan menolak 1 jam (GMT -1.00).

Saya kira ini merupakan peluang terakhir buat kami untuk merasa pengalaman BST ini setelah 7 kali menukar masa [termasuk hari ni]. Moga menjadi kenangan buat kami kelak.


** Kini, beza waktu Malaysia - UK adalah 7 jam. Jika semalam, bezanya 8 jam.

No comments: