Showing posts with label Kembara England. Show all posts
Showing posts with label Kembara England. Show all posts

Wednesday, 23 March 2011

SeSI @ Manchester

Sabtu lepas kami sekeluarga tak dapat menyertai program sukaneka DurhamMy kerana terpaksa bergerak ke Manchester untuk menghadiri Seminar Sistem-Sistem Islam (SeSI) anjuran IKRAM UKE. Seawal 7:15 pagi lagi kami dah bertolak ke sana. Perjalanan yang mengambil masa selama 2 jam setengah ni agak memenatkan. Tapi, bila dah berada di sana, rasa letih dan mengantuk terus hilang.

Kali ni kami ke sana kerana ayah diamanahkan untuk menjadi penceramah tentang isu 'Dinar dan Dirham'. Hajat di hati memang saya pun nak ikut serta dalam dewan kuliah bersama hadirin seramai lebih 300 orang tu, tapi apakan daya, kanak2 tak digalakkan berada dalam dewan untuk elakkan gangguan. Akhirnya, saya turut serta dalam program Tunas Taqwa untuk anak2 kecil sementara ibubapa mereka berprogram. Lagipun Ameen & Iffah join juga.

Macam2 aktiviti yang kami lakukan bersama. Kanak2 pun ada lebih kurang dalam 10 orang je. Ini mungkin kerana majoriti peserta seminar adalah pelajar2 undergrad dari seluruh pelusuk UK. Jadi, jumlah kanak2 yang ada pun bergantung kepada jumlah ibubapa yang hadirlah. Petangnya, selepas solat dan makan tengahari, kanak2 dibawa ke Muzium Manchester oleh AJK Tunas Taqwa. Malah saya pun turut sama. Lokasi tempat seminar sangat hampir dengan muzium ni, jadi kami hanya berjalan kaki saja ke sana.

Kebetulan pula hari tu, ada pameran sains di muzium. Bertuahlah kami sebab kanak2 ni sangat teruja untuk membuat eksperimen2 yang dianjurkan. Ameen pun tak lepaskan peluang. Tapi tidak pula Iffah. Iffah sentiasa reserved. Mungkin juga sebab dia penat dan suasana dalam muzium menjadi sempit dek ramainya orang yang berkunjung.

Program hari tu tamat jam 7 malam. Usai solat maghrib dan isya' kami bersurai. Tapi, sebelum tu, kami ke Jazeera untuk makan malam. Dah selesai barulah kami bertolak pulang ke Durham. Phewww..mata pun berat semacam je malam tu, iyelah dah pekena nasi sedap Jazeera. Tak sah tak ke sana jika ke Manchester. Dah hampir jam 11 malam baru kami tiba di Bowburn. Alhamdulillah, selamat sampai. Dapat kenalan pun ramai :) .

Jom layan beberapa foto kami.

Ameen dengan hasil karyanya bersama kawan2 yang lain.

Ada tayangan juga..

Izzah yang tak turun dr keretanya..Iffah pula asyik berkepit dengan kakak Naz.

Iffah depan Muzium Manchester.

Izzah takut2 tengok skeleton mini dinosaur.

Ameen sedang buat eksperimen.

Antara kanak2 yang terlibat bersama pengawas2nya.

Tak berpisah langsung dua orang ni.

Masa ni baru balik dari muzium.

Bergambar bersama pelajar2 undergraduate AJK seminar.

Malam sebelum kami bergerak ke Jazeera.

Monday, 17 January 2011

Liverpool Lagi


Esok kami buat kali ketiganya akan berkunjung ke Liverpool. Kali pertama dulu, memang niat berjalan2lah. Kali kedua, baru je beberapa hari lepas, itupun atas urusan visa extension. Esok, terpaksa ke Liverpool lagi untuk urusan yang sama setelah biometric yang kami buat tu [menurut pegawainya], tak jadik dek sistemnya yang didakwa rosak hari tu dan biometric yang baru terpaksa dibuat semula pada esok hari. Huh..jauh juga tu nak ke sana..2 jam lebih + penat + $$$$$ + masa = ^~^

Mudah2an urusan kami dipermudahkan pada esok hari. Hari tu pun lancar je cuma tak sangka sistemnya rosak pula. Mungkin sistem pun jadi pening gara2 menunggu keputusan status visa Malaysia-UK Sabtu lalu..heheheh.


Saturday, 21 August 2010

Palace Restaurant, Middlesborough.

Kali ini nak kongsi pengalaman makan2 di restoren Kurdish di Middlesborough, iaitu Palace Restaurant. Sudah dua kali kami jejakkan kaki ke restoren ini. Boleh lihat alamat yang tertera pada kad menu di bawah jika berminat untuk ke Palace.


Kami biasa order Lamb Khouzi dan Chicken Khouzi. Dapat roti naan 2 keping..alhamdulillah, kenyang dan bersyukur dengan rezeki Allah..

Chicken Khouzi. Gambar Lamb Khouzi terpadam pulak..eheheh.


Dah selesai makan2, kami minta minuman teh O panas untuk mencairkan segala lemak2 yang dimakan sebentar tadi. Sedap teh O ni, oh! Ye...teh ni percuma tau. Jadi, jika anda nak ke sini, lepas makan, jangan lupa minta teh O panas ni. Rugi...sedap!

Saturday, 14 August 2010

Raby Castle

Raby Castle,
Staindrop,
Darlington,
County Durham,
DL2 3AH.

Pada awal April lalu kami sekeluarga bertamu di Raby Castle. Sebenarnya sebelum ni pun kami dah jejakkan kaki ke sini, tetapi tak dapat masuk ke dalam castle kerana Raby Castle hanya dibuka pada waktu dan hari tertentu sahaja, bukannya sepanjang masa terbuka untuk lawatan.

Opening Times:

Easter : Sabtu - Ahad

Mei, Jun & September : Ahad - Rabu
[guided tours : Isnin-Rabu]

Julai & Ogos : setiap hari kecuali hari Sabtu.
[also open Bank Holiday Saturdays]

Jadi, bagi sesiapa yang ingin mengunjungi Raby Castle, sekarang adalah masanya yang sesuai. Berikut adalah bayaran masuk ke Raby Castle:

Castle, Park & Gardens:

Dewasa - GBP 9.50
Pelajar - GBP 8.50
Kanak2** - GBP 4.00
** Kanak2 bawah usia 12 thn jika nak jalan2 ke Park & Gardens je, FREE dengan syarat bersama orang dewasa. Tetapi, jika nak masuk dalam Castle, kena bayar GBP 4.
Keluarga [2 dewasa + 3 kanak2] - GBP 25.00

Jika nak melawat Park & Gardens sahaja dan tidak mahu masuk dalam Castle, bayaran berbeza dikenakan iaitu:

Park & Gardens:

Dewasa - GBP 5
Pelajar - GBP 4
Kanak2** - GBP 3
** Syarat seperti di atas juga.
Keluarga - GBP 12.50

Park & Gardens : 11:00 am - 5:30 pm
Castle : 1:00 pm - 5:00 pm

Panjang lebar saya bercerita. Mungkin dapat membantu sahabat2 yang ingin berkunjung ke sini bagi membuat persiapan awal. Oh! Ye..parking kereta percuma, tiada caj dikenakan.

Hari tu, kami tak belum masuk ke dalam Castle, hanya bersiar2 di sekitar taman sahaja. Lagipun, masa itu cuaca sejuk dan berangin, jadi kami tak lama di sana.


Betul2 di hadapan pintu masuk ke Raby Castle.

Raby Castle yang menjadi milik keluarga Lord Barnard sejak tahun 1626 ini merupakan salah sebuah castle zaman pertengahan yang cantik di England. Castle ini dibina oleh keluarga Nevill dalam kurun ke-14 lagi. Raby dikekalkan dalam keluarga Nevill sehinggalah tahun 1569 apabila tewas dalam Rising of the North, yang mana kesannya tanah dan castle tersebut dirampas oleh Crown. Kemudian, pada tahun 1626, Sir Henry Vane the Elder telah membeli Raby.

Raby berasal daripada perkataan 'Ra' - daripada bahasa Denmark [Danish] yang bermaksud garisan sempadan. 'Bi' - bermaksud penempatan atau kediaman.

Jom lihat kawasan sekitar Raby Castle. Semasa kami datang, ada Egg Hunt Festival sedang berlangsung.














Kami dapat Raby Castle complimentary season ticket untuk keluarga yang mana tiket ini sah digunakan sepanjang tahun 2010 opening season. Tetapi tak semua event kami dapat masuk free, hanya yang tertakluk dalam syarat dan terma sahaja.

Ok, selamat berkunjung ke Raby Castle! Kami pun bercadang ke sini lagi suatu hari nanti, insyaAllah.

Tuesday, 29 December 2009

Sepetang di York

Suatu masa dulu kami pernah jejak kaki ke sini, semasa dalam perjalanan menuju ke Leicester. Tak sangka, besar juga tempat ni. Siap ada play park berbumbung untuk kanak2 bermain. Cuma satu je, takleh juga nak biarkan kanak2 bermain sendirian, kena awasi juga. Silap2 ada yang kena culik, tak pun sesat2. Ameen & Iffah pun sempat juga main2 kat situ sekejap sekadar nak hilangkan penat setelah sejam lebih dalam kereta.

Dah habis diorang main, kami ajak masuk dalam pulak. Giliran ayah ibu pula nak main..hehehe. Bukan buat apapun, nak cuci mata je. Kami pun singgah saja di sini, bukannya bertujuan nak shopping pun kan. Survey2 dulu..apa2..nanti datanglah kemudian. :)


Masa pegi Oslo hari tu tak berkesempatan nak ke Viking Museum..teringin nak lihat dengan mata sendiri rupa bentuk perahu yang bermuncung tajam ni. Rupa2nya di England pun ada sesat sebijik perahu ni. Jadi, dapatlah saya bergambar bersama.

Kedai coklat....hmm nyum2..tapi belum pernah lagi merasa coklat ni jenama ni. Satu hari kena rasa ni. Kat Malaysia ada tak brand ni ye..LINDT..




Yang lain2 tu, cuci mata je..malah kami tak masuk pun, cuma lihat dan intai saja dari luar kedai.

Iffah dengan IgglePiggle.

Masa ni kami berhenti makan2 sikit..fish fingers dan fries je..sambil tunggu si kanak2 ni main2 kat play area berdekatan cafe di situ.


Izzah pun nak minum jugak. Tengoklah macamana dia sedut minuman [yang telah diganti dengan air kosong] dalam gelas kertas tu. Muncung tak ingat..

Kami meronda je dalam ni..beli makanan je pastu berlaluuu...hmm, besar juga York shopping outlet ni eh. Yang bestnya tempat ni takdelah sesejuk Dalton Park. Mungkin nanti kami datang sini lagi...tapi tu laa...jauuuuhnya nak sampai sini..terbang duit minyak big boss..

Thursday, 24 December 2009

al-Basha Restaurant @ Newcastle

Entry ni sepatutnya dah lama published tapi biasalah..asyik busy bee je lately. Kami ke al-Basha Grill House Restaurant ni masa habis ronda2 bandar Newcastle tempohari. Kedai makan milik Lebanese bertempat di, 7-9 Bigg Market, Newcastle Upon Tyne, NE1 1UN.

Kali pertama datang sini dan sememangnya kami amat berpuashati dengan makanan & harganya. Hari tu hari Sabtu, kami pilih untuk makan buffet sebab boleh makan apa saja [kecuali aiskrim] dengan harga yg berpatutan. [gbp12 se kepala]. Kanak2 bawah umur 5 thn percuma..makanlah nak makan apapun. Jika datang hari biasa Isnin-Khamis harga buffet cuma gbp 6.99 je. Ada diskaun 10 % untuk student.

Waktu operasi al-Basha [jika ada sapa2 yg suka makan makanan lebanese]:

Monday - Sunday 11.30 am - 1.30 am

Buffet ada setiap hari tau..so kalau gi hari biasa pun ada.

Monday - Thursday 12.00 pm - 5.00 pm {gbp 6.99}
Friday - Sunday 12.00 pm - 10.00 pm {gbp 12}

Jom tengok gambar pula..


Kat foyer restoren..menarik dihiasi dengan deco ala-ala padang pasir..


Ruang dalam restoren, masa kami datang ni ada 2 meja je yg ada orang..so, dapat makan dengan selesa dan aman tanpa sebaarang gangguan..hanya kami yg buat kacau..bising..hehe.

Starter, lentil soup.


Nasi yang saya & hubby makan hari tu.

Kopi saya. Masa ni saya masih batuk2..jadi kena lupakan jus..diorang semua minum jus buah.

Mixed grill.

Anak2 makan ayam..samosa..falafel..Ameen suka sgt makan falafel..pelik2.
Iffah makan ayam dan nasi. Izzah pun makan nasi..

Tengah2 sedap makan nasi tiba2 pelayan dia datang jenguk2 ke meja kami, suspend juga saya. Pastu dia datang semula dengan sedulang roti naan 3 keping. Wow! Dah la perut makin terisi ngan nasi..macam takde ruang dah nak masukkan roti ni. Roti ni sedap dimakan masa panas2 dah sejuk karang keras jadinya. Tapi, takleh tapaw sebab makan buffet..ehehe..

Roti naan tadi kena cicah dengan benda ni..

Hummus, boleh cicah roti ngan hummus ni.

Gayanya macam rice pudding tapi bukan..taktahu pula apa nama pencuci mulut ni tapi saya suka sangat makan ni..sedap!

Buah2an..koktel je ni.

Lain kali nak pergi lagi...tapi harus diingat, jika nak makan buffet dengan murah sikit datanglah pada hari biasa, bukan hari minggu, sbb hari minggu harga buffetnya sekali ganda berbanding hari biasa.