Monday 25 October 2010

Simple Celebration

Sama seperti tahun lalu, kami hanya celebrate birthday Izzah secara sederhana saja. Kali ini ibu pun tak buat homemade birthday cake untuk birthday girl. Ayah dah offer nak belikan kek. Nasib baik sikecil tak reti nak request apa2 lagi :) .

Apapun, selamat hari lahir sayang...moga sentiasa sihat dan dilindungi Allah.





Sunday 17 October 2010

You're 2 Today My Dear!


HAPPY 2ND BIRTHDAY

17-10-10


buat anakanda tersayang;

IZZAH MAISARAH ZULKIFLI

Semoga diri anakanda sentiasa dihujani rahmat Allah SWT..sihat tubuh badan dan bijak akal fikiran untuk membesar menjadi anak yang solehah dan taat kepada perintah ayahibu dan Allah SWT.

Ayah, Ibu, Abg Ameen & Kakak Iffah saaaaayaaaang baby Izzah..


Kami tak buat majlis hari lahir Izzah..hanya sambutan sederhana di rumah. Ibu pun tak buat birthday cake tahun ni. Ayah dah sponsor, ibu pun 'line clear' je, walaupun dah beberapa hari juga membelek2 buku Chocolates Recipe milik ibu, mencari idea. Ingat nak cuba resipi baru. Tak mengapa, idea boleh direalisasikan di lain waktu.

Ada beberapa keping gambar masa celebrate tadi..tapi belum dipindahmasuk dalam laptop ni. Besok2lah.

Monday 11 October 2010

Selamat Hari Lahir Abah

SELAMAT HARI LAHIR

buat

ABAH/ATUK TERSAYANG

yg jatuh pada hari ini 11-10-10.

Kami doakan moga atuk sentiasa dikurniakan Allah SWT nikmat kesihatan yang berpanjangan. Semoga dilimpahi rezeki dan diberkati segala urusan di dunia serta berterusan keimanan terhadap-Nya selama2nya.

Ameen, Iffah dan Izzah kirimkan kad ucapan beserta hasil seni tangan masing2 dan 3 keping gambar untuk tatapan atuk dan nenek.

Sunday 10 October 2010

Happy Birthday Cikcu

SELAMAT HARI LAHIR

buat

Cikcu, HALIANA HARUN

yang menyambut hari lahirnya pada

9 - 10 -2010


Semoga sihat walafiat sentiasa dan bertambah keimanan terhadap-Nya.

Wednesday 6 October 2010

Takziah

Semalam kami menerima berita pemergian bapa saudara saya, Ayah Ku, Tuan Abdullah ke Rahmatullah pada jam 12 tengahari waktu Malaysia, lebih kurang jam 5 pagi waktu UK. Jenazah selamat dikebumikan pada pukul 6 petang semalam.

Doa kami moga roh arwah ditempatkan bersama orang2 yang beriman kepada-Nya.

Kita semua kepunyaan Allah, dan sesungguhnya kepada-Nya jualah kita akan kembali..

Sunday 3 October 2010

Open House di Hull

Hari ni pagi2 lagi kami dah bertolak menuju ke Hull, rumah abg Shafudin dan kak Zarimah untuk sama2 berkumpul sempena rumah terbuka MISG UK-EIRE tahun 2010. Kami baru je buat keputusan untuk turut serta program ini, alhamdulillah perjalanan pergi dan balik lancar sahaja. Lebih kurang dalam 2 jam 15 minit perjalanan, kami tiba di sana.

Malam tu saya dah siap menyediakan lauk kerutuk kambing dan chocolate cupcakes untuk dibawa ke Hull. Oleh kerana berasa tak puas hati dgn butter icing yg comot sekali presentationnya, saya buat pulak sebiji moist chocolate cake pagi tadi. Elok je masak dan keluar dr oven, terus saya tapaw bawa ke Hull juga.

Alhamdulillah, macam2 juadah ada disediakan. Dapat juga berkenalan dengan kawan baru, kak Zurul dr Sheffield, Shima dr Coventry, Ayuni dr Sheffield, kak Hakimah dr Hull, dan Nadirah dr Glasgow. Majlis seumpama ini mungkin yg terakhir buat kak Zarimah sekeluarga memandangkan beliau dan anak2 akan kembali ke tanahair tak lama lagi [10 hr je lg]. Begitu juga dengan ustaz Hasri dan Laily..lepas ni dah makin berkurang orang kuat/tulang belakang MISG di sini. :(

Majlis berakhir jam 5 ptg. Kami terus balik ke Durham..bersama 2 buah kereta lagi, walaupun akhirnya kereta kami dah terkedepan..boss takleh drive slow2..nanti dia ngantuk..tp walaupun tak slow, xdelah sampai melanggar speed limit. Akhirnya, pukul 7 lebih kami dah tiba di Bowburn. Terima kasih buat tuan rumah kerana bekalkan kami dengan homemade sos rojak kak Zarimah's specialty [sedap sgt] dan kuah kacang Laily. Nampaknya kena cari nenas la pasni..tak pun Granny Smith..sedap make ccolek..

Tiada bukti boleh disertakan dalam entry ni..sebab saya memang tak snap gambar pun, gmbr makanan pun takde.

Friday 1 October 2010

Zweibrucken, Germany.


Pulang dari menjelajah negara Luxembourg, kami balik semula ke rumah kenalan kami di Homburg, Germany. Janjinya, petang itu selepas solat Jumaat kami nak ikut mereka ke Zweibrucken outlets. Hmm...tempat ni mengingatkan kami pada Dalton Park di Seaham, Murton yg merupakan shopping outlet terbesar di North East England. Hampir sama strukturnya. Cuma yg ini laaagi besar. Dan, di sini kami jumpa TEFAL outlet dan macam2 lagi.

Walau sekadar menemani rakan kami untuk urusan bisnes mereka, dapat jugalah sang ayah menyambar jersey untuk koleksi peribadinya..bayern munchen..hmm. Menurut IU, coklat buatan German pun boleh tahan sedap, carilah juga kedainya, tapi, tak jumpa2. Masa kami cari tu, tuan rumah dah balik naik bas dah..tak sempat nak tanya kedai mana. Huhuu..melepas.

Ini pula Ameen dan Haziq..sementara menunggu si ayah2 menyelesaikan urusan bisnes, kami si ibu2 ni bawa anak2 ke playground yang memang disediakan di situ. Saya terlupa nak ambil gambar nursery, tempat letak kanak2 sementara parents mereka membeli-belah di outlets. Empat sekawan ni memang diletakkan di sana sementara kami meronda2 di sekitar kedai. Bagusnya jika nursery seumpama itu disediakan di Dalton Park factory outlet berdekatan tempat tinggal kami di UK. Senang ayahibu nak shopping & window shopping.

Orang memberi, kita merasa...orang berbudi, kita berbahasa..begitulah indahnya kata2 Melayu dahulukala yang masih menjadi pesanan untuk generasi seterusnya. Ini yang kami rasa dan patut buat bila sedang berkelana di negara orang..kami amat terhutang budi dengan sahabat baru kami, IURF yg bersedia menerima kami sebagai tetamu walaupun dalam masa yang sama beliau sekeluarga sangat sibuk dengan urusan bungkus membungkus dan kemas mengemas barang2 sebelum pulang ke tanahair. Jadi, kami sangat berbesar hati untuk membantu beliau menguruskan hal pengangkutan barang2 dari Zweibrucken ke Homburg. Alhamdulillah, muat pula dengan X57 ARF kami tu.

Saya, hubby dan Izzah saja yang menaiki kereta. Ameen Iffah ikut aunty IU dan uncle RF naik bas bersama Haziq, Faris dan Izzah sorang lagi. Bukan main seronok dan teruja lagi mereka berdua bila diberitahu mereka kena naik bas, lebih2 lagi dengan kawan2 baru. Lihat sajalah bagaimana mereka berempat bergandingan tangan berjalan menuju ke tempat menunggu bas. Alhamdulillah, semua selamat sampai di rumah petang itu, termasuklah kami sang pembawa kotak2 barangan TEFAL..hahaha..bisnes mantop!