Wednesday 30 April 2008

Snow

Ayah & Ibu posing sket..hmm...oklah tuu..sayaang ayah!

Sunday 27 April 2008

A TRIP TO EDINBURGH



Pada Spring term yang lalu kami telah berkunjung ke Edinburgh ibu negeri Scotland. Perjalanan ke sana memakan masa selama lbh krg 3 jam 30 min. Kami konvoi dgn adik yg dok Coventry tu. Kami menginap di Hotel Osbourne, betul2 di tgh bandar Edin. Di atas adalah Iffah yg sdg posing di tepi daffodil. Masa ni kami berhenti rehat sekejap di The Edinburgh Woolen Mill.




Snow Shower

Inilah dia Teh & Teh Huda

Saturday 26 April 2008

SNOW @ BOWBURN, DURHAM


Snow dah byk kali trn kat bumi Durham ni..tp kali ni baru dpt amik gmbr betul2 sbb kami kehilangan digital camera & charger handycam semasa di airport. Dah xde rezeki agaknye. Kali ni snow x setebal yg 1st time dulu..tp xpe kali ni bezz sbb ada Teh & Teh Huda (adik yg dok di Coventry). So, kami bergambarla walau x sesakan manaa..


Saat Itu Telah Tiba

15 Disember 2007
Saat yang dijanjikan telah tiba. Hari ini teratak kami dilimpahi kaum kerabat & rakan taulan yang datang untuk menziarah & berdoa semoga pemergian kami ini direstui & diberkati oleh-Nya. Aku keletihan yang amat sangat memandangkan sudah berhari2 aku menguruskan barang2 (utk dikemas) & juga urusan karierku berkaitan Cuti Tanpa Gaji. ALHAMDULILLAH..semuanya seperti selamat diatur. Aku bersyukur..Namun, keadaan Ameen yang tidak begitu ceria (demam panas) membuatkan aku & suami risau dan berdebar2 untuk menghadapi saat yang lama semasa dalam pesawat nanti. Lain pula keadaannya dengan Iffah yang ceria bermanja dengan atuk walaupun aku tahu badan dia mulai dedar tanda kurang sihat. Jam 11.20 mlm kami diminta untuk masuk ke international departure untuk bersiap sedia menuju pesawat MAS Boeing 777 yang dijangka berlepas dr KLIA jam 12.55 mlm. Aku tidak dapat menanggung sebak tatkala menatap wajah abah&ma. Selamat tinggal abah, ma, abeza, kaktie, ana, amira&akmal..begitu juga buat adik-beradik suamiku. Selamat tinggal semuaaa..

Kami Sebelum Berangkat ke UK

Kali pertama ingin mencatat memori suka duka kembara ilmu kami sepanjang berada di rantau orang. Terima kasih buat Teh Huda kerana memberi kata2 peransang kepada ibu untuk membina blog keluarga ni. Kami pilih nama blog ni sebagai ENDLESS LOVE, dengan harapan agar kasih sayang dan cinta antara kami berpanjangan selamanya.

Kami juga memilih nama BAYTULKIFLI untuk alamat blogspot ini dengan mengambil sedikit nama ayah iaitu zulKIFLI. Dalam bahasa Arab, BAYT tu membawa erti 'rumah' dan KIFLI pula bermaksud 'tanggungjawab'. Baytulkifli memang sangat sinonim dengan kami. Kami harap kami sentiasa bertanggungjawab atas apa yg kami lakukan dan moga kami juga saling bertanggungjawab antara satu sama lain.

Begitulah sejarah terciptanya blog ini. Diharapkan agar blog ini terus segar dengan updates daripada baytulkfli..khas buat tatapan keluarga dan sahabat handai di tanahair.


Ini catatan pertama kami........

13 Disember 2007

Hari ni Atuk, Nenek & Cikcu selamat tiba di teratak kami di PUTRA Nilai. Niat mereka adalah untuk menghayati detik-detik terakhir bersama cucu-cucu (&anakbuah) kesayangan sebelum kami sekeluarga berangkat ke United Kingdom. Kala itu ma demam teruk, mungkin sebab menahan kesedihan terpaksa berpisah dengan cucunya. Sebelum ini pun abah & ma asyik menghitung hari, hari keberangkatan kami. Namun, suasana sedih ini tidak dapat dikongsi bersama dengan Atuk & Opah kerana mereka berdua sedang mengerjakan rukun Islam yang ke-5 di Makkah al-Mukarramah. Cuma anak2nya sahaja yang datang meraikan pemergian kami. Begitu juga dengan Abe Die, Kak Fiezah & Ninie yang tidak dapat datang atas sebab2 yg tidak dpt dielakkan..