Kami juga memilih nama BAYTULKIFLI untuk alamat blogspot ini dengan mengambil sedikit nama ayah iaitu zulKIFLI. Dalam bahasa Arab, BAYT tu membawa erti 'rumah' dan KIFLI pula bermaksud 'tanggungjawab'. Baytulkifli memang sangat sinonim dengan kami. Kami harap kami sentiasa bertanggungjawab atas apa yg kami lakukan dan moga kami juga saling bertanggungjawab antara satu sama lain.
Begitulah sejarah terciptanya blog ini. Diharapkan agar blog ini terus segar dengan updates daripada baytulkfli..khas buat tatapan keluarga dan sahabat handai di tanahair.
Ini catatan pertama kami........
13 Disember 2007
Hari ni Atuk, Nenek & Cikcu selamat tiba di teratak kami di PUTRA Nilai. Niat mereka adalah untuk menghayati detik-detik terakhir bersama cucu-cucu (&anakbuah) kesayangan sebelum kami sekeluarga berangkat ke United Kingdom. Kala itu ma demam teruk, mungkin sebab menahan kesedihan terpaksa berpisah dengan cucunya. Sebelum ini pun abah & ma asyik menghitung hari, hari keberangkatan kami. Namun, suasana sedih ini tidak dapat dikongsi bersama dengan Atuk & Opah kerana mereka berdua sedang mengerjakan rukun Islam yang ke-5 di Makkah al-Mukarramah. Cuma anak2nya sahaja yang datang meraikan pemergian kami. Begitu juga dengan Abe Die, Kak Fiezah & Ninie yang tidak dapat datang atas sebab2 yg tidak dpt dielakkan..
No comments:
Post a Comment