Sunday 30 August 2009

Iftar

Semalam kami geng2 Durham-Malaysian berkumpul ramai2 untuk beriftar sama2. Lokasi majlis masih lg sama, Keenan House..tempat ni dah serasi dgn kami semua tiap kali nak buat apa2 majlis. Majlis bermula seawal 7:30 petang dan berakhir jam 9:20 mlm. Kami buat sistem potluck, mcm biasa. Tiada gambar dirakamkan..kamera bawak..tp xdpt nak snap pun sbb pegang bb. Berbuka td pun sy mkn sikit je nasi..xpernah2 sy mkn sesikit itu sejak berpuasa ni..jd mood nak amik gmbr mmg lenyap terus..

Apapun, sy bersyukur sbb mknan yg dibawa habis kecuali sup dan nasinya yg berbaki nak spare utk bersahur nnti..cuma lauk je la xde. Nmpk gayanye esok pg2 kena godek2 jgkla..ok nak tido dah ni..esok nk bgn awal..

*dah lama xupdate blog....

Tuesday 25 August 2009

Masuk Lagi

Pagi2 lagi sy dah menghubungi abah & ma memberitahu mereka supaya mendapatkan naskhah Utusan Malaysia, 26 Ogos 2009 utk melihat foto anak cucu mereka di perantauan.
[klik sini]

Kami hrp atuk & nenek simpan simpan gambar tu buat koleksi dgn yg thn depan punye sekali..he3.


Monday 24 August 2009

: : Apam Beras : :


Ini antara kuih kegemaran sy [bukan hubby]. Sudah lama sy kempunan nak makan kuih ni..walaupun kat Malaysia hr tu dah sempat makan namun masih xmencukupi. Cari punye cari ada resipi kuih ni yg tak guna ENO atau 7 Up. Sy cuba buat apam ni masa 1st day puasa sbg juadah berbuka. Kesian abg kena parut kelapa..kih3, last2 dia blend je pakai dry blender..hoh? Nasib baik jadik jer. Tenkiu abang tolong..next time Nani buat kuih kegemaran abg pulak eh..[isk3..xconfident nak buat kuih cucur badak request nya yg sekian lama].

Jom kite tgk camne nak buat apam beras ni. Untuk rekod peribadi, sy lampirkan juga resipinya yg mana tlh sy cedok dr MyResipi. Tima kasihla tuan empunye resipi..

APAM BERAS

Bahan2:

2 cwn nasi
2 1/2 cwn air
2 cwn tepung beras
2 cwn tepung gandum
1 cwn gula perang [xguna pun, pakai gula putih je]
3/4 cwn gula pasir
1 sudu kecil yis
kelapa parut + garam

Cara2 Membuatnya:

- Blend nasi + air hingga hancur. Bila dah hancur, masukkan gula perang + gula pasir ke dalamnya. Blend biar sebati.

- Dalam bekas lain, satukan tepung gandum, tepung beras + yis.

- Lepas tu masukkan bahan cecair dlm bekas tepung. Kacau rata. Perap selama 3 jam.

- Masukkan dlm acuan kecil. Kukus 15 minit.

Liverpool City Sightseeing

13-08-09

Merupakan hari kedua kami di Liverpool. Setelah selesai bersarapan pagi kat bilik, kami pun berkemas2 bersedia utk check out sbb pagi tu kami nak naik city sightseeing bus ronda2 bandar Liverpool. Dah habis simpan beg dlm bonet, kami ber5 pun berjalan kakila ke bus stop. Pegi bandar dlm 10 minit je naik bas..memang berbaloi! Takyah pikir pasal parking keta kat mana2..

Memang rezeki kami murah pagi itu, sepatutnya bayaran utk naik bas tu mencecah GBP 20. Tapi, mamat tu kata GBP 10 utk family package. Wow!! Terkejut sy & hubby. Hubby terus bayarlaa apa lagi..kami pun terusla naik bas tu..

Kami pilih tingkat atas supaya dapat tgk dgn lebih jelas pemandangan bandar Liverpool serta tempat2 menariknya. Dapat amik gambar kan? Pastu dpt hirup udara sejuk dan segar. Jomlah tgk slide..kali ni sy share cerita bab naik bas je..bab turun bas lain kali pulak..xcukup masa nak mengadap lappy bulan2 pose ni.

Wokeh, pleasant viewing!!



Sunday 23 August 2009

: : Kuih Akok : :



Kedatangan bulan Ramadhan selalu membuatkan sy merindui masakan bonda tersayang. Walaupun setiap kali pulang ke kampung, hanya hari pertama sahaja merasa masakan beliau, pastu giliran sy yg bertugas..ngeh3.

Dlm bulan Ramadhan jugalah bonda sy tak pernah miss walau sehari untuk menyiapkan tempahan kuih tradisional Kelantan 'akok'. Jika dulu tiap kali cuti semester yg berkebetulan dgn bulan puasa, memang sy lah yg akan sama2 berbahang api membakar kuih tu dgn ma.

Kali ni sy cuba buat hasilkan kuih 'akok' ni sendiri tanpa bimbingan drpd ibu sendiri..tp, perlu diingat, sy xbuat lg dlm bln puasa ni..sebelum puasa hr tu sy cuba buat. Alhamdulillah, hasilnya sangat memuaskan.

Sy guna resipi dr MyResipi [Zaliana]


* 5 biji telur
* 200 ml pati santan
* 100 ml air
* 150 gram gula manisan (gula melaka)-boleh kurangkan ikut selera [sy guna gula pasir yg putih tu je]
* 30 gram tepung gandum
* 3 helai daun pandan- disiat-siat
* 2 cubit garam halus

Cara2 Membuatnya:

# Masak air bersama gula melaka hingga mendidih. Tutupkan api.

# Masukkan santan. Tunggu suam sedikit, kemudian masukkan telur,tepung dan daun pandan, gaul rata.Tapiskan untuk menghilangkan ketulan tepung.

# Panaskan oven pada suhu 200 darjah celcius. Panaskan acuan baulu ke dalamnya. Masukkan sedikit minyak dalam setiap acuan.

#Isi penuh acuan dan bakar selama 10 minit. Kuih ini akan mengembang. Bila dikeluarkan dari oven ia akan sedikit mengecut.

Saturday 22 August 2009

;)

Pagi tadi kami seronok sangat sebab muka kami dah masuk paper Berita Harian, 22 Ogos 2009 untuk Salam Aidilfitri di Perantauan. [klik sini]
Alhamdulillah..1st day pose dah kuar. Jika tahun lalu..dah habis raya baru terhegeh2 nak kuar. Tapi, abah & ma tak dpt tgk lagi paper tu..aiseh!

*hoh? kesian..teringin sgt nak masuk paper rupenye..maklumlah sy ni bknnye celebrity..ekekee.

Picnic @ Seaham

Ada satu hari tu, kami berkelah di tepi pantai Seaham setelah selesai ber'carboot' di Seaham carboot fair. Sy sediakan bekal bihun goreng, tuna sandwich, limau & jus epal. Hmm..boleh tahanla picnic hari tu, cahaya matahari kemain jugak teriknye. Bila tiada angin yg meniup, terasa juga bahangnye ke kulit. Memang 'burn' la kitorg 5 beranak.

Inilah dia pantai Seaham yg hanya beberapa minit saja dr rumah.
Carboot yg kami pegi tu memang background view nye lautan biru.

Kami ber4 sebelum menuruni tangga ke bahagian bawah di tepian pantai.

Align Centre
Panas tuu..tp kadangkala berangin..so nyamanlaa sikit. Bila angin kuat sgt tiup, siap terangkat lagi tikar2 kami tu ha. Jenuh sy tongkat/pasak pakai batu besar. Hmm..batu batan kat sini sgt cantik dan sesuai utk buat batu tungku ataupun batu permata cincin. Iye..ada yg kaler hijau jernih, putih jernih..memang cantik.

Izzah sedang menonton ayah makan bihun goreng. Nak la tuu..semuaa yg org makan dia pun nak makan sama. Hmm..hari tu sempat juga bb pekena batu batan kecil masuk dlm mulutnya..huh, haru ibu nak korek2.

Yg budak 2 org ni pulak asyik main pasir je..pastu main air..eii..xsejuk ke. Dah dekat nak balik baru terkial2 nak makan itu ini. Cheese savoury tu sekejap je dimakannya..suuka betul beskut tu. Oh! Ye..air tu memang tersangatla sejuk..seolah2 kite amik air campur dgn ais..tp budak2 ni relax je rendam kaki dlm air tu.


Ameen tgh buat artwork menyusun batu spt yg Makka Pakka buat dlm rancangan kanak2 di UK ie, In The Night Garden. Nanti bila2 sy tepek video Makka Pakka.

Dah jadi pun..



Dah puas main & habiskan makanan..maka kami pun bersurailah. Hmm..dah takde masa dah nak dtg lagi sbb hr ni dah puasa..habis je puasa dah nak masuk musim luruh pula. Autumn ni pun sejuk..tak kuasa nak duduk2 tepi pantai gitu sbb anginnya kuat.

Friday 21 August 2009

Salam Ramadhan

Saya ingin mengambil kesempatan yg ada untuk mengucapkan;

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA

kepada;

abah & ma serta keluarga di Pasir Puteh, Kelantan,
apak & mak serta keluarga di Tanjung Malim, Perak,
sahabat handai di mana jua anda berada,
teman2 maya & pengikut2 [followers] baytulkifli,
serta pengunjung2 baytulkifli.

Nampaknya sudah 2 kali kami berpuasa di perantauan. Kami di bumi UK mula berpuasa pada Sabtu, 22 Ogos. Tahun ni katanya lebih lama waktu puasa dlm sehari..lebih kurang 17 jam setengah. Bayangkan cuma 6 jam lebih nak cukup 24 jam. Lamaaaa...Oleh itu, saya berdoa ke hadrat Ilahi semoga kita semua diberi kesihatan yang baik untuk sama2 mengimarahkan bulan yg penuh keberkatan ini. Moga Ramadan tahun ini ibadah kita lebih baik drpd tahun2 yg sebelumnya, InsyaAllah..

RAMADAN MUBARAK!!


Wednesday 19 August 2009

Liverpool Day 1

Minggu lepas kami ke Liverpool. Permusafiran kami tu tanpa perancangan awal..sy pun hanya siapkan tuna mayo saja untuk bekalan. Selebihnya kami beli kudap2 saja. Alhamdulillah, perjalanan kami lancar & selamat sampai ke destinasi yg dituju setelah 2 jam lebih juga dlm kereta. Kami tempah Devonshire House Hotel yg letaknya tak berapa jauh dr bandar Liverpool. Keadaan bilik di hotel tu sgt memuaskan, katil besar ada 1 & katil bujang 1. Kelengkapan lain serba ada..cuma xde breakfast voucher je.

Kami tiba lewat tengahari..dlm jam 2 lbh. Jadi, lepas solat Zuhur dan makan2 sikit, kami ber5 keluar dgn menaiki bas menuju ke bandar. Kami turun di depan Queen Square Centre dan masuk situ jap amik pamphlet yg berkaitan. Pastu masuk Iceland cari makanan. Oleh krn dh petang sgt..kebanyakan tempat2 glemer dah tutup. Jd, kami hanya jalan2 kat luar kawasan tu je. Nak masuk tunggu esok pagi jelah.

Lepas jln2..kaki dah penat..abg bawa kami makan kat kedai Arab, al-Snober Restaurant. Huh, sedap betul mkn qouzy chicken & lamb..tinggal sikit je lg nasi sy xdpt hbskan..kira byk jugak tu. Lapor le katakan. Orderla jugak mix kebab nk mkn mlm tu..tgk2 huuu..byk btul mknn atas meja. Rupenye kalo kite oder nasi, mmg dpt jgk roti ala2 roti naan tu..dlm kebab pun ada roti..jd 4 roti semuanya. Hrga pula mmg murah..punyela meriah mknn tu, hrga semuanya xsampai pun gbp 20.

Hr pertama di sana, ada banyak juga gambar yg kami snap. Tak banyak gambar yg ber5 sbb yg tukang amik gambarnye xtahula apa masalahnye..jap kecik kemetot je gmbr kami..jap background nmpk sekerat je..waduh! Pendek kata sy memang xpuas hati cara diorg ni amik gmbr. Ish3..papepun, thanx to them. Tak jumpe cari tripod kt rmh..dh ssh pula nk bergmbr2.

Jom tgk gmbr. Sy letak dlm slide je..xde byk masa nak upload satu2. Ini pun cilok album FB.



Tuesday 11 August 2009

: : Chocolate Chip Muffin : :

1st time buat masa nak jadikan buah tangan utk ke birthday party penduduk kampung Bowburn ni. Sy follow mcm yg dipaparkan di allrecipes.com. Mafin ni teksturnya agak kering [xmoist], lbh kpd bread-like muffin sbb pakai sikit je gula n butter. Lagilaa yg ni xguna butter pun, tp minyak sayur. Kalo mkn dgn susu segelas atau kopi secawan br best.

Adunan ni boleh dpt dlm 12 bijik.

CHOCOLATE CHIP MUFFIN

Ingredients:
2 cups all-purposed flour [250 g]
1/2 cup white sugar [100 g]
3 teaspoons baking powder [15 g]
1/2 teaspoon salt [3 g]
3/4 cup fresh milk [180 ml]
1/3 cup vegetable oil [80 ml]
1 egg
3/4 cup mini semi-sweet chocolate chips [150 g]

*to sprinkle on top of muffins* :
3 tablespoons white sugar [40 g]
2 tablespoons brown sugar [ 25 g]

1. Heat oven 205 C. Grease bottoms of muffin cups.

2. In a medium bowl, combine flour, white sugar, baking powder, choc. chips & salt. Mix well.

3. In a small bowl, combine fresh milk, oil & egg. Blend well.

4. Add dry ingredients all at once. Stir just until dry ingredients are moistened [batter will be lumpy].

5. Fill cups 2/3 full. Sprinkle tops of muffins before baking.

** Muffin ni sy modify dgn menambahkan sedikit serbuk koko dan mengurangkan tepung gandum utk dptkan warna coklat. Pastu sy dah try sprinkle mcm yg dia srh tu, ternyata muffin ni jadik manis pulak..psl ada guler atas tu kan? So bg sesapa yg xsuka manis2 tu tak sprinkle pun xpe..xdosa pun.

** Satu lagi..sy rasa muffin yg sy buat tu jadi manis berpunca drpd kekurangan bekalan choc. chips dlm stok kabinet..maka sy tlh substitute dgn TESCO plain cooking chocolate. Cooking choc ni rasanya manis..macam dairy milk choc pulak..bukan pahit cam cooking choc kat Msia.

Apapun, bolehla cuba & modify dgn cara anda pula..

Off to London

Ahad lalu ayah ke London utk menghadiri conference di sana. Terima ksh kpd Mr AAMF krn tlh melayan ayah dgn mantap, siap masak nasi lemak lagi. Hihihiii..mcm xcaya pula Mr AAMF terer masak ye. Semalaman je overnite kat situ then pagi2 ayah dah ke conference.

Dah hbs conference, ayah blk. Malam td dah sampai rumah pun. Thanx to Mr Yunus amik ayah kat train station. Hmm..dkt kul 2 pg jugakla smpai rmh. Luckily sy dah dapat brg yg sy nak tu..cuma tibe2 dpt free pulak dr Mr AAMF. Terima kasih..tp dlm masa yg sama, sy rasa guilty sbb beliau tak terima bayaran tu. *sigh*

Saturday 8 August 2009

The Museum of Hartlepool

Hr tu [tak ingat dah bila..] ayah bawak kami semua berkunjung ke;

Hartlepool's Maritime Experience,
Jackson Dock,
Maritime Avenue,
Hertlepool,
Tees Valley TS24 OXZ.

Senang je nak dtg sini. Kira2 1 jam 15 min dr Leeds dan hanya 45 min saja dr Newcastle. Dr Durham pula amik masa dlm lbh krg setengah jam.

Oh! Ye..kami tak masuk pun dlm Maritime Experience tu..cuma melilau dlm muziumnya saja. Masuk muzium free je. Tp kalo nk rasa pengalaman sights n sounds kurun ke-18 bolehla spare duit sebanyak;

Dewasa - GBP7.75
Kanak lbh umur 5 thn - GBP4.75
Tiket keluarga - GBP20.00

Hmm..leh thn eh..nnti bila masuk situ kalian akan menjiwai zaman Nelson, Napoleon dan Battle of Trafalgar. Best jgk tu. Masa kami mula2 smpai tu, sempat kami dgr & lihat bedil meriam meletup..pommm!! Huuu..terkezut gue. Pekerja2nya pun pakai pakaian zaman dulu..sgt menarik. Sori, xdpt snap gmbr, sbb memula tu ingat nk masuk pastu xjadik..kn?

The Museum of Hartlepool.

HMS Trincomalee.
Pernah memenangi the World Ship Trust's International Maritime Heritage Award.
Kapal ni dibina thn 1817 di India..menjelajahi lautan Atlantic, Pacific & juga Hindi. Lebih 60 % original.




Kat luar ni la kami terdengar bunyi letupan meriam tuh. Nampak dr jauh askar yg berbaju putih tgh beraksi..konon2nya nak masuk sanala nak tgk..tup2 tak jadi..mahal sioot.

Haa..saja je amik gmbr kat sini supaya nampak tulisan signboard tu, FREE ENTRY ke muzium.

Dalam muzium ni..hmm..dlm tu mmg banyak ditayang kapal2 je laa..ada juga bende lain, tp tak amik gmbrnye sbb kompius..boley amik gmbr atau tidak psl sy xnmpk pula org lain yg masuk ke situ tangkap2 gambar nih.

Habis tu, kenapa amik gmbr jgk??
Sbb..rugiiila kalo masuk2 je xleh amik gmbr..[eii..jahat jugak ye?]
Apa yg kami buat, kami matikan flash kamera supaya replika2 & gambar2 tu terpelihara dr terkezut kena flash kamera.


Kat bawah ni ada pembantu muzium yg tersesat..muslim kot..try tengok..

Ngeh3..Sy dah lupa apa nama baju ni dan siapa yg memakainya. Masa tu tak sempat nak snap poster yg tayang pakaian tu beserta namanya. Ntahla cam rushing pula kami masa tu. Hmm..maafla muka sy je yg jadik modelnya sbb yg lain2 tu xde saiz pakaian..har3. Pastu plk xde org masa tu, jd xdela sy malu2 meow kan? {sy ni kn ke pemalu orgnye}.

Diorg ni bagus kan..siap ada pakaian utk kita try2 pakai dlm muziumnya. Berat betul baju tu..ntah camnela pelakon2 memakainya masa berlakon eh. Mahu senget bahu sebelah..


Iffah pun nak try pakai baju tu juga tapi besar sangat..hik2.

;P
Sapa nak sewa bot jomm!!
Sebaik saja abis merayau2 dlm muzium, maka kami mengambil keputusan utk santap2 fish & chips. Huu..sedap betul makan sambil kesejukan ditiup bayu dr laut..dingiiin banget. Sekejap saja dah licin! Alhamdulillah..hari ni lunch ini saja ye. Ngeee..takyah masak hari ni.

Penulis dah lama tak mencoret di blog ni. Rasa kaku pulak jari ni nak menaip2..kikikih.

Assalamualaikum..

Salam semuaaaaa..[echo]
Hmm..rasanya dah boleh selak semula baytulkifli ni.
Lama berehat. Terasa berat pula tangan ni nak tepek2 memori indah & kurang indah di Durham. [sbnrnye malas..xnak ngaku, kikih].

Skrg ni dah larut malam, jadi mata pun nak tidur..esok2lah cerita lagi. Dah banyak sy ketinggalan cerita kawan2 ni. Tunggulah nanti sy blog hopping & tinggalkan pesan.
Dgn itu, sy sudahi dgn menepek gambar terbaru bb jijah yg sekarang ni suka sgt 'wat uduh'..bila kite suruh sayang..dgn ibu je dia sayang..dgn abg & kakak dia buat derk jer. Tgkla mukanya..busyuk2..

Saturday 1 August 2009

Whisper

Selasa lalu ayah dah balik dr Jepun..alhamdulillah. Hmm..nampak mcm kurus sedikit..sikit jer..mungkin sbb xmakan nasi kot seminggu tu..kesiaaaan. Patutla bertambah2 makan nasi.

Cuti musim panas ni kami xplan nak kemana2 pun lagi..dok rumah je..kalau ada pun hanya di lokasi yg berdekatan saja. Nak pegi picnic pun, cuaca asyik xmenentu..pagii cerah..dekat2 tengahari hujan turun pulak..pastu petang cerah balik..kadang tu bertukar2..kompius dibuatnya..musim panas ala2 tengkujuh. Iyelah apa taknya hari tu banjir kat bandar dek hujan yg turun sepanjang hari tanpa henti..dengar khabar dr weather forecast, summer thn ni 'summer wet'. Huuu..

Aktiviti blogging & blog hopping pun slow je sejak akhir2 ni..hanya sy yg tahu jawapannya. Apapun memori akan sentiasa dipahat..semoga jadi kenangan di masa depan.