Showing posts with label Bowburn Durham. Show all posts
Showing posts with label Bowburn Durham. Show all posts

Wednesday, 15 June 2011

178th Durham Regatta 2011

Sabtu lalu kami sekeluarga ke Riverwear, Durham City untuk menyaksikan perlumbaan kayak di antara universiti dan kolej seluruh England. Kali ini Durham Regatta menyambut ulangtahunnya yang ke-178 tahun dan ia diadakan selama 2 hari berturut2 iaitu Sabtu dan Ahad. Tak sangka dah lama rupanya mereka mengadakan pertandingan seumpama ini.

Bayaran masuk dikenakan untuk menonton Durham Regatta, iaitu sebanyak GBP2.50 untuk seorang dewasa dan GBP1 untuk kanak2 berusia bawah 5 tahun. Setelah itu, kami diberi sticker untuk ditampal pada baju untuk membuktikan kami ada pass masuk.

Cuaca hari itu sangat mendung dan sejuk. Hanya awan gelap yang kelihatan di langit. Jika ingin merakam gambar kenang2an, adalah sangat tidak cantik imejnya masa ini, namun apakan daya, esoknya Ahad kami ada temujanji.


Ini antara peserta Durham Regatta yang sedang bertanding.
Teringat sewaktu saya di dalam kursus dahulu, mengayuh kayak menyeberangi lautan di pantai Port Dickson. Bila difikirkan rasa gerun, tapi bila dah dapat pedal, terus lupa diri..heheh.

Di belakang saya adalah pelajar2 sekolah sedang memainkan alat muzik biola mengikut alunan melodi yg sy kira sangat menarik.

Tidak sejukkah mereka mendayung kayak dengan hanya mengenakan seluar pendek dan singlet sahaja. Padahal cuaca tersangatlah sejuk.

Melihat orang lain berkelah dengan rug masing2, kami pun tak ketinggalan untuk duduk2 sama di atas rumput. Tak terlintas pula nak bawa picnic rug hari itu. Hanya bawa bekal sedikit makanan lebihan breakfast saja.

Orang ramai sedang menikmati perlumbaan sambil makan2.
Gerai2 makanan pun ada juga..paling banyak gerai yg jual sweets dan candies, tak kurang juga gerai pameran kereta dan barangan cenderahati University of Durham. Gerai yang paling ramai pengunjungnya ialah gerai fish and chips..panjang betul Q. Sepatutnya ada banyak gerai yang jual fish and chips ni..dengan cuaca sejuk mendung begitu, memanglah ramai yang kelaparan.


Wednesday, 11 May 2011

Program Rekreasi Ilmu

Setiap kali musim bunga menjelma, inilah program tahunan yang biasa dianjurkan oleh MISG UK-EIRE. Jika tahun lalu, Program Rekreasi Ilmu {PRI} telah berlangsung di Manchester. Tapi, kali ni sangat istimewa kerana PRI dilaksanakan di Durham, tempat tinggal kami.

PRI 2011 beroperasi di Moor House Adventure Centre, Durham, kira2 10 minit saja dari rumah kami. Penyertaan kali ini sangat menggalakkan, namun ia juga terhad berikutan tempat penginapan yang disediakan hanya memuatkan 38 orang sahaja. Moor House ini merupakan Scout Camp, tempat pengakap sekolah berkhemah dan membuat aktiviti. Tidak terbatas kepada pengakap, orang awam pun boleh menyewa tempat ini atas urusan program. Kalau nak sewa sekadar2 suka2 nak menginap, rasanya tak berapa sesuailah sebab bilik2 penginapan tak ubah seperti asrama, malah kemudahan bilik air dan tandas juga adalah seperti dorm di asrama. :)

Yuran penyertaan PRI dikenakan sebanyak GBP20 untuk keluarga dan GBP10 bagi yang datang secara solo bagi menampung kos penginapan dan makanan. Tidak ada yang percuma sekarang ini. Kos sara hidup makin meningkat :) .

PRI juga dihadiri oleh beberapa jemputan khas dari Malaysia iaitu, Tuan Haji Ahmad Azam Abdul Rahman, saudara Mohd. Raimi dan Jufitri Joha. Semuanya orang hebat2 belaka. Datang untuk berkongsi ilmu dan melengkapkan program kembara ilmu mereka. Mudah2an apa yang mereka kongsikan mendapat kiraan dari Allah SWT.

Saya hanya dapat jenguk2 dan duduk2 sebentar cuma dlm majlis ilmu kali ini memandangkan tugas saya banyak menuntut sy berada bersama2 dengan generasi muda cilik. Ini pun penting juga untuk mengelakkan mereka dari membuat bising semasa program ilmu sedang berlangsung. Bermacam2 yang kami lakukan selain dari program selari Kem Solat Cemerlang.

Makan2 pula, kami tempah saja dengan rakan Durham My yang dah biasa memasak dlm jumlah yg byk.. 2 kali juga tempahnya. Yang selebihnya, kami sendiri yang sediakan di dapur. Kami sungguh berbesar hati, program kali ini, turut dihadiri oleh ibu dan adik kepada pn. Asma Hakimah, iaitu, Mama Rahimah Salleh dan Affaf. Kiranya ada JK tambahan pula kami..hihi. Tak dilupakan kak Zurul dan abg Fuad yang turut serta berkongsi idea dan rasa semasa menyediakan makan2 tu.

Lewat petang Sabtu, kami dikhabarkan dengan berita gembira iaitu, tuan punya agensi pelancongan, Perantau Holidays, en. Mohd Fuad Abdul Rahman telah berjanji nak belanja makan lamb BBQ special. Memang istimewa..kerana beliau sendiri yang memerap [marinate] seekor kambing tu dengan rahsia rempah perapan yang sungguh lazat. Hebat. Tak cukup2 BBQ dibuatnya.

Malamnya, ada forum khas dipaneli oleh beberapa orang rakan seagama dr negara berbeza. Malang sekali saya tidak dapat berkongsi apa yg berlaku dalam forum itu kerana sy sendiri sibuk mengendalikan kanak2 di ruang dining hall.

Keesokannya adalah program muktamar sanawi MISG UK-EIRE. Untuk majlis penutup, kanak2 dianugerahi sijil Kem Solat masing2 dan kami semua bergambar beramai2 sebelum bersurai. DVD khas [rakaman] akan dikeluarkan kelak bersempena PRI 2011 ini, saya akan nikmatinya kemudian apa2 yang sy terlepas ketika itu. Mudah2an semua peserta PRI mendapat manfaat drpd program yang dianjurkan. Dan, semoga ukhuwwah makin erat.



Tn . Hj. Ahmad Azam sedang menyampaikan ceramah yg sungguh menarik.

Antara orang2 kuat MISG, dari kiri, Mohd. Raimi, Jufitri Joha, Khairul Ariffin dan Suharman Edward. Semua graduan UIAM.

Sesi menjamu selera di dewan makan.

Peserta khusyuk mendengar ceramah.

Barbeque seekor kambing sumbangan drpd big bos Perantau Holidays. TQ abg Fuad & kak Zurul. :)

Bergambar kenangan beramai2 sebelum bersurai.

Bergambar kenangan di luar bangunan pula.

Saturday, 7 May 2011

Kem Solat Cemerlang

Pada 22 - 24 April yang lalu, MISG UK-EIRE telah menganjurkan satu program di Durham iaitu Program Rekreasi Ilmu (PRI) bertempat di Moor House Adventure Centre, Durham. Manakala Kem Solat Cemerlang pula merupakan program selari khusus untuk kanak2 di peringkat usia 5 hingga 12 tahun. Objektif KSC secara kasarnya adalah untuk menunjukkan kepada kanak2 ini bagaimana cara berwudhu' dengan betul, amali solat dan juga bacaan2 dalam solat. Bagi yang telah tahu cara berwudhu' dan solat, KSC memberi fokus kepada kelancaran bacaan dalam solat.

Alhamdulillah, penyertaan KSC sungguh menggalakkan. Seramai 23 orang kanak2 seawal usia 4 tahun terlibat dalam program ini. Mereka diberikan folder setiap seorang yang mana di dalamnya dimuatkan nota2 13 rukun solat beserta bacaannya. Program bermula pada malam pertama dengan menonton video cara berwudhu' dengan betul.

Keesokannya KSC berlangsung sehari suntuk. Daripada amali wudhu' sehinggalah amali solat. Kanak2 juga dipecahkan kepada kumpulan tertentu mengikut usia masing2 supaya lebih senang untuk fasilitator kendalikan slot2 KSC. Jadi, mereka membuat simulasi solat di dalam kumpulan. Bukan senang ye nak uruskan kanak2 bawah umur ni supaya tenteram, sementelah pula dengan kewujudan playground di Moor House yang selalu mengacau konsentrasi mereka.

Dalam slot terakhir, para peserta KSC melalui proses penilaian oleh fasilitator2. Mereka dinilai dari aspek bacaan dalam solat dan juga praktikal solat. Likert-scale digunakan untuk mengukur amali solat masing2. Secara keseluruhannya, bagi kanak2 kecil, kebanyakannya masih belum dapat mengingati bacaan dalam solat dengan baik terutama sekali bacaan panjang seperti duduk antara dua sujud, tasyahhud awal dan akhir, lafaz niat solat 5 waktu dan bacaan sunat doa iftitah. Mereka hanya dapat menguasai bacaan2 yang mudah seperti surah al-Fatihah, surah pendek, bacaan ruku', sujud, i'tidal dan salam. Mereka sememangnya perlukan bimbingan dan tunjukcara yang betul kerana mereka masih dalam proses belajar.

Manakala bagi peserta di usia 8 hingga 12 tahun, mereka kebanyakannya sudah mencapai tahap yang baik dalam amali dan juga bacaan. Ada beberapa aspek saja yang masih memerlukan perhatian seperti bacaan doa qunut, beza tasyahhud awal dan akhir, dan pergerakan solat seperti ruku', sujud dan duduk antara dua sujud. Apapun, kami sangat bersyukur kerana program berjalan sepertimana yang telah dirancang. Alhamdulillah.

Program selesai pada lewat petang. Malam tu, saya bercadang untuk melatih mereka untuk buat persembahan pada majlis penutup keesokan hari. Tapi, hasrat tu terpaksa dibatalkan atas sebab2 yang tak dapat dielakkan. Pada majlis penutup, peserta2 KSC dianugerahi sijil penyertaan. Moga2 apa yang diperolehi dalam KSC dapat memberi manfaat kepada anak2 yang terlibat.

Slot 1 - Tayangan video.

Slot 2 - Persediaan untuk amali wudhu'

Slot 3 - Amali solat di dalam kumpulan.


Bergambar kenangan bersama sebahagian peserta KSC 2011.




TAHNIAH!!

kepada

SEKRETARIAT KSC-PRI 2011 !!!



Kita telah berjaya melaksanakan KSC buat julung2 kalinya!!

Friday, 15 April 2011

Hari Ibu & Cuti Easter

Sebenarnya Hari Ibu ni dah berlalu 2 minggu lepas, lambat pula saya masukkan entry. Tak celebrate pun, hanya nak letak artwork Ameen Iffah je sebagai kenangan. Di sini, Hari Ibu disambut pada 3 April tahun ini. Jumaat 1 April tu, Ameen Iffah bawa balik kad masing2 untuk ibu. Terima kasih!

Hasil kraftangan Ameen.

Hasil kerja Iffah.

Ini pula daripada semua..err..walaupun hari itu diisytiharkan sebagai hari istimewa untuk para ibu..namun ibu juga yang wajib masuk dapur..huhuhu..


^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Hari ini adalah hari terakhir persekolahan, hari ni jugalah Iffah tiba2 diminta bawa pulang oleh guru kelasnya, Miss Noble gara2 dia mengadu sakit kepala. Harapnya tak melaratlah. Ubat pun dah diberi makan. Mudah2an tiada apa2 yang negatif. Esok bermulalah cuti Easter selama 17 hari. Lama sungguh cuti Easter mereka ni. Bagi yang sudah merancang untuk pergi bercuti bersama keluarga, diucapkan semoga selamat dalam perjalanan dan semoga percutian bermakna. Bagi yang tidak ke mana2, isilah masa yang lapang itu dengan aktiviti bermanfaat. Berkelah pun elok juga dengan cuaca cantik di musim bunga.

Kami pun ada rancangan juga hendak bercuti tapi sebentar cuma. InsyaAllah jika tiada aral yang melintang, sampailah kami ke destinasi pilihan.

SELAMAT BERCUTI semua!!

Sunday, 5 December 2010

Teachers2Parents

Bowburn Infants is closed today due to poor weather conditions. We will update you at the same time tomorrow.

29-11-2010 [Monday] , 07:02 am




School is closed tomorrow, Tuesday 30th November. An update will be sent on Wednesday morning at the latest.


29-11-2010 [Monday] , 07:59 pm



Unfortunately school is closed again today, we will update you again tomorrow morning.

01-12-2010 [Wednesday] , 06:53 am



Due to the continuing severe weather, school is closed again tomorrow.

01-12-2010 [Wednesday] , 06:25 pm



Unfortunately school is closed again tomorrow. Weather permitting, it will re-open on Monday.

02-12-2010 [Thursday] , 07:51 pm



School will re-open on Monday 6th December.

05-12-2010 [Sunday] , 11:17 am


Begitulah pesanan2 ringkas yang diterima oleh ibubapa kanak2 Bowburn Infants and Nursery School melalui SMS teachers2parents sejak turunnya snow seminggu yang lalu. Bagus juga ada sistem SMS macam ni. Walaupun komunikasi sehala, namun sangat berkesan kepada ibubapa terutama sekali bila SMS tu berupa reminder tentang aktiviti sekolah. Takdela kami lupa nak pakaikan Ameen Iffah dengan pakaian bukan seragam jika ada peristiwa penting di sekolah [di sini, ada hari2 tertentu kanak2 akan berpakaian mengikut tema spt, pyjamas, seluar jeans, baju warna kuning, dressing up dan macam2 lagi].

Seminggu jugalah sekolah tutup gara2 salji yang tebal. Akhirnya, Bowburn Infants akan beroperasi semula esok hari. Lama sungguh bercuti, gaya macam cuti Easter dah ni..heheh. Nasib baik juga, bolehla Ameen berehat sepenuhnya sebab dia pun demam.

Alhamdulillah, snow pun dah tak turun sejak semalam. Snow yang masih berbaki pula agak tebal dan perlukan masa untuk cair semula. Jalan di kaki lima boleh tahan licinnya terutama sekali tepi dinding rumah. Kena jalan pelan2 dan berhati2 supaya takde yang jadi 'nangka busuk' nanti.





Wednesday, 1 December 2010

Raya Haji di Durham @ Al-Hidayah tv3

Baru2 ini komuniti kami dikunjungi oleh beberapa krew al-Hidayah tv3. Mereka datang untuk membuat rakaman slot sempena Eiduladha. Salah satu daripada slot tersebut merupakan rakaman sambutan hari raya haji di kalangan DurhamMy. Terima kasih buat tuan rumah, timbalan penghulu kerana berbesar hati menjadikan istana beliau sebagai tempat rakaman.

Kami menyediakan makanan secara potluck. Saya bawa mee bandung dan apple muffins. Macam2 ada juadah raya kami. Nampaknya dua kalilah kami beraya haji tahun ni.

Antara kaum bapa yg hadir.

Anak2 DurhamMy.

Sebelum bermula majlis.

Kaum ibu/wanita dan anak2 pula.

Suasana 'mock' hari raya haji di Durham.


Thursday, 30 September 2010

SMB Bermula

Hari ni Sekolah Melayu Bowburn memulakan sesi pengajian baru untuk sesi 2010-2011. Kali pertama mengajar anak2 dari kelas usia 7-9 tahun. Hari ni subjek BA. Sepatutnya ada 5 orang pelajar dalam kelas ni tadi tapi yang berjaya muncul hanyalah 3 orang. Mungkin ada aral la tu, jangan malas sudah.

Beberapa minggu dan bulan lagi komuniti kecil kami ni akan menyaksikan sebilangankeluarga yang akan pulang ke tanahair selama2nya. Ini termasuklah juga tenaga2 pengajar dan orang kuat SMB sendiri [pengasas SMB]. Kekurangan cikgu2 di SMB menyebabkan kami terpaksa bertindak memansuh beberapa subjek supaya dapat memberi laluan kepada subjek yg lebih penting, walau yg kena mansuh tu pun tak kurang pentingnya juga. Apa nak buat, dah tiada yang sanggup menjadi sukarelawan dan wati..masing2 sibuk dengan tuntutan tugasan phd mahupun 'kerja'. Nampaknya selepas bulan Disember nanti, tinggal 2 org saja cikgu yang mengajar..termasuklah diriku.

Apalah nasib dan masa depan SMB kelak..tiada siapa yang tahu..

Tuesday, 28 September 2010

Anak2 Durham Beraya

Pada 3 Syawal lalu, satu program untuk anak2 Durham telah diadakan untuk menghiburkan hati mereka ketika beraya 'ala kadar' di perantauan. Di sini, tiada amalan memberi duit raya. Malah ayah sendiri tak kasi duit raya pun kat anak2. Satu persepakatan telah dibuat agar masing2 tuan rumah memberi 20 pence kepada setiap anak2 yg hadir supaya wujud keseragaman. Namun, jika ada yang mampu [keja 24 hrs..] apa salahnya beri lebih. :) Macam kami ni, dua2 tak bekerja. Jadi, 20 pence lah mereka dapat. Bersyukurlah dengan apa yg ada..

Menjamu selera. Saya hanya hidangkan makanan ringan saja, ada biskut kelapa, biskut mazola, kek madiera dan jejari keledek rangup.

Wajah2 riang anak2 Durham. Ini sebahagian je, ada lagi yang tak termasuk dalam gambar. Masa gambar ni diambil, mereka masih belum diberi duit raya lagi. Tengah kategorikan ikut group, nak pastikan semua tak tercicir dapat duit raya.

Saya terpaksa bahagikan anak2 seramai 24 orang ni kepada 5 kumpulan yang diketuai oleh 5 kanak2 besar [remaja]. Nampak teratur sikit, lagipun ini untuk memudahkan yg besar jaga keselamatan yg kecil bila masa berjalan kaki melintas jalan.

Mereka bersurai setelah hampir 40 minit berada di rumah kami. Dekat jam 9:30 malam baru Ameen Iffah pulang ke rumah. Yang pelik bin ajaibnya, duit raya Iffah tak sampai pun 1 pound, sedangkan punyalah banyak rumah yang dia dah jelajah. Ameen dapat banyak sikit dari dia. Heheh, kesian pula, takpe, raya puasa tahun depan nanti dapat duit raya kat Malaysia.

Monday, 27 September 2010

Clarence Street Open House

Pada 7 Syawwal yg lalu kami telah berpakat 4 keluarga untuk berkongsi membuat majlis rumah terbuka di jalan rumah kami, Clarence Street. Alhamdulillah, semua perancangan berjalan lancar. Kami telah memilih hari Khamis, bukannya hari minggu kerana hari Jumaat keesokannya tu ayah dah nak berangkat ke Bosnia selama seminggu. Hari biasa pun tak apalah, kami dah panjangkan masanya, dan saya yakin kuantiti makanan mencukupi untuk kawan2 yg hadir.

Kami berdua dah rancang awal2 nak buat sate untuk menu open house tahun ni. Mujurlah idea tu datangnya dari hubby, dia sorangla yg pulun cucuk ayam kat lidi buluh tu. Bayangkanlah ayam sebanyak 8 kg dengan cucuk sate sebanyak hampir 400. Tentu boleh bayangkan macamana kecut jari ayah...dan macamana sakit kaki saya menunggu sate siap dibakar. Hahahaaa...


Sate sebelum dibakar..banyak...

Inilah menu kongsi open house jalan kami. Menu utama ialah nasi ayam, mee dan mihun kari, lemang, rendang ayam, nasi impit, kuah kacang dan sate. Dessert pula ada bubur pulut hitam, tiramisu, kek coklat, puding karamel dan kuih2 raya.

Ini menu sajian keluarga kami. Nasi impit dan kuah kacang. Kuah kacang sampai kena masak lagi sekali. Padahal dah sekilo kacang tanah tu masa yang sesi pertama. Habis cepat sebab tetamu makan ngan sate..curah atas sate, baru terangkat. Nasib baiklah stok kacang tanah ada lagi. Berpeluh2 jugalah saya masuk dapur semula.

Sate ayam yang telah siap dibakar dan dihidangkan untuk para tetamu yang hadir. Peraturannya, kena keluarkan sikit2 demi menjamin semua rakan dapat merasa sate ni. Jika letak semua, maka semualah habis licin, tetamu akhir tak dapatlah menjamah. Alhamdulillah, Ali Yati dapat juga makan sate 6 cucuk yang masih saya simpan untuk mereka.

Pencuci mulut, kek coklat minyak. Comot pula presentation. Haha..nasib baik habis. Saya punya butter icing tercair sikit, tu pasal comot semacam je topping kek tu. Strawberry yang menjadi hiasan tu pun ada yang tergelincir jatuh dr atas kek dek kecairan aising..ngeee. Masa tengah bakar sate tu, sempatlah juga saya buat biskut coklat cip. Dapatlah bawa bersama biskut mazola dan kuih tiram yg tak berapa nak jadi tu. :P

Anak2 ada yg masih berpakaian seragam sekolah kerana open house kami ni dibuat pd hari biasa.

Bergambar bersama antara tetamu yang hadir.

Majlis berakhir jam 8 malam lebih, setelah pulangnya tetamu terakhir kami, maka kami berkemas bersama2 tolong tuan rumah apa2 yg patut. Terima kasih buat Zariman dan Shifa merangkap penghulu dan penghulunita baru sesi 2010 kerana sudi menjadi tuan rumah open house terakhir bagi kami ni. Last dah ni, tahun depan dah ada kat Malaysia...weeeeeee.

Monday, 13 September 2010

1 Syawal 1431H

Tahun ini 1 Syawal sekali lagi disambut di perantauan. Nampaknya dah kali ketigalah kami menyambutnya di sini..alhamdulillah, tahun hadapan dah berpeluang menyambut lebaran bersama keluarga tersayang.

Tahun ini juga kami berpuasa selama 30 hari di bulan Ramadhan. Maknanya, 1 Syawal jatuh pada hari Jumaat, sama dengan Malaysia. Bezanya, di Malaysia, kaum kerabat menyambutnya 7 jam lebih awal daripada kami.

Persiapan raya sudah tentu tidak semeriah di Malaysia. Langsir di rumah tiada berganti yang baru. Kuih raya pun sejenis dua je yang dibuat. Itupun buat berdasarkan permintaan je. Kuih idaman hati sendiri pun saya tak buat. Mood raya tak berapa nak hadir sejak saya dimaklumkan dengan berita ayahanda saya yang tidak sihat beberapa hari sebelum Syawal. Walaupun hati tidak gembira, namun saya cuba juga untuk menyambut hari kemenangan ummat Islam ini dengan tenang.

Seperti biasa persiapan ala kadar di buat sehari sebelumnya lagi iaitu di petang Khamis tu. Malamnya sempat lagi saya menyiapkan biskut kelapa bagi menggantikan stok raya yang telah habis awal. Ish2. Pagi2 lagi dah bangun untuk siapkan sarapan, bimbang jika terlewat tiba di dewan untuk bersolat sunat. Bukankah kita disunatkan untuk menjamah makanan sebelum menunaikan solat sunat. Berbeza pula keadaannya ketika Eiduladha, sunat makan2 selepas solat sunat hari raya haji.

Inilah juadah kami sekeluarga pada pagi hari raya. Ada sate ayam sikit, kuah kacang, nasi impit, pulut, dan rendang pedas daging. Semuanya buat ciput2 saja. Sekadar mengubat hati yang lara. :P Alhamdulillah, setelah selesai bersarapan, saya menelefon ayahbonda di kampung.
Nampaknya atuk masih tidak sihat malah tak bermaya untuk mengerjakan solat sunat hari raya. Ramai tetamu yang berkunjung menziarah abah, hinggakan tak menang tangan ma, abg, kakak dan adikku di kampung. Kasihan abah & ma mesti kepenatan melayan tetamu yang hadir hingga larut malam.

Si kecil saya yang turut bangun awal pada pagi raya..tengah duduk menikmati biskut mazola hehe.


Kami akhirnya ke dewan Howland, tempat kami selalu mendirikan solat sunat berjamaah bersama muslim Durham yang lain. Selesai bersolat, sudah jadi acara wajib bagi warga Malaysia untuk bergambar2 kenangan bersama2. Kali ini kami sekeluarga tidak begitu teruja untuk bergambar, mungkin kerana sudah 3 kali raya, dan tempat pun sama je..ditambah pula dengan baju raya yang sama tak berganti, mood pun kurang ada.

Muslimin sedang mendengar khutbah raya.




Sebahagian daripada warga Malaysia di Durham tahun ini.

Balik sahaja dari bersembahyang sunat hari raya, kami singgah beraya di rumah mantan penghulu. Alhamdulillah, dapat merasa juadah jiran tetangga pula.

Bersama tuan rumah, Hanira.

Pada sebelah petangnya pula kami menyambut hari raya beramai2 dalam satu majlis sambutan Eidulfitri warga Malaysia-Brunei-Durham yang bertempat di lokasi biasa, Keenan House. Juadah raya kali ini disediakan mengikut jalan2 lokasi penempatan di Bowburn dan sekitar Durham. Jalan kami diamanahkan untuk menyediakan menu berasaskan mee & pasta. Menu pun boring je..ditambah pula dengan mood saya yang tak berapa nak ada..last2 makan pun tak selera. :) Tapi, takpe melihat rakan2 lain gembira sudah cukup untuk mengubat hati. Alhamdulillah..juadah raya dan tentatif program sungguh harmoni dan meriah. Sekalung TAHNIAH buat pengarah program, ustaz Jai dan koordinator games, Tn Hj Rosli dan isteri. Kreatif acara2 yang dipertandingkan..tida kering gusi juga penonton dibuatnya. Di tambah pula dengan hadiah yang lumayan.

Juadah yang 'macam-macam adaaa'...


Acara menyuap makanan oleh suami kepada isteri kesayangan.. :)
Penulis tiada dalam gambar..

Acara berikutnya yang juga telah dijadikan acara tahunan, iaitu AGM penghulu Durham My sesi 2010-2011. Kali ini saudara Zariman Fazli telah dinobatkan sebagai penghulu yang baru bagi menggantikan saudara Fadhli Ahmad manakala timbalannya pula di sandang oleh Tn Hj Rosli daripada Brunei. Syabas diucapkan.

Kelihatan penghulu baru sedang menyampaikan ucapan.

Dengan itu, berakhirlah majlis sambutan raya masyarakat Durham My bagi tahun 2010. Semoga bertemu lagi di Eiduladha nanti..

Thursday, 12 August 2010

Summer BBQ & Family Day 2010

2 hari sebelum seluruh ummat Islam menunaikan ibadah puasa, komuniti Malaysia-Brunei-Durham telah menganjurkan program Summer BBQ merangkap Family Day untuk tahun 2010. Program berlangsung di lokasi tetap iaitu Hamsterley Forest, kira2 setengah jam perjalanan dari Bowburn. Ramai juga ahli keluarga yang dapat hadir memeriahkan suasana. Alhamdulillah, cuaca hari Ahad lalu amat memuaskan hati, walau pada awalnya forecast meramalkan akan hujan pada hari itu. Kuasa Allah SWT..tiada siapa yang tahu dan boleh sekat. Program kami berjalan lancar sepertimana yang dirancang.

Izzah dan ibu. Masa ni Izzah mengantuk, sebab tu masam je. Nasib baik ayah dirikan khemah, boleh Izzah mama dan zzzzzz. Lokasi bbq kali ini agak jauh dari kemudahan tandas awam. Sesiapa yang nak berkumuh, terpaksa menaiki kenderaan ke sana. Nak jalan kaki? Huii..jauuuuh..tak larat kaki. Tak pasal2 terburai di tengah jalan.. :)

Kanak2lah yang paling gembira bila ada program2 seumpama ini. Riuhnye seperti ada beratus2 kanak2. Maklumlah, ini masa mereka berkumpul dan berjumpa sesama sendiri sejak bercuti sekolah. Banyak juga acara untuk anak2 ni, tiada konsep menang dan kalah kali ini. Semua dapat saguhati yang sama. Main hanya untuk hiburkan hati dan bukannya bertanding siapa yang terbaik. Apa yg penting semangat kerjasama antara mereka. Ini acara meniup belon tapi biar pecah sendiri, bukannya dipecahkan. Ameen tak dapat nombor apa2 pun..tiup untuk suka2 je. Lagipun ibu tahu, dia sayang nak pecahkan belonnya tu. Hmm...

Saya tak pernah sertai permainan ini sebelum ni. Malah tak tahu pun apa namanya. Terima kasih kepada koordinator game kanak2, kreatif sungguh. Kawan saya ada bagitahu, game ni pernah beliau main masa kursus PTD. Owh, patutla, koordinator tu PTD yg tengah study leave... :> Kanak2 cukup happy main acara ni. Semua komited.

Akhirnya kemenangan menjadi milik kumpulan Power Rangers. Kemain lagi mereka bersorak sorai. Paling melucukan, yang si kecil2 pun join juga acara ni, tapi mereka terpinga2 tak faham bila pasukan sebelah menjerit2 meraikan kemenangan.

Ameen beratur tunggu giliran nak isi air dalam botol. Ini kali pertama Ameen main sukan ni.

Ameen tengah perah span yang direndamkan dalam sebaldi air. Geli hati lihat anak2 ni main permainan ni. Gaya memerah bukan main lagi tapi, takde setitik pun air yang masuk dalam botol. Semua tumpah di luar botol. :)

Kelihatan Encik Pengarah Program BBQ dan Family Day 2010 tengah sibuk membakar dan mengipas sambil berkerut2. Tahniah, program berjalan lancar dengan cuaca yang sungguh cantik.

Sesi bakar membakar kambing dan ayam. Hmm..Bayern Munchen pun boleh bakar bbq jugak ke..atau, jadi tok mandur..hehhe.


Ini pula kek harijadi anak2 yang jatuh dlm bulan Ogos. SELAMAT HARI LAHIR buat Anis Afifah, Iffah Nabiha, Nusaybah & Mujaddid. Moga membesar menjadi anak soleh dan solehah kepada ibubapa masing2.

Kaum bapa dan anak2 lelaki sedang menunaikan solat zuhur berjamaah..alhamdulillah.
Hai Asmui..dah siap ke..awat sekejap benor solat tu..

Kaum bapa ada acara sepak2 bola. Tak tahu pula saya pasukan yang mana satu menjuarai. Boleh tahan lama juga mereka ni bermain. Hai...tak sakit urat ke..mungkin nak lepas gian sebelum berpuasa. Masa tu aktiviti sukan dibekukan. Rasa saya, kaum ibu je yang tiada aktiviti sukan kali ni. Mungkin sebab masing2 sibuk mengendalikan si kecil agaknya..jika di tahun2 sudah,, memang ada games untuk kaum ibu ni.

Kami berlima. Seperti yang saya pernah perkatakan sebelum ini, bukan senang nak bergambar ber5, semua pandang kamera dan senyum. Boleh kira dengan jari. Selebihnya macam yang dalam gambar di ataslah. Sorang pandang ke timur, sorang lagi ke puncak.

Hanya kaum bapa dan anak2.

Foto beramai2 komuniti Malaysia-Brunei-Durham sepanjang program BBQ dan Family Day untuk tahun 2010. Ada yang bersedia, ada yang tidak. Rasanya ada 1 shoot saja yang mana semua bersedia, itupun sebab pakai tripod. Koleksi saya ni ayah yang captured.

Maka dengan itu berakhirlah acara BBQ dan Family Day 2010. Mungkin juga ini merupakan BBQ terakhir buat kami sekeluarga sebelum pulang ke Malaysia..insyaAllah.