Tuesday 30 June 2009

Blind Date

Blind date?..
Dah kawin beranak pinak gini pun masih ada blind date ke.
Yup! Ini blind date istimewa sbb ia di antara blog mate.

Memperkenalkan kawan baru sy;

Pn. Izuan Murat [izu]
http://ishamizu.blogspot.com

Izu ni baru je sy kenal. Tak silap sy awal tahun 2009 kot. Masa tu beliau baru sj melahirkan bb Iris yg montel..masih dlm pantang. Dan, skrg ni Iris dah 4 bulan. Tak sangka dapat jumpe Izu. Kebetulan adik sy satu tempat keje dgn hubby dia, jd itu yg buat kami eager nak jumpe. Sementelah sy cuti2 Msia ke Ayer Keroh, sy pun sms izu bgtau nak dtg umah dia pd Sabtu ptg.


Nervous juga masa dah tiba depan rumah dia. Isk3..hubby ckp sy ni mcm nak 1st date lak. Hahah..berjaya juga smpai ke Padang Temu dgn menaiki keta adik. Alhamdulillah..semuanya berjalan lancar, kami seolah2 dah kenal lama..satu Uni juga membuatkan kami makin mesra [they were my juniors, batch 2005, me was in 2002 & 2004]

Jom lihat gambar tp takdela sebanyak yg tuan rumah amik. Sy pegang Izzah, so hubby yg take over, ini je yg adaa..isk3.

Sy & Izu

Masing2 dok pegang bb. Tgk atas meja tu, kemain lagi hidangan dia. Izu ada course kat sekolah dia smpai kul 2 ptg..muka dia pun masih nampak keletihan..kena pulak serve kami ptg tu. Ada kopok lekor, rambutan, nuggets, kopi & air sarsi. Simple tp menyelerakan.


Yg si anak2 pula leka mewarna. Zahin macam dah lama kenal dgn Ameen & Iffah. Senang je diorang berkawan.

Tgk tuu..
Asyik betul..hingga lupa nak makan makanan Aunty Izu yg banyak tu..
Sudahnya asyik nak punggah rambutan je si Ameen tu, wpun kami dah nak balik.

Hahah..yg kami ber2 ni pulak mcm tak cukup2 waktu nak sembang. Tak sedar dah hampir maghrib time tu. Hmm..nervous pun dah hilang..nak tahu izu punyelah nervous dia ni..sampai lupa nak matikan dapurnye. Nasib baik hubby sy ternampak terus dia pegi matikan. Huhuhuuu..

Di hadapan rumah baru Izu.

Masa ni sy dah nak balik ke Bukit Katil. Tp, nak bergambar dulu dgn tuan rumah. So, kawan2, inilah kwn baru sy. Terharu rasanya bila tiba2 dapat hadiah kopi kesihatan drpd Izu. Thanx so much! Semoga bertemu lagi di lain masa. Tunggu kami pulang ke Malaysia 2 thn lg..boleh dtg rumah kami pula!

Semoga persahabatan kami berpanjangan & diberkati Allah.

Monday 29 June 2009

Balik Kampung

Alhamdulillah, misi kami untuk bersama ayah & ibu masing2 tercapai jua setelah ke hulu ke hilir dua tiga hari lalu. Khamis tu, kami berangkat ke Kulim, Kedah utk bertemu apak & mak [PIL]. Sabtu pagi pula kami bertolak ke Pasir Puteh, Kelantan utk bersama abah & ma. Dna, hari ni, Isnin, kami dah pun balik ke Nilai semula. Sebentar saja balik sbb kerja abang masih berbaki, masih ada yg belum selesai.

Tinggal beberapa hari cuma utk kami balik semula ke Durham. Huh, rasa sekejap je. Namun tak dpt dinafikan, perasaan tu mmg sedih dan sebak utk tinggalkan semuanya di sini.

Friday 26 June 2009

Bagan Lalang

13 Jun lalu kami adakan satu program ala2 family day [sebelah hubby sy] bertempat di Bagan Lalang, Sepang. Alhamdulillah, walaupun perancangan dibuat secara 'segera' namun hasilnya lumayan. Diharapkan program seumpama ini dijadikan acara tahunan utk merapatkan lagi silaturrahim sesama adik beradik & ipar duai serta cucu2. Tahun depan kami xde, pun begitu harap2 nye adalah yg ambil alih tmpt kami utk rencanakan program ini lg.

Hmmm..susahnyela nak upload photo banyak2. Nampaknya sy kena tepek lain kalila gmbr2 lain berkaitan family day kami ni.
..teringat masa dok kat UK..upload photo kemain laju lg..xde masalah pun tunggu lama2 camni..


Petang tu masing2 turun ke tepian pantai untuk melihat Pak Itam menjala ikan. Lepas tu sy ajak abg buat games yg kami plan tu. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Tp, masa acara tu berlangsung, sy xdpt nak snap sekeping gmbr pun sbb Izzah meragam nak makan..jadi, sy terpaksa layan poyot bb dulu..Apapun games mak bapak yg paling mencuit hati semua org..kih3, saja je nak test power hubbies sekalian..masih ingat lg tak tarikh2 & peristiwa2 penting antara pasangan masing2..well, all in all, not bad at all.. ;D

Pertandingan Membina Sand Castle yg tlh dimenangi oleh geng2 teruna.

Hmm..ini family Pak Andak. Diorg baru je smpai mlm tu tp tak overnite pun sbb masing2 mak bapak sibuk. Si Tahirah pulak demam panas..tu haa yg pakai baju pink tu, masam je..semua benda xnak makan. Jadi, mereka balik lps mkn2 ayam bbq. Takpe, rumah mrk dekat je dr sini.

Anak2 buah sedang buat preparation utk persembahan khas mereka mlm tu. Tp, sayangnye sy takde sewaktu mrk berkarya..jadi tiadalah gambar yg dirakam. Izzah mengamuk2 mlm tu, sy cuma dapat bersama diorg sekejap je..pastu kena masuk bilik tidurkan bb yg kepanasan. Tu psl nangis je.

Silakan isi perut anda dgn hidangan yg pelbagai ni.

Rupa ayam bbq kami setelah dipanggang. Sedaap banget! Habis terus..punyela sedap, kan? Hmm..kami dah terlepas bbq org2 durham-msian..rasa cam nak buat je utk family kami tp di sanaa..ada ke org len yg nak join..buleh ajaa.."apa yg penting, kerjasama"..

Pagi tu kami mandi manda. Izzah juga tak ketinggalan. Tak takut pun. Siap tidur dlm air lg..[atas dukung ibulaa]. Agaknya dia syok sgt dibuai dek air yg berombak2 tu.

Pak Itam & Mak Itam.
Antara org kuat yg bertanggungjawab buat 'chalet booking' utk program ini.

Bergambar beramai2 dulu sebelum pulang. Ada 5 keluarga saja yg join family day kali ni..
Pak Long & family, Pak Ngah & family, Pak Anjang & family, Pak Itam & family dan family gue.

Ameen ngan belon rabbit muka senget..jenuh ayah tiup belon tuh..sikit punye besar nak penuhkan.

Last sekali acara bersalam-salaman. Masing2 dah punya hala tuju sendiri..Pak Ngah nak hantar Nabila & Lutfi..Pak Long nak hantar Syahir ke asrama..yg lain2 tu, rasanya hantar diri sendiri ke rumah jer. Saya plan nak minta ahli keluarga bergambar ikut keluarga masing2..untuk kenangan. Tapi, nampaknya semua dah 'rushing' ke destinasi masing2, jadik, sy tak suarakanlaa..takpe, len kali.

Hmm..bilalah Family Day sebelah sy pulak ye..
dah la ahli tak ramai..
pastu asyik bz je..

Wednesday 24 June 2009

Happy Fathers Day

Walaupun Hari Bapa dah berlalu..tak semestinya kita tak boleh raikan pada hari lain..
[hmm..seingat sayalah, masa kecik2 dulu tak tahu pun ada hari khas disambut utk bapa ni].
Buat insan yang benar2 bermakna dlm hidup saya..Selamat Hari Bapa..

Respected & Beloved Abah;
HAJI HARUN B. HAJI SAID

dan,

Respected & Beloved Apak (FIL);
HAJI HASAN B. YEEN



Abah pakai robe abg time kami sama2 konvo thn 2004.

Atuk dengan Ameen.

Apak & Izzah
[it was me who should be blamed..how come i forgot the moment captured, when we travelled to penang island few weeks ago]

Juga, ditujukan buat suami tercinta;

ZULKIFLI HASAN

Semoga dapat menjadi ayah yg terbaik buat anak2 kita.
To them, you are their hero.

Ayah dlm River Cruise, River Thames, London.

Ayah & Ameen..while Ameen was still a baby..7 month-old.
Location at Jln SG 9/9, Tmn Sri Gombak.

Tuesday 23 June 2009

Geramnyelah

Cadang nak upload beberapa photo masa kami berprogram hari tu..huh, nampaknya line tenet tersangat KO. Dah lebih 15 minit sy upload, masih tak kuar2 gambar tuh. Gerraaam betull..

Monday 22 June 2009

Dinosaur

Macam ni lah gayanya anak2 sy setiap hari. Takdenye nak pakai baju. Baju pakai time nak keluar/outing je. Selebihnya, free style..cam model kat atas
nih. Bercawat je setiap masa. Menjerit2 bila dipakaikan baju.


Hoh..apalah yg ditilik Izzah hingga naik muncungnya tu..
Seperti biasa ye..sila abaikan apa yg anda saksikan di belakang sinun. Maklumlaah..seperti yg pernah saya bgtau dlm n3 sblm ni..kami 'berkampung' kat ruang tamu tu je siang malam..jadi, kami memang tak menerima sebarang undangan tetamu ye..reject2..

Masa ni waktu petang, time saya pat beranak bersantai2..[ayah as usual, excluded laa..bz beb!]. Terperanjat giler sy dibuatnya bila nmpk Izzah main toy Ameen ni. That thing is very small & so disgusting to me [ gosh!! i hate reptiles ]. Tp kan bb diam terus bila dpt tangkap sekor tyrax ni. Huh, tak takut ke diaa..

Kelakar time bb sentuh2 hujung ekor dinosaur tu dgn jari telunjuknya. Nampak kiut. Kih3..

Oooppss..sikit lagi.
Aksi ini di bawah kawalan ibu sepenuhnya..bila dah besar nanti bolehlah ibu tunjuk gambar ni kat Izzah. Agak2 dah besar nnti Izzah masih suka that type of reptiles lg tak..eii..yurk! Ibu paling tak suka tang tekstur kulit tu..huu..geli gue tgk. Paling tak best time kena kutip dinosaurs tu selepas Ameen & Iffah main. Gelii gue..

Hihihi..dah masuk dalam mulut dah pun. Izzah ketawa hehehe bila tyrax tu dah masuk mulut dia. Lawak betul. Sy pulak lepas nampak dia masukkan dinosaur camtu, terus sy sorokkan haiwan tu. Nanti kang tak pasal2 pulak kena gi hospital. Nyesal tak sudah.

Tiba2 sy teringat masa belajar dulu, dlm kelas Theory of Human Development, Dr. NAHI discussed ttg ini. Barangkali ada kebenarannya teori psychologist Barat mengatakan bayi seusia Izzah ni memang suka masukkan benda2 ke dalam mulut.
"Sucking is a pleasure".

Saturday 20 June 2009

Mayangsari, PD


Masa balik dr Kulim awal2 hr tu, kami singgah di PD. Pastu try menginap di Mayangsari..tak pernah lak dok sini. Ok jgk sbb ada diskaun..byr RM130 je sehari semalam. Dapat breakfast ..tp kami lupa turun makan, so melepasla. Jom tgk gmbr..sy penatla nak citer byk2 sbb penat upload foto ni..

Izzah tgh lepak dalam bilik yg kami sewa. Sejuk..pasang air-cond, sedap le bb. Tp, bilik yg kami dpt tu pemandangan dia xbest sbb ngadap bangunan hotel yg belum siap. Yg penting, bilik ada 2, ada launching hall, kitchen, 2 bathrooms & balcony.

Bilik no 2. Kalo datang ngan 2 family pun ok. Share je bilik dia. Katil pun ada 2. Masa ni xde org pun guna bilik ni.

Ibu & Izzah..
Lepak kat kolam petangnye..tapi kolam dia tak cuci lg. Kelabu je airnye. Sian pulak anak2 nak main air.

Mayangsari.
Masih dalam pembinaan. Ada 1 bangunan lg yg belum siap.

Izzah main dgn ayah, lepak bawah payung. Masa ni dah lewat petang tp masih panas.
Peluh2 juge la kami kat kolam tu.

Izzah tgh pujuk ayah nak masuk dlm kolam juge.

Ayah pun bawaklla bb masuk dlm kolam kanak2 tu..dgn nappy sekali. Kui3. Izzah ok, tak takut air pun. Laju betul kaki dia gerak dlm air tu. Kikiki..agaknye dia geram tgk abg & kakak je dok main air.

Ameen yg xnak naik atas..

Iffah dgn swimming suit nya excited giler dpt main air, pun tak mau naik atas juge.

Ameen & Iffah suka sgt dpt main air mcm ni. Kat rumah pun kejap2 masuk bilik air, mandi. Panaas..kat Nilai saja suhu mencecah 36 C. Panas siot..habislaaah naik bil air rumah..

Ayah & anak2. Ayah xlalu nak mandi pasal air kaler kelabu kelala.

Malamnye kami makan di sebuah restoren ni..lupela namanya..
Masa tgh duduk2 tunggu order tu tiba2 sy ternampak sorang celebrity ntv7..zaini ke apa namanya..tgh dinner dgn familynye. Tp, xnmpk jelas mukanya..tu kat belakang tu pakai baju belang.

Izzah's 1st time sitting on a baby chair.

Nampak cam meriah je lauk. Tp yg sebenarnya biasa2 je. Udang masak merah, sayo kailan ikan masin, sup ekor, telur dadar & paprik campur. Sekejap je dia masak..

Keesokan paginya kami bawa anak2 main tepi pantai. Cdgnye nak mandi laut tp tgk2 air dia kotor lak sbb air surut..So, tunggu je lah diorang buat sand castle.

Tapak kaki Izzah.

Kami check out tghri tu lepas main2 tepi pantai. Apa lagik..blk rumah Nilailaa..cuci rumah..penaaat, xpe sbb;

"apa yg penting, kerjasama.."

"kami tak besar dan kami tak kuat..
bila bekerjasama,
semua jadi mudah.."

Friday 19 June 2009

Ayer Keroh, Melaka

Sekarang ni kami sekeluarga berada di Ayer Keroh, Melaka, rumah adik saya. Malam ni kami bermalam di sinii.Internet rumah dia laju woo..pastu yg best sbb wireless..he3..xdela saya kena tunggu turn nak guna lappy kan. Guna sendiri punye je.

Wokey..percutian di Melaka kini bermulaaa..

Cuti-cuti Malaysiaaaaaaaaaaaaaa.........

Thursday 18 June 2009

J.Co Donut & Coffee

Lepas buat visa kat Izzah Khamis lepas, abg bawak kami jalan2 di Pavillion. Apa lagii..sy pun ajak abg cari kedai J.Co. Kami dah jumpe!!

J.Co ni syarikat Indonesia..donut2 yg ada kat sini cam lebih kurang yg dijual di Dunkin Donut..cuma bezanya, donut kat J.Co lagi lembut. Huu..sedap banget! Pelayan yg ada di kedai ni pun org Indon belaka. "Iyaa..mahu apa kakak..?"

Abg beli half dozen je. Hmm..sedap..sy minta dr abg nak tapaw lg..tp pakai duit sendirik..


Muahahaa..best2!! Murah jer, 1 dozen cuma RM20 saja..kalo beli sebijik harganya RM2.


Inilah rupe donuts kedua yg kami tapaw tu..tak ingat dah nama semua donut ni..ada tiramisu, peanut & white choc.,durian, strawberry, mocha dsb..nama bombastic dia sy tak ingat.

Disebabkan harganya murah jika beli banyak2, maka sy pun borongla sampai 1 dozen.
Yg paling sy suka ialah California Almonds..fuuh..sedap betul yg tu. Yg ada almond flakes tu. Lmbut + rangup..

Ini semua gara2 promotion yg power drpd kawan abang di Dubai tu, Mr. Syamsulfaiz, siap tunjuk gambar donut lg. He3..

Ayah takdela gemar mana donut2 ni..jadi sy & anak2 je yg pulun. Itupun bdk2 ni asyik makan yg topping dia je. Hmm..penat den habiskan. Ayah siap bgtau lagi..sendawa pun rasa donut..kih3. Kesian ayah..kena dera makan donut.

Wednesday 17 June 2009

Izzah Maisarah Zulkifli


Izzah hari ni cukup 8 bulan.
Setakat ni dia dah boleh duduk sendiri, angkat punggung kdg2 je ikut mood..takdela pulak ke depan atau ke belakang.
Gigi blom kuar lagi. Hmm..apsal lambat eh..kurang kalsium ke..takkanla minum susu ibu pun boleh kurang kalsium..?? Gigi dia baru nampak yg part tajam2 tu je..blm sepenuhnya lagi.

Lagi satu, dia dah tahu sgt kalo ibu kenakan tudung..tandanyaa ibu nak keluar rumah. Jadi Izzah akan nangis kuat2 sambil angkat kedua belah tangannya..kih3. Kelakar ada ..geram pun adaa..iyelah, bila ibu angkat je, mesti dia terus senyap bagai dikunci mulutnya.

Izzah dah kuat makan..
Kalo kami makan kat kedai, pasti dia tepuk2 meja minta disuapkan juga.
Dia dah tak mau makan bubur nasi.
Nak mkn nasi org tua..

Izzah br je lepas kena demam campak..
Teruk sangat panas badannya..tak tido mlm saya.
Badan pun susut sikit [bdn bb].
Tu pasal skrg ni dia tgh kemaruk makan.

Terkini, Izzah dah pandai babai kat orang..
Bila ibu cakap babai..babai..mesti dia akan angkat tangannya dan lambai..
Sukaa sangat..

Skrg ni Izzah dah pun lena..di samping abg & kakaknya.
Ibu tgh layan tenet sambil baca buku..[sbb tenet slow].
Ayah pulak xde je kat umah..mlm ni ayah gi conference Islamic finance di Pan Pacific KLIA..
Jadi tingallah saya pat beranak..

Izzah baby,
Semoga membesar dgn sihat & bijak.
Ibu syg sgt kat bb..
Mmmuaah..