Showing posts with label Kawan-Kawan. Show all posts
Showing posts with label Kawan-Kawan. Show all posts

Wednesday, 8 June 2011

Terima Kasih Drs.

Ini gambar masa kami pertama kali menerima undangan makan malam, mungkin juga bersempena dengan keberangkatan pulang kami yang dijangkakan tidak lama lagi. TERIMA KASIH buat keluarga Dr. Azam & Dr. Azlina [kedua2nya medical officers GP di sini] atas undangan makan2 ni. Alhamdulillah, sedap dan menyelerakan juadah yang dihidangkan. Ada laksa johor, nasi minyak, air bandung soda air tangan Dr Azam [mmg best], upside down apple cake, dan juga carrot cake kak Shidah :) .

Sy tak rakam imej juadah, tak dapat nak buat testimoni di sini. Apapun, terima kasih sebab sudi jemput kami sekeluarga ke mari, mudah2an ikatan persahabatan berkekalan sampai bila2, manalah tahu, nanti nak datang UK lagi, bolehla kami roger2 Dr Azam & Dr Lin lagi.. :)

~ TERIMA KASIH ~

Tuesday, 29 March 2011

Sepantas Masa

Cepatnya masa berlalu. Dah mendekati penghujung bulan pun. Sekarang ni kami sedang menikmati musim bunga. Juga musim yang terakhir buat kami kerana mungkin kami akan pulang ke tanahair semasa di penghujungnya. Oh, sedih pula rasa bila mengenangkan akan kembali sibuk dengan tugasan lalu yang ditinggalkan sementara. Mesti kami akan asyik merindui suasana dan kehidupan di sini. Tak sangka dulu masa mula2 datang, asyik membilang hari mahu pulang..tetapi sekarang jadi sayu pula. Walaubagaimana pun, tempat tumpah darah juga yang mesti dikenang. Banyak komitmen menanti di negara sendiri. Walau seronok dan bahagia menumpang di negara orang, namun hakikat realiti dalam hidup masih tidak sama.

Kawan2 bersilih ganti pulang ke Malaysia. Tidak kurang juga yang telah berjaya meraih kejayaan selama perjuangan 3-4 tahun. Ini hanya pengiktirafan dunia..menuntut ilmu sesungguhnya memang tiada penghujung, malah ia sentiasa berterusan sehingga hujung nyawa. Semoga ilmu yang ditimba sentiasa memberi manfaat kepada penuntutnya supaya ia turut diiktiraf dan diberkati oleh Pemiliknya yang sebenar. InsyaAllah..

Setinggi2 TAHNIAH diucapkan buat kawan2 yang telah berjaya pulang dengan PhD masing2;

Dr. Mohd. Afandi Saleh & Puan Ayu Mazlan,
Dr. Mohd Fauzi Husin & Dr. Nur Adlina Jamonek,
Dr. Muhammad Syahmi Karim & Dr. Shukriah Sheriff,
Dr. Mohd. Rahimie Karim & Puan Marlina Amat,
Dr. Tengku Adeline Adura Tengku Hamzah & En. Rohizi,
Dr. Maszlee Malik & Puan Hamidah Mat,
Dr. Teh Meng Guan & Puan Pei Phen,
Dr. Nor Aisah Katmon & Haji Halil.

Tahun ini rasanya paling bersejarah di mana majoriti akan menerima ijazah mereka pada konvokesyen musim panas nanti. Alhamdulillah...perjuangan anda telah selesai di sini..

Saturday, 26 March 2011

The Gift of a Friend

Semalam kami mengadakan satu majlis makan2 sempena meraikan sebuah keluarga yang akan pulang ke tanahair. Kiranya kami keluarga terakhir yang menjemput mereka makan2 dan mereka juga turun dari rumah kami untuk ke airport. SELAMAT JALAN & SELAMAT BERPISAH buat DR. TENGKU ADELINE ADURA TENGKU HAMZAH, abg ROHIZI dan 3 orang puteri mereka; Nik, Sofea & Nurin. Kami juga turut mengiringi mereka sekeluarga ke Newcastle International airport untuk mengucapkan salam perpisahan buat kali terakhir. Moga dapat berjumpa lagi di Denai Alam, insyaAllah. Mohon maaf atas segala salah dan silap sepanjang perkenalan. Selamat menyambung tugas sebagai pendidik bestari di universiti tertua Malaysia. Au Revoir!

Satu video lagi telah berjaya dihasilkan ditujukan khusus buat kawan2 Durham, yang dah pergi meninggalkan bumi Durham, mahupun yang masih lagi meneruskan perjuangan yang masih belum selesai. Tak dilupakan juga buat kawan2 yang pernah menjadi tetamu di teratak kami bernombor 10 ni. Maaf jika tak semua foto kalian diselitkan di dalamnya kerana ia terlalu banyak untuk diselongkar dan ditapis satu persatu. Naik berpinar juga mata ni masa buat penapisan. Moga akan jadi kenangan buat kita bersama. Enjoy the video.

Sunday, 6 February 2011

Bungkusan Misteri 7

Jumaat lalu saya menerima parcel daripada kawan blogger saya yang kini berada di London, pasangannya juga sedang melanjutkan pelajaran PhD [ Imperial College ].

TERIMA KASIH

buat Izu atas hadiah yang sungguh bermakna ni.


Inilah hadiahnya..hehheee...harus berjimat cermat ni..


Ada rezeki, boleh kita bersua di sini pula. InsyaAllah, kami pun tak tour London betul2 lagi ni..mana tahu nanti boleh aturkan pertemuan di sana..

Friday, 28 January 2011

Tetamu dari Malaysia

Baru2 ni, beberapa hari sebelum kedatangan kawan2 dr MISG, kami juga menerima tetamu dari Malaysia. Salah seorang daripadanya adalah rakan lama suami sy sewaktu di Idrisiah dulu. Yang sorang lagi ni, datang untuk melihat anak buahnya konvo di University of Durham. 3 hari 2 mlm juga mereka menginap di rumah kami.

Iffah tersipu2 malu tiap kali bertentang mata dengan pakcik tu yang mesra dengan panggilan 'atuk'. Atuk tu faham, Iffah rindukan atuk kat kampung. Apa lagi..si Iffah terus bertempek tepi atuk setelah di 'semawa' beberapa kali oleh atuk :P . Kasihan anak kami..kempunan kasih atuk rupanya.

Masa diorang pergi ke konvo, kami pula masa tu terpaksa ke Liverpool UK Border Agency untuk urusan visa [biometric]. Seharian jugalah kami tiada di rumah. Sampai Durham pun dah malam..kesian tetamu makan malam di rumah ustz Maszlee pula. Last2 sy masak 'nasi goreng sambal tumis' untuk hidangan supper malam tu. Heheh..sampai sekarang sambal tumis tu menjadi sebutan atuk.

Keesokannya, sebelum pulang ke Malaysia, mereka melancong ke Paris dulu. Hmm...bestnya jalan2 Europe ye. Kepuk2 sungguh poket atuk ni. Uncle Zaidi sudah tentulah, org kuat Majlis Belia Malaysia. Datang sini pun ada urusannya juga tu. Ok, senang2 bolehla datang lagi ke sini.

Iffah tersipu2 tepi atuk tengah supper..hehe..sori makan biskut kering je. Supper kan..

Masa nak hantar atuk dan uncle Zaidi balik.

Tetamu MISG UK-EIRE

2 minggu lalu kami dikunjungi oleh beberapa orang ahli MISG UK EIRE yang tak lain dan tak bukan adalah member2 kami juga, malah 2 keluarga merupakan rakan seuniversiti kami dulu. Mereka datang dari Glasgow [kak Asma Hakimah & abg Ipin], Dundee [kak Del & abg Mahiz], London [Razin & Misha], Newcastle [Fawwaz] dan Hull [abg Din].

Ameen seronok sebab dapat jumpa balik best friend nya, Muhammad. Iffah pula dapat kawan baru, Zulfa. Izzah jugala yang tiada geng..last2 geng dengan abg Muadz, adik Zulfa. Bila melihat keletah mereka bermain, sy jadi tersenyum sendirian. Mak ayah masing2 memang berkawan..sekarang giliran anak2 pula berkawan. Harap2 ukhuwwah yang terjalin berpanjangan selama2nya.

Malam tu, kami semua tidur lewat. Berbual2 mengingati kisah2 lampau sungguh menyeronokkan, sampai terlupa hari dah hampir pagi. Bukan mak ayah je yg ralit bersembang, anak2 pun sama..kami pun naik hairan, kenapalah mata mereka pun susah lelap. Agaknya perasaan mereka pun sama macam kami yg tua ni kot..teruja bertemu rakan lama. Macam2 cerita yang keluar..kisah dunia pun ada. Ditambah pula dengan teh tarik buatan sy dan hidangan kek pencuci mulut, hmmm..makin rancaklah kopitiam baytulkifli malam tu :) .

Keesokannya, sementara geng mak ayah berdiskusi ilmu, anak2 berada di rumah sy. Macam2 sy buat aktiviti utk mereka utk hilangkan bosan. Nak bermain di backyard, sejuk pula. Lepas melukis, tengok movie..pastu main2...pastu makan..hmm..itupun mereka masih belum puas main sama2. Petangnya, sebelum mereka berangkat pulang, anak2 ni pun masih lagi ralit bermain sama2 sampai tak endah langsung kami panggil untuk sesi bergambar. Dikoreknya juga lubang tepi pokok tepi cathedral tu, haishh..seram sy...haha.

Malam masih lagi cepat sekarang ni, walaupun tak seawal sebelum ni..hakikatnya masih di musim sejuk. Jadi, jam 4 dah masuk maghrib. Jadi, petang tu, beberapa jam sebelum malam tiba, kami bawa tetamu kami ni bersiar2 sekejap di area universiti dan Durham Cathedral. Dapatlah mereka bergambar sebentar di School of Laws. Mereka ni pun nak kena bertolak awal juga, bukannya dekat2 belaka. Semoga kita dapat bertemu lagi di lain masa.


Ameen dan besfren, Muhammad.

Iffah & Zulfa.

Izzah & Muadz main fifi the flowertot..hihih.

Bergambar beramai2 sebelum bersurai, di hadapan rumah Shifa.

Bersama kak Del dan Misha sekeluarga.

Haa..tengoklah apa yg mereka buat..gali2 lubang...tanam ranting kayu..langsung xpeduli kami tengah posing2.

Geng bapa..oooppps ada teruna sorang.

Bergambar kenangan sebelum mereka berangkat pulang ke destinasi masing2. Semoga bertemu lagi nanti [ Feb].

Saturday, 22 January 2011

Tetamu dari Edinburgh - UDM

Krismas yang lalu kami menerima tetamu daripada Edinburgh, iaitu kawan seuniversiti ayah dulu, Nazli & isteri Amalina serta anak2 mereka, Aqil, Nina, Damia & Amir. Mereka dah masuk kali kedua berkunjung ke rumah kami :) . Terima kasih sudi menziarah. Sebenarnya mereka sleepover sebelum meneruskan perjalanan ke Chesire Oak untuk berboxing keesokannya. Pada mulanya saya ingatkan nak ajak mereka berboxing di Dalton Park saja, heheh..rupa2nya mereka dah tempah bilik Travelodge kat sana.

Kanak2 ber4 tu memang tersangatlah seronoknya sebab berpeluang bertemu sekali lagi. Mereka sangat akrab walaupun baru kali ketiga berjumpa [kali pertama jumpa masa kami menziarah ke rumah mereka di Edinburgh awal2 kedatangan mereka di UK dulu]. Riuh rendah rumah dibuatnya dengan keletah masing2.

Kedatangan mereka kali ini ditambah dengan kehadiran seorang 'ahli baru' dalam keluarga mereka iaitu si kecil Amir [betul ke nama ni, sori Amal kalo silap]. Comel sungguh macam baby mat saleh dengan hidung mancungnya dan putih melepak. TAHNIAH diucapkan buat Nazli & Amal. Murah rezeki kalian.

Lain kali singgahlah lagi..manalah tahu nak ke South. Bolehla hilangkan penat sebentar. Ok, jom lihat gambar2 kenangan kami.

'Orang baru' tersenyum pula dia.

Damia, sebaya Izzah..tapi dia nampak matured sgt..

Aqil & Ameen, tengah asyik tengok games di PC.

Iffah & Nina, kamcing sungguh mereka berdua ni..ke mana saja berkepit.

Anak2 saya masa ni tengah demam..silap haribulan berjangkit pula karang dengan tetamu.
[memang jangkit pun..Aqil demam masa berboxing :P ]

Dua keluarga tanpa sang ayah..ayah kedua2nya sedang 'menangkap' gambar kami. Terlupa pula nak snap gambar ayah.


** Amal, kalau boxing ngan kami mesti dapat byk hasil hari tu..

Sunday, 3 October 2010

Open House di Hull

Hari ni pagi2 lagi kami dah bertolak menuju ke Hull, rumah abg Shafudin dan kak Zarimah untuk sama2 berkumpul sempena rumah terbuka MISG UK-EIRE tahun 2010. Kami baru je buat keputusan untuk turut serta program ini, alhamdulillah perjalanan pergi dan balik lancar sahaja. Lebih kurang dalam 2 jam 15 minit perjalanan, kami tiba di sana.

Malam tu saya dah siap menyediakan lauk kerutuk kambing dan chocolate cupcakes untuk dibawa ke Hull. Oleh kerana berasa tak puas hati dgn butter icing yg comot sekali presentationnya, saya buat pulak sebiji moist chocolate cake pagi tadi. Elok je masak dan keluar dr oven, terus saya tapaw bawa ke Hull juga.

Alhamdulillah, macam2 juadah ada disediakan. Dapat juga berkenalan dengan kawan baru, kak Zurul dr Sheffield, Shima dr Coventry, Ayuni dr Sheffield, kak Hakimah dr Hull, dan Nadirah dr Glasgow. Majlis seumpama ini mungkin yg terakhir buat kak Zarimah sekeluarga memandangkan beliau dan anak2 akan kembali ke tanahair tak lama lagi [10 hr je lg]. Begitu juga dengan ustaz Hasri dan Laily..lepas ni dah makin berkurang orang kuat/tulang belakang MISG di sini. :(

Majlis berakhir jam 5 ptg. Kami terus balik ke Durham..bersama 2 buah kereta lagi, walaupun akhirnya kereta kami dah terkedepan..boss takleh drive slow2..nanti dia ngantuk..tp walaupun tak slow, xdelah sampai melanggar speed limit. Akhirnya, pukul 7 lebih kami dah tiba di Bowburn. Terima kasih buat tuan rumah kerana bekalkan kami dengan homemade sos rojak kak Zarimah's specialty [sedap sgt] dan kuah kacang Laily. Nampaknya kena cari nenas la pasni..tak pun Granny Smith..sedap make ccolek..

Tiada bukti boleh disertakan dalam entry ni..sebab saya memang tak snap gambar pun, gmbr makanan pun takde.

Monday, 23 August 2010

Tetamu dari Jepun, Malaysia dan Cardiff.

Pada Julai yang lalu, kami menerima ramai tetamu. Semua gara2 Islamic Finance Summer School [IFSS] yang dianjurkan oleh SGIA, Universiti Durham. Tetamu dari negara matahari terbit adalah sahabat suami saya, Hakimi dari Universiti Kyoto. Beliau datang seorang sahaja, tidak menginap di rumah kami. Kami jemput beliau makan2 saja. Sebenarnya masa buat jamuan untuk Fauzi kami sekalikan dengan menjemput Hakimi..hehehe.

dari kiri: en Tahir, Fauzi, tuan rumah & Hakimi.


################

Sempena IFSS juga, kami menerima 3 orang tetamu dari Malaysia pula kali ini. Mereka bertiga adalah daripada Fakulti Ekonomi dan Muamalat, USIM, Nilai. Kami juga turut dicanang sebagai 'keluarga angkat' kepada mereka. Ada lebih kurang 25 orang yang datang semuanya, masing2 menginap di rumah keluarga angkat yang merupakan ahli durham_my. Lebih kurang 8 hari juga mereka berada di UK untuk program international visit khabarnya. Bertuahlah mereka, baru berada di tahun 2 pengajian sudah jejakkan kaki ke sini. Di harapkan mereka menggunakan peluang yang diberi semaksimanya, maklumlah yuran IFSS pun menjangkau GBP 500. Bukan senang nak sertai program ilmiyyah sebegini yang dihadiri oleh pelbagai alim ulama kewangan.. :P

dari kiri: Rafiq, en. Tahir, 'bapa yg diangkat' & Faris.

Ada 2 orang lagi tetamu kami iaitu Nuradli Ridhwanshah dan kawannya [xtahu namalaa] daripada Cardiff, Wales. Tiada foto dirakamkan, lupa.

Semoga dengan kunjungan mereka akan menambah keberkatan dan rahmat ke atas kami sekeluarga..amiin.

Sunday, 22 August 2010

Sayonara

Pada pertengahan Julai lalu, kami telah mengadakan satu majlis perpisahan buat sahabat kami yang bertugas di Universiti Malaya, yang akan pulang ke Malaysia setelah selesai tugasan PhD beliau. Mohd Fauzi & Adlina sekeluarga berangkat pulang 2 hari selepas majlis yang kami buat ni.

Bergambar bersama dengan keluarga Fauzi.

******************

Dalam bulan Julai juga kami menyaksikan 2 buah lagi keluarga yang pulang ke tanahair iaitu, Ruzniza sekeluarga dan abg Rahimi sekeluarga. Masing2 merupakan pelajar PhD di University of Durham. Jadi, satu majlis perpisahan juga diadakan buat mereka. Kami tak sempat pun nak bantu keluarga abg Rahimi angkat barang ke kontena kerana kami berada di luar daerah selama 11 hari. Maklumlah nak kejar holiday sebelum Ramadan menjelma..

Ibu2..ruz, kak mar & tuan rumah.

Anak2.. izzah, syira, iffah, qistina, ameen & arif.

Ayah2 bersama anak2..meriah sungguh.

Buat Fauzi & Adlina, abg Rahimi & kak Marlina, Najib & Ruzniza;
Selamat kembali ke tanahair semua. Semoga perkenalan selama berada di UK akan sentiasa berkekalan selamanya. Manalah tahu boleh aturkan reunion pula nanti.

Thursday, 22 July 2010

Raja Sehari

3 Julai lalu kami menghadiri jemputan walimatul urus seorang sahabat MISG UK-EIRE, anak teruna kepada ustaz Daud di Leeds. Alhamdulillah dah sampai jodoh Qurratu A'yun dengan isterinya..yang namanya saya cuma tahu, Aini..nama penuh tak tahu. Nama mereka berdua pun dah lebih kurang saja maknanya. Mudah2an jodoh mereka berkekalan..berpanjangan kasih sayang sehingga ke syurga, insyaAllah.

Seronok dapat datang kenduri kahwin yang diadakan di UK. Ini kali keduala kami hadir ke majlis kahwin di sini. Kali ini sungguh meriah, tak ubah macam di Malaysia. Yg membezakannya cuma bilangan tetamu je. Yang lain, semua ada..udang panjat pun ada tau..he3..teringat udang panjat masa kenduri kahwin saya...banyak kenangan tu...kan2?




Kami makan nasi minyak macam kenduri di Malaysia..sedap. Dengar2, komuniti Malaysia-Leeds bergotong-royong memasak juadah dari menu utama, pencuci mulut dan hidangan pengantin. Saya ada ambil gambar makanan2 tu semua tapi entah kenapa susah pula nak upload dlm blog ni..slow pulak time orang tengah rajin nih.. jadi, sebelum mood saya lari, maka ada baiknya saya terus bercerita.

Ini gambar bersama kedua mempelai raja sehari..sejurus sebelum kami melangkah pulang ke Durham..

TAHNIAH A'YUN!!!!

Sunday, 23 May 2010

Ziarah Qistina

dari kiri: Aida [ibu Qistina], saya, Ameen, iffah dan berbaju pink, Qistina.

Semalam kami ke Newcastle Upon Tyne Hospital [NUTH] untuk menziarah anak Rohaida & Rizal, Qistina Ayuni. Nak dijadikan cerita kami tersilap hospital la pulak. Nasib baik jarak antara dua buah hospital ni tak jauh mana. Mula2nya tu kami ke Freeman Hospital..heheh, wad 24 kat situ untuk CCU patients. Mustahil la jawapannya..

Tak ingat pulak kat situ ada 2 hospital besar. Selepas menghubungi Aida, barulah kami menyusur ke wad 24 yang sebenar iaitu di NUTH, dekat dengan kedai Haji Brighton Store tempat kami selalu membeli barang2 mentah halal.

Masa kami tiba tu hanya ada Aida dan Qistina saja..yang masing2 tengah syok menyelesaikan Bratz jigsaw puzzle. Menurut Aida, Qistina semakin pulih dan ternyata pendarahan cuma minor dan langsung tak kena area otak. Alhamdulillah..syukur. Qistina pun dah mula makan dan tak muntah lagi.

Dan, hari ini Qistina dah pun dibenarkan keluar untuk berehat di rumah. Syukurlah tiada apa2 yang mudarat. Diharapkan moga Qistina cepat sembuh dan berehat secukupnya.

Muttertag from Germany

Buat pertama kali narrator blog mendapat muttertag daripada seorang rakan blogger chya schatz yang berada di German. Saya minta maaf sangat2 sebab terlewat tampal tag ni di sini..hehehe...ini sempena HARI IBU ni..[dalam bahasa Jemen ke ni..]. Beliau bersama baby nya, Liya Raihany yang kiut. Jika ada sesiapa yang berminat untuk berurusan jual-beli pam susu Medela dan segala macam perkakas ibu-anak, silalah hubungi Pn. Liza melalui link saya di atas..[cewah, promote lebih ni agak2 ada komisyen tak chya..? hehehe].

TERIMA KASIH....

Friday, 21 May 2010

Jatuh

Malam tadi, sebelum masuk tidur, saya dan hubby dikejutkan dengan email daripada rakan yahoogroup durhammy memaklumkan berita kemalangan yang menimpa anak rakan Malaysia kami di sini. Sudah tentu kami terkejut dan sangat sedih dengan berita itu kerana anak2 saya memang ketiga2nya seusia dengan ketiga2 anak rakan kami ini. Malah, tarikh ulangtahun perkahwinan kami pun sama. Terus saya mengirim sms kepada mereka berdua agar bersabar atas ujian Allah SWT ini.

Qistina Ayuni, atau nama timangannya Qistina, seusia Iffah..kini terlantar di Wad 24, di Hospital Newcastle kerana mengalami pendarahan otak akibat terjatuh ketika bermain di Common Room di kawasan rumahnya. Pagi tadi, saya menghubungi ibunya untuk bertanyakan keadaan anak beliau. Menurutnya, Qistina masih dipantau oleh doktor yang merawatnya dan pendarahan yang berlaku hanya sedikit dan belum merebak. Saya rasa sebak tiba2 sebaik sahaja mendengar cerita sebenar yang berlaku daripada beliau. Alhamdulillah,Qistina masih sedar..dan kami sangat berharap moga Qistina kuat semangat melawan kesakitan yang ditanggungnya, sakit yang kita sendiri pun tidak tahu bagaimana rasanya..kasihan anak kecil ni.

Apa yang kita boleh lakukan sekarang adalah memberi sokongan yang kuat kepada kedua ibu dan ayah Qistina; Rohaida & Rizal, juga mendoakan semoga anak mereka ini cepat sembuh dan kembali ceria dan cerdas seperti sediakala, amiin. Moga Aida dan Rizal redha dengan ujian-Nya dan banyak2 beristighfar, insyaAllah...Sesungguhnya Allah SWT amat menyukai hamba yang meminta2 kepada-Nya. Ingat, doa daripada kalian berdua sebagai ibu dan ayah Qistina sangat diterima...

Cepat baik Qistina!!


** Ameen & Iffah terkedu bila diberitahu Qistina sedang sakit..[apalah yang ada dalam fikiran kecil mereka...].


Wednesday, 14 April 2010

Takziah

Saya dapat berita ni daripada sahabat blogger, MUMY. Sungguh menyayat hati dan tak sedar air mata bercucuran semasa membaca entry luahan perasaan ibu ini. Betapa hebat ujian Allah buat seorang ibu yang mengandung dan melahirkan...juga buat seorang ayah yang bertambah bahagia dengan zuriat keduanya, namun akhirnya terpaksa juga melepaskan anak tersayang pergi selama2nya. Mudah2an mereka bersabar dan redha akan pemergian arwah ke rahmatullah..

Anda boleh baca kisahnya di sini.

ALFATIHAH buat adik Dzafri Hisyam bin Khairulanwar [sebaya Izzah].

Saturday, 9 January 2010

Tetamu dari Edinburgh

Minggu lepas kami menerima tetamu dari Edinburgh untuk sarapan pagi. Faten ni kenalan blogger saya. Belum pernah bersua muka sebelum ni. Sementelah beliau berkunjung ke rumah kawan sekolahnya, Hanira yang kebetulan tinggal tak berapa jauh dari rumah saya, maka saya pun ambil kesempatan jemput dia sekeluarga datang ke rumah untuk breakfast.

Masa gambar ni diambil, mereka dah nak balik pun. Dah selesai breakfast. Sepatutnya dalam foto ni ada Hanira, tapi masa ni dia dah balik rumah sebab kesihatan tak mengizinkan. Tak sempat makan apa2pun kat rumah saya pagi tu.

Menu makan pagi, nasi lemak. Ini saja yang dapat saya sediakan untuk sarapan. Nak masak sambal sotong, takde sotong pulak..hehe. Sambal tumisnya pula pedas pasal guna cili kering pakistan..huu..pedas weh. Sian tetamu saya..pedas ko?

Sardine roll. Lama dah saya tak buat ni. 1st time buat sejak datang UK rasanya. Kat Malaysia dulu biasa buat..terutama time bulan Ramadan. Maklumlah, saya bukannya jenis yang beli kuih muih di bazaar. Sebab, selalu terkena kuih basi..masam..dsb.

Biskut mazola & kek.

Kek Carrot. Buat lagi, tapi rasa dia agak pelik sikit berbanding yg 1st dulu. Huehuehue..

Saya dan Fa10, bergambar sebelum mereka keluar jalan2 ke bandar Durham. Kecil molek orangnya. Ok fa10, silalah berkunjung lagi ke rumah kami ni. Kan ke tak sempat nak explore Beamish Museum hari tu.

Friday, 25 December 2009

Tetamu dari London & Nottingham

Cerita ni dah lama tapi baru nak terbit kat sini. Tak silap saya saya menerima tetamu ni pada hari Ahad kot. Mereka datang daripada London dan Nottingham. Untuk lebih jelas, mereka adalah kawan hubby yang sama2 bertugas di USIM.

Saya menyediakan makanan berat untuk mereka memandangkan mereka sampai lewat petang dan hampir ke malam. Lagipun bermusafir ni memanglah terasa lapar luar biasa sikit kan. Hari tu tetamu saya dihidangi nasi putih berlaukkan kambing masak kurma, ikan masak merah dan sayur campur. Tak lupa juga kuih karipap pusing. Seronok dapat lihat mereka makan dengan begitu berselera sekali.


Su dan aunty..alamak saya dah lupala namanya. Beliau adalah mak kepada sorang student kat Nott's, datang menemani anaknya, dah hampir setengah tahun beliau di UK ni. Tak lama lagi nak baliklah. Seronok dapat bersembang dengan aunty & Su.

Masa ni mereka dah nak berlalu..untuk meneruskan perjalanan ke Scotland pula. Nak round satu Scotland diorang ni.

Dr kiri: Aunty, Iffah, Saya, Izzah, Su [wife kpd Marwan],
Berdiri dr kiri: Marwan [kawan hubby di USIM], Ahmad Anis [kawan hubby di USIM] & Ameen.

Terima kasih singgah ke teratak buruk kami ni. Mohon maaf jika layanan kami tidak memuaskan..maklumlah Anis pun asyik kena kacau ngan Ameen je..ehehe. Lain kali jika ke North lagi, jangan segan2 nak hello kat kami, boleh makan2 dan berehat sebelum meneruskan perjalanan.
Jumpa lagi!!

Sunday, 29 November 2009

A Tribute to Kak WKB

Abg Zulkifly Yusof & Kak Wan Kamariah Baba

Hari ni seluruh warga Durham_my menyaksikan penghijrahan seorang rakan Malaysia yg juga merupakan 'otai' di Durham. Setelah 5 tahun menetap di Durham akhirnya Abg Zul, Kak Wan, Iman, Ihsan, Farah & Fateehah berpindah ke Sheffield petang tadi...gara2 Kak Wan bekerja di Sheffield Univ. Alhamdulillah...

Pagi tadi, seawal jam 9 pagi kaum lelaki tiba di lokasi kejadian untuk gotong-royong memunggah barang2 mereka ke van. Manakala kaum wanita pula bawa pot luck masing2 sebagai juadah untuk dinikmati bersama. Kasihan pada tuan rumah pot luck..dalam keadaan sarat, beliau tak duduk diam ke hulu ke hilir nak make sure semuanya ok. Takpe Ina, malam ni rehat..terima kasih jadi host tadi.

Saya pula tak tunggu sampai kak Wan berlepas. Sementelah saya & bb masih tak sihat..terbatuk2, risau juga jika kami ni jadi penyebar virus pula..he3. Sy tak tahu jam berapa tayar kereta mereka bergolek ke sana, sepatutnya pukul 12. Saya harap mereka dah selamat tiba sekarang ni..pheww..mesti kepenatan. Tak mengapa kak Wan, yg penting skrg ni keluarga akak dah bersama semula...seperti dulu.

Terima kasih atas pertolongan yg pernah kak Wan hulur kpd kami sekeluarga sebelum ini terutama sekali masa kami mula2 dtg ke UK dulu. Kami selalu bertamu di rumahnya psl nak guna internet, maklumlah masa tu kami dtg time Christmas..org putih cuti..so line telefon dan internet lambat betul dapat. Bila nak Voip [skrg dah guna Skype] dengan keluarga di Malaysia je, kami pegila rumah tu..dan hubby selalu cakap, kalau dtg rmh kak Wan, walaupun sekejap, mesti dihidangkan dgn makanan & minuman.

Terima kasih juga buat Abg Zul krn entertain kami, menjemput kami di Newcastle International Airport [ustz pun sama..] masa mula2 jejak kaki ke bumi UK. Malah sebelum kami datang lagi abg Zul dah susah2 uruskan rumah sewa Justin Timberlake untuk kami..[#13, Clarence St]. Terima kasih yg tak terhingga atas semua pertolongan kalian berdua..dan hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalas semuanya dengan sebaik2 ganjaran.

Didoakan semoga kak WKB sekeluarga berbahagia sentiasa..dan, insyaAllah jika kami turun ke south..kami akan singgah menziarah..mungkin bermalam...hahaaa. Lepas ni mesti rinduu kak Wan & those kids..


Selamat menjadi warga Sheffield pula..jangan lupa kami di sini..jika nak ke north..singgah2la ke rumah kami & kawan2 di sini..


**..lepas ni siapa pula yang akan replace abg Zul jadi moderator Durham_my.....

Wednesday, 30 September 2009

Resume Blogging

Assalamualaikum..
Huh, dah lama betul sy tak update cerita kami di UK dalam baytulkifli ni. Sy agak sibuk sejak sebelum raya lagi. Kami menerima tetamu dr Dubai iaitu kawan ayah masa ayah tumpang rumah beliau time buat internship dulu, Mr Syamsulfaiz [Along]. Turut serta, isterinya, Mrs Zuraidah [Ida], anaknya Adrin & juga adik along, Mr Syahrul Anwar [Ooi].

Mereka ni tiba di rmh kami 2 hari sebelum raya. Sampai2 je tghri tu, lps solat Jumaat ayah bawa diorg ni ronda Dalton Park factory outlet. Keesokannya pula [last day puasa], ayah bawa diorg round Edinburgh. Kami xikut. Sy nak masak utk berbuka. kalo sy pun ikut, alamatnye terjelepekla sy nak masuk dapo.

Nampaknya setiap kali sambut raya di UK, kami ada tetamu di rumah. Kecuali 1st raya hajilaa..psl kami br je 9 hr sampai di Durham masa tu. 1st raya puasa, ada adik sy, Hanif. 2nd raya haji, ada abg n kakak Zul, Angah. Dan kali ni, 2nd raya puasa, ada kawan kami pula. Pastu sehari slps raya kami dah chow ke mana2....

Kali ni kami menjelajah bandar London dan Paris. Nanti sy akan cerita kemudian. Cerita Liverpool hr tu pun blm hbs daaa..


Thursday, 30 July 2009

Tetamu drpd Leicester

Isnin 20 Julai lalu kami menerima kujungan drpd kak Abidah sekeluarga. Mrk dr Leicester..kak Abid ni officemate ayah..sbnrnye mrk ni dh jln2 ke utara..dan tibe2 je muncul di Durham..dah byk tempat yg mrk explore ni..hmm jom lyn foto..

Pleasant viewing!

Menu nasi lemak je..sempoinyela sian tetamu sy..harap2 kenyanglah perut.

Dessert;
puding cocktail..buah2an..
Bergambar dgn tetamu dulu sblm membawa mrk jln2 ke Durham City.


Pemandangan Durham Cathedral dr arah belakang..keta xdpt nak park kat area Cathedral tu..penuh lak hr tu..mgkin sbb ramai pelawat yg dtg kot. Try masuk private area ni..park jap..pastu tgk2 diorg dah bgtau xleh parking area situ..utk org tertentu saja..kui3. Maka terpaksalah si bapa2 ni bwk keta gi parking tmpt lain. Jenuhlah juga diorg cari parking tu. Last2 dpt kat the Gates. Nervous juga sy dibuatnya sbb abg minta sy yg jd usher. Nyarislah masih ingat jln nye.

Iffah suka sgt dtg main2 kat sini.


Akhirnya, berjaya juga memberi pose menarik buat mak ayah masing2..pheww!

Kat laman inilah diguna utk scene dlm filem Harry Potter.


Diorg ni takdenye dok diam2..adaa saja..ke hulu ke hilir..pastu gelak..nasib baik juga tak terlepas ke tengah laman nun.

Dan juga..yg ini..




Durham Cathedral.

Memberi pose istimewa..

6 sekawan..plus si kecil yg buat hal sendiri..sejuuuk..belakang kanak2 ni adalah kawasan tanah perkuburan para paderi. Kuuuus semangat!

Hari yg windy..sian budak2 ni kesejukan. Lihatlah masing2 ketawa menahan sejuk. Haa..yg berpetak kat blk tu laa kubur priests tuu.

Me n kak Abid



Beramai2 bergambar di atas rumput..kami nampak sign board srh 'keep off the grass'..tp kami pijak je. Wat xtauuu jer.

Pintu masuk ke Durham Castle.

Ibu lupa sgt2 nak pakaikan stokin @ kasut kat Izzah ni. Dah la hr tu sejuk amat..ditambah pula dengan anginnya yg makin membuatkan kesejukan mencecah ke tulang hitam..[ada ke tulang warna hitam eh dlm bdn ni..]
Apapun, bb tetap hepi..walau sesekali merengek manja2.

Kat sini dah jadi asrama pelajar Uni. of Durham..bayangkan mereka tinggal dlm castle..huhuuu..mesti kerrras punyelah kan?



Berempat..

Happy family..


Kami pilih utk posing duduk pulak kali ni. Kat sini org xdela pandang2 kalo kite amik gmbr baring2..cube wat kat Malaysia..huh, mesti ada org tgk xlepas2..

.Kanak2 yg sentiasa riang ria pd hr tu. Pastu kami jln kaki blh thn gak jauhnya menuju ke tempat parkir kereta [parking dlm shopping complex]. Kami berpisah di situ..sebelum mereka berangkat menuju ke selatan. Lain kali boleh dtg lagi ke Durham..