Malam tadi, sebelum masuk tidur, saya dan hubby dikejutkan dengan email daripada rakan yahoogroup durhammy memaklumkan berita kemalangan yang menimpa anak rakan Malaysia kami di sini. Sudah tentu kami terkejut dan sangat sedih dengan berita itu kerana anak2 saya memang ketiga2nya seusia dengan ketiga2 anak rakan kami ini. Malah, tarikh ulangtahun perkahwinan kami pun sama. Terus saya mengirim sms kepada mereka berdua agar bersabar atas ujian Allah SWT ini.
Qistina Ayuni, atau nama timangannya Qistina, seusia Iffah..kini terlantar di Wad 24, di Hospital Newcastle kerana mengalami pendarahan otak akibat terjatuh ketika bermain di Common Room di kawasan rumahnya. Pagi tadi, saya menghubungi ibunya untuk bertanyakan keadaan anak beliau. Menurutnya, Qistina masih dipantau oleh doktor yang merawatnya dan pendarahan yang berlaku hanya sedikit dan belum merebak. Saya rasa sebak tiba2 sebaik sahaja mendengar cerita sebenar yang berlaku daripada beliau. Alhamdulillah,Qistina masih sedar..dan kami sangat berharap moga Qistina kuat semangat melawan kesakitan yang ditanggungnya, sakit yang kita sendiri pun tidak tahu bagaimana rasanya..kasihan anak kecil ni.
Apa yang kita boleh lakukan sekarang adalah memberi sokongan yang kuat kepada kedua ibu dan ayah Qistina; Rohaida & Rizal, juga mendoakan semoga anak mereka ini cepat sembuh dan kembali ceria dan cerdas seperti sediakala, amiin. Moga Aida dan Rizal redha dengan ujian-Nya dan banyak2 beristighfar, insyaAllah...Sesungguhnya Allah SWT amat menyukai hamba yang meminta2 kepada-Nya. Ingat, doa daripada kalian berdua sebagai ibu dan ayah Qistina sangat diterima...
Cepat baik Qistina!!
** Ameen & Iffah terkedu bila diberitahu Qistina sedang sakit..[apalah yang ada dalam fikiran kecil mereka...].
6 comments:
Innalillah.
Semoga Qistina cpt sembuh.
terima kasih zulaika atas doa itu..
didoakan semoga cepat sembuhnya. kesian sungguh. moga ibubapanya tabah.
Masya allah... kesiannya. Dugaan Allah di mana-mana sahaja.
Saya rasa ada jumpa dgn Rohaida ni masa gi Durham hari tu, ingat2 lupo doh
inalillah..... syafakillah qistina ayuni....;(
cikguzue,
td pegi melawat qistina ni..alhamdulillah doktor cakap pendarahan tu minor je dan tak merebak, jd..possibility nak baik dlm masa terdekat tu sgt cerah..
fa10,
ooh prnh jjupo dio ko..itulah, benda nak jadi, kesian jgk ko dio..kuat dia tu..
iu,
amiin..dia dah semakin baik..dah boleh makan..
Post a Comment