Thursday, 6 May 2010

Keukenhof, Holland.

Keukenhof ialah tempat pertama yang kami tuju setelah check-out dari Princess of Norway cruise. Kereta kami di antara kenderaan yang awal sekali keluar selepas kenderaan berat, jadi tanpa melengahkan masa, kami terus mencari arah ke Lisse. Nak dijadikan cerita, bateri kamera tak dapat caj semasa dalam cruise sebab terlupa ambil chargernya dari bonnet kereta. Bateri dah tinggal 2 bar, maknanya beberapa keping gambar saja sempat ni. Akhirnya kami caj juga bateri tu masa singgah sarapan pagi di Guiden Wok. Alhamdulillah...sejam pun dah cukup untuk aktifkan kamera. Penting ni..datang punyalah jauh, tengok2 bila dah sampai, tak dapat tangkap gambar pulak..

Alhamdulillah, berpandukan satnav kami berjaya tiba di taman bunga yang di sebut2 tatkala tibanya musim bunga, Keukenhof. Perjalanan dari Felison Terminal mengambil masa tak sampai sejam pun. Tapi waktu kami sampai, dah banyak kenderaan [pengunjung] lain yang ada di situ. Bayaran masuk ke Keukenhof ni dikenakan sebanyak 14 euro untuk dewasa, 7 euro untuk kanak2 lebih umur 4 tahun dan percuma bagi yang bawah usia 4 tahun. Hari tu saja dah 42 euro hangus..he3.

Sedikit info tentang tempat ini,

Keukenhof ("Kitchen garden", Dutch pronunciation: [ˈkøːkənˌhɔf]), also known as the Garden of Europe, is situated near Lisse, Netherlands, and is the world's largest flower garden. According to the official website for the Keukenhof Park, approximately 7,000,000 (seven million) flower bulbs are planted annually in the park, which covers an area of 32 hectares.[1] Keukenhof is located in South Holland in the small town of Lisse, south of Haarlem and southwest of Amsterdam. It is accessible by bus from the train stations of Haarlem, Leiden and Schiphol. It is located in an area called the "Dune and Bulb Region" (Duin- en Bollenstreek). The garden was established in 1949 by the then-mayor of Lisse. The idea was to present a flower exhibit where growers from all over the Netherlands and Europe could show off their hybrids – and help the Netherlands export industry (it is the world's largest exporter of flowers). Keukenhof has been the world's largest flower garden for over fifty years. Keukenhof is open annually from the last week in March to mid-May. The best time to view the tulips is around mid-April, depending on the weather. In 2010 Keukenhof will be open from March 18 to May 16.

Nampaknya tempat ni tak selalu dibuka kepada pengunjung, hanya waktu tertentu saja seperti musim bunga sekarang ni. Jadi, mereka yang bercadang nak ke sini hendaklah membuat perancangan awal supaya kosnya tidak terlalu membebankan.

Pemandangan di sekitar taman sungguh memukau mata. Bermacam2 spesies bunga tulip ditanam di sini, berbagai2 warna..tak kurang juga dengan spesies bunga yang lain..lavender, sakura, cherry blossom dan banyak lagi yang saya sendiri dah lupa namanya.

Taman ni sangat luas, pendek kata kena sediakan bekalan makanan lebih2 lagi jika bawa kanak2 ni. Ameen dan Iffah pun merengek kepenatan dan ke'boring'an sebab asyik lihat bunga je..pastu tangkap gambar..haha. Dah namanya datang taman bunga..Lama juga kami di sini walaupun tak semua area yang kami jelajahi dek keadaan anak2 yang kepenatan. Hampir 3 jam jugalah melilau2 lihat tulip tu. Hmm...nampaknya tak jadilah kami ke Kinderdjick sebab kat sini kami dah jumpa windmill besar, siap klik2 dah.

Jam 2:30 petang kami bertolak ke hotel penginapan yang letaknya juga tak berapa jauh dari taman bunga ni [area yg sama]. NH Conference Hotel, Leeuwenhorst tak berapa jauh dari pekan Lisse. Semasa dalam perjalanan ke hotel, kami disajikan dengan pemandangan ladang tulip yang terbentang luas, cantik sungguh, Subhanallah. Jalan menuju ke hotel tersangatlah sempit, sekadar muat2 untuk dua laluan [two-ways]. Di tambah pula dengan right-handed, maka agak kekok juga walaupun saya bukan pemandu. Saya akan cerita tentang ini kemudian, ada beberapa gambar yang ingin dikongsi..semoga terhibur.

di depan pintu masuk ke Keukenhof garden.





Ameen dalam terompah gergasi..salah satu alat tarikan di Holland.

Iffah minta belikan terompah ni sepasang, nak pakai kat rumah..ekeke.


kami berlima..



muka Izzah yang masam je..mungkin boring asyik lihat bunga je tapi tak boleh ambil..
























inilah windmill yang saya sebut tadi..yang membatalkan niat kami untuk ke Kinderdjick..


bergambar dengan anjing gergasi..









bergambar di ladang tulip merah semasa on the way ke hotel, kami singgah sebentar di tepi jalan..

7 comments:

nar said...

Salam...

Wah Nani, bestnya. Kak Iza pun peminat bunga tulip. Nak ke Keukenhof tah bila nak sampai....anyway dpt bergambar dgn tulip di Lampeter pun dah terubat hati...he.he..he..

hnyhar said...

salam kak iza,
apa kbr? sempat lagi tahun depan..ke dah nak blk dah thn depan? blm lg kan..masih sempat.

:cahya schatz: said...

salam...mai amek banner muttertag yer...

fa10 said...

saya duk koya nak posing ngan clog gergasi tu la.... comel sungguh

NUR said...

Salam kak nani....

Wah! lagi banyak bunga la masa kak pergi tu..Anyway,Alhamdulillah,dapat juga ke sana.

Mrs. Ishamizu said...

Tk jemu tgk gmbr2 KNani sekeluarga kt Keukenhoff ni...klu jd hubby wat PhD ke sana lg pst tk nk lps kn peluang ke keukenhoff..hehe.

til then, tq for ur info...:)

hnyhar said...

cahya,
salam, ok, nanti datang..tenkiu!

fa10,
tu napok comel doh tu amik gmbr nga tulip...clogs tu xde apa...sy pung xamik gmbr ngan clogs tu..ngee

nur,
alhamdulillah...dapatlah merasa tulip lihat tulip berladang2...hmm mmg byk tulip yg kembang..yg over kembang pun byk..

izu,
ada blog masakan ke skrg..heheh chaiyyok!!insyaAllah, kalao ada rezeki ke UK, mesti pergi ke sana ye..