Ahad lalu kami berkelana ke Holland dengan menaiki cruise 'Princess of Norway'. 3 hari jugalah mengembara. Kali ini pengalaman baru sebab naik cruise dan bawa kereta sekali. Kiranya sepanjang berada di Holland kami menaiki kenderaan sendiri. Ayah book tiket online DFDS Seaways dah lama..sebab tu dapat harga yang berpatutan walaupun membawa kenderaan. Jika tidak, mahunya cecah dekat 500++ pounds.
Masa check-in kami terus diberi kunci bilik. Jadi, selesai saja parking kereta di Deck 4, kami terus menuju ke bilik penginapan kami yang serba sederhana itu. Cukuplah untuk bermalam semalaman..katil pun ada 4 apa..
Kami tak terus lepak dalam bilik. Kami naik ke tingkat atas untuk lihat pemandangan kat luar dan dalam cruise.
Bot ini pun boleh tahan besarnya, boleh mengisi sejumlah 147 orang..alhamdulillah perjalanan ke Amsterdam sangat baik malah kami tak pening dan mabuk laut pun.
Dah habis bergambar dan ronda2 di sekitar kapal, kami bawa anak2 bermain di Kidz Club yang terletak di tingkat 7. Takdela banyak pun mainan yang ada kat situ, tapi ok la daripada takde langsung. Sekurang2 nya anak2 kami tidaklah 'boring' sangat..penat main bola dapat tengok tv..pastu mewarna.
Bila dah hampir malam, kami masuk ke bilik untuk berehat. Malam tu kami makan nasi yang saya bekalkan dari rumah. Berselera semuanya menikmati nasi berlaukkan daging masak kicap, ayam goreng rempah dan sambal tumis ikan bilis.
Saya juga dah siap sedia bawa hard disk dan laptop, malam tu saya dan anak2 menonton macam2 movie sampailah mata mengantuk. Ayah memang dah lama zzzzzz...simpan tenaga untuk keesokan harinya. Malam tu kami tidur nyenyak walaupun sekali sekala saya terjaga juga bila Izzah minta 'mama'.
Kami tiba tepat jam 9:30 pagi waktu Amsterdam, iaitu jam 8:30 pagi waktu UK. Pagi itu kami hanya makan epal, biskut dan karipap untuk alas perut. Perjalanan bermula dengan menuju ke destinasi yang saya tunggu2 iaitu, Keukenhof.
7 comments:
masih teringat2 lagi perjalanan di atas TITANIC itu... hikhikhik
he3..at least merasa juga kita naik titanic, ye x?
bestnyer nani....
Wow!!! Experience of a lifetime...seronoknya naik Erupean cruise ship..teringin saya....
gee,
hmm 1st experience naik benda alah ni..not bad cuma masa on our way back to uk, pergerakan kapal tu buatkn kami pening..
nuwal,
hmm...best jgk naik cruise ni..lama btl..siap kena tidur dulu semalaman br sampai holland..
Salam kak nani..
Pengalaman yang menarik untuk dijadikan kenangan bila pulang ke Malaysia.
nur,
salam...
mmg pun..terlalu byk pengalaman yg bermakna..
Post a Comment