Hari terakhir berada di bumi Andalus diperuntukkan dengan acara ronda2 sekitar Malaga. Dari malam lagi saya dah siap mengemas pakaian supaya tidaklah tertinggal apa2 besoknya. Manalah tahu, terlewat bangun ke. Alhamdulillah, saya dan seorang lagi rakan Malaysia [kak Ayu] berjaya menyediakan sarapan dan juga bekal makanan sepanjang hari itu. Di sini, hotelnya serba lengkap dengan peralatan memasak. Pendek kata, cukup makanla belaka, malah mewah pula tu terutama bab2 makan seafood. Seafood tersangatla murah berbanding UK. Selesai saja bersarapan pagi, kami semua bergotong-royong mengemas dan membersihkan hotel untuk kali terakhir sebelum check-out. Bila dah settled baru kami keluar.
Inilah tukang2 masak terhandal sepanjang percutian ke Andalus, Spain. Semua menu yang disajikan pasti licin dan tidak ada yang membazir. Kan Kak Ayu...nasi hangit pun sodaaaaap...
Ini pula ketua rombongan..heheh.
Masa ni nak tutup pintu nak beredar dah ni. Orang terakhir yang kena keluar selepas memeriksa keadaan dalam hotel.
Masa ni nak tutup pintu nak beredar dah ni. Orang terakhir yang kena keluar selepas memeriksa keadaan dalam hotel.
Anak2 pula sibuk membawa bagasi masing2, bersedia untuk bergerak meninggalkan hotel yang meninggalkan banyak kenangan manis selama berada di Andalus. Saya pula ingatkan dah habis cek sana sini dalam hotel, rupa2nya nak juga tertinggal international charger dalam bilik tidur. Isk2..
Nama apartment hotel tempat kami menginap selama 4 malam. Sebelum keluar kami dikehendaki meninggalkan kunci rumah dulu. Nanti tak pasal2 terbawa balik ke UK pula.
Setelah selesai urusan hotel, maka dengan perasaan leganya kami meneruskan perjalanan untuk meronda kawasan Malaga pula...destinasi pertama yang dikunjungi ialah pantai ini.
Kami turun bergambar2 saja..dah selesai bergambar, naik kereta semula, teruskan lagi perjalanan.

Destinasi keduanya adalah di sini. Saya terlupa pula nama pantai ini. Maklumlah dah lama kan. Kami cadang nak luangkan masa di sekitar Malaga sebelum ke airport pada sebelah petangnya. Cuaca cantik dan hangat..23 C. Tak perlu kenakan jaket pun takpe. Pantainya cantik sangat tapi tiada pula kelihatan insan yang mandi-manda.
Bangunan merah bata ini sekali tengok tak ubah seperti sebuah masjid indah. Namun hakikatnya, tidak. Ini bangunan tempat pameran kesenian. Lokasinya betul2 di tepi pantai. Tapi itulah, masa kami datang, tempat ini dikunci dan ditutup. Tak boleh masuk dan jenguk apa yang ada di dalam. Jadi, kami hanya mengambil angin pantai di luar bangunan ini saja.
Oleh kerana dah tengahari, kami pun buka bekal kat sini. Berselera benar kami semua makan..agaknya sebab 'nasi' yang sedap tu kot. Bekal habis licin semuanya tanpa berbaki. Alhamdulillah. Usai makan tengahari, semua bersolat jama' qasar Zuhur dan Asar di tepi kaki lima bangunan merah ni

Deretan small fountain ni sungguh menarik. Alangkah nyamannya jika dalam cuaca panas begitu duduk berendam di dalamnya kan? Tetapi, ada sejarah di sebalik small fountain ni. Hahaha...kami pun tak pasti bagaimana kejadian itu berlaku..tengok2 dah 'termasuk' dalam tu...hehe.
Di hadapan tugu Ibn al-Baytar, pakar Botani dan Farmakologi Islam yang dilahirkan di Benalmadena dalam tahun 1197 dan beliau meninggal di Damascus pada tahun 1248.
Kami teruskan langkah kaki ke area berhampiran. Bukannya tahu pun nak ke mana..ikut kaki melangkah je. Ditambah pula dengan cuaca yang panas, kanak2 asyik merengek saja. Apa lagi, sorang satulaa dapat aiskrim. Cuaca panas begini mengingatkan kami pada suasana di Malaysia. {tapi tak juga saya tanggalkan jaket tu..susah nak pegang, pakai je..memang xtahan panas..}.
Tak sangka pula kami..jumpa tasik cantik ni..apa lagi, berjalan2lah sambil merakam beberapa keping gambar untuk kenangan. Jom, lihat gambar je lah ye..Tak larat dah nak cerita.
Tak sangka pula kami..jumpa tasik cantik ni..apa lagi, berjalan2lah sambil merakam beberapa keping gambar untuk kenangan. Jom, lihat gambar je lah ye..Tak larat dah nak cerita.
Setelah selesai meronda2 di kawasan sekitar dan juga keluar masuk Mercadona, maka masa dah pun tiba untuk kami semua berangkat ke lapangan terbang yang cuma beberapa minit saja dari situ. Kiranya kami menghabiskan masa berjalan2 di Malaga sebelum check-in di Terminal Pablo Ruiz Picasso. Kami tiba di sana sepertimana dalam plan. Semua urusan check-in berjalan lancar nampaknya..alhamdulillah. Penerbangan pun begitu juga...tiada yang delayed dan sebagainya. Syukur kami akhirnya sampai ke Birmingham International Airport dengan selamat.
Terima kasih kepada rakan2 Malaysia-Birmingham iaitu Ustaz Zainurrijal & Encik Haziman [suami Hendun ARS] yang sangat2 bermurah hati menjemput kami dua keluarga di airport walaupun kami tiba dah lewat malam. Kami disajikan pula dengan hidangan makan malam yang enak di rumah encik Haziman.
Saya sekeluarga bermalam di rumah ustaz Zainul manakala sahabat kami, abg Fendi & kak Ayu sekeluarga di rumah Haziman. Keesokan paginya baru kami teruskan perjalanan pulang ke Durham. Dan sempat juga kami singgah di rumah kak WKB di Sheffield untuk beramah mesra dan makan tengahari di sana.

6 comments:
beli jersi no 17 dok? NANI
oooh...tak beli..best jgk kalo ada jersi tuh, pastu lagi best kalu my hubby yg pakai..wah, lagi best..
Bestnya KNani..ada rezeki nk pg melawat jg bumi Andalus.:)
izu,
mesti pergi jika dah ada kat bumi eropah ni..dah dekat sangat kan..insyaAllah..
Ya, dok plan nak p ni....Tk
badrul,
silakan...sgt best dan percutian yg xmerugikan
Post a Comment