Showing posts with label Kembara France. Show all posts
Showing posts with label Kembara France. Show all posts

Monday, 23 May 2011

Arc de Triomphe

Hari kedua berada di kota Paris, kami berkunjung ke Arc de Triomphe ini. Bangunan ini merupakan sebuah tugu yang terletak di Place Charles de Gaulle. Ia dibina untuk memberi penghormatan kepada mereka yang berjuang untuk Perancis, khususnya semasa dalam Perang Napoleon.

Untuk sampai ke sini, kami menaiki Metro tube dari stesen berdekatan hotel kami [walking distance for 5 minutes] dan berhenti di stesen Charles de Gaulle - Etoile. Setelah itu, kami perlu berjalan kaki melalui sebuah terowong dan menaiki sebuah lif khas [ada 1 je] untuk sampai ke tingkat bawah Arc. Boleh juga jika nak naik ke puncak Arc, tapi perlu mendaki 284 anak tangga, atau boleh juga dengan menaiki lif dan berjalan 46 langkah.

Tugu ini tingginya mencapai 49.5 meter dan selebar 45 meter. Di bahagian dalam dan atas gerbang terdapat semua nama jeneral dan perang yang diperjuangkan mereka. Di bawahnya pula terdapat makam perajurit/pahlawan yang tidak dikenali dari Perang Dunia 1.

Cuaca sangat cantik masa kami meronda2 hari itu. Tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk. Tapi, saya agak menyesal kerana tidak membawa bersama jaket kulit masa tu, kononnya masa hari pertama dah panas, jadi, pada firasat saya hari kedua pun masih panaslah.

Nama2 jeneral perang yang tertera di dinding bahagian dalam Arc.


Inilah terowong yang kami lalui untuk sampai ke lif dan naik ke tingkat bawah Arc [ pelik bunyi naik ke tingkat bawah ].

Kami berlima merakam detik kembara France kami di depan Arc de Triomphe.
Tugu ni tugu bersejarah bagi rakyat Perancis, jadi kami hanya melihat2 sebentar cuma, lagipun kat bawah Arc ni ada kubur askar2 yang tak dikenali..kami ni membawa baby..risau baby meragam pula nanti jika lepak lama2 kat Arc.

Ok, itu saja cerita tentang Arc. Oh ye..tiada stall cenderamata berdekatan dengan Arc ni. Memang tugu semata2. Tepi jalan raya yang sibuk pula tu. Jadi jika ada anak2 ribena macam kami ni, kena awasi selalu.

Saturday, 21 May 2011

Eiffel Tower

Kami telah berkembara ke sini..cuma silapnya saya masih belum mencatat apa2 dalam diari kembara di Baytulkifli. Lama dah sepatutnya entry ini diterbitkan. Jadi, sebelum penyakit malas muncul, maka ada baiknya saya teruskan menulis memori ini.
Lama tak lama..sudah hampir 2 tahun berlalu. Kali pertama kami jejakkan kaki ke negara Perancis adalah pada 22 September 2009. Kami menggunakan perkhidmatan keretapi Eurostar saja. Dari London, kami cuma berada dalam lingkungan 2 jam saja dalam train tu.

Setelah selesai check-in dan makan tengahari, kami pun meneruskan perjalanan ke kota romantis ini, kali ini dengan menaiki bas awam. Satu kesilapan bila menaiki bas awam bersama kanak2 ribena. Sementelah cuaca pula panas terik, keadaan dalam bas cukup tidak selesa. Ameen dan Iffah pula mengantuk. Sudahnya ayahlah yang terpaksa memegang kedua2nya yang memang terlentok2 kepala. Saya pula dengan si Izzah yang waktu itu baru berusia 11 bulan, belum boleh jalan lagi. Izzah sangat tidak selesa semasa berada dalam bas yang penuh sesak dengan orang ramai..apa lagi, meraung2lah dia kepanasan. Nak kasi 'ubat penenang' rasa malu pula.

Sebenarnya nak dijadikan cerita, kami hanya mengikut cadangan tuan punya hotel tempat kami menginap tu. Beliau yang beritahu, naik bas awam tu memang akan terus sampai ke sana sebab destinasi terakhirnya adalah di Menara Eiffel. Yang kami ni, membayangkan bas awam tersebut berhawa dingin dan selesa. Rupa2nya meleset. Bas itu memang tak ubah seperti bas Cityliner merah bernombor 141A [rasanya..] yang biasa naik masa di UIAM dulu, malah tak berhawa dingin pula tu.

Setelah berada kira2 1 jam 15 minit dalam bas, kami pun tibalah ke tempat kunjungan pelancong seluruh dunia ni. Alhamdulillah! Dapat juga jejakkan kaki ke sini.

Eiffel Tower atau dalam French disebut sebagai La Tour Eiffel.
Menara yang sekali tengok tak ubah seperti pencawang elektrik di tengah bendang ini ialah menara besi yang dibina di atas Champ de Mars [padang awam] dan berseblahan pula dengan Sungai Seine di Paris. Menara Eiffel yang mengambil masa 2 tahun untuk disiapkan ini merupakan bangunan tertinggi dan paling menonjol di kota Paris selain menjadi mercu tanda Perancis. Menara setinggi 300 meter ini dinamakan sempena nama perancangnya, Gustave Eiffel.

Kami ber5. ^_^


Lama juga kami kat sini. Hubby pun dah naik bosan sebenarnya nak tunggu hingga ke malam. Kata orang, pemandangan Eiffel Tower di waktu malam sangat indah dan romantik. Nampaknya tiada rezeki kami nak lepak lebih lama sehingga malam, kerana masing2 kepenatan dan kesejukan. Banyak juga foto kenangan kami diabadikan di sini, tapi cukuplah kami tayang yang wajib2 saja.

Kami juga tak naik ke atas menara. Jika berminat, boleh beli tiket untuk naik lif ke atas, melihat pemandangan indah bandar Paris. Tiketnya boleh tahan juga tapi maaflah, saya pun dah lupa berapa kosnya. Jika nak membeli cenderahati kenang2an umpama fridge magnet, tak perlu membelinya di stall sekitar menara kerana harganya agak mahal. Kedai2 cenderahati banyak terdapat di sekitar kota Paris, malah macam2 jenis dan bentuk ada. Juling matalah pendek kata. Lebih penting, harganya tak mahal.

Tapi, jika ada orang perseorangan yang menjual2 keychain bentuk Menara Eiffel di sekitar tapak menara, anda bolehla membeli, sebab yang dijualnya memang murah..kira2 10 ketul keychain kecil bersamaan dengan 4-5 euros.

Kembara France kami ini diserikan lagi dengan kehadiran rakan suami saya, M. Syamsulfaiz Zainuddin a.k.a. Along [selama berada di Dubai, suami menetap sementara di rumah beliau]. Beliau tidak berseorangan, malah bersama isterinya yang juga satu batch dengan saya semasa di UIAM dulu, Zuraidah Ramli, Adrin anak mereka dan juga adik lelaki Along iaitu M. Syahrul Anwar atau lebih terkenal dengan jolokan manja, Ooi. Sebenarnya, mereka juga menyambut Eiduladha di Durham tahun itu. Jadi, kembara saya ni tak ubah seperti pepatah orang putih "Kill two birds with one stone".

Ini foto Menara Eiffel dari kejauhan tatkala waktu senja. Foto ini dirakamkan pada dua hari selepas kami datang ke sini. Masa tu kami dari perjalanan pulang dari meronda2 sekitar bandar Paris. Agak mencabar untuk capture imej di dalam cahaya samar2..maklum sahaja kami guna kamera digital LUMIX. Tapi, imej menara ni tengah tak berkelip2..jika tidak, macam2 cahaya keluar di menara tu. Jauh jarak ni, imej pun nampak kecil saja.

Ini pula gambarajah Menara Eiffel. Terima kasih wikipedia!

Monday, 14 March 2011

Fondest Memories




Dah lama tak buat projek begini untuk foto2 kami. Akhirnya malam tadi berjaya juga saya siapkan khas untuk kenangan kami sekeluarga di sana suatu masa dulu. Walaupun tak berapa sempurna, namun bolehlah sebagai penyimpan memori. Cheers!

Saturday, 4 September 2010

Disneyland Paris

Maka tibalah jua hari yang ditunggu2 sekian lama oleh anak2 kami..untuk jejakkan kaki ke rumah Mickey & Minnie..hehe. Atau, ibu yang teruja? Bak kata ayah, 2 x 5 je. Pagi2 lagi saya dan suami dah bangun untuk bersiap2, masak nasi briyani ayam..ayam tu dapat masa keluar shopping ke Val de Europe. Tak sangka banyak ayam, daging dan sosej halal kat situ. Kat UK pun takde. Harga pun murahla juga. Tu pasal kami beli dan masak ni. Bolehla alas perut sebelum ke Disneyland sehari suntuk.


Ini dah bertolak pagi2 morning ni. Dah banyak rupanya kenderaan berpusu2 ke pintu masuk Disneyland. Plat kereta dari macam2 negara. Fuh, takpe sekali ni je datang. :) Nak masuk ni, kena bayar parking sebanyak 15 euro. Jika nak senang dan nak jimat masa sepanjang berada di Disney, silalah membuat tempahan tiket awal2 sebelum kemari. Jika tidak, bermasalahla..

Nak melawat tempat2nya tu pun kena plan betul2 sambil tgk guided map. Jika tidak, jadilah macam kami yg buat dek kat peta pink..last2 terlepas nak bergambar ngan Mickey & Minnie. Tapi kan, bukan senang nak bergambar berduet ngan karakter2 tu, pasal ramainye orang. Sekadar curi2 dr jauh saja. Takleh nak pegang2 benda alah tu. Iffah pula memang langsung taknak ambil gambar ngan karakter Disney, takut. Mungkin sebab besar kot..Lilo and Stitch pun besar gedabak..sama juga ngan Ratatouille..hihi. Dia nak bergambar ngan Princess Belle [Beauty and the Beast] dan Cinderella..pheww..tak sanggup ayahibu nak bawa baby berdiri terpacak tengah2 panas terik beratur amik turn semata2 nak bergambar dgn karakter tu. Laaaamaaa tuu..

Inilah dia Sleeping Beauty castle yg selalu disebut2 dalam Walt Disney..trademark filem Walt Disney di samping logo telinga tikus. Boleh masuk dalam castle ni tapi kami hanya lalu bawah castle saja..menyeberang untuk ke Fantasyland.


Ada 2 tempat utama di Disneyland yg wajib dikunjungi iaitu Disneyland Park dan Walt Disney Studios. Disneyland Park lambat sikit tutup berbanding Walt Disney Studio. So, kena plan betul2 nak pegi mana dulu..sebab kedua2 lokasi ini jauuh jaraknya.,kena jalan kaki. Disney train hanya terdapat di Disneyland Park saja. Boleh lihat jadual perjalanan di website Disneyland.

Di Disneyland Park, ada 5 tempat yang utama:
Main Street, U.S.A
Frontierland
Adventureland
Discoveryland

Fantasyland

Di Walt Disney Studios Park kita boleh pegi macam2 studio, lihat sejarah Walt Disney characters. Nak naik flying carpet pun boleh..sepatutnya jika nak melawat kesemua tempat di Disney, kenalah luang masa sekurang2nya 2 hari. Sehari tak cukup untuk explore semua. Kami pun cuma sehari tu je di situ. Esoknya kami dah bergerak ke Germany.

Main Street U.S.A

Masa naik Disney train..kami hanya keliling satu Disneyland Park je, tak berhenti kat mana2 pun. Lama juga naik benda nih. Sebaik2nya, jika nak ke satu2 tempat yg jauh jarak tu, lebih baik naik keretapi ni tp kat Disneyland Park je ada train ni tau. Nanti takdelah penat, cuma kena Q panjang dan laaaaamaaaa. Itu yg buat kami malas.

Inilah satu2nya gambar keluarga di sini. Dahla sekeping je, tak nampak pula keseluruhan castle tu. Tinkerbell langsung tak kelihatan. Belum sempat nak suruh mamat tu pusing kamera dah dia kasi balik kamera kami. Alkisahnya jadi begini berpunca drpd kelupaan untuk mengambil tripod dr bonet kereta. Nak keluar ambil? Ohh tidak, jauuuuh tu tempat parking kereta. Jalan kaki hampir 15-20 minit tau.



Di Disneyland Paris, kita dibenarkan untuk membawa bekal makanan dan minuman dari luar. Tapi, jika Disneyland Hong Kong, langsung takleh bawa apa2 bekalan..kena beli apa yang dijual di situ je. Kami dah siap2 beli roti2, dan pagi tu juga saya masak sosej untuk kanak2 ni. Air bawa yg mineral je. Yang diorang minum dlm gambar ni beli kat situ, slush drink = 2.50 euro segelas. Sedapnya minum masa cuaca panas tu. Tapi itulah, tak cukup2la pulak..nak sorang segelas daa..

Apapun jika datang ke sini, kena emotional, physical and financially prepared lah. Emotional, jika anak2 penat, mereka akan merengek, buat perangai..jadi, ayahibu kena sabar dan tak usah cepat sgt marah. Takkanlah percutian seronok2 bawa anak2 dah jadi hari yg tension pula. Physical, sudah tentu sbb perkampungan disney ni amat luas territory nya. Kenalah kuatkan kaki berjalan. Kita takpe, si kecil2 tu? Financial pun penting juga. Kat sana, ada jual macam2 souvenir utk kanak2, segala macam angkatan Walt Disney. Belum masuk makan2 dan minum2..sementelah pula dengan cuaca yg panas terik. Mata pun rambangla sekejap.



Setelah selesai makan2, kami teruskan penerokaan menuju ke SMALL WORLD. Rakan kami, Najib dah berpesan, jika ke Disneyland, bawalah anak2 masuk ke tempat ni. Memang betul seronok sangat masuk dalam tu. Pendek kata bukan anak2 sajalah yang suka, ayahibu pun gumbira. Ameen yang tengah moody di awal2 tu pun boleh jadi ceria kembali. Iffah memang sukalah ada nyanyi2 tu..sampai tersengih tak terkatup pun mulutnya. Izzah pula seolah2 terpegun sekejap..nak kata happy tak juga, nak kata takut pun tak juga..haha. Rasa pelik gamaknya..



Ni masa nak masuk dalam Small World. Naik train atas air, gerak sendiri [controlled]. Mula2 nak masuk entrance ke situ rasa malas juga..sebab ramai sgt manusia beratur. Tapi, dah nekad nak buat anak2 happy, kami line up juga. Alhamdulillah, memang tak ambil masa yg panjang. Tak seperti Disney train, lamaa. Yg ni, sekejap je dah dapat turn. Laju..dan budak2 ni pun happy..


Suasana dalam Small World yg meriah dengan kartun2 dan alunan muzik. Really happening..









Sehari suntuk di perkampungan Disney membuatkan kakikukeko lenguh2 dibuatnya. Dari satu tempat nak ke tempat yang lain tu, agak jauh juga perjalanan, jadi kami banyak menghabiskan masa di Disneyland Parks sahaja. Dan, habis saja perarakan gergasi ni kami terus balik ke hotel, berehat. Tak tunggu pun untuk lihat pertunjukan bunga api pada malamnya. 2 jam lebih lagi nak tunggu..semua dah kepenatan..jadi, lepaskan je niat nak tengok fireworks..apa yang penting Ameen, Iffah & Izzah happy.

Saturday, 28 August 2010

Percutian Lalu

Awal cuti musim panas baru2 ni kami sekeluarga bermusafir ke bumi Europe. Alhamdulillah, 4 buah negara sempat dikunjungi sepanjang 11 hari berkelana. Tapi bukan kelana convoy. Ini sendirian berhad punya.

Tempat pertama yang akan kami kunjungi ialah Paris, sekali lagi. Sebelum ini kami pernah jejakkan kaki ke Paris [tahun lepas] tapi belum berkesempatan untuk ke Disneyland. Jadi, itulah punca utama kami bertandang untuk kali kedua ke bandar mewah ini. Semuanya tidak lain dan tidak bukan hanya untuk membawa anak2 bercuti di tempat karakter kartun Disney yang diminati..termasuklah ibunya juga..hihi.

Untuk percutian kali ini kami membawa kenderaan sendiri. Bukan apa, senang nak bawa barang itu ini. Sementelah pula berjalan2 dengan 3 kanak2, adalah lebih selesa jika berkenderaan sendiri [tapi jika terpaksa panjat kapal terbang, terpaksa juga redah..]. Jadi, kami dikehendaki menyeberang dari Dover port menuju ke Calais port untuk sampai ke Paris. Dover port ni letaknya tersangatlah jauh dari Durham..kira2 6 jam perjalanan [drive]. Oleh kerana waktu menyeberang tu seawal 4 pagi, sebagai langkah berjaga2, kami awal2 lagi dah bertolak ke bandar berdekatan Dover dan bermalam sebentar [sampai jam 2 pagi] di Travelodge di situ. Alhamdulillah, Dover port terletak tak berapa jauh dari travelodge berkenaan..lebih kurang setengah jam perjalanan, kami dah terpacak di sana.


Sementara menunggu malam, kami keluar ronda2 ke pasaraya Lidl yg cuma beberapa langkah saja dr travelodge.

Inilah Dover port tempat kami menaiki feri untuk ke seberang. Ini pengalaman kedua lepas ke Amsterdam dulu, masa tu naik di Newcastle. Masa ni jam 3 pagi..mata pun masih mengantuk..anak2 semua zzzzz.

Ini pula masa dalam feri..kali ni sekejap je naik..lepas satu jam setengah je dah sampai. Hanya tempat2 duduk saja disediakan. Masa ke Amsterdam dulu, siap overnight. Dapatlah merasa tidur dlm kapal.

Jauh juga perjalanan kami dari Calais port ke Paris..penat jugalah dibuatnya dengan tak cukuo tidur lagi. Kami singgah bersarapan sederhana di hentian rehat tepi lebuhraya...pheww mahal tak ingat. Berganda2 harga muffin seketul. Oh! Ye..ini kali kedua suami saya memandu di bumi Europe, kadang tersasul juga masuk lane kiri, dah terbiasa. Sebelum ini kami bercuti di bumi Holland dan Belgium juga membawa kereta dari UK. Mana2 kenderaan yang tiada tulisan GB di sebelah plat nombor diwajibkan meletak pelekat GB di kereta kerana undang2 Europe ni agak strict sedikit. Lagipun untuk keselamatan kita juga, sekurang2nya pemandu Europe berhati2 bila nampak kereta GB ni..sebab pemandunya di sebelah kanan :) .

Sepanjang perjalanan co-driver boleh tahan juga 'busy'nye kerana terpaksa menguruskan hal ehwal pembayaran tol..eheheh. Tolnya pun tidaklah banyak sangat bayarnya..masih tidak mencekik darah.

Ini adalah hotel kami sepanjang berada di Paris, Hotel Premier Classic. Penginapan dengan caj sebanyak 36 euro semalaman agak berpatutan berbanding dengan hotel lain. Lokasinya juga tak berapa jauh dari tempat yang kami nak tuju, adalaaa dalam 10 minit je drive. Lagi satu, yang bestnya, WIFI dapat free je dari dalam bilik. Ada 1 katil besar dan satu katil bujang. TV pun ada, cuma tak faham satu apa pun sebab semua dalam bahasa French. 2 malam juga kami di situ. Alhamdulillah, puas hati..

Val de Europe.

Ini pula shopping complex besar berdekatan hotel. Gah juga tempat ni..sekali tgk macam Suria KLCC, 2 kali tengok macam Pavillion pula. Nasib baik masuk sini, dapatlah kami beli serba sedikit bekalan roti untuk dimakan di Disneyland esoknya. Murah betul croissants...maklumlah asal dia kat sini kan. Dah selesai meronda2, kami pulang ke hotel. Kena rehat secukupnya sebab esoknya pagi2 lagi kami nak kena bertolak ke Disneyland, nanti kalau lambat, panjangla barisan dan jauhla kena parking..

**sekian dulu untuk catatan hari pertama..bila dah ada masa boleh sambung cerita lagi..bulan puasa ni jadual pun padat..

Saturday, 7 November 2009

King Cross Eurostar ke Paris

Ini sambungan kembara kami dr London hr tu. [Dah lama sy tak update blog ni..haha..malasnye kan.] Sekarang baru nak korek cerita semula. Dah byk yg sy terlupa ni. Harap masih boleh update dgn baik jln ceritanya..hi3.

Hari tu, pagi2 lg kami dah check-out dr Euro Hotel, Wembley utk amik train ke King Cross..kena 2 kali tukar train jgkla nak smpai sana tuu..nak pula dijadikan cerita, train yg kami naik tu tetiba je stop..ada problem..xsenang duduk hubby dibuatnya. Maka terlewatlah kami smpai di King Cross..i.e. 10 minit sblm departure. Mana sempat beb, nak security check lagi..check passport..ramai pula tuu..5 adults with 4 kids..huuu..

Diorg tak lepaskan masuk..peluh2 hubby saya dibuatnya. Kesian diaa..last2 diorg srh discuss dgn bahagian tiket adjust kot2 dpt naik next train. Alhamdulillah, kami dpt naik next train yg cuma selang 45 minit saja dr train yg missed td tu. Pheeww!

Tetamu kami. Kesian juga diorg kena ikut host & hostess punye plan jln2 yg padat. Sure diorg ni penat sgt2. Itulah, mana cukup seminggu je. Plg tidak 2 minggu..[hoh, xdok keroje la plk asyik nk berjln je]. Bila dah masuk train, rasa released sgt..tiba2 je perut terasa lapar. Padahal dah mkn sikit2 dlm hotel sebelum keluar pg tu.


Perjalanan Eurostar King Cross menuju ke Paris mengambil masa 2 jam. Kami pun sempat juga terlena sebentar. Masa ni kami baru saja tiba di Paris. Nak kena naik train pula untuk ke hotel.

Hotel kami tu blh tahanla strategiknya krn lokasinya sgt hampir dgn train station. Lupa pula sy apa nama train stop kat situ ;P
Yang mencabarnye, hotel tu xde lif daaa..aduss..kena pulak dok tingkat 4, terpaksalah panjat wooden steps yg spiral-shaped tu..pheewww! Sungguh menggerunkan. Pendek kata jika tertinggal apa2 brg kat dlm blk tu, kira xyah naikla semula..sempuuut!

Perjalanan ke Paris pun tak kurang dengan dugaannya juga. Maklum saja jalan2 dengan kanak2 ni..mcm2 karenah diorg..apatah lagi bila ada org lain bersama. Lagila mereka nak tunjuk segala macam pe'el yg ada. Huu..sengsara juga dibuatnya kami berdua. Maaf kpd guests kami kiranya perjalanan korang terganggu dgn karenah si kecil trio ni. Pasal tu kat UK kami selalu travel sendiri2 tanpa konvoi dgn rakan2 yg lain..lebih senang begitu..tp, buat Along & family, jgn serik pula nak jd guests kami eh?

Selesai check-in di Hotel Mary, kami tunaikan solat qasar dan rehat sebentar. Petangnya kami plan nak keluar, so kena rehat utk kumpul tenaga. Lagipun perut perlu diisi maa.

Ayah tengah tengok menu..hmm boleh tahan mahal juga makanan kat kedai ni eh. Mahal murah pun dah memang kena oda laa..sebab dah duduk dan minum jus sekerat gelas..hahahaa..

Gelagat kami sebelum menjamu selera. Sy pun dah lupa apa nama restoren yg kami singgah makan tengahari tu [dah lama pun..bln September, lupa pula nak amik gmbr kedai tu]. Harganya mahaaal..sepinggan nasi beryani bernilai 12 pounds. Murah lagi di London, kalo kat London baru 8 pounds. Apa lagi, dengan perut yg lapar..kami pun santap dengan berselera sekali. Sedap..semua habis dimakan. Alhamdulillah.

Selepas itu barulah kami mulakan perjalanan menuju ke destinasi yg paling ditunggu2..nnti sy smbg kemudian k..tggu idea datang utk menulis..taraa!