Entry ni nak cerita tentang tempat penginapan kami semasa berkunjung ke Istanbul tahun lepas. Inilah suasana dalam Istanbul apartment, yang terletak di Jalan Beyazit. Susah juga nak cari tempat ni masa mula2 sampai tu. Sebab ia masih baru dan belum ada papan tanda yang menunjuk ke arah hotel ini.
Kami pengembara bajet. Jadi, bagi kami ini sudah memadai berbanding hotel mewah dengan bayaran mahal melambung2 tapi, nak kena makan kat luar belaka. Setakat breakfast, makan apalaa sangat. Sepanjang 6 hari berada di sana, alhamdulillah, kami cuma makan tengahari saja kat luar. Sarapan dan makan malam saya masak sendiri. Perut Melayu macam kami ni kurang tahan jika asyik pekena roti dan kebab saja tiap2 hari. Mereka juga makan nasi tapi nasi mereka tak sama langsung dengan nasi kita. Nasinya tak ubah macam pulut, gemuk2 bentuknya :P.
Matawang Turki juga tak jauh beza dengan matawang Pound Sterling, lebih kurang harga duit Euro je. Hari tu, currency GBP1 = 1.20 TL [lira]. Jadi, anda tentu boleh bayangkan berapa banyak yang akan anda berhabis setiap hari. Makanan macam kebab paling murah dalam harga 3 atau 4 lira seketul. Kalau hidangan set, dalam 5 lira atau 6 lira jugakla jika kedainya agak eksklusif.
Oh! Ye..tempat tinggal kami ni sangat hampir dengan Masjid Biru, kira2 15 minit jika berjalan kaki. Pagi2 pun dapat dengar dengan jelas laungan azan subuh.
Jom, lihat saja gambar dalam apartment hotel kami.
ini katil kami. kami bertiga tido kat sini.