Friday 26 March 2010

Tengok Tv

Entry untuk mama..Izzah tengah tonton rancangan Show Me Show Me, CBeebies ni.



Sekarang dia dah pandai panjat sofa ni sendiri. Tapi, kena selia jugalah, kot2 ter'somersault' karang naya saya dibuatnya. Seronok sebab sekarang [walau kadang2 tension..] dapat lihat perkembangan fizikal & mental anak2 di depan mata berbanding sebelum ini yg mana masing2 sibuk dengan urusan pejabat. Ibarat pepatah Melayu..."kera di hutan disusukan..anak di rumah mati kelaparan"..pheww..

Monday 22 March 2010

Musical Greeny Rabbit

Ini bukan rabbit Izzah, tapi kakak Iffah punya. Awal2 dulu Izzah tak berapa suka rabbit ni, mungkin kerana gigi rabbit 2 batang tu kot. Jongang. Ini time semua gi sekolah..dia pun pelan2 pegi tekan pusat rabbit tu. Ahhaa..di awal rakaman ni Izzah macam tersengih lamaaa..sebab dia ingat saya nak tangkap gambar dia. Kesian saya lihat dia sengih sampai terkenyit matanya..penat sengih dia pun sambungla main rabbit ni. Untuk keluarga di kampung halaman..Izzah the youngest in Baytulkifli.

Musim Bunga 2010


Semalam 21 Mac ialah tarikh menandakan masuknya musim bunga secara rasmi..walaupun di tempat lain sudah kelihatan bunga2 daffodils. Pokok2 juga hampir mengeluarkan pucuk2 daun hijau. Cuaca pun sudah tidak sesejuk beberapa bulan yang lalu. 7 Celsius kira dah sungguh menyamankan. Cuaca di sini tak boleh nak jangka sangat..kadang tu pagi2 bersinar2 cahaya matahari..tapi setengah jam lepas tu langit yg tadi membiru tiba2 mendung, tapi hujan tak turun pun. Walaupun suhu dah capai 7 C, kami masih kena sarungkan jeket sederhana tebal..kerana angin bertiup kuat. Siapa yang tahan kesejukan angin tu. Seingat saya masa musim panas yang lalu pun, boleh bilang berapa hari je kami tak pakai jeket. Selebihnya memang kena pakai juga [light coat].

Apapun, yang pastinya heater dalam rumah pun tak perlu 'on' dua kali sehari lagi. Macam kami, kami cuma hidupkan sejam setengah je sehari, itupun semata2 nak keringkan pakaian. Saya kurang gemar sidai di luar jika cuaca lembap, nanti pakaian berbau hanyir. Mungkin sebab cuaca lembap tu. Jika betul2 panas baru saya jemur pakaian di ampaian.

Belum ada lagi foto2 bunga daffodils untuk tatapan keluarga dan rakan2 di Malaysia. Tunggu bila pepohon dah menghijau baru kami tayang kat sini.


** terasa cepat benar masa berlalu...

Sunday 21 March 2010

: : Cheese Cake : :


Kali pertama saya cuba buat kek keju yang dibakar dengan teknik berbeza..

Resipi ni saya dapati daripada kawan lama [BFF - Norhafizi Abas]. Thanx to her for this lovely cheeezy cake! Baiklah, ini resipinya, ternyata sangat mudah dan hasilnya sungguh sedap.

Bahan2:

500 g cream cheese
30 keping digestive [sy replace dengan richtea biscuits]
1 paket serbuk badam [sy xletak pun..agaknya kalu letak lagi sedap ni.]
1/4 buku butter
2 biji telur
1/2 cawan gula halus
1/2 cawan plain yogurt
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu besar perahan lemon

Cara2nya:

1. Panaskan oven dulu 180 C.

2. Sapu butter kat loyang. [sy sapu butter plus alas loyang spring-form tu dgn baking parchment].

3. Kisarkan biskut. Ketepikan..

4. Cairkan butter, then masukkan biskut dan serbuk badam. Tuang dalam loyang dan tekan2 biar padat.

5. Masukkan dalam oven dan bakar 10 minit. [sy cuma sejukkan dalam fridge saja].

6. Pukul cream cheese sampai gebu. Masukkan gula, telur, esen vanila dan plain yogurt yang dicampur dengan perahan lemon.

7. Keluarkan base tadi dan tuang adunan atas base. Pastu balut loyang tadi dengan aluminium foil sampai separuh loyang je sebab takut air masuk dalam loyang pasal loyang ni kan spring-form. Then, letak loyang kek dalam loyang lain yg lagi besar. Pastu masukkan air dalam loyang besar tu..kemudian baru bakar...selama 40-50 minit.

8. Bila dah cukup masa, tutup oven dan biarkan kek dalam oven tu tapi biarkan pintu terbuka..untuk elakkan kek merekah..

SELAMAT MENCUBA!!


Sunday 14 March 2010

Masjid Qurtubah [La Mezquita], Cordova

Hari ke-4 berada di bumi Andalus...kembara ilmu diteruskan dengan mengembara ke bumi Cordova pula. Perjalanan yg memakan masa 2 jam lebih ini sangat memenatkan lebih2 lagi bila bersama kanak2 kecil ni.

Cuaca sangat baik sewaktu kami tiba di sana..cerah dan langit pun membiru. Pendek kata..ini faktor2 yg akan menyumbang kepada foto2 yg menarik. He3..usai saja menikmati bekal makanan yg dibawa..kami pun teruskan langkah kaki menyeberangi jambatan "Roman Bridge" menuju ke destinasi kami yang sebenar..iaitu;

MASJID QURTUBAH

yang kini telah dikenali sebagai;

LA MEZQUITA


Masjid Qurtubah dari jauh..sungguh cantik. Dicatatkan bahawa Qurtubah @ Cordova mencapai kemuncak kegemilangannya di bawah pemerintahan Abd ar-Rahman III pada kurun ke-10 yang merupakan di antara pemerintah2 yang hebat di dalam sejarah Islam. Di waktu ini Cordova merupakan pusat perkembangan ilmu yg teragung di Europe dalam bidang sains, budaya dan seni. Pada masa inilah terbinanya masjid Qurtubah yang hebat ini.

Namun, kini ia tiada lagi menjadi milik kita setelah masjid ini dengan sepenuhnya dijadikan Cathedral bagi puak2 Kristian dalam tahun yang sama semasa Cordova beralih pucuk pimpinan [re-conquered] iaitu pada tahun 1236.




Berlatarbelakangkan Roman Bridge yang mana mengalir di bawahnya sungai Guadalquivir.








Masjid Qurtubah dari luar bangunannya..ternyata tinggi dan gagah teguh struktur binaannya, bukti kebijaksanaan arkitek Islam dahulu dan lambang kemegahan kegemilangan Islam.

Di luar kawasan perkarangan masjid Qurtubah.




Patio de los Naranjos suatu masa dulu digunakan sebagai tempat mengambil wudu' yang sangat klasik masih lagi mengekalkan fountain nya dan juga deretan pokok2 limau di sekitar tempat ini.




Untuk melilau di sekitar luar kawasan masjid tidak memerlukan apa2 bayaran. Tetapi jika nak masuk melawat di dalam masjid, memang ada caj yang dikenakan.



The Bell Tower a.k.a. The Torre de Alminar.

Bangunan setinggi 93 meter ini merupakan menara masjid Qurtubah dahulunya, tempat muazzin melaungkan azan setiap kali masuknya waktu solat. Kini, di puncak menara ini tersergam tanda salib kebanggaan puak2 Kristian.

Tak dapat dinafikan saya berdebar2 sebelum menunggu dibenarkan masuk ke dalam La Mezquita ini. Bayaran masuk adalah sebanyak 6 Euro untuk dewasa dan 3.50 Euro untuk kanak2.

Semasa melangkah masuk ke dalam bekas masjid yang tersohor ini sayuuuup di hati terasa sayu dan hiba mengenangkan tempat ibadat orang2 Islam telah beralih arah ke puak2 musuh Allah. Hinggakan tiada lagi tulisan memuji Ilahi dan kekasih-Nya terukir indah di dinding masjid. Yang tinggal hanyalah ukiran dan senibina Islam yang asas..yang kini telah pun dihiasi dengan lukisan dan ukiran 'malaikat' dan Jesus Christ mereka.

Oh! Ye..mula2 masuk dalam masjid Qurtubah ni, telah datang seorang lelaki mengingatkan kami bahawa kami DILARANG menunaikan solat di dalam masjid ini. Alangkah bahagianya jika dapat tunaikan solat dalam masjid ni kan.


New Testament mereka. Sudah pasti yang sudah diselewengkan isi kandungannya yang asal..

Kesan tinggalan Islam semuanya disimpan rapi di dalam cermin kaca.







Hasil senibina Islam yang masih dikekalkan..batu bata yang dibentuk arches yang berselang-seli warna merah dan putih ternyata sangat memberi kesan yang sangat menarik tatkala cahaya matahari masuk menerangi menerusi tingkap masjid. Saya dapat bayangkan betapa indah dan bercahayanya tempat ibadat ini dahulu semasa diimarahkan oleh orang2 Islam.





Dah tiba masanya untuk kami beredar dari masjid yg hebat ini. Syukur dapat juga kami jejakkan kaki ke sini. Semoga dengan kunjungan ilmu ni dapat meningkatkan keimanan terhadap Allah SWT. Rasa sedih untuk meninggalkan tempat ini..seolah2 ia sedang meraih simpati kami untuk mengembalikan semula peranannya yang agung suatu masa lalu.

Bangunan masjid dari luar. Tinggi betul kan.

Di luar kawasan masjid terdapat deretan kedai souvenir yang pelbagai. Naik juling jugalah biji mata ni. Teringin juga nak cari souvenir yang lain dari yang lain..namun masa tak mengizinkan untuk berlama2 di situ kerana kanak2 sudah mula ke'boring'an..sudah berlari ke sana ke mari. Risau juga sebab kat jalan ni walaupun nampak kecil seperti kaki lima namun, kereta banyak yang lalu lalang, laju2 pula tu.




Di tepi tugu Ibn Rushd..

Kami rasa bangunan ni adalah bekas istana. Di tepinya terdapat pintu gerbang masuk. Mungkin suatu masa dahulu tempat ini sangat memberi impak kepada perkembangan ilmu dan budaya. Di dalamnya terdapat sekolah, kedai dan sebagainya. Betapa besar kota Cordova suatu masa dulu. Masakan tidak dijulang sebagai pusat kegemilangan Islam.









Inilah bandar Cordova.

Satu2nya masjid yang kami temui semasa berada di bandar Cordova [xtahula kot2 mereka yg pernah ke sini menemui masjid2 yg lain lagi]. Sampai naik kejang kaki kami berjalan semata2 nak cari tempat untuk bersolat. Rasa sedih bila mengenangkan sebesar2 masjid dah dirampas puak2 Kristian, yang tinggal hanyalah masjid yang seciput ni je. Dhaif sungguh kelihatan masjidnya. Ruang solat wanita juga sangat sempit, ini mungkin kerana mereka tidak menggalakkan kaum wanita berjemaah di masjid. Kelihatan beberapa keping foto masjid yg terdapat di Malaysia ditampal di papan putih dalam masjid tu. Menurut lelaki yg berada dalam masjid tu, beliau amat menghormati negara kita yg menjadikan Islam sebagai agama rasmi.

Setelah selesai menunaikan solat maghrib dan isyak maka kami berjalan kaki menuju ke restoren halal "Kebab Mahal" untuk menikmati makan malam. Dah siap makan, kami tunggu sang ayah berdua pegi ambil kereta yang agak jauh letaknya dari restoren tu. Dapatlah kami pekena teh tarik sekejap..pheww..sedap betul teh tarik tu.

Malam tu kami buat keputusan untuk teruskan perjalanan pulang ke Malaga memandangkan hotel yang berharga murah susah di dapati. Yang ada yang mahal2 belaka. Dah tolak campur dengan minyak dan sebagainya, lagi untung jika kami bertolak pulang saja. Kasihan juga pada pemandu Vito kami.

Perjalanan kami tidak semudah yang dijangka. Minyak kereta hampir kering di saat kami berada di tengah2 ladang zaiton..hilang terus rasa mengantuk driver..co-driver dan para isteri. Masing2 berdoa agar dapat jumpa stesen minyak, malangnya satnav kami mengatakan petrol kiosk terdekat beberapa batu lagi. Last2..alhamdulillah..jumpa juga kami akhirnya..terus isi full tank. Jauh lagi tu nak sampai Malaga..ternyata satu pengalaman yg sukar dilupakan hari itu..