Sunday, 21 March 2010

: : Cheese Cake : :


Kali pertama saya cuba buat kek keju yang dibakar dengan teknik berbeza..

Resipi ni saya dapati daripada kawan lama [BFF - Norhafizi Abas]. Thanx to her for this lovely cheeezy cake! Baiklah, ini resipinya, ternyata sangat mudah dan hasilnya sungguh sedap.

Bahan2:

500 g cream cheese
30 keping digestive [sy replace dengan richtea biscuits]
1 paket serbuk badam [sy xletak pun..agaknya kalu letak lagi sedap ni.]
1/4 buku butter
2 biji telur
1/2 cawan gula halus
1/2 cawan plain yogurt
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu besar perahan lemon

Cara2nya:

1. Panaskan oven dulu 180 C.

2. Sapu butter kat loyang. [sy sapu butter plus alas loyang spring-form tu dgn baking parchment].

3. Kisarkan biskut. Ketepikan..

4. Cairkan butter, then masukkan biskut dan serbuk badam. Tuang dalam loyang dan tekan2 biar padat.

5. Masukkan dalam oven dan bakar 10 minit. [sy cuma sejukkan dalam fridge saja].

6. Pukul cream cheese sampai gebu. Masukkan gula, telur, esen vanila dan plain yogurt yang dicampur dengan perahan lemon.

7. Keluarkan base tadi dan tuang adunan atas base. Pastu balut loyang tadi dengan aluminium foil sampai separuh loyang je sebab takut air masuk dalam loyang pasal loyang ni kan spring-form. Then, letak loyang kek dalam loyang lain yg lagi besar. Pastu masukkan air dalam loyang besar tu..kemudian baru bakar...selama 40-50 minit.

8. Bila dah cukup masa, tutup oven dan biarkan kek dalam oven tu tapi biarkan pintu terbuka..untuk elakkan kek merekah..

SELAMAT MENCUBA!!


6 comments:

nhf said...

oowwhh...i feel honored..thanks for the credit..but i think..u deserve it much more..coz it was u who inspired me at the first place...and now i know how to bake a cheese cake..tenkiu dear..

hnyhar said...

my pleasure! its taste was really yummy. will bake it next time..

Beautiful Life said...

Wow nampak awesome! Boleh cuba ni kalau rajin...

hnyhar said...

nuwal, cubalah..sedap..next time akak nak cuba buat maple pecan cheesecake pula...org kata sedap, nnti tgk, kalu rajin, boleh buat..hihi

ayu said...

nani u did a great effort.nampak jadi sesangat n sure rasa nya pun best.nnti nak try jugaklah...

hnyhar said...

kak ayu,
1st time buat yg jenis camni.tp rasa dia not bad, ni yg simple cheese cake ni..cubalah nnti..