Hari ke-4 berada di bumi Andalus...kembara ilmu diteruskan dengan mengembara ke bumi Cordova pula. Perjalanan yg memakan masa 2 jam lebih ini sangat memenatkan lebih2 lagi bila bersama kanak2 kecil ni.
Cuaca sangat baik sewaktu kami tiba di sana..cerah dan langit pun membiru. Pendek kata..ini faktor2 yg akan menyumbang kepada foto2 yg menarik. He3..usai saja menikmati bekal makanan yg dibawa..kami pun teruskan langkah kaki menyeberangi jambatan "Roman Bridge" menuju ke destinasi kami yang sebenar..iaitu;
MASJID QURTUBAH
yang kini telah dikenali sebagai;
LA MEZQUITA
Cuaca sangat baik sewaktu kami tiba di sana..cerah dan langit pun membiru. Pendek kata..ini faktor2 yg akan menyumbang kepada foto2 yg menarik. He3..usai saja menikmati bekal makanan yg dibawa..kami pun teruskan langkah kaki menyeberangi jambatan "Roman Bridge" menuju ke destinasi kami yang sebenar..iaitu;
MASJID QURTUBAH
yang kini telah dikenali sebagai;
LA MEZQUITA
Masjid Qurtubah dari jauh..sungguh cantik. Dicatatkan bahawa Qurtubah @ Cordova mencapai kemuncak kegemilangannya di bawah pemerintahan Abd ar-Rahman III pada kurun ke-10 yang merupakan di antara pemerintah2 yang hebat di dalam sejarah Islam. Di waktu ini Cordova merupakan pusat perkembangan ilmu yg teragung di Europe dalam bidang sains, budaya dan seni. Pada masa inilah terbinanya masjid Qurtubah yang hebat ini.
Namun, kini ia tiada lagi menjadi milik kita setelah masjid ini dengan sepenuhnya dijadikan Cathedral bagi puak2 Kristian dalam tahun yang sama semasa Cordova beralih pucuk pimpinan [re-conquered] iaitu pada tahun 1236.
Masjid Qurtubah dari luar bangunannya..ternyata tinggi dan gagah teguh struktur binaannya, bukti kebijaksanaan arkitek Islam dahulu dan lambang kemegahan kegemilangan Islam.
Patio de los Naranjos suatu masa dulu digunakan sebagai tempat mengambil wudu' yang sangat klasik masih lagi mengekalkan fountain nya dan juga deretan pokok2 limau di sekitar tempat ini.
Untuk melilau di sekitar luar kawasan masjid tidak memerlukan apa2 bayaran. Tetapi jika nak masuk melawat di dalam masjid, memang ada caj yang dikenakan.
The Bell Tower a.k.a. The Torre de Alminar.
Bangunan setinggi 93 meter ini merupakan menara masjid Qurtubah dahulunya, tempat muazzin melaungkan azan setiap kali masuknya waktu solat. Kini, di puncak menara ini tersergam tanda salib kebanggaan puak2 Kristian.
Tak dapat dinafikan saya berdebar2 sebelum menunggu dibenarkan masuk ke dalam La Mezquita ini. Bayaran masuk adalah sebanyak 6 Euro untuk dewasa dan 3.50 Euro untuk kanak2.
Semasa melangkah masuk ke dalam bekas masjid yang tersohor ini sayuuuup di hati terasa sayu dan hiba mengenangkan tempat ibadat orang2 Islam telah beralih arah ke puak2 musuh Allah. Hinggakan tiada lagi tulisan memuji Ilahi dan kekasih-Nya terukir indah di dinding masjid. Yang tinggal hanyalah ukiran dan senibina Islam yang asas..yang kini telah pun dihiasi dengan lukisan dan ukiran 'malaikat' dan Jesus Christ mereka.Oh! Ye..mula2 masuk dalam masjid Qurtubah ni, telah datang seorang lelaki mengingatkan kami bahawa kami DILARANG menunaikan solat di dalam masjid ini. Alangkah bahagianya jika dapat tunaikan solat dalam masjid ni kan.
Kesan tinggalan Islam semuanya disimpan rapi di dalam cermin kaca.
Hasil senibina Islam yang masih dikekalkan..batu bata yang dibentuk arches yang berselang-seli warna merah dan putih ternyata sangat memberi kesan yang sangat menarik tatkala cahaya matahari masuk menerangi menerusi tingkap masjid. Saya dapat bayangkan betapa indah dan bercahayanya tempat ibadat ini dahulu semasa diimarahkan oleh orang2 Islam.
Dah tiba masanya untuk kami beredar dari masjid yg hebat ini. Syukur dapat juga kami jejakkan kaki ke sini. Semoga dengan kunjungan ilmu ni dapat meningkatkan keimanan terhadap Allah SWT. Rasa sedih untuk meninggalkan tempat ini..seolah2 ia sedang meraih simpati kami untuk mengembalikan semula peranannya yang agung suatu masa lalu.
Di luar kawasan masjid terdapat deretan kedai souvenir yang pelbagai. Naik juling jugalah biji mata ni. Teringin juga nak cari souvenir yang lain dari yang lain..namun masa tak mengizinkan untuk berlama2 di situ kerana kanak2 sudah mula ke'boring'an..sudah berlari ke sana ke mari. Risau juga sebab kat jalan ni walaupun nampak kecil seperti kaki lima namun, kereta banyak yang lalu lalang, laju2 pula tu.
Kami rasa bangunan ni adalah bekas istana. Di tepinya terdapat pintu gerbang masuk. Mungkin suatu masa dahulu tempat ini sangat memberi impak kepada perkembangan ilmu dan budaya. Di dalamnya terdapat sekolah, kedai dan sebagainya. Betapa besar kota Cordova suatu masa dulu. Masakan tidak dijulang sebagai pusat kegemilangan Islam.
Satu2nya masjid yang kami temui semasa berada di bandar Cordova [xtahula kot2 mereka yg pernah ke sini menemui masjid2 yg lain lagi]. Sampai naik kejang kaki kami berjalan semata2 nak cari tempat untuk bersolat. Rasa sedih bila mengenangkan sebesar2 masjid dah dirampas puak2 Kristian, yang tinggal hanyalah masjid yang seciput ni je. Dhaif sungguh kelihatan masjidnya. Ruang solat wanita juga sangat sempit, ini mungkin kerana mereka tidak menggalakkan kaum wanita berjemaah di masjid. Kelihatan beberapa keping foto masjid yg terdapat di Malaysia ditampal di papan putih dalam masjid tu. Menurut lelaki yg berada dalam masjid tu, beliau amat menghormati negara kita yg menjadikan Islam sebagai agama rasmi.
Setelah selesai menunaikan solat maghrib dan isyak maka kami berjalan kaki menuju ke restoren halal "Kebab Mahal" untuk menikmati makan malam. Dah siap makan, kami tunggu sang ayah berdua pegi ambil kereta yang agak jauh letaknya dari restoren tu. Dapatlah kami pekena teh tarik sekejap..pheww..sedap betul teh tarik tu.
Malam tu kami buat keputusan untuk teruskan perjalanan pulang ke Malaga memandangkan hotel yang berharga murah susah di dapati. Yang ada yang mahal2 belaka. Dah tolak campur dengan minyak dan sebagainya, lagi untung jika kami bertolak pulang saja. Kasihan juga pada pemandu Vito kami.
Perjalanan kami tidak semudah yang dijangka. Minyak kereta hampir kering di saat kami berada di tengah2 ladang zaiton..hilang terus rasa mengantuk driver..co-driver dan para isteri. Masing2 berdoa agar dapat jumpa stesen minyak, malangnya satnav kami mengatakan petrol kiosk terdekat beberapa batu lagi. Last2..alhamdulillah..jumpa juga kami akhirnya..terus isi full tank. Jauh lagi tu nak sampai Malaga..ternyata satu pengalaman yg sukar dilupakan hari itu..
Malam tu kami buat keputusan untuk teruskan perjalanan pulang ke Malaga memandangkan hotel yang berharga murah susah di dapati. Yang ada yang mahal2 belaka. Dah tolak campur dengan minyak dan sebagainya, lagi untung jika kami bertolak pulang saja. Kasihan juga pada pemandu Vito kami.
Perjalanan kami tidak semudah yang dijangka. Minyak kereta hampir kering di saat kami berada di tengah2 ladang zaiton..hilang terus rasa mengantuk driver..co-driver dan para isteri. Masing2 berdoa agar dapat jumpa stesen minyak, malangnya satnav kami mengatakan petrol kiosk terdekat beberapa batu lagi. Last2..alhamdulillah..jumpa juga kami akhirnya..terus isi full tank. Jauh lagi tu nak sampai Malaga..ternyata satu pengalaman yg sukar dilupakan hari itu..
10 comments:
fuh... boleh bygkn mcm mana perasaan korang saat minyak hampir habis tu.. alhamdulillah semuanya selamat - fa10
fa10,
ingatkan anis manala tadi..hehe..guano tukar namo pena nih?
huh, mmg sengsara sgt..berdebar2..macam2 kami [yg pompuan ni..] pikir jika si suami2 ni berhentikan kereta dan pergi cari minyak..aduss..buatnya kena rampok ke malam2 buta tu..dahsyat sungguh pengalaman ni..
alhamdulillah..niat kami baik hari tu...keluar utk menziarah masjid..siapa sangka SatNav bgtau jauuh lg jarak nak smpai stesen minyak, tapi..last2 kami jumpa stesen minyak sblm kekeringan tangki..
maka begitulah alkisaahnyaaa....
Subahannallah..Ya Allah...Tahniah Kepada anda sekelurga keran dapat berkosing satu maklumat yg bg saya amat berharga untuk diketahui oleh semua pihak....sunnguh indah ciptaa allah yg maha esa ni....rasa sayu di hati mengenangkan kegemilangan islam masa dulu dan kini telah beralih arah kepda musuh islam sendiri....dan saya melihat indah dan agung sungguh pembinaan dan ciptaa keislaman dahulu...
saya melihat dalam blog ni pun saya rasa mcm nak ke sana je melihat dgn mata sendiri namun belum masanya lagi kakai melangkah ke sana insayallah ada rezeki sampai la saya ke sana nnt....
Syuran Jazilan kepada anda sekeluarga....
terima kasih AUDRALAILEY kerana sudi berkunjung ke baytulkifli. insyaAllah, jika ada rezeki, sampailah ke sana tu..
**afwan!
Bestnya ke Spain, mmg menarik lah Masjid Cordova. Err...kebab mahal tu mahal tak? hehe
nuwal,
hmm..seronok dan berbaloi datang ke sini. banyak sejarah Islam tertinggal di Andalus. sayang sekali masjid hebat sudah beralih peranannya...
salam tuan punya rumah..akak bertandang tanpa izin n follow lak tuuu...akak terberkenaaaann kan gambar2 bangunan yg kalian amek..amat menarikkk dan cantik... akak jumpa blog ini dlm next blog sorg teman..maaf yee..salam perkenalan sila ke teratak akak kalu perlukan resepi semasa diperantauan..ahaksss..
kak ilah jy,
terima ksh sudi singgah dan jadi follower baytulkifli...nnti sy add link blog akak pula..
Salam. Terima kasih hasilkan entry ni... Dah lama teringin nak tengok macam mana keadaan dalam Masjid Cordova... Belakang pagar warna keemasan tu apa ye? Patung jesus bersalut emas ke?
Anyway, banyak lagi tugas dan tanggungjawab yang memerlukan sumbangan kita...
salam..
sama2..maaflah lama pula ambil masa nak terbitkan entry ni.
aah betullah tu..yg belakang pagar warna keemasan tu memang ada jesus warna emas..siap dgn angel2 nya sekali..haha. sakit hati melihatnya..
Post a Comment