Showing posts with label Aktiviti. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti. Show all posts

Tuesday, 14 June 2011

Kutip Buah

Sabtu lalu kami ke Castle Eden Fruit Farm di Teesside [berhampiran Sedgefield carboot] untuk aktiviti mengutip strawberry. Ini merupakan kali kedua kami mengutip strawberry. Dulu masa tahun 2009 kami ke Plawsworth dalam daerah Durham juga. Tapi, malangnya tahun ni buah strawberry di ladang Plawsworth tak menjadi gara2 cuaca buruk semasa musim sejuk lalu [winter hard frost] dan ladang tak dibuka untuk orang ramai pun. Kami jumpa tempat ini pun masa lepas mencari2 di internet. Menurut pengurusnya, kita disarankan menelefon terlebih dahulu sebelum datang. Jika mereka kata OK, baru boleh. Ini semua gara2 buah yang tak berapa menjadi. Tempat ini dibuka seawal jam 10 pagi dan ditutup jam 6 petang.

Ladang ini sederhana besarnya berbanding dengan ladang di Plawsworth. Paling menyedihkan, buah2 strawberrynya tak besar mana, malah daun pokoknya juga tak lebat. Kasihan tengok buah2 yang tak lebat tu. Kecewa juga sekejap. Tapi, misi tetap berjalan sepertimana dirancang.

Kami ambil 2 bakul je. Itupun tak penuh bakulnya [lagipun bakul tu besar]. Jika dilihat, buahnya tak merah menyala, tapi jangan risau, sebab rasanya manis sangat. Kami pun macam tak percaya je buah yang berwarna merah pudar tu sebenarnya manis. Kami tak lama pun berada di sini, setengah jam je kot. Selesai je bayar harga strawberry yang dikutip, maka kami pun baliklah. Oh! Ye..kat sini tak perlu bayar harga masuk ke ladang. Bayaran hanya dikenakan pada buah yang dikutip caj mengikut timbangan. Hari tu, kami tak tengok pun berapa kos untuk 100 g strawberry. Hasil kutipan kami bernilai GBP10. Pheww..boleh tahan mahal. Tup2 dalam masa 2 hari strawberry habis dimakan oleh budak 3 orang dalam rumah ni. Tak sempat nak buat strawberry shortcake.


Bangunan rumah ni tempat yang kami mula2 tersilap masuk. Ingatkan itu tempatnya. Rupanya kena straight je masuk ikut signage strawberry [walaupun kat signage tu tertulis NO ENTRY].

Ameen sedang mengutip buah strawberry di celah2 barisan pohonnya.Nampak tak..tak merimbun kan..
Buah pun jarang2 je.

Izzah kutip juga tapi untuk masuk mulut sendiri je. Sambil angguk2 kepala cakap yummy..yummy..

Lihat sendiri ladangnya..botak2 belaka pokok.

Iffah dengan hasilnya. Tu pun lepas kena tapis ngan ayah dan ibu sbb aasyik nak amik yg kecik je..

Ini ibu punya. Merah. I love RED ! RED roses, RED tulips and RED strawberry!

Dua bakul je.

Nampaknya ini merupakan kali terakhir kami berpeluang mengutip buah strawberry segar dari ladang. Masih tak menyamai apa yang ada di Cameron Highlands. Di sini buahnya sangat manis. Manis semanis2nya. Kami akan merindui.

Wednesday, 2 February 2011

Kem Bestari Solat Baytulkifli

Ahad lalu kami buat kem bestari solat untuk Ameen & Iffah sebagai latihan kepada mereka untuk praktis cara berwudhu' dan solat dengan betul. Idea asal datangnya dr ayah. Petang Ahad tu diperuntukkan khas untuk aktiviti ni. Ayah yang handle semua dr awal sampai akhir sbb ibu sibuk di dapur pula time tu. Ibu kononnya tengah masak best2 dinner mlm tu..hihih. Ibu dapat tolong part yg last2 dah..i.e. betulkan kaki Iffah waktu sujud.

Alhamdulillah, kursus amali berjaya utk julung kalinya. Kami rasa perlu ada siri kedua atau mungkin ketiga utk mereka berdua ni kerana mereka masih belum tahu beberapa bacaan tertentu di dalam solat. Surah al-Fatihah dan beberapa surah lazim mereka dapat baca dengan baik tp tahiyyat awal dan akhir, doa iftitah masih belum tahu baca.

Harapan kami moga Ameen dan Iffah tahu semua bacaan dalam solat dan berjaya solat dengan tertib sebelum balik nanti. Kelak bila dah masuk sekolah, mesti ustaz/zah pantau cara mereka solat. Dapat feedback yg positif drpd mereka berdua termasuklah si kecil Izzah yg turut bersolat dengan mainan penuh di tangan. Paling kelakar bila Ameen yg teruja dgn kem solat berkata, "wow..ayah!! i like this game!!" Ada ke game dikatanya kursus solat nih..ish3.


Ameen Iffah sedang amali solat maghrib berjemaah. Iffah tak jumpa cari telekungnya gara2 suka main 'pondok2'nya.

Bukan mudah nak tunjuk cara yg betul kpd mereka..betulkan kepala, lutut kendur pulak..

Bila time sujud, bunyi macam ada benda jatuh 'gedebum' bila masing2 merebahkan lutut dan tangan dgn kuat..huh..puaslah ayahibu betulkan sana sini..alhamdulillah mereka menurut.

Masa sy ambil gmbr ni, tiba2 si Iffah pandang dan senyum..laa..sy kata masa solat xleh pndang sana sini..pandang bawah je..tempat kakak sujud..hohoho..nak tergelak rasanya tapi, kena control, nnti kang mereka ingat itu bahan lawak..nanti jd xserius pula. Tengok Izzah pun join juga.

Selesai berdoa, semua bersalaman dengan ayah dan ibu.


Maka dengan ini berakhirlah kem bestari solat baytulkifli untuk siri 1. Siri 2 akan menyusul kelak. Kami doakan moga2 anak2 kami membesar menjadi anak2 yg soleh/hah dan taat kpd perintah Allah SWT dan ayahibu..amiiiin ya Rabb!

Pastu kami menikmati hidangan lazat istimewa bersempena kursus hari itu..hehehe.

Wednesday, 21 July 2010

Family Learning Course

Hari Selasa kali ini saya tidak ke mana2. Sebelum ni tiap kali Selasa pagi saya akan terkocoh2 bersiap2 untuk menghadiri kursus Family Learning. Saya belum pernah bercerita tentang kursus ini dalam baytulkifli. Penyakit M teruk juga melanda saya..ahaha. Iyelah, banyak betul kisah2 pengalaman baytulkifli tidak dicatatkan di sini. Pengunjung pun agaknya dah ramai yang lari kan.

Oh! Ye..berbalik semula ke kisah Family Learning course ni. Pada awalnya saya gementar juga nak ikuti..maklumlah golongan minoriti ni, perasaan inferiority tu agak menebal juga. Mungkin tidak pada orang lain, tapi 'ya' bagi diri saya. Atas dorongan daripada suami, maka saya kuatkan semangat untuk sertainya. Kursus 2 jam setengah yang diadakan selama 6 minggu ini sangat informatif dan berjaya jadikan saya seorang yang lebih konfiden dalam berkomunikasi.

Tak cukup rasanya hanya 6 minggu saja.. tempoh masa pun singkat. Menurut seorang rakan Malaysia di sini, kursus ni sebelum ni pun dah ada, dan beliau pun pernah sertainya. Namun, saya tak pasti samada target dan modulnya serupa atau tidak. Kursus yang saya ikuti ini memfokuskan kepada ibubapa dan anaknya yang belajar di KS1 atau 2 [Key Stage]. Jadi, dalam setiap sesi, saya dan Ameen [Year 1] akan bergandingan bersama.

Minggu pertama, kami beraktiviti di bilik staf Bowburn Infants and Nursery School saja. Tetapi untuk minggu berikutnya kami menjalani modul kursus di Methodist Church, depan Bowburn library, kira2 5 minit saja berjalan kaki dari rumah saya. Setiap minggu ada saja aktiviti menarik dilakukan bersama selain mendengar ceramah pendek. Ada sekali je yang saya tak hadir, itupun kerana Ameen kena campak. Saya rasa terkilan juga sebab tak semua sesi saya dapat rakamkan detik dan pengalamannya kerana di sini, kita dilarang mengambil gambar sembarangan tanpa izin. Tiada peserta pun yang membawa kamera, kecuali saya dan Sharon. Sharon takpelah, kerja dia kan, itupun dia siap suruh kami isi borang persetujuan untuk benarkan gambar kami diambil. Siapalah saya ni nak tangkap2 gambar pula. Pheww...sama juga halnya bila di sekolah. Jangan pandai2 nak ambil gambar anak awak dengan anak mat saleh lain..silap2 boleh kena saman tau.

Kami pernah belajar memasak makanan Argentina daripada professional chef dari Argentina [sekarang bekerja sbg chef di salah sebuah hotel terkemuka di Newcastle]. Rugi sungguh rasanya tak bergambar dengan chef tu..punyalah friendly si Victoria tu..isk3. Kami pernah ikuti lawatan sambil belajar ke Durham Oriental Museum, lepas tu piknik dan jelajah Botanic Garden sampai naik lenguh kaki2 ni haa...macam2 yang kami buat. Semuanya seronok dan bermanfaat.

Pada sesi terakhir, kami buat party..masing2 bawa makanan ala2 potluck..tapi Sharon tak suruh pun. Saya bawa karipap pusing inti kentang [vegetarian] sebab Shakti [wanita India] memang vegetarian. Biasanya karipap saya ada inti daging atau ayam. Hmm...semua suka karipap termasuklah Sharon dan Melanie. Banyak betul mereka makan...hahaha. Sharon siap tapaw lagi. Hari last tu kami diminta memakai pakaian istimewa dan kemas. Baju kurunglah untuk saya. Jenuh juga menerangkan keistimewaan baju kebangsaan tu. Apapun saya seronok dan bangga kerana dapat jadi duta kecil Malaysia buat mereka. Dapat perkenalkan kuih tradisional Melayu pula tu. Nampaknya mereka pun suka juga makan makanan Melayu.

Saya dapat sekeping sijil untuk kursus ni. Dapatlah saya buat testimoni dan kenangan kan..alhamdulillah. Jika ada follow-up courses, rasanya saya nak ikut lagi, cuma kena tanya encik boss lah dulu pasal kalau boleh, masa saya berprogram tu, tak maulah bawa Izzah bersama...nanti dia asyik nak mamaaaaa je..isk3. Kalau boss setuju nak jaga Izzah, saya OK la.

Baiklah, dah panjang lebar cerita, jom lihat gambar di bawah ni.

Snail = roti yang disapu butter, gulung2 cam rolie polie, pastu letak stick, pastu letak pisang yang dihiris. Ini artwork Ameen, bukan ibunya :) .

Karipap pusing berintikan kentang. Laris!!

Ameen dengan Vivin Kanan, anak kepada Shakti. Shakti tak kisah Vivin bergambar dengan Ameen.

Artwork Ameen pada hari terakhir kursus.

Peserta kursus yang dapat hadir, masih ada lagi tapi tak dapat datang.
Dari kiri : Shakti, saya, Melanie dan Sharon.

Bergambar bersama tutor Family Learning Course, Sharon. Sharon ni tinggi sungguh..dan langsing. Jarang nak jumpa minah saleh yang kurus begini. Rata2 sihat walafiat. Terima kasih Sharon atas segala tunjuk ajar. Jumpa lagi..

Wednesday, 24 February 2010

Dinner with Ayah's SV

Hari Isnin lepas kami telah mengundang Supervisor [SV] ayah untuk hadir ke majlis makan malam bertempat di rumah kami. Sudah lama kami simpan idea untuk menjemput beliau bertandang ke rumah ni, hanya masa yang tidak sesuai. Kali ini tak sangka pula 'menjadi' perancangannya. Alhamdulillah.

Majlis bermula jam 6 lebih. Seramai 6 orang students Dr Mehmet Asutay turut sama meraikan kedatangan beliau. Tiada masalah untuk mereka datang kerana kami semua tinggal berdekatan saja. Dr Mehmet ni merupakan 2nd SV abang selain Prof Rodney Wilson.
Beliau seorang muslim dan berasal dari Turkey. Pertama kali saya melihat wajahnya secara langsung.

Inilah juadah yang disediakan untuk mereka yang hadir. Sebagai tuan rumah, saya sangat berterima kasih kepada kawan2 yang turut sama membawa makanan berupa lauk2 dan dessert yang sedap2. Macam2 ada..saya hanya masak ayam golek, ayam bakar, telur dadar, karipap dan biskut [kuih raya].

Antara dessert yang ada..ada yang tak termasuk dalam gambar iaitu tart kastard strawberi & bihun goreng, sebab masa ambil gambar ni 2 menu tu belum sampai lagi..ehehe.

Abang kata banyak juga Dr Mehmet makan malam tu. Harap2 beliau sukalah masakan Melayu ni. Dengar2 beliau gemar akan makanan Thai.

Potong dulu jangan tak potong..karang ada yang malu2 nak makan.

Seperti biasalah, kaum lelaki dulu yang akan merasmikan. Risau Dr Mehmet tak biasa makan buffet, jadi kami buat style makan kat meja je..makan berhidang. Meja kat rumah kami ni pula kecil benar, kerusi pun ada 4 saja. Kesannya kena pakai banyak meja untuk letak semua makanan tu.

Antara pelajar perempuan yang hadir. Those powerful mums, as busy as bees..but still give the best commitment in whatever they do.

Selepas makan malam. Masing2 dah nampak kekenyangan untuk menyuap pencuci mulut. Banyak benda yang tak pernah dibualkan selama ini bersama SV dapat dirungkaikan malam itu. Sekali sekala adakan majlis seumpama ini bagus untuk mereka bertukar2 fikiran bukan sahaja tentang akademik & kerja2 phd malah mengenai kehidupan dsb. Sekurang2nya hubungan di antara SV dan anak didiknya sentiasa 'warm'.



Sebelum pulang, semua bergambar kenang2an bersama dengan tetamu yang dirai. InsyaAllah, lain kali jika ada rezeki boleh jemput lagi. Manalah tahu sebelum pulang ke tanahair nanti.

Terima kasih yang tak terhingga kepada Shifa & Zariman, Hanira, Ros Aniza, abg Syahmi, Fauzi dan abg Nizam.

** nampaknya mata ayah terpejamla pula time ni...


Saturday, 2 January 2010

White New Year

Semalam snow turun lebat sangat. Pendek kata, winter kali ini memang paling sejuk antara winter2 yang sebelumnya. Salji pun dah lebih 2 minggu memutih di area north east of England ni. Minggu depan pun dijangka snow turun lebat lagi.

Malam tahun baru pun snow memang dah mencurah2..jadi keesokan paginya selesai je bersarapan kami terus capai snowcoat masing2 untuk keluar melihat pemandangan putih bersih. Kali ni kami ke bandar Durham.


Suasana di Bowburn. Putih..

Izzah dah pun siap dibungkus..berlapis2 supaya tahan sejuk..sejuk weh..masa kami keluar tu suhu mencecah -3 Celsius. Masa ni snow dah berhenti turun..

Tengoklah kereta kami tu..penuh ditutup salji. Nak kena bersihkan dulu sebelum bergerak ni. Silap2 pintu kereta pun tak boleh buka, beku. Pernah sekali mainan baby [yang ada cecair dalamnya] kami letak dalam bonet kereta, beku jadinya toy tu..

Kami ke Durham Cathedral pagi itu..indah sungguh pemandangan putih salji. Ternyata masih belum dinodai. Tiada seorang manusia pun yang ada di situ..Yang ada hanya kami berlima. Thanx to tripod & Lumix. Banyak juga gambar berlima ni..cuma terganggu oleh ragam si Iffah yang menangis merengek2 minta didukung dek tak tahan sejuk. Iyelah mana tak sejuknya, awal2 lagi dia dah bedal main snow tu..habislah basah seluar.

Belakang kami ni Durham Castle. Pintu masuk ke castle ni ditutup dan dikunci. Jadi kami bergambar di luarnya saja.


Di hadapan Durham Cathedral. Ameen dengan snowball nya..bersungguh benar dia buat tu. Nak buat snowman katanya. Tapi, tak berjaya sebab yg sorang lagi tu dah uwaaaaa...pandang kamera pun dah tak mau.


Bergambar di hadapan Durham castle. Kelihatan pintu masuk ke castle ditutup.

Ameen tak habis2 dengan BIG snowball nya hingga tak larat nak bawak. Ayah terpaksa golek2 snowball tu sebab dia nak bergambar sama ngan snowball hasil buatannya. [tak sempat nak jadikan snowman sebab Iffah dah meragam, menangis.. :( ]

Gambar ini agak gelap, mungkin sebab saya guna setting 'scenery' yg sepatutnya gunala 'snow' setting. Biarlah..dah captured pun imejnya.





Izzah & Ibu. Nasib baik baby ok saja sepanjang sesi penggambaran.



Gambar ni diambil oleh sorang mat saleh yang on his way nak masuk dalam cathedral. Bertiga je. Lagi 2 orang tiada dalam gambar, dah masuk dalam kereta. Iffah pun dah nangis2 tak tahan sejuk.



Saya selalu masukkan kedua2 tangan dalam poket snowcoat ni..sebab tak pakai glove. Jari kesejukan. Bila nak snap gambar agak susah sikit jika pakai sarung tangan. Itu pasalla saya letak tangan dalam poket. Tapi, sekali tengok, gambar ni macam saya pregnant pulak :P


Sekianlah gambar2 yg dirakam semalam. Saya je yg banyak bergambar sebab yang lain2 dah 'kesejukan'..semua takmau keluar dari kereta. Sesi klik2 pun terpaksa ditangguh...sehingga snow lebat turun lagi..