Tuesday, 14 June 2011

Kutip Buah

Sabtu lalu kami ke Castle Eden Fruit Farm di Teesside [berhampiran Sedgefield carboot] untuk aktiviti mengutip strawberry. Ini merupakan kali kedua kami mengutip strawberry. Dulu masa tahun 2009 kami ke Plawsworth dalam daerah Durham juga. Tapi, malangnya tahun ni buah strawberry di ladang Plawsworth tak menjadi gara2 cuaca buruk semasa musim sejuk lalu [winter hard frost] dan ladang tak dibuka untuk orang ramai pun. Kami jumpa tempat ini pun masa lepas mencari2 di internet. Menurut pengurusnya, kita disarankan menelefon terlebih dahulu sebelum datang. Jika mereka kata OK, baru boleh. Ini semua gara2 buah yang tak berapa menjadi. Tempat ini dibuka seawal jam 10 pagi dan ditutup jam 6 petang.

Ladang ini sederhana besarnya berbanding dengan ladang di Plawsworth. Paling menyedihkan, buah2 strawberrynya tak besar mana, malah daun pokoknya juga tak lebat. Kasihan tengok buah2 yang tak lebat tu. Kecewa juga sekejap. Tapi, misi tetap berjalan sepertimana dirancang.

Kami ambil 2 bakul je. Itupun tak penuh bakulnya [lagipun bakul tu besar]. Jika dilihat, buahnya tak merah menyala, tapi jangan risau, sebab rasanya manis sangat. Kami pun macam tak percaya je buah yang berwarna merah pudar tu sebenarnya manis. Kami tak lama pun berada di sini, setengah jam je kot. Selesai je bayar harga strawberry yang dikutip, maka kami pun baliklah. Oh! Ye..kat sini tak perlu bayar harga masuk ke ladang. Bayaran hanya dikenakan pada buah yang dikutip caj mengikut timbangan. Hari tu, kami tak tengok pun berapa kos untuk 100 g strawberry. Hasil kutipan kami bernilai GBP10. Pheww..boleh tahan mahal. Tup2 dalam masa 2 hari strawberry habis dimakan oleh budak 3 orang dalam rumah ni. Tak sempat nak buat strawberry shortcake.


Bangunan rumah ni tempat yang kami mula2 tersilap masuk. Ingatkan itu tempatnya. Rupanya kena straight je masuk ikut signage strawberry [walaupun kat signage tu tertulis NO ENTRY].

Ameen sedang mengutip buah strawberry di celah2 barisan pohonnya.Nampak tak..tak merimbun kan..
Buah pun jarang2 je.

Izzah kutip juga tapi untuk masuk mulut sendiri je. Sambil angguk2 kepala cakap yummy..yummy..

Lihat sendiri ladangnya..botak2 belaka pokok.

Iffah dengan hasilnya. Tu pun lepas kena tapis ngan ayah dan ibu sbb aasyik nak amik yg kecik je..

Ini ibu punya. Merah. I love RED ! RED roses, RED tulips and RED strawberry!

Dua bakul je.

Nampaknya ini merupakan kali terakhir kami berpeluang mengutip buah strawberry segar dari ladang. Masih tak menyamai apa yang ada di Cameron Highlands. Di sini buahnya sangat manis. Manis semanis2nya. Kami akan merindui.

2 comments:

ummi_ziz said...

Wah bestnya pegi strawberry picking. Haritu pegi rumah kawan, ada pokok strawberry..pon buahnya kecik2 tp ya Allah manis sgt2. yummy! :)

Nti nk merasa jgk la pegi petik yg fresh kt ladang. hihi. See u all this saturday. Insya Allah.

hnyhar said...

izu,
mmg manis sgt2la..xsangka dgn rupa yg xberapa mengancam pun, masih rasa manis..hehe.

pergilah izu, jgn lepaskan peluang..ni kami dah xdpt merasa memetik strawberry dan epal lagi..huuhu

london hujan ke sekarang..tgk forecast macam hujan je esok..huuu..see u guys on saturday morning...