Sunday, 12 June 2011

Cerai BF

Masuk hari ni dah 3 hari Izzah tak minum susu badan. Malam tadi adalah malam yang baik sikit dari 2 malam sebelumnya. Dah mula tidur sendiri di awal malam..tapi kurang dah sikit mencari2 macam malam sebelum tu. Alhamdulillah...bersyukur sangat sebab dapat juga latih sebelum balik Malaysia ni. Bukan apa, risau dia menangis lagi teruk bila ditinggalkan di nursery nanti. Sekurang2nya, dah boleh berdikari tanpa ibu..

Sebenarnya dah lama plan nak berhentikan sejak usia Izzah 2 tahun 2 bulan lagi..cuma kekuatan itu tidak ada. Saya sangat tak sampai hati. Tapi, bila keadaan dah makin suntuk..saya terpaksa kuatkan semangat juga. 3 hari lalulah bermulanya saat saya memisahkan Izzah secara rasmi dari tanggungjawab menyusu. Moga di hari mendatang Izzah makin kuat dan stabil emosinya..she really is.



** I put ground cinnamon onto it then a bit of VICKS which is not appropriate at all and sounds cruel , but yet i did it..luckily Izzah didn't swallow that sort of minty thing..not even dare to come closer as she found new and weird smell of 'mama'. Heheh..it was so funny to see her face at that time. Full of confusion..

8 comments:

norgee said...

Kesian Izzah...tapi takpe..utk kebaikan dia jgk...hehe...aku buleh bayangkan muka dia tuu...mesti cute!

teringat plk kes anak sedara aku...bila Ma aku offer her b****t [she actually showed it to her] dia terus geleng2 kepala...hahaha! x se! lawak laaa...

pe pn, tahniah utk mung...sbb lama menyusukan dia...itu yg terbaik :)

hnyhar said...

gee,
kesian gee..tu yg masa malam pertama tu aku nangis jugak sama2 dia..pastu dia makin ok dah...harap2nya bertambah2la ok sebelum kelik nih..

haha..lawaknya anak sedara mung..

terima kasih! hanya menunaikan haknya..sementara berpeluang. :)

Zaitun said...

Kesian Izzah dah lama kepit dengan mummy tapi ada baiknya nanti bila dah bekerja semula senang nak tinggalkan.

hnyhar said...

kak zai,
itulah pasal..kesian sangat tengok dia menangis mcm tu malam2. skrg ni dia asyik terjaga awal dr biasa je, mungkin sbb xlena tido...biasa asyik bertempek je..

Lady Lavender said...

memang dugaan betul time2 mcm ni...dugaan buat anak dan dugaan buat kita jugak. Saya pun tak dapat bygkan camana nak hadapi saat ni nanti..

hnyhar said...

lady lavender,
mmg cubaan sungguhla..sy yg no 3 ni je pengalaman BF tu lamaaa..yg dua lgi tu sekejap je. alhamdulillah, sehingga hari ini, izzah ok, cuma pagi2 buta seawal 4 pagi dia dah kejutkan kita bangun sebab nak makan itu ini..

ishamizu said...

Alahai sedihnya dgr Izzah cerai susu ibu. Izu aritu letak lipstik, kata tut ummi sakit, luka bdarah. Iris mmg tk nak dah lps tu..siap ckp @cian umi..cakit". nk tdo mlm ada mtk2 jg tp bila tgk ada 'darah' tak jadi tp tk nangis..so understanding her..masa tu sedih sgt izu, izu yg nangis..hihi..

hnyhar said...

oooh bagus iris...ish kalau akakk pun akak nangis izu sbb dia baik..dan memahami..sedih kan..sekarang ni dia kalau nak tidur, cari ibu..tp kemudian naak ayah semula...sedih pulak dah xmau berkepit dengan ibu lagi...