Saturday, 2 January 2010

White New Year

Semalam snow turun lebat sangat. Pendek kata, winter kali ini memang paling sejuk antara winter2 yang sebelumnya. Salji pun dah lebih 2 minggu memutih di area north east of England ni. Minggu depan pun dijangka snow turun lebat lagi.

Malam tahun baru pun snow memang dah mencurah2..jadi keesokan paginya selesai je bersarapan kami terus capai snowcoat masing2 untuk keluar melihat pemandangan putih bersih. Kali ni kami ke bandar Durham.


Suasana di Bowburn. Putih..

Izzah dah pun siap dibungkus..berlapis2 supaya tahan sejuk..sejuk weh..masa kami keluar tu suhu mencecah -3 Celsius. Masa ni snow dah berhenti turun..

Tengoklah kereta kami tu..penuh ditutup salji. Nak kena bersihkan dulu sebelum bergerak ni. Silap2 pintu kereta pun tak boleh buka, beku. Pernah sekali mainan baby [yang ada cecair dalamnya] kami letak dalam bonet kereta, beku jadinya toy tu..

Kami ke Durham Cathedral pagi itu..indah sungguh pemandangan putih salji. Ternyata masih belum dinodai. Tiada seorang manusia pun yang ada di situ..Yang ada hanya kami berlima. Thanx to tripod & Lumix. Banyak juga gambar berlima ni..cuma terganggu oleh ragam si Iffah yang menangis merengek2 minta didukung dek tak tahan sejuk. Iyelah mana tak sejuknya, awal2 lagi dia dah bedal main snow tu..habislah basah seluar.

Belakang kami ni Durham Castle. Pintu masuk ke castle ni ditutup dan dikunci. Jadi kami bergambar di luarnya saja.


Di hadapan Durham Cathedral. Ameen dengan snowball nya..bersungguh benar dia buat tu. Nak buat snowman katanya. Tapi, tak berjaya sebab yg sorang lagi tu dah uwaaaaa...pandang kamera pun dah tak mau.


Bergambar di hadapan Durham castle. Kelihatan pintu masuk ke castle ditutup.

Ameen tak habis2 dengan BIG snowball nya hingga tak larat nak bawak. Ayah terpaksa golek2 snowball tu sebab dia nak bergambar sama ngan snowball hasil buatannya. [tak sempat nak jadikan snowman sebab Iffah dah meragam, menangis.. :( ]

Gambar ini agak gelap, mungkin sebab saya guna setting 'scenery' yg sepatutnya gunala 'snow' setting. Biarlah..dah captured pun imejnya.





Izzah & Ibu. Nasib baik baby ok saja sepanjang sesi penggambaran.



Gambar ni diambil oleh sorang mat saleh yang on his way nak masuk dalam cathedral. Bertiga je. Lagi 2 orang tiada dalam gambar, dah masuk dalam kereta. Iffah pun dah nangis2 tak tahan sejuk.



Saya selalu masukkan kedua2 tangan dalam poket snowcoat ni..sebab tak pakai glove. Jari kesejukan. Bila nak snap gambar agak susah sikit jika pakai sarung tangan. Itu pasalla saya letak tangan dalam poket. Tapi, sekali tengok, gambar ni macam saya pregnant pulak :P


Sekianlah gambar2 yg dirakam semalam. Saya je yg banyak bergambar sebab yang lain2 dah 'kesejukan'..semua takmau keluar dari kereta. Sesi klik2 pun terpaksa ditangguh...sehingga snow lebat turun lagi..

10 comments:

UnGu VioLet said...

cantik2 semua gambar akak.. suka mar tgk..

hnyhar said...

mar, tima kasih. tiap detik mesti dimanfaatkan..nanti dah balik msia tak berpeluang lg nak main snow..

HalfBlood Princess said...

betul, i like them too, pndi ambik..;) nway, dh mcm snow white k.Nani..posing cun gtew..:D And so cantik kaw. cathedral bler snow...blerla nk dok uk lg ni..nk maen snow. ;p

hnyhar said...

ehehe..tenkiu..yg ber5 tu tripod yg tlg amikkan..sbb xde org lagi masa we all smpai cathedral tu..maklumlah new year..org masih tidola kot..mlm tu berjaga count down..

haa..cpt2 dtg nk main snow...skrg ni uk mmg tgh heavy snow..coldest winter since 14 years ago..bygkan..hr ni pun suhu xcecah 0 C pun..minus je..

fa10 said...

masih segar dlm ingatan... di cathedral tu ada batu kristal warna hijau... sayo x cari2 pun... sibuk duk pukul gmbr jah

hnyhar said...

fa10, yo ko..hoh, ambo pung xtahu menahu..batu kristal gapo dio..?keno gi cari nih..dale church ko luar church?

**demo keno maghi sekali lg bokali..hihihi

iu rf said...

cantik..;)
rajinya amik gamba byk2 ramai2..
suka tgk... cuaca pun cun..
marbeles..

hnyhar said...

iu,
susah nak bergambar ramai2..bila time ok tu memang kena snap la byk2..

ayu said...

nani, cantik2 gambar2nya..teringin jgk nk kuar posing sementara snow tebal ni tp kurang sihat pulak...tp kalau photoshots pun susah nk ambik satu famili, anak2 kurang bagi kerjasama, ada2 je kerenahnya apatah lg sejuk2 ni...

hnyhar said...

k ayu,
dah ok ke blm ni..snow masih berbaki jika nak kuar utk sesi klik2..ehehe..tp tulaa ssh nak dptkan kerjasama kanak2 ni..itupun iffah dah nangis2 kesejukan..