Sunday, 17 January 2010

Bibik Kecil

video

Video ni saya rakam beberapa jam yang lalu. Video Izzah sedang ralit mengemas mainan2 abang dan kakaknya yang bersepah2 di lantai. Maklumlah hujung minggu kami bertapa di rumah saja. Jadi, terpaksa pejam mata la lihat segala mak nenek mainan yang berterabur tu.

Yang si adik kecilnya pula pantang saja lihat mainan berlonggok, pasti dia akan kutip satu persatu untuk dimasukkan ke dalam toy box. Aksi ni dah pernah berlaku sebelum ni cuma kali ni je saya dapat rakam, itupun pencahayaan tak berapa memuaskan pasal waktu malam dan bulb lampu pula warna kuning. Sambil menyebut 'tidy up..tidy up' Izzah mengutip satu2 mainan dan masukkan dalam box. Mungkin dia perhatikan apa yang kita buat..lepas tu tiru.. 'learning by imitating..observation'. Alhamdulillah, saya harap adalah sorang yang rajin tolong kemaskan rumah..ehehe.

6 comments:

UnGu VioLet said...

ala2.. comeynyer die.. geram jer tgk die.. rasa nak picit2 pipi dier.. ;)

iu rf said...

sangat comey bibik kecik ni..
klu nk amik dier kije sini leh tak..heheheh

Mrs. Ishamizu said...

comey izzah dh la rajin..hehe..nti bsr mudah2an rajin tlg mama kemas umah ye!:D

KNani, Izzah masih chicken pox lg ke? ciannya..tp xpe, lega dh kene kecik2, dh besar kesan2 lg susah nk hlg kn.:)

hnyhar said...

mar,
tq, akak pun selalu picit pp dia..hahahaa

iu,
kih3..gaji musti MAHAL daa...

izu,
ehehe..hrp2 rajinla ngemas2 ni.. :P

izzah masih chickenpox lagi ni..nasib baik naik kat sini izu, xdela dia meragam sgt..parut pun senang heal..tp, bila dah naik masa bb ni, byk btl biji2 nya tuu..huu..smpai atas lidah pun ada..

izhan said...

Anak dah 3 mcm2 boleh perati.. Masing2 bwk perwatakan tersendiri... yg pastinya perbezaan itu adalah satu kelebihan dan potensi, jgn sesekali tersalah tafsir sebagai kelemahan..

hnyhar said...

izhan,
ye betul kata awak tu. seharusnya ibubapa tak boleh beza2kan anak2.