Wednesday, 6 January 2010

: : Ayam Golek : :


Kali pertama cuba masak ayam golek setelah penat intai2 dalam MyResipi. Akhirnya saya jumpa resipi oleh kak Besah ni. Penyediaannya agak mudah. Cuma saya tak goreng ayam ni. Saya bakar atas request big boss. Ayam golek ni pun atas request beliau juga. Saya guna baby chicken, sedap sikit..nanti ramuan2 tumis senang meresap masuk ke dalam isi ayam.

AYAM GOLEK

3 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
15 tangkai cili kering
3 batang serai
1 inci halia dan lengkuas
1 sudu besar serbuk kari
1 ekor ayam
1 cawan santan

Cara-cara

1. rebus ayam separuh masak dan separuh empuk bersama garam dan serbuk kunyit.

2. tos kan ayam lalu digoreng hingga masak. [resipi asal goreng, tapi saya tak goreng, saya bakar bersama2 dengan bahan2 tumis].

3. mesin semua bahan2 lalu ditumis hingga garing dan naik minyak.

4. masukkan santan dan ayam. [sebab itu, jika ikut resipi asal, ayam dimasukkan kat sini..digoreng bersama dengan bahan tumis, saya hanya tumis bahan2 sahaja, pastu saya lumur pada badan ayam, pastu bakar]

5. ratakan ayam bersama kuahnya sambil rasa asam garam nye..

6. jika pedas,tambah sedikit gula..



5 comments:

UnGu VioLet said...

akak, bestnyer... betul2 terliur mar tgk nie.. lapar terus perut...

faiq zaini said...

salam ustazah~

waa da makin pro ustazah ni.
mcm2..
bkak franchise restoran melayu kt uk ok gak..

hnyhar said...

mar,
cubalah..mar kan decent chef..lg terer masak mcm2..

faiq,
salam..pro apa..masak untuk family lepaslaa..utk bukak franchise tu, kena pikir lama2 sket..ehehe

Izhan said...

Ini namanya Ayam Golek Musim Salji, anyway tahniah...

hnyhar said...

izhan,
ehehe..kenapa tahniah ni..sbb berjaya buat ayam golek ke..hihihi..mekasih.