Tuesday, 5 January 2010

Back to School in 2010

Di hadapan kelasnya "Starfish". Nama2 kelas kat sekolah ni semua ikut nama hidupan laut..dulu Ameen kelas Shrimps.

Tempat sangkut jaket Ameen, tapi name tag tertulis Alameen..biasa guna nama Ameen Zulkifli..ntah kenapa jadi Alameen pulak..ehehe

Kena pakai cukup lengkap supaya tak sejuk kat luar nanti.

Gambar Iffah tengah buat aktiviti dalam kelas.

Kat tempat gantung jaketnya..hanya ada gambar sebagai pengenalan diri..iyelah, diorang ni masih belum pandai membaca..


Hari ini sesi persekolahan bermula semula setelah lama bercuti untuk Krismas dan Tahun Baru. Ameen dan Iffah ternyata sangat teruja untuk kembali ke sekolah, tiada rungutan berbunyi waktu saya kejutkan mereka dari tidur, walaupun masa itu keadaan masih gelap dan sejuk.

Bersarapan hanya dengan memakan semangkuk coco rocks [bijirin sarapan pagi] dan segelas susu segar sudah cukup untuk alas perut kanak2 dua orang ni. Biasanya makan 2 mangkuk, tapi hari ni mereka cakap banyak pula, sebab itulah semangkuk je sempat makan. Usai je sarapan [mereka berdua yg sarapan dulu, kami kemudian]..ayah pun hantar ke sekolah. Ameen je yg masuk pagi, Iffah sesi petang..tapi dia dah awal2 siap ngan uniformnya..dan turut sama menghantar Ameen ke sekolah. Janganla buat2 taknak kejutkan dia..alamatnya dia merengek2 [weeping] sampai ke tengahari..naik pening kepala ni mendengarnya.

Hari ni juga kami ada temujanji dengan engineer British Gas seawal 8:30 pagi. Sebenarnya pukul 9:00, tapi dia sampai awal..nyarislah dia call dulu sebab kami hampir2 terlupa akan 'date' hari ini. Sejam jugalah dia bersihkan dan service gas [fireplace] tu untuk check dan pastikan tiada apa2 kerosakan pada boiler..saya tak lihat pula apa yg dia buat, apa yg menakjubkan saya, engineer ni pompuan..lawa pula tu..hihi..terer betul dia buat kerja2 tu. Alhamdulillah, semua dalam keadaan ok dan tak perlu buat apa2 perubahan. Kami sebagai penyewa kena bagi salinan gas service report kpd tuan rumah nanti. Gas di rumah kami ni pakai meter..elektrik yg pakai pre-paid. Hmm..elektrik kat sini jimat berbanding gas. Gas sangat mahal..lebih2 lagi time musim sejuk camni..bil gas biasanya sedikit melambung disebabkan penggunaan heater dan hot water yg kerap. Iyelah, sejuk sekarang ni...tak tahan nak guna air sejuk..menggigilla.


4 comments:

Mrs. Ishamizu said...

Cantek sekolah derg..suka btul izu tgk!:)

MaMa3H said...

bestnyer school dia

iu rf said...

tgk gamba kat tpt jaket tu tingat haziq ngan faris xde gamba lagi.. essshh.. bile la nk print gamba ni..uhuhuhu

hnyhar said...

izu,
aah..cantik dan macam2 ada..sekolah diorang ni byk learn & play..bkn mcm di malaysia..msia masih lagi exam-oriented.

mama3H,
hmm..best..budak2 ni pun excited je nak gi sklh..apa taknya kalu nursery [3thn] tu, byk main..jika reception [4thn] dah mula belajar mcm2..itupun diorang masih suka nak ke sekolah..

iu,
oo..gmbr kita kena print sendiri ke..ini cikgu diorang yg buat semua tu..