Sunday, 10 January 2010

Icicles vs Avalanche

Hari ni suhu dah makin ok berbanding semalam. Masih sejuk sebab angin bertiup kuat, cuma takdelah sampai bawah takat beku lagi. 4 degrees..okla tu kan jika nak banding beberapa hari sebelum ni, -10 C. Sungai Durham pun beku...sayang sekali tak dapat ke bandar untuk saksikan sendiri keajaiban alam tu. Hanya melihat foto rakan2 sahaja.

Hari ni juga salji mula mencair. Tiada lagi kelihatan blanket putih menyelimuti Honda biru, hinggakan kereta tu seolah2 gemuk gebu..hihi. Yang kat atas bumbung rumah semuanya dah makin mencair..malah dah ada yang runtuh ke bumi. Tapi, menurut ramalan cuaca, salji akan datang kembali..silap2 esok..sekarang ni angin kuat tengah tiup snow2 tu ke bahagian selatan dan tengah England. Sekolah budak2 ni pun tak tahu lagi beroperasi esok atau tidak. Tunggu ajelah sms dr PTA esok pagi.

Jom lihat foto2 yg sempat saya rakam sempena winter terhebat, tersejuk sejak 30 tahun lampau..kali ini hanya imej icicles & avalanche..

Inilah rupa icicles, juntaian air dari bumbung yang membeku..ala2 stalaktit kat dalam gua tu. Keras bende nih. Beberapa kali juga saya amik icicle ni pasal Ameen Iffah nak pegang..diorang siap simpan dalam freezer lagi bende alah ni. Takjub agaknya..

Bayangkan jika ceracak2 ais tu jatuh menimpa kita..sakit juga ni..mahunye luka2..

Icicles dari tingkap bilik kami. Panjangnya mencecah 30 cm.



Lebih sejengkal tebalnya ni.

Tenggelam scooter budak2 ni..mulanya tu letak kat dapur, pastu lemas tengok menyemak je kat dapur..pastu siap diorang naik2 scooter lak. Last2 ayahnye letak balik kat luar. Kesian basikal & scooter kebasahan.

Sebelum kejadian..

Salji putih bersih yang menimbun di backyard, sebelum kejadian runtuhan salji..

Bumbung dapur yg dah licin..takde snow.

Inilah rupa salji yang runtuh dari atas bumbung dapur kami pagi tadi. Dah kotor saljinya. Terkejut betul dengar bunyinya yang tak ubah seperti guruh. Agaknya beginilah kot bunyi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa dulu. Bayangkan jika ada sesiapa di perkarangan backyard padi tadi..silap2 ada yang pengsan.Alhamdulillah kami semua berada dalam rumah.

9 comments:

MOHAMAD SYAHMI BIN HARUN said...

Assalamualaikum,

Seronok tengok suasana musim sejuk di sana. Banyak salji. Tempat saya study dulu pun ada musim sejuk juga, tapi takde la salji. Sekadar merasakan angin sejuk je.

Apapun, terima kasih akak, kerana sudi mengunjungi blog saya.

Cari shoutmix/cbox dalam blog akak, tapi takde pun. Tu yang shoutmix juga kat ruangan komentar ni.

http://mohamadsyahmiharun.blogspot.com

hnyhar said...

waalaikumussalam..

akak baru lawat blog awak mlm td [uk time]. blog tu tersangat informative. bagus2. akak ni guru juga. tp skrg ni tgh unpaid leave 3 thn sbb teman hubby smbg bljr ni.

dulu bljr di jordan ke?

akak mmg xletak shoutboxw dlm blog..he3.terima kasih tinggalkan pesanan.nnti akak link blog syahmi.

**tgh mencari2 sumber PnP bahasa arab utk anak2 Malaysian di Durham ni, sbg persediaan utk mereka bila pulang ke tanahair nnti. akak ngajar kat sekolah menengah, jadi akak xtahu mana ttg sukatan BA-SR, jadi nak kena tanya2..tgk2 ada blog syahmi ni. sgt bagus..SYABAS!!

norgee said...

nani....blog ni la yang aku suggest tu..mmg informative! heheh3..kebetulan..

CikguZue said...

salam ziarah,
cantik icicles tu, bergantung2an.

hnyhar said...

gee,
haaa...mmg sgt informative, cuma ada problem masa downloadinglaa. nak kena tanya tuan punye ni. anyway, tq gee..

cikguzue,
salam kembali. tima kasih akak. dah 2 kali akak ziarah blog sy. nnti sy link blog akak..senang sy nak jenguk nnti..ehehe..icicles tu mmg unik dan cantik..blm prnh dilihat sblm ni..tu yg amik gmbr tu.

MOHAMAD SYAHMI BIN HARUN said...

Ye ke, ade masalah nak download? Masalah macam mana tu. Setakat ni okey je. Semalam, saya baru je reupload Buku Teks BA Tahun 5 & 6 menggunakan platform ziddu.

Apapun saya dah linkkannya dalam cbox saya untuk link buku teks bahasa arab tu.

Cuba tengok ye.

hnyhar said...

ok, terima kasih ye ustaz. nanti saya tengok dan cuba buat lagi. bila dah berjaya nanti, saya bgtau.

Beautiful Life said...

Huh sungguh awesome gambar icicles tuh ekk...

hnyhar said...

nuwal,
aah..kitorg pun 1st time lihat bende tu. 2 thn lalu rasanya xde icicles..thn ni terlampau sejuk..tu psl sempat main icicles..