Friday, 1 January 2010

1 Januari 2010

Tahun baru Hijrah dan Masihi kali ini nampaknya masing2 jatuh pada hari Jumaat. Bagi kami yang tinggal di bumi Great Britain, 1 Muharram dan 1 Januari masing2 diraikan dengan salji yang memutih. Musim sejuk kali ini sungguh terasa sekali kedinginannya berbanding tahun2 sebelumnya.

Malam tadi, saya dan suami sukar melelapkan mata dek kebisingan jiran2 yang sedang 'countdown' tahun baru. Sambil minum arak, sudah pasti. Tak lama lepas itu, bunyi letusan bunga api sana sini tepat jam 12:00 malam. Dah masuk tahun 2010...alhamdulillah. [dalam hati terdetik sejenak...apakah pencapaian peribadi saya sepanjang tahun 2009..].

Usia kami berganjak lagi..sungguh, rasa seperti tidak percaya..angka usia mencecah 33..angka yang saya kira sudah sangat dewasa. Kalaulah pokok...sudah tentu boleh bayangkan macamana besar dan tinggi serta matangnya pokok tu. Sudah cukupkah berbuat baik & berbakti kepada tuannya..

Saya berdoa ke hadrat Allah SWT semoga kehidupan kami sekeluarga sentiasa terpelihara dan diberkati...semoga kami lebih tabah dalam menghadapi ujian-Nya...semoga lebih bersyukur dengan segala nikmat rezeki daripada-Nya...lebih dekat diri ini dengan-Nya...

Kami bersyukur atas nikmat hidup yang masih ada..semoga dengan ini kami dapat memanfaatkannya sebagai 'abid-Mu yang sejati....amiin..

Selamat Tahun Baru 2010

6 comments:

MY HEART said...

selamat tahun baru kak...

afiquehidayat said...

waaaaaaaaa

33 suda?
suda matang tpi muke msih maintain.
nge3

lawa ar salji yg putih,
ustzg plak nmpk cm senow-wite pkai baju labuh2.

nnti satu hari nk ke sane la!

hnyhar said...

my heart,
selamat tahun baru jugaa buat awak!

afiq,
blm masuk lg..hehe. hooo..muka masih maintain ke ;P tima kasih2..badan kecik kot afiq.

snow white apa snow coat warna hitam..ehehe. sy suka coat tu..labuh dan tahan sejuk sbb tutup smpai kaki.

dtgla masa sy msh ada kt sini...sy blk thn 2011, insyaAllah..

iu rf said...

saje lalu2 sini.. hehehe

norgee said...

nani...view yang cantik..bestnyer!

hnyhar said...

iu, lalu je, xsinggah dulu..minum2 kopi..

gee, view mmg cantik gee..tp kena tahan sejuk daaa...skrg kesejukan tahap melampau ni...-8C