Hari Selasa kali ini saya tidak ke mana2. Sebelum ni tiap kali Selasa pagi saya akan terkocoh2 bersiap2 untuk menghadiri kursus Family Learning. Saya belum pernah bercerita tentang kursus ini dalam baytulkifli. Penyakit M teruk juga melanda saya..ahaha. Iyelah, banyak betul kisah2 pengalaman baytulkifli tidak dicatatkan di sini. Pengunjung pun agaknya dah ramai yang lari kan.
Oh! Ye..berbalik semula ke kisah Family Learning course ni. Pada awalnya saya gementar juga nak ikuti..maklumlah golongan minoriti ni, perasaan inferiority tu agak menebal juga. Mungkin tidak pada orang lain, tapi 'ya' bagi diri saya. Atas dorongan daripada suami, maka saya kuatkan semangat untuk sertainya. Kursus 2 jam setengah yang diadakan selama 6 minggu ini sangat informatif dan berjaya jadikan saya seorang yang lebih konfiden dalam berkomunikasi.
Tak cukup rasanya hanya 6 minggu saja.. tempoh masa pun singkat. Menurut seorang rakan Malaysia di sini, kursus ni sebelum ni pun dah ada, dan beliau pun pernah sertainya. Namun, saya tak pasti samada target dan modulnya serupa atau tidak. Kursus yang saya ikuti ini memfokuskan kepada ibubapa dan anaknya yang belajar di KS1 atau 2 [Key Stage]. Jadi, dalam setiap sesi, saya dan Ameen [Year 1] akan bergandingan bersama.
Minggu pertama, kami beraktiviti di bilik staf Bowburn Infants and Nursery School saja. Tetapi untuk minggu berikutnya kami menjalani modul kursus di Methodist Church, depan Bowburn library, kira2 5 minit saja berjalan kaki dari rumah saya. Setiap minggu ada saja aktiviti menarik dilakukan bersama selain mendengar ceramah pendek. Ada sekali je yang saya tak hadir, itupun kerana Ameen kena campak. Saya rasa terkilan juga sebab tak semua sesi saya dapat rakamkan detik dan pengalamannya kerana di sini, kita dilarang mengambil gambar sembarangan tanpa izin. Tiada peserta pun yang membawa kamera, kecuali saya dan Sharon. Sharon takpelah, kerja dia kan, itupun dia siap suruh kami isi borang persetujuan untuk benarkan gambar kami diambil. Siapalah saya ni nak tangkap2 gambar pula. Pheww...sama juga halnya bila di sekolah. Jangan pandai2 nak ambil gambar anak awak dengan anak mat saleh lain..silap2 boleh kena saman tau.
Kami pernah belajar memasak makanan Argentina daripada professional chef dari Argentina [sekarang bekerja sbg chef di salah sebuah hotel terkemuka di Newcastle]. Rugi sungguh rasanya tak bergambar dengan chef tu..punyalah friendly si Victoria tu..isk3. Kami pernah ikuti lawatan sambil belajar ke Durham Oriental Museum, lepas tu piknik dan jelajah Botanic Garden sampai naik lenguh kaki2 ni haa...macam2 yang kami buat. Semuanya seronok dan bermanfaat.
Pada sesi terakhir, kami buat party..masing2 bawa makanan ala2 potluck..tapi Sharon tak suruh pun. Saya bawa karipap pusing inti kentang [vegetarian] sebab Shakti [wanita India] memang vegetarian. Biasanya karipap saya ada inti daging atau ayam. Hmm...semua suka karipap termasuklah Sharon dan Melanie. Banyak betul mereka makan...hahaha. Sharon siap tapaw lagi. Hari last tu kami diminta memakai pakaian istimewa dan kemas. Baju kurunglah untuk saya. Jenuh juga menerangkan keistimewaan baju kebangsaan tu. Apapun saya seronok dan bangga kerana dapat jadi duta kecil Malaysia buat mereka. Dapat perkenalkan kuih tradisional Melayu pula tu. Nampaknya mereka pun suka juga makan makanan Melayu.
Saya dapat sekeping sijil untuk kursus ni. Dapatlah saya buat testimoni dan kenangan kan..alhamdulillah. Jika ada follow-up courses, rasanya saya nak ikut lagi, cuma kena tanya encik boss lah dulu pasal kalau boleh, masa saya berprogram tu, tak maulah bawa Izzah bersama...nanti dia asyik nak mamaaaaa je..isk3. Kalau boss setuju nak jaga Izzah, saya OK la.
Baiklah, dah panjang lebar cerita, jom lihat gambar di bawah ni.

Snail = roti yang disapu butter, gulung2 cam rolie polie, pastu letak stick, pastu letak pisang yang dihiris. Ini artwork Ameen, bukan ibunya :) .
3 comments:
bestnye Nani... wlupun tak rasa karipap pusing tu...dah boleh agak memang sedap...
sejak2 diperantauan pandai masak macam2..balik sini masaklah..teringin nak rasa air tangan Nani.
tu la Nani...
dulu rsanya hampir setiap hari ada entry baru...
sekarang ni dan jarang-jarang.
balik malaysia nanti erkubur le gamaknya baytulkifli ni.
kak tie,
belum rasa belum tahu..itulah hikmah merantau di negara orang ni kak..semua kena buat sendiri. yg xbestnya, nani ni bila memasak, kuranglah nafsu nak makan apa yg dimasak tu..
teringin nak rasa air tanganku..? owh, itu senang aja...tunggu nani basuh tangan laa..hik2
fa10,
hahah..itu zaman2 kemaruk blogging..sekarang ni makin slow sbb malas nak karang cerita dan paling utama nak upload gmbr2 tu..org kat msia nak tgk gmbr2..depa ni xsemua ada FB..esp my parents & PIL..blog je la yg depa blh jenguk..
harap2 jgnla terkubur begitu saja baytulkifli nih..kui3..jgn doakan weh..saye ko blog ambo nih..
Post a Comment