Hari ini kami menerima berita pemergian abg ipar (biras saya), Mohd NorAdzulhisham ke rahmatullah. Semua berlaku begitu pantas..perancangan Allah SWT Maha Hebat..kita sebagai hamba-Nya yang kerdil hanya mampu berserah dan redha atas ujian-Nya. Arwah baru saja didiagnos menghidap leukimia tahun lalu. Masa itu, kami sempat menziarahi arwah sekeluarga sewaktu kami pulang ke tanahair penghujung April 2009.
Namun, Allah SWT ternyata lebih menyayanginya..beliau menghembuskan nafas terakhir pagi ini (waktu UK) a.k.a petang Jumaat (waktu Malaysia) setelah beberapa jam berada di Unit Rawatan Rapi, SJMC.
Buat kak Ana,
doa kami moga kak Ana sihat walafiat, tabah dan tenang hadapi ujian ini. Bersabarlah..hidup mesti diteruskan, demi anak2 tersayang. Kami sentiasa bersama kak Ana.
Buat Batrisya, Aqilah & Fawzan,
acik & makcik rindu kat kamu semua, harap semua makin pulih dari demam..jaga ummi ok?

Semoga tenanglah roh arwah di sana, moga ditempatkan bersama golongan mukminin solihin..sama2lah kita sedekahkan Ummul Kitab kepada arwah.
..AL-FATIHAH..
** bila di tahun akhir pengajian ni, bermacam2 dugaan yang datang...moga kami juga turut tabah untuk meneruskan perjuangan yang belum selesai di samping menghadapi ujian yang mendatang.....moga dikuatkan iman jua..

3 comments:
Assalamualaikum,
salam,
Saya Roslan,kawan baik Arwah masa dari SMK Sungai Ara ke SM Teknik Penang. Kami ada buat contact melalui email.. lepas tu senyap aje.. minggu lepas baru saja saya dapat tahu arwah dah meninggal.
kalau boleh saya nak tau nombor telefon emaknya di Bayan Baru.
email saya roslany2k@yahoo.com
Wasslam
Assalammualaikum,
Salam perkenalan,
Saya Shahar, kawan satu sekolah (kelas sebelah) dengan arwah zulhisham masa kat Penang dulu. Baru dapat tau berita ni kemaghin. Takziah dari saya dan tolong sampaikan takziah buat keluarga arwah.
Shahar
York
*kalau datang York, singgah lah rumah
waalaikumussalam..
salam ramadhan..
ok, nombor telefon maktuk [ibu arwah] saya akan maklumkan nanti, nak kena tanya kakak dulu. rasanya sepanjang ramadhan ni, maktuk tu tinggal bersama menantunya, isteri arwah. apapun, saya akan maklumkan ke email saudara roslan.
tkasih.
saudara shahar,
waalaikumussalam & salam ramadhan..
terima kasih atas ucapan takziah. salam takziah akan saya sampaikan kepada isteri dan keluarga arwah nanti, insyaAllah.
terima kasih, insyaAllah jika kami ke sana lagi, ada peluang, boleh jumpa. jemput ke durham jika on the way nak naik ke north.
Post a Comment