Sunday, 23 May 2010

Ziarah Qistina

dari kiri: Aida [ibu Qistina], saya, Ameen, iffah dan berbaju pink, Qistina.

Semalam kami ke Newcastle Upon Tyne Hospital [NUTH] untuk menziarah anak Rohaida & Rizal, Qistina Ayuni. Nak dijadikan cerita kami tersilap hospital la pulak. Nasib baik jarak antara dua buah hospital ni tak jauh mana. Mula2nya tu kami ke Freeman Hospital..heheh, wad 24 kat situ untuk CCU patients. Mustahil la jawapannya..

Tak ingat pulak kat situ ada 2 hospital besar. Selepas menghubungi Aida, barulah kami menyusur ke wad 24 yang sebenar iaitu di NUTH, dekat dengan kedai Haji Brighton Store tempat kami selalu membeli barang2 mentah halal.

Masa kami tiba tu hanya ada Aida dan Qistina saja..yang masing2 tengah syok menyelesaikan Bratz jigsaw puzzle. Menurut Aida, Qistina semakin pulih dan ternyata pendarahan cuma minor dan langsung tak kena area otak. Alhamdulillah..syukur. Qistina pun dah mula makan dan tak muntah lagi.

Dan, hari ini Qistina dah pun dibenarkan keluar untuk berehat di rumah. Syukurlah tiada apa2 yang mudarat. Diharapkan moga Qistina cepat sembuh dan berehat secukupnya.

3 comments:

iu rf said...

alhamdulillah..... :)

UnGu VioLet said...

Alhamdulillah, adik Qistina baik2 saje.. berdebar2 mar baca citer kat n3 akak yg lepas...

hnyhar said...

iu, hmm..berkat doa semua, akhirnya qistina dah hampir pulih..

mar,
alhamdulillah..takde apa2 yg serius setakat ni. tinggi tu dia jatuh..2 meter tau..