Tuesday, 11 May 2010

NH Leeuwenhorst dan Lisse

Ini sambungan daripada entry yang lalu..masih lagi hari pertama berada di bumi Netherland. Lepas mandi manda, solat dan makan nasi bekalan, kami keluar lagi. Sekarang siang panjang, jadi rugi tak luangkan masa berjalan di sekitar sini. Hotel yang kami duduk ni sangat memuaskan hati, boleh kasi 5 bintang. Harga semua sekali untuk penginapan 3 hari 2 malam cuma 140++ euro. Lupa pula nak ambil gambar dalam bilik, tak dapat nak buat testimoni. Mana nak ingat, asal masuk bilik je nak siapkan makan..tukar nappy baby..mandikan..siapkan baju tidur..tak sempat nak fikir tentang gambar2 tu. Sepatutnya masa mula2 masuk bilik tu terus captured.

Bilik memang best! Semua ada disediakan kecuali mini bar je takde. Bilik luas..cuma masa nak booking tu kena hati2 dan waspadala bagi mereka yang punya ramai ahli ye sebab di sini sangat strict tentang kuantiti penginap tu. Lagi satu best, hotel ni dekat sangat dengan Keukenhof garden dan juga ladang tulip. Pendek kata, nak guling2 cam hindustan pun boleh..Parking kereta juga disediakan percuma untuk penginap..best bukan? Mana nak cari hotel yang serba lengkap begini..kolam renang pun ada tau, siap tertutup lagi..


Hotel NH dari pandangan atas..di kelilingi oleh ladang tulip yang pelbagai warna..ada yang cakap tak ubah macam kek lapis..kuih lapis..hehe. Strategik bukan?


Sama macam farmville. Ini ladang tulip yang menghala ke hotel kami.






Iffah minta nak petik bunga ni sekuntum dua nak simpan dalam pasu bunga ibu kat rumah katanya..haha. Memang ibu pun teringin nak petik Iffah ooi..tapi, bila kenangkan konsep ihsan..terus tak jadi.


Izzah setelah dilepaskan dari dukungan..terus berjalan masuk ke lorong tulip ni. Lucu saya melihatnya. Sambil jalan dia siap cakap 'waaaa......', agaknya takjub dengan tulip yang banyak melaut kot..




Ameen tanya saya, siapa yang tanam bunga yang banyak ni..kemudian tanya lagi,kenapa saya tak tanam bunga sebanyak ini kat rumah..uish, laman hijau pun xde, usahkan nak tanam sebanyak tu..




Gambar ayah dan baby ni Ameen yang captured. Sampai hilang kepala ayah..



Tanah kat sini berdebu..berpasir kelabu..agaknya tanah macam ni yang sesuai dengan tulip kot. Masa kami jalan2 ni cuaca agak panas, tu pasal tak kenakan coat. Habuk dari debu2 pasir kat ladang tulip ni sudah cukup untuk buatkan kasut2 kami bertukar warna dan juga terbatuk2.

Tulip kuning. Kelopak tulip ni sangat segar, kelihatan rangup. Agaknya sedap tak kalau dimakan? Heheh.


Di Netherland, kat mana2 saja ada tali air [canal] ni. Bukan saja di ladang2 tulip, malahh di bandar2 besar seperti Amsterdam pun ada canal ni. Satu sumber pengairan yang sangat bagus untuk agriculture.

Dah habis bergambar di ladang tulip, ayah ajak kami jalan2 ke Leiden. Sebenarnya ada seorang colleague ayah yang tengah buat PhD kat Leiden ni. Tapi, kami tak dapat menziarah kerana beliau 'ada urusan'. Hmm..bandar Leiden ni agak moden dengan bangunan2 nya. Kami tak pula pergi ke tempat yang menarik di situ sebab waktu pun dah petang. Jadi, kami patah balik ke Lisse.

Inilah bandar kecil Lisse. Keukenhof dekat sangat ngan tempat ni. Malah hotel kami pun tak jauh dari sini. Dah tiada insan yang kelihatan lalu-lalang, hanya kami 5 beranak yang mengintai2 kot masih ada kedai yang belum tutup.

Jalan punya jalan, akhirnya barulah terjumpa kedai ni. Dah lupa apa namanya tapi masa kami sampai tu, kedai belum tutup lagi...cuma tinggal masa2 kecederaan jugala. Hinggakan pembantu kedai tu minta kami cepatkan proses 'shopping' kerana mereka nak tutup kedai. Sempatlah sambar minuman dan makanan sikit2. Sebenarnya ada tujuan penting nak cari jugak kedai ni..nak kata tak cukup bekalan makanan, memang tak tepatlah. Saya mencari bunga cengkih [clove] untuk ubatkan sakit gigi yang mencengkam gara2 makan kacang yang keras. Cengkih tu dapatlah beli..begitu juga dengan barangan sampingan yang lain..huhu.

Sekitar bandar Lisse ni penuh dihiasi bunga2an hiasan ni. Saya tak tahu apa nama deco begini. Apa yang menarik, bermacam2 jenis warna dan bunga digunakan untuk hasilkan macam2 gambar..lagi satu, tempat ni sangatlah wangi..kalau lalu malam2 agaknya seram juga eh..he3.
Bandarnya pun tak ubah macam bandar vampire..sunyi sepi, masa kami tiba tu jam 7:00 ptg. Semua kedai dah tutup, yang tinggal hanya bar, pub dan restoren2 saja.




Dah hampir malam baru kami tiba di hotel. Oh! Ye..kat lobi hotel ni pun ada hiasan bunga macam di bandar Lisse tadi. Siap dengan mini windmill dan clogs sekali. Wangi sangat. Masuk je bilik teruskan operasi masak2 nasi dan sardin serta panaskan lauk bekal. Dah siap masak, mandi lagi, pastu baru makan malam...semua berselera makan nasi panas2. Bilik, sudah tentu berbau ikan sardin tapi sementara je, sebab kami buka tingkap..tidur lena kepenatan malam tu. Esok kena bangun awal.

8 comments:

Amanina said...

wahhh. cantik! sama macam bayangan saya masa baca novel aA+bB yang hlovate tulis tu. :D leiden, tulip. subhanallah!

CikguZue said...

salam,
bestnye tgk gambar2 tu semua. cantik2.tulip2 kat gambar atas ni ada kat merata tempat ye? bestnye...
akak mungkin cuti awal bulan 6 ni baru nak pergi. harap2nya ada banyak la lagi.

Mrs. Ishamizu said...

ish bbaloi2...klu ada rezeki nk dok hotel NH gak la..dh la dkt ngan Keukenhoff. hehehe.

P.S ala blog masakan amatur je tu tk mcm KNani..so biasa2 je masaknya...loni x terupdate2 plak..ada je menu nya...hee..tq for ur moral support kak, br bsemangat izu. hee.

Izhan said...

Subhanallah... "di mana ada kemahuan, di situ ada highway", kata budak-budak sekarang. Ternyata setiap usaha bersungguh-sungguh itu akan diizinkan oleh Allah untuk berjaya walaupun pengusahanya tidak berusaha menjadi hamba Allah segigih usahanya menanam tulip seumpama beleda (agar-agar) lapis...

UnGu VioLet said...

wahhh... cantiknye kak... mar mesti kena pegi nie... dr jauh, mcm kek lapis pun ade kan.. warna warni.. cantiiik sgt..

hnyhar said...

amanina,
hmm...mmg cantik, memukau mata. betulla tu..sbb bndr leiden ni sgt hampir dgn ladang tulip terbesar di dunia ni..

cikgu zue,
salam,
best2..ooo cuti bln 6 nnti..semoga dapat jumpa tulip2 yang cantik tu..ada lg kot..

izu,
silakan..hotel yg sgt best!
BTW, akak pun ada blog masakan, sekadar menghimpunkan koleksi menu yg pernah dimasak & belum cuba masak..dah lama jgk tu tak update..hehe..nnti leh link2 eh..

izhan,
hargailah bunga2 yg terdapat di tanahair sendiri..kita tak komersialkan bunga2 kita kot..hehe

**selalu xtinggal jejak blognya.

mar,
ooh...mesti kena pegi sblm awak blk...bila nak blk msia 4 good...

**suka tgk kakak Mar yg baru tunang tu..cantik!

Fatin Rashidah said...

cantik sangt-sangat bunga tulip tu.bestnye dpt pergi tmpat mcm tu :)

hnyhar said...

fatin rashidah,
maaf, saya baru terlihat mesej anda di sini..lamanya saya xreply..maaf sekali lagi.

mmg bunga tulip kat sini sgt cantik dan memukau mata. rasa seperti nak bawa balik je. indah sungguh ciptaan-Nya.