Sunday, 30 May 2010

Ameen 6th Birthday

Maafkan ibu Ameen...

Sepatutnya entry untuk Birthday Ameen ni diterbitkan pada 8 Mei lalu, namun atas sebab2 yang tak dapat dielakkan terpaksa ditunda hinggalah ke hari ni. Nyarislah Ameen tak reti buka blog ni lagi eh.

8 Mei lalu genaplah usia anak sulung kami ni 6 tahun. Tak dapat sekali dinafikan betapa pantas masa berlalu. Kiranya tahun 2011 Ameen sepatutnya dah masuk Darjah 1. Uish, dah tua nampaknya saya ni. Anak dah masuk sekolah pun kat sini..sekarang pun dah Year 1.

Alhamdulillah, walaupun dilahirkan tidak cukup matang, namun ayah dan ibu sangat2 bersyukur kerana Ameen dikurniakan kesihatan yang baik. Malah Ameen cuma di'kurung' sebentar saja di dalam inkubator [6 hari]. Masih terbayang2 tubuh halus kecil dengan kulitnya yang berkedut2 itu. Semua tak berani nak pegang Ameen melainkan ibu dan ayah. Sekarang, Ameen dah besar malah dah jadi abang buat 2 orang adik.

Ameen dah boleh baca buku cerita yang simple. Dah boleh buat matematik walaupun kadang tu masih memerlukan bantuan ibu. Ayah dan ibu mendoakan semoga Ameen membesar dengan sihat dan bijak serta anak soleh yang menjadi contoh yang baik buat adik2..menjadi hamba Allah yang berbakti kepada agama dan ummat Nabi Muhammad SAW. Amin..

Hari lahir Ameen tahun ni jatuh pada hari kami ber'camping' musim bunga di Ullswater, Lake District. Pada pagi sebelum bertolak ke sana, saya buat sebiji kek coklat untuk birthday cake Ameen. Ameen tak sabar2 nak potong dan makan kek tu. Sampai merajuk2 dia. Kasihan juga tapi itulah..kalau boleh nak kasi dia makan esoknya sebab birthday dia esoknya tu..Sabtu.


Inilah birthday cake Ameen..saya buat moist chocolate cake je. Deco pun simple sangat..cuma letak chocolate ganache dan tabur chocolate chips dan hazelnut.

Ameen dan kawan2 sedang menikmati kek semasa BBQ berlangsung..


Yang ni dapat goodies daripada Aunty Marlina & Aunty Azizah yang telah bermurah hati menaja jajan untuk kanak2. Sementelah pula wrapper nya tu bertulis, 'Happy Birthday'..jadi Ameen pun suka sangatlah. Hahahah...nasib baik.

^^^^^^^^^^ @@ ^^^^^^^^^^

Beberapa hari selepas hari lahir Ameen, ayah belikan full fat soft cheese dan yogurt supaya saya buatkan cheese cake untuk Ameen. Masa di Lake District hari tu Ameen tak happy, tu pasal ayah minta buatkan kek lagi..berkali2 dia mengajukan pertanyaan;

...kenapa takde orang nyanyikan birthday song kat Ameen...[camne nak minta kawan nyanyikan, masing2 sibuk melantak BBQ..kui3]
...kenapa Ameen tak dapat present... [yg ni Ameen dah dapat sebelum datang camping, isk2]

Hajat di hati saya nak buat chocolate cheese cake, tapi, tengok2 takde stokla pulak coklatnya tu..akhirnya, terjadilah cheese cake biasa2 je. Tak letak toping apa2 pun. Tak risau, sebab si Ameen ni memang 'cheese cake lover' cam ibu dia juga. Apa2pun, liciiiin.


Birthday candle set tu memang ada je dalam simpanan saya. Rotate je..asalkan jangan hilangkan tag 'Happy Birthday' tu udah. Kalut nak tiup punya pasal, habis tertitik2 tumpah lilin biru tu..hmm...dah comot. Tapi takpe, yang penting Ameen happy sebab kali ni semua nyanyikan birthday song kat dia walaupun dah belated.


Happy 6th Birthday Ameen!!

6 comments:

NUR said...

Salam...

Happy Birthday Ameen... boleh celebrate dengan ainul sekali lah ye...

hnyhar said...

salam syura,
ainul pun lahir pada tarikh yg sama ngan Ameen ke? hehe..kalu dekat2 dah boleh celebrate sama2..

Muka Kanvas said...

happy birthday ya ameen, semoga panjang umur, bahasanya agak beda, maaf saya dari Indonesia...... semoga berkah Allah selalu menyertaimu. amin...

Anonymous said...

happy birthday ameen.... aunty br tahu jer ameen nye birthday dah lepas.

tuo doh ko kito ni? huhuhu.... tuo pun x po asalkan rumahtangga bahagio. sedih bila tahu ado saing2 hok tok bahagio... nauzubillah

izhan said...

Happy Birthday Ameen.. Semoga jadi anak soleh dan abang mithali untuk adik2... Ameen nampak gembira dengan segala mcm pemberian, hakikatnya ayahnda dan bondanya lebih gembira kerana dapat memberi kegembiraan dan kebahagiaan buat anak-anak.. Anyway semoga semua gembira & bahagia.

hnyhar said...

muka kanvas..
terima kasih atas ucapan itu..semoga Allah memberkati kehidupanmu jua..

fa10,
terima kasih aunty. tu laa..ibunya asyik malas je nak tulis entry, kesannya tertangguh2 entry birthday dia.

**hmm..biasalah tu..lumrah kehidupan, sunnatullah, ada bahagia, ada yg sebaliknya..kepada Allah jua kita mengharap agar bahtera perkahwinan kita kekal subur dengan kebahagiaan dan saling percaya antara satu sama lain serta paling utama, 'tool' untuk bertambah keimanan terhdap-Nya. [isk pjg le pulok..ngeh3]

izhan,
terima kasih la uncle atas ucapan tu. amiin...moga doamu itu turut diperkenankan oleh-Nya.