Saturday, 22 January 2011

Tetamu dari Edinburgh - UDM

Krismas yang lalu kami menerima tetamu daripada Edinburgh, iaitu kawan seuniversiti ayah dulu, Nazli & isteri Amalina serta anak2 mereka, Aqil, Nina, Damia & Amir. Mereka dah masuk kali kedua berkunjung ke rumah kami :) . Terima kasih sudi menziarah. Sebenarnya mereka sleepover sebelum meneruskan perjalanan ke Chesire Oak untuk berboxing keesokannya. Pada mulanya saya ingatkan nak ajak mereka berboxing di Dalton Park saja, heheh..rupa2nya mereka dah tempah bilik Travelodge kat sana.

Kanak2 ber4 tu memang tersangatlah seronoknya sebab berpeluang bertemu sekali lagi. Mereka sangat akrab walaupun baru kali ketiga berjumpa [kali pertama jumpa masa kami menziarah ke rumah mereka di Edinburgh awal2 kedatangan mereka di UK dulu]. Riuh rendah rumah dibuatnya dengan keletah masing2.

Kedatangan mereka kali ini ditambah dengan kehadiran seorang 'ahli baru' dalam keluarga mereka iaitu si kecil Amir [betul ke nama ni, sori Amal kalo silap]. Comel sungguh macam baby mat saleh dengan hidung mancungnya dan putih melepak. TAHNIAH diucapkan buat Nazli & Amal. Murah rezeki kalian.

Lain kali singgahlah lagi..manalah tahu nak ke South. Bolehla hilangkan penat sebentar. Ok, jom lihat gambar2 kenangan kami.

'Orang baru' tersenyum pula dia.

Damia, sebaya Izzah..tapi dia nampak matured sgt..

Aqil & Ameen, tengah asyik tengok games di PC.

Iffah & Nina, kamcing sungguh mereka berdua ni..ke mana saja berkepit.

Anak2 saya masa ni tengah demam..silap haribulan berjangkit pula karang dengan tetamu.
[memang jangkit pun..Aqil demam masa berboxing :P ]

Dua keluarga tanpa sang ayah..ayah kedua2nya sedang 'menangkap' gambar kami. Terlupa pula nak snap gambar ayah.


** Amal, kalau boxing ngan kami mesti dapat byk hasil hari tu..

3 comments:

lady lavender said...

seronok kan kalo terima tetamu. Maklum la jauh dari sanak saudara. Yg kenal kat sini lah jadi saudara kat sinilah jadi saudara:-)

p/s: sori..kita tag awak le hiihi..

Zaitun said...

Comelnya baby tu.

Kak Zai suka kalau tetamu berkunjung kerumah,meriah rasanya.

hnyhar said...

lady lavender,
seronok..lagipun yg dtg ni kawan2..itu yg bertambah2 seronoknya..hehe.ermm...bila nak jadi tetamu sy pula? :P

kak zai,
aah mmg comel..mcm baby mat saleh dah.

tetamu dtg bersama barakah dan rezeki..insyaAllah..jika kita ikhlas & melayan tetamu sebaiknya, ganjaran yg sgt lumayan akan kita dpt drpd Allah SWT..