Pagi tadi ayah masak sarapan. Ikut plan asal, ayah masak homemade roti canai sebab malam tadi saya uli [bukan sy, mesin] adunan roti canai. Sy pun tak ingat kat mana sy salin resipi tu, yg pastinya resipi tu dah lama ditulis dlm buku nota masak2 sy. Sy memang ikut bulat2 apa yg resipi tu suruh. Tapi, hasilnya sungguh mengecewakan. Doh jadi lembik yg amat dan tak licin macam yg sepatutnya. Err..kami beranggapan mungkin doh terlebih air kot sbb tak stretchy pun masa ayah nak tebar pagi tadi.
Tapi takpe, roti canai kami pagi tadi sedap rasanya. Memang sangat sedap! Walaupun rupanya tak sesempurna roti canai yg sebenar, namun kami makan sampai habis juga..sedap cicah ngan kari daging. Sy tak ambil gambar pun, sebab kami nak cepat pagi tadi, nak pergi ke carboot di Sedgefield.
Lepas ni sy nak cuba hubungi tetamu kami hari tu, khabarnya beliau sangat handal membuat roti canai. Cuma, sy yg terlupa salin resipi tu drpd beliau hari tu. Bila dah selesai menuntut, kami akan cuba buat lagi.. :)
2 comments:
sedapnya bila mkn hasil airtangan sendiri..
hamizah,
memang sedap cuma kena ikut kerajinan jugalah. nak buat macamana, kedai yg tebar roti canai xde..hukhuk
Post a Comment