Luzern ialah destinasi terakhir yang kami kunjungi semasa dalam perjalanan pulang dari Swiss. Ia merupakan sebuah bandar di bahagian north-central Switzerland yang mana kebanyakan pendudukannya yang seramai 76 200 bertutur dalam bahasa German.
Kedudukan yang strategik iaitu di tepi Tasik Luzern [der Vierwaldstättersee] dan Gunung Pilatus dan Rigi di Banjaran Alps membuatkan Luzern menjadi destinasi yang sering dikunjungi pelancong. Paling popular adalah Chapel Bridge [Kapellbrücke] yang menjadi mercu tanda Luzern, merupakan jambatan kayu yang didirikan dalam kurun ke-14.
Hari tu kami hanya bersiar2 dan mengambil gambar di sekitar Tasik Luzern dan Chapel Bridge saja. Lagipun masa tu hujan, pergerakan kami dengan si kanak2 pun agak terbatas. Maka terpaksalah kami membeli sekaki payung gergasi di kedai berhampiran untuk berteduh 5 beranak.
Jika berminat untuk menikmati keindahan tasik dan sekelilingnya, boleh juga beli tiket cruise berdekatan tapi kami tak naik sebab niat asal memang nak singgah sebentar sebelum menuju ke Homburg, Germany.

Izzah dan Iffah asyik melihat titisan rintik hujan di dalam bangunan shopping mall.
Masa ni tengah berteduh dari hujan sambil menunggu ayah beli payung.

2 comments:
Salam
Cantik dan unik bangunan yang ada kat sana,seronoknya kalau kak Zai dapat pergi.
salam kak zai,
cantik. bila ada rezeki, insyaAllah boleh ke sana suatu hr nnti..boleh join Kelana Convoy atau Perantau Holidays....
Post a Comment