Friday, 25 December 2009

Tetamu dari London & Nottingham

Cerita ni dah lama tapi baru nak terbit kat sini. Tak silap saya saya menerima tetamu ni pada hari Ahad kot. Mereka datang daripada London dan Nottingham. Untuk lebih jelas, mereka adalah kawan hubby yang sama2 bertugas di USIM.

Saya menyediakan makanan berat untuk mereka memandangkan mereka sampai lewat petang dan hampir ke malam. Lagipun bermusafir ni memanglah terasa lapar luar biasa sikit kan. Hari tu tetamu saya dihidangi nasi putih berlaukkan kambing masak kurma, ikan masak merah dan sayur campur. Tak lupa juga kuih karipap pusing. Seronok dapat lihat mereka makan dengan begitu berselera sekali.


Su dan aunty..alamak saya dah lupala namanya. Beliau adalah mak kepada sorang student kat Nott's, datang menemani anaknya, dah hampir setengah tahun beliau di UK ni. Tak lama lagi nak baliklah. Seronok dapat bersembang dengan aunty & Su.

Masa ni mereka dah nak berlalu..untuk meneruskan perjalanan ke Scotland pula. Nak round satu Scotland diorang ni.

Dr kiri: Aunty, Iffah, Saya, Izzah, Su [wife kpd Marwan],
Berdiri dr kiri: Marwan [kawan hubby di USIM], Ahmad Anis [kawan hubby di USIM] & Ameen.

Terima kasih singgah ke teratak buruk kami ni. Mohon maaf jika layanan kami tidak memuaskan..maklumlah Anis pun asyik kena kacau ngan Ameen je..ehehe. Lain kali jika ke North lagi, jangan segan2 nak hello kat kami, boleh makan2 dan berehat sebelum meneruskan perjalanan.
Jumpa lagi!!

4 comments:

fa10 said...

awak ni skali update blog terus berderet2... kerap juga awak menerima tetamu ye? nanti saya singgoh blh? hehehe... gurau jer la

hnyhar said...
This comment has been removed by the author.
UnGu VioLet said...

yerla.. betul tue.. mcm kak faten ckp.. akak kerap terima tetamu.. InSya Allah, bertambah rezeki dari Allah.. bilelah mar nak sampai sane erk.. ;)

hnyhar said...

anonymous,
hello to u too. thanx for dropping by!

mar,
hahaa..biasalah, kawan dan kenalan boleh tahan ramai di sini. amiin..moga begitulah hendaknya, murah rezeki kami sekeluarga.