Tuesday, 1 December 2009

: : Eggless Chocolate Muffins : :

Masuk ni dah kali ke-3 saya buat muffin ni yg mana ianya sangat praktikal utk sapa2 yg tiada stok telur ataupun tiada hand mixer..kitchen aid di rumah. Muffin ni tak pakai apa2 telur ye..sebab tu di panggil 'eggless'. Seperti biasalah, ini bukannya rekaan saya @ hasil idea bernas saya semasa bertugas di dapur..saya ambil daripada satu blog orang putih ni..yg saya sendiri pun dah lupa sapa tuannya.. [minta ampunlah wahai tuan punya resipi..terima kasih byk2].

Masa angkat2 barang Kak WKB hari tu saya ada bawak beberapa ketul..gara2 apam saya tak menjadi..kuang3..begitulah nasib orang seperti saya ni..ada hari, sangat menjadi..ada harinya pula, tak berapa menjadi. Apa yang penting saya tak pernah putus asa untuk buat lagi pd masa2 akan datang.. {practice makes perfect}

Ini resipinya saya ingin kongsi dengan rakan2 bloggers mahupun non-bloggers. Boleh buat untuk 'packed lunch' anak ke sekolah.

Bahan2:

275 g tepung naik sendiri
50 g serbuk koko
1 sudu besar baking powder
250 g gula kaster
135 ml minyak sayur [kat sini sy guna sunflower oil, nak hasil yg lg sedap, silalah guna minyak jagung ye..]
350 ml susu segar
beberapa titik esen vanila

Cara2 Membuatnya:

1. Tapis tepung gandum + serbuk koko + baking powder. Lepas tu, masukkan gula kaster. Biarkan.

2. Dalam mangkuk lain, campurkan bersama minyak sayuran + susu segar + esen vanila.

3. Tuang bahan cecair ke dalam bahan2 kering tadi. Gaulkan sehingga adunan batter lembut terhasil. Kacau je pakai senduk kayu. Tak payah pakai whisk pun.

4. Sudukan ke dalam muffincases. Saya rasa muffin ni tak sesuai jika direct letak dalam muffin tray pasal dia ni jenis 'cake-like' muffin..sticky..kalau yg satu jenis lagi tu..'bread-like muffin' takpe, boleh direct letak battter dlm muffin tray tanpa muffincases/papercups sbb dia kering dan tak melekat pada tray.

5. Bakar dalam oven yg dah preheated terlebih dahulu ye..[lupa tadi nak cakap] dgn suhu 180 C. Bakar selama 20-25 minit. Siap!

6 comments:

MalayConfinementLady said...

thanks kak kongsi resepi nie
time2 terdesak telur takde bleh buat..
alia selalunya bila takde telur, time tue la dia merengek2 nak buat muffin...

hnyhar said...

mimi,
sama2..sambil2 nak simpan resipi ni takut tetibe hilang pulak..hehe.haa..bolehla buat utk si kecil alia nanti..budak2 ni pun sama kdg tu suka sgt minta buat apa2 time telur xde..

NUR said...

Terima kasih kak kongsi resepi ni......boleh cuba ni....

hnyhar said...

nur,
sama2..boleh cuba buat..lagi sedap jika letak choc topping kat atas tu..

NUR said...

salam....
sorry kak nak tanya...tpg gandum @ tepung naik sendiri coz dalam bahannya tpg naik sendiri tp dalam cara2 membuatnya tu tepung gandum.....nak cuba buat ni tp kena tnggu respon dr kak dulu la....

hnyhar said...

nur,
tepung naik sendiri..