Monday, 30 November 2009

Eidul Adha ke-3

Eidul Adha tahun ini disambut secara sederhana oleh warga Islam di Durham. Seperti tahun2 sudah..kami bersama2 tunaikan solat sunat hari raya di dewan Howlands di Ustinov College. Dewan ni besar, boleh muatkan ramai muslim. Tapi, kita kena awasi sentiasa anak2 supaya tidak membuat bising & tidak mengotorkan dewan supaya pihak pengurusan berpuashati.

Kami terkocoh2 jugalah pagi tu..nasib baik hubby ringan tulang tolong siapkan anak2..sementara saya siapkan sarapan pagi & makanan utk dibawa ke dewan nanti. Saya hanya bawa kek carrot cashewnuts with cream cheese je. Tak laratla nak buat makanan berat. Setelah selesai bersarapan..kami pun siap2 nak keluar rumah..tengok2 cermin keta pulak beku..dah kena cuci sekejap sebelum mulakan perjalanan. Suhu pagi tu 2 C tak silap..sejuuk beb.

Kami ingat kami dah yg paling lambat sampai..hehe rupe2nya ada lagi yg sampai lg lambat dr kami..nyarislah pak imam tak start solat lagi..dapatlah kami tarik nafas sikit..haha. Hmm..masih tak terasa suasana raya tu..tak mengapalah, dah adat tinggal di perantauan..adat budaya muslim di sini pula berbeza walau aqidahnya satu. Kami masih merindui suasana di Malaysia..di kampung halaman..bersama ibubapa & adik beradik.

Dah habis solat berjama'ah..kami dengar khutbah dalam bahasa Arab..tapi dengar balik tirai kain..hari tu dapat juga tgk muka pak imam baca khutbah. Lepas tu ada acara persembahan kanak2 Malaysia..nasyid.

Persembahan nasyid oleh pelajar2 Sekolah Melayu Bowburn.

Beginilah rupenya kaum2 wanita di sebalik tirai..hehe. Piknik pun ye jugak. Nak duk kat meja pun dah penuh..nasib baik puan penghulunita bawa bekal bihun goreng..puan ZBZ pula bawa cekodok pisang..huhuuu...ngap2 la kami kat situ.

Iffah & Izzah bersama aunty Hanira & 2 org anaknya, Aishah & Aminee.

Ini pula goody bag yg kanak2 dapat dalam majlis raya DUIS. Kiut kan..siap ada kambing biri2 lagi..dah tu pulak siap ada wool lagi kat atas kambing tu..mcm real pulak. Dalamnye ada sweets, keropok, small toys..pendek kata seronokla budak2 dapat bende ni. Kesian Ameen ter'miss' bende ni. Siap nangis2..nasib baik aunty Lyn kasi kat bb satu beg..dapatla ibu kasi kat Ameen pula. Bb mana makan sweets kan..

Iffah & Izzah..pakai baju raya Syawal hari tu je ni..


Begitulah cerita pagi raya..kami tak tunggu sehingga packed lunch tiba pun sebab hubby dah tak larat nak stay back lagi..gara2 perpindahan virus saya pada dia..hehe. Kami balik rumah..dan saya sempat masak nasi minyak lauk kari daging, ayam masak merah & rendang pedas ayam. Maka kenyang juga kami anak beranak tengahari tu..alhamdulillah.

Dah duduk rumah..biasalaah..dah tukar uniform..hanya hubby & anak bujangnya yang masih setia berbaju melayu sampailah ke malam. Yg kami geng hawa ni balik rumah je terus capai uniform lain. Maka..suasana raya utk hari pertama dah habis..kene tunggu esoknye utk dapat mood raya balik..hmm, diam tak diam dah 3 kali kami celebrate raya haji di sini..

2 comments:

fa10 said...

goody bag tu mmg menarik... selamat hari raya korban

hnyhar said...

fa10, selamat hari raya haji ye..maaf zahir batin..