Monday 23 November 2009

: : Peanut Butter Cupcakes : :

PEANUT BUTTER CUPCAKES

Kali pertama saya buat ni dan alhamdulillah menjadi. Resipinya saya ambil daripada allRecipies, laman web omputih. Saya suka explore masakan Western di website ni sbb kita boleh tukar calculation sukatan bahan2nya dari gram kepada cawan. Saya ni lebih selesa dengan sukatan cawan berbanding gram. Tak suka sgt pakai kitchen scale. Bimbang jika benda alah tu tiba2 je 'ting-tong'..tup2 tengok terlebih @ terkurang sukatan pula. Masak lauk pauk bolehla nak campak2 suka2 hati bahan2nya..tapi, kalu nak baking, mana boleh campak2 je..at least kena ikut rules sukatan dia.

Ok, kembali kepada resipi kuih kat atas ni.

Bahan2:
2 cwn brown sugar [sy guna white granulated sugar je]
1/2 cwn shortening [sy guna Stork margarine je]
1 cwn peanut butter
2 biji telur
1 1/2 cwn fresh milk
1 suduteh vanilla extract
2 1/2 cwn all-purpose flour
1 suduteh baking soda
2 suduteh cream of tartar
secubit garam

Cara2:

1. Preheat oven 175 C.

2. Dalam mangkuk besar, pukul brown sugar + peanut butter + shortening hingga lembut dan ringan. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Masukkan vanilla extract.

3. Campurkan all-purpose flour + cream of tartar + baking soda + garam. Masukkan campuran ini ke dalam adunan batter tadi berselang seli dengan fresh milk. Kacau pakai senduk kayu @ spatula.

4. Masukkan adunan yg telah siap ke dalam bekas cupcakes. Bakar dlm oven selama 20-25 minit. Sy guna muffin cases..so bila dah masak tu rupanya sebijik cam muffin. Tak nampak macam rupe kek cawan pun.

** Jika takde papercups @ muffincases, boleh je masukkan adunan ni dlm muffin tray..cuma kena biarkan ianya sejuk dulu selama 10 minit sebelum pindahkan kek ke wire rack.


Selamat Mencuba....


Walau apa jua bentuk hasil yg anda perolehi..jangan risau krn rasanya sedap sangat. Hubby pun suka makan kek ni walaupun dia tak minat makan apa2 kek..sebab ada rasa macam biskut mazola katanya..hahaha..pencinta mazola rupenye hubby ni. Sy plan juga nak buat biskut kegemarannya minggu ni sebelum raya..bahan2 semua dah ada..tunggu mood datang je.




No comments: