Wednesday, 18 November 2009

Sendiri Lagi

Hari ni dah masuk 2 hari saya menguruskan anak2 tanpa sang suami. Zul pergi conference lagi dan kali ni di Milan, Italy. Jumaat ni baru balik ke sini. Bestnye jika saya pun dapat join the trip kan. Tapi, apa nak buat, takde bajet la nak ke sana utk 5 org..sementelah pula anak2 ni bersekolah. Saya dah biasa kena uruskan mereka ni sendirian. Terima kasih kepada rakan2 Malaysian yang offer pertolongan.

Sekarang ni cuaca semakin sejuk dan windy. Kadangkala hujan turun..malam tadi sungguhla lebat hujannya. Kesian kanak2 yang bersekolah Melayu..kesejukan. Tapi, datang kelas bersemangat sekali..hmm, patut kena tauladani semangat diorang ni kan. Kalau sayalaa sejuk2 macam ni..huuu..sengsara juga 'mood' nak keluar rumah. Terima kasih kpd Khairizam & Pakthe krn sudi hantar & ambil Ameen di SMB. May Allah bless u with many happy returns.

Eiduladha semakin hampir..seorang rakan Malaysian kami [husband & wife] telah selamat berangkat ke tanah suci Selasa [semalam] untuk mengerjakan rukun Islam yg terakhir. Alhamdulillah..semoga mereka berdua selamat di sana & tenang menunaikan ibadah kpd-Nya..pulang dgn haji mabrur. Bila agaknya giliran untuk kami berdua pula.

InsyaAllah, kami akan sambut Eiduladha pada hari Jumaat, 27 Nov 2009. Hmm..bestnye jika dapat celebrate di kampung halaman bersama keluarga. Takpe..masanya nanti akan tiba. Kami kena manfaatkan masa selama berada di sini. Akan digunakan semaksima mungkin untuk mengutip pengalaman & kenangan yang paling berharga buat diri. Moga perjuangan kami di sini diganjari dengan limpahan rahmat dan keberkatan hidup. Amiin..




5 comments:

MY HEART said...

Salam kak,

Selamat hari raya aidiladha kak..

iu rf said...

xpe kak..sy ade tuk temankan akak.. just call me i u feel lonely...hikhikhik

ayu said...

ur post title sounds so sad...anyway kat sini ok duk rmh xde husb, kat m'sia mcm x berani kan?kak ayu weekend ni pun sendiri lagi...jugak!hihihi, insyallah moga kita sentiasa didlm jagaanNya.

Anonymous said...

Raya Haji 27 Nov.. Jumaat la Nani. Selamat Hari Raya

hnyhar said...

my heart,
salam,
awak jugaa..selamat hari raya eiduladha..

iurf,
he3..tenkiu iu..

k.ayu,
hmm..betul tu, duk kat sini lagi berani drpd duk kat msia..abg fendi pegi mana? xpe, budak2 dah besar..lg besar dr ummi dia..hi3.

**amiin..atas du'a itu.

fa10,
aah la fa10, tima kasihla awak alert..sy dah ubah dahh pun..kikiki