Sunday 22 November 2009

Fancy Dress

Jumaat lepas, kanak2 sekolah kat Bowburn Infant & Nursery School diminta memakai pakaian beragam i.e. 'fancy dress' untuk memungut derma kebajikan..[lupa pulak ttg welfare siapa..yg next friday tu ingatla sayaa]. Anak2 saya yg 2 org tu tak ketinggalan..setiap hari sy remind diri sy & suami supaya tak lupa macam tahun lepas [Pyjamas Day]..masa tu Ameen sorang je yg pakai uniform sekolah..sedih kan..hmm, kesian anakku. Lepas kejadian tu sy janji dgn diri takkan cuai lagi..

Salah seorang cikgu kat sekolah ni..nampak tak yang tengah pakai baju pink & skirt kain net pink tu..hahaha..ermm..sebenarnye kat sini takleh nak tangkap gambar anak2 orang lain sesuka hati. Nak kena saman buatlaa..tapi, saya buat2 'ter snap' la nih. Ihik2..tak berani wooo..

Ameen dengan baju Melayunya. Kami yg buat keputusan nak pakaikan dia baju tu sebab Ameen takde koleksi pakaian beragam macam Power Rangers atau Spiderman. Walaupun tak 'fancy' macam pakaian orang lain namun Ameen punya peminat juga. Geli hati saya bila Ameen bagitahu, classmate nya ' Charlotte' [cucu nenek tua yg pakai coat maroon] sangat suka baju Ameen terutama sekali brooch yg dipakainya. Sy gantikan butang baju Melayu dengan brooch sy yg berwarna hijau. Si Charlotte tu suka ngan brooch tu, katanya 'Come on, look..Ameen got a green diamond on his shirt..wow..'. Muahahaaa..

Iffah pula, sy tak snap gambar sorang2 dia tu sbb sibuk kendalikan baby..bersembanglaa..last2 lupa. Iffah hanya pakai dress dark pink ala-ala princess..dan jaket princess. Seingat saya, kami pernah belikan dia princess set dulu masa birthday dia..tapi, tak ingat simpan kat mana..tup2 masa kemas2 stor rumah semalam terjumpa cekak rambut tu..kalu tak boleh pakai ngan dress tu..


Geng2 ibu yang menjemput anak2 di sekolah ambil kesempatan bergambar beramai2 sebelum balik. Terima kasih kpd ustaz Helmi pasal tolong snap kan foto ni [my camera]. Seperti biasalah..bukan senang nak tangkap gambar kanak2 ni..tengokla Ameen.

**Ameen kata, 'dah raya ke hari ni ibu..kenapa Ameen je kena pakai baju ni..ayah tak pakai pun'..macam2 soalan..he3.

No comments: