Saturday, 26 March 2011

The Gift of a Friend

Semalam kami mengadakan satu majlis makan2 sempena meraikan sebuah keluarga yang akan pulang ke tanahair. Kiranya kami keluarga terakhir yang menjemput mereka makan2 dan mereka juga turun dari rumah kami untuk ke airport. SELAMAT JALAN & SELAMAT BERPISAH buat DR. TENGKU ADELINE ADURA TENGKU HAMZAH, abg ROHIZI dan 3 orang puteri mereka; Nik, Sofea & Nurin. Kami juga turut mengiringi mereka sekeluarga ke Newcastle International airport untuk mengucapkan salam perpisahan buat kali terakhir. Moga dapat berjumpa lagi di Denai Alam, insyaAllah. Mohon maaf atas segala salah dan silap sepanjang perkenalan. Selamat menyambung tugas sebagai pendidik bestari di universiti tertua Malaysia. Au Revoir!

Satu video lagi telah berjaya dihasilkan ditujukan khusus buat kawan2 Durham, yang dah pergi meninggalkan bumi Durham, mahupun yang masih lagi meneruskan perjuangan yang masih belum selesai. Tak dilupakan juga buat kawan2 yang pernah menjadi tetamu di teratak kami bernombor 10 ni. Maaf jika tak semua foto kalian diselitkan di dalamnya kerana ia terlalu banyak untuk diselongkar dan ditapis satu persatu. Naik berpinar juga mata ni masa buat penapisan. Moga akan jadi kenangan buat kita bersama. Enjoy the video.

5 comments:

THE GREEN said...

Assalamualaikum...

saya just blogwalking..baru tahu pasal blog ni..

Anyway kalau ada masa, silalah menjelajah ke blog saya.

happy blogging :-D

regards,
BLADE EDGE

hnyhar said...

waalaikumussalam blade edge,
salam perkenalan dari baytulkifli. terima kasih sudi berkunjung. ok, nanti saya akan melawat blog blade edge kembali.

Iffah Nabiha Ahmad Jailani said...

Alhamdulillah.. nie baru nak 'mengembara' entri-entri yang terlepas ni Auntie... :)

Menarik... teringat semua gambar-gambar dalam video nie.. nice, bila pulang ke tanah air nanti kuatkan semangat dalam menempuh kehidupan yang tidak terlalu baru tapi baru untuk Izzah :)

hnyhar said...

iffah,
syukran..moga ukhuwwah ini berpanjangan. jgn lupa blk msia bila perjuangan dah selesai ye. remaja mithali pun berperanan juga di sanaa...

Anonymous said...

my fture lcturer, akhirnye kenal gak tuan pye badan.. patut xpenah jumpe rupanya bru balik mlysia... welcome dr..