Wednesday, 11 May 2011

Program Rekreasi Ilmu

Setiap kali musim bunga menjelma, inilah program tahunan yang biasa dianjurkan oleh MISG UK-EIRE. Jika tahun lalu, Program Rekreasi Ilmu {PRI} telah berlangsung di Manchester. Tapi, kali ni sangat istimewa kerana PRI dilaksanakan di Durham, tempat tinggal kami.

PRI 2011 beroperasi di Moor House Adventure Centre, Durham, kira2 10 minit saja dari rumah kami. Penyertaan kali ini sangat menggalakkan, namun ia juga terhad berikutan tempat penginapan yang disediakan hanya memuatkan 38 orang sahaja. Moor House ini merupakan Scout Camp, tempat pengakap sekolah berkhemah dan membuat aktiviti. Tidak terbatas kepada pengakap, orang awam pun boleh menyewa tempat ini atas urusan program. Kalau nak sewa sekadar2 suka2 nak menginap, rasanya tak berapa sesuailah sebab bilik2 penginapan tak ubah seperti asrama, malah kemudahan bilik air dan tandas juga adalah seperti dorm di asrama. :)

Yuran penyertaan PRI dikenakan sebanyak GBP20 untuk keluarga dan GBP10 bagi yang datang secara solo bagi menampung kos penginapan dan makanan. Tidak ada yang percuma sekarang ini. Kos sara hidup makin meningkat :) .

PRI juga dihadiri oleh beberapa jemputan khas dari Malaysia iaitu, Tuan Haji Ahmad Azam Abdul Rahman, saudara Mohd. Raimi dan Jufitri Joha. Semuanya orang hebat2 belaka. Datang untuk berkongsi ilmu dan melengkapkan program kembara ilmu mereka. Mudah2an apa yang mereka kongsikan mendapat kiraan dari Allah SWT.

Saya hanya dapat jenguk2 dan duduk2 sebentar cuma dlm majlis ilmu kali ini memandangkan tugas saya banyak menuntut sy berada bersama2 dengan generasi muda cilik. Ini pun penting juga untuk mengelakkan mereka dari membuat bising semasa program ilmu sedang berlangsung. Bermacam2 yang kami lakukan selain dari program selari Kem Solat Cemerlang.

Makan2 pula, kami tempah saja dengan rakan Durham My yang dah biasa memasak dlm jumlah yg byk.. 2 kali juga tempahnya. Yang selebihnya, kami sendiri yang sediakan di dapur. Kami sungguh berbesar hati, program kali ini, turut dihadiri oleh ibu dan adik kepada pn. Asma Hakimah, iaitu, Mama Rahimah Salleh dan Affaf. Kiranya ada JK tambahan pula kami..hihi. Tak dilupakan kak Zurul dan abg Fuad yang turut serta berkongsi idea dan rasa semasa menyediakan makan2 tu.

Lewat petang Sabtu, kami dikhabarkan dengan berita gembira iaitu, tuan punya agensi pelancongan, Perantau Holidays, en. Mohd Fuad Abdul Rahman telah berjanji nak belanja makan lamb BBQ special. Memang istimewa..kerana beliau sendiri yang memerap [marinate] seekor kambing tu dengan rahsia rempah perapan yang sungguh lazat. Hebat. Tak cukup2 BBQ dibuatnya.

Malamnya, ada forum khas dipaneli oleh beberapa orang rakan seagama dr negara berbeza. Malang sekali saya tidak dapat berkongsi apa yg berlaku dalam forum itu kerana sy sendiri sibuk mengendalikan kanak2 di ruang dining hall.

Keesokannya adalah program muktamar sanawi MISG UK-EIRE. Untuk majlis penutup, kanak2 dianugerahi sijil Kem Solat masing2 dan kami semua bergambar beramai2 sebelum bersurai. DVD khas [rakaman] akan dikeluarkan kelak bersempena PRI 2011 ini, saya akan nikmatinya kemudian apa2 yang sy terlepas ketika itu. Mudah2an semua peserta PRI mendapat manfaat drpd program yang dianjurkan. Dan, semoga ukhuwwah makin erat.



Tn . Hj. Ahmad Azam sedang menyampaikan ceramah yg sungguh menarik.

Antara orang2 kuat MISG, dari kiri, Mohd. Raimi, Jufitri Joha, Khairul Ariffin dan Suharman Edward. Semua graduan UIAM.

Sesi menjamu selera di dewan makan.

Peserta khusyuk mendengar ceramah.

Barbeque seekor kambing sumbangan drpd big bos Perantau Holidays. TQ abg Fuad & kak Zurul. :)

Bergambar kenangan beramai2 sebelum bersurai.

Bergambar kenangan di luar bangunan pula.

No comments: