Thursday 26 May 2011

Bravo SMAP Labu!!

9 lagi sekolah diiktiraf SBT: Muhyiddin


2011/05/25

Sumber : Berita Harian 27 Mei 2011, Jumaat.

PUTRAJAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan sembilan lagi sekolah lagi diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) Kohort Dua bagi Kumpulan Kedua, menjadikan jumlah SBT pada tahun ini sebanyak 32.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran berkata, Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi diberikan status SBT tahun ini ialah 50 sekolah.

"Ia dicapai melalui program handholding atau bimbingan kepada sekolah-sekolah yang berpotensi, yang dapat mengenal pasti kekuatan dan kekurangan masing-masing untuk mencapai status SBT," katanya pada majlis pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi Kohort 2, di sini, hari ini.

Teks ucapan Muhyiddin dibacakan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong. Sebanyak 20 sekolah telah diumum sebagai SBT Kohort Pertama pada tahun lalu, menjadikan jumlah keseluruhan sekolah SPT setakat ini 52 di seluruh negara. Muhyiddin berkata sembilan sekolah tersebut ialah Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir, Seremban; Sekolah Menengah Sains Sabah, Kota Kinabalu; Sekolah Menengah Kebangsaan Lembah Bidong, Kuala Terengganu dan Sekolah Menengah Sains Kuching, Sarawak.

Selain itu, Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu, Negeri Sembilan; Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor, Kuala Selangor dan Sekolah Menengah Agama Naim LilBanat, Kota Bharu.


Bagi kategori sekolah rendah, pengiktirafan SBT diberikan kepada Sekolah Kebangsaan Seksyen 9, Shah Alam dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Tung Hua, Sibu.


Muhyiddin berkata terdapat SBT yang dilawati oleh negara luar seperti Singapura, Thailand, China, Jepun dan Finland bagi tujuan penandaarasan.


Katanya ini membuktikan bahawa sekolah ini telah berjaya menarik minat negara lain untuk mengadakan kerjasama bagi tujuan peningkatan pencapaian secara keseluruhan.


Beliau berkata pengiktirafan SBT tertakluk kepada satu set KPI merangkumi bidang akademik (50 peratus), kokurikulum (30 peratus), Jaringan dan Jalinan (10 peratus) dan Etos & Watak Sekolah (10 peratus). - BERNAMA

No comments: